|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: Che_Yan | Diterbitkan pada: 20 November 2012| Kategori: Che_Yan,Utama | 40 Comments »

Khawarij PAS: Pecah Perut Tidak Dimakbulkan, Kini Minta di“Knock Out”:

Sekiranya iman seseorang itu diukur dari ketebalan serban, kelebatan janggut dan kesentengan jubah/seluar, ahli-ahli PAS merupakan diantara golongan pertama yang akan beratur di pintu syurga. Namun begitu pakaian bukanlah menjadi kayu pengukur bagi keimanan seseorang. Dosa, pahala, syurga dan neraka tidak boleh dinilai dari mata kasar seorang insan. Hanya Allah sahaja yang boleh menilai dan meletakkan seseorang itu dalam keadaan yang paling adil.

Di Malaysia pemakaian jubah dan serban diangkat sebagai orang alim ulama’. Mungkin kerana kita telah lama didoktrinasikan dengan fahaman bahawa segala macam elemen yang datang dari tanah Arab itu baik dan suci. Hasilnya jubah dan serban dijadikan bahan pelaris bagi mereka yang kurang ilmu tetapi dahagakan agama Islam. Pradigma sebilangan besar orang-orang Melayu/Islam di Malaysia adalah sekiranya terdapat nama-nama Islamik di dalam sesuatu perkara, maka penggunaan perkara tersebut tidak kira dalam bentuk produk atau pakaian adalah afdhal. Lantas terbitlah satu golongan yang memasarkan agama Islam untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.

Di awal penubuhannya dahulu PAS (Parti Islam Se-Malaysia) adalah sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan syariat Islam. Berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, pergerakan mereka bukan untuk menghancurkan UMNO/BN tetapi untuk memastikan umat MELAYU yang kesemuanya beragama Islam untuk tidak melupakan agama sekalipun terlibat dalam perjuangan nasionalisma. Ya! PAS juga dahulu adalah sebuah parti yang bersifatkan nasionalis. Tokoh lagenda PAS Dr Burhanuddin Al-Helmy (Presiden PAS 1956-1969) juga seorang pejuang nasionalis. Tidak seperti Mursyidul Am PAS sekarang yang kononya menentang sekularisma dan nasionalisma dengan mengatakan bahawa “Saya bukan Melayu, Saya Islam”. Dari sini kita dapat melihat bahawa PAS sudah terkeliru dengan agenda perjuangan parti mereka sendiri.

Disebabkan kekeliruan agenda ini pemahaman PAS tentang kerajaan Islam dan pemerintahan Islamik kini sangat-sangat hampir kepada golongan Khawarij. Dari satu sudut, teriakan PAS sama seperti golongan Khawarij dizaman Saidina Ali yang mengatakan khulafa’ ar-rashidin tersebut tidak mengamalkan Islam dan tidak menjalankan undang-undang Allah. Seperti PAS, mereka menggunakan hujah bahawa “Tiada Hukum Melainkan Hukum Allah”. Saidina Ali pada ketika itu mematahkan hujah golongan Khawarij ini dengan berkata “Hujah Yang Benar, Tetapi Ianya Bersandarkan Kepada Perkara Yang Batil”. Terlalu susah untuk kita tidak mengaitkan PAS dan Khawarij, kerana sifat, rupa, bentuk dan asal mereka terlalu mirip golongan tersebut.

Hadis-hadis Rasulullah juga banyak memperkatakan golongan yang menjual agama untuk hal-hal keduniaan. Namun para pemimpin, pengikut dan penyokong PAS seperti tidak sedar akan kewujudan hadis ini. Tidakkah mereka nampak dan sedar bahawa golongan yang mereka sanjung ini telah meletakkan Islam sebagai cagaran untuk mendapat kekuasaan di dunia. Mereka dengan jelas menggunakan perjuangan Islam untuk membeli kekuasaan di dunia. Ini ditambah lagi dengan kekufuran mereka untuk mengaku bahawa Allah telah mengurniakan kekuasaan Malaysia kepada Barisan Nasional selama 55 tahun. Mahu tidak mahu, para pemimpin PAS wajib mengakui bahawa segala ketentuan di dunia ini tidak boleh berlaku tanpa izin Allah. Apakah para pemimpin PAS terlalu angkuh untuk mengakui kebenaran perkara ini?

PAS akan terus bergelumang dengan kebencian mereka terhadap UMNO. Sedangkan ahli-ahli UMNO 100% beragama Islam. Syahadah orang-orang UMNO sama seperti syahadah orang-orang PAS (kecuali yang bermazhab Syiah di dalam parti tersebut). Namun, PAS tetap menganggap pemimpin dan ahli UMNO adalah musuh mereka. Mereka berdoa untuk kehancuran UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi, persoalannya apakah doa mereka akan diterima, sedangkan doa yang mereka persembahkan kepada Allah itu adalah doa yang bertujuan memusnahkan saudara seagama dengan mereka. Apakah hanya disebabkan politik dan keinginan untuk berpejabat di Putrajaya, PAS sanggup memutuskan tali persaudaraan sesama agama? Dengan terang dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahwa tidak akan masuk syurga mereka yang memutuskan tali persaudaraan.

Penulis percaya, PAS belum lagi tersedar dengan kejahatan yang mereka lakukan. Dan orang-orang UMNO tidak perlu takut walau sedikit pun dengan “doa-doa” kemusnahan yang ditujukan kepada mereka. Sebelum ini, kerana tidak faham akan pengagihan royalti minyak Nik Aziz Nik Mat sanggup mendoakan Perdana Menteri Malaysia pecah perut dan banyak lagi doa-doa yang pelik ditujukan kepada pemimpin dan ahli UMNO. Nampaknya tiada satu doa pun dimakbulkan, bahkan PAS pula yang tersepit kerana berlaku kepincangan dalam parti sehingga berlaku pemecatan dan keluar parti oleh beberapa pemimpin besar mereka. Penulis juga yakin doa agar UMNO di “K.O.”kan ini juga tidak akan mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada UMNO.

Para pemimpin UMNO pula tetap dengan jiwa Melayu mereka. Ingat lagi penulis ketika Nik Aziz Nik Mat terlantar sakit Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dengan tanpa rasa prejudis melawat beliau di hospital. Melawat orang sakit adalah perkara sunnah yang dituntut oleh Islam, tetapi bersangka buruk dan meminta agar orang lain musnah adalah suatu perkara yang amat dilarang. Antara doa kemusnahan PAS dan amalan sunnah oleh UMNO, siapakah yang lebih Islamik?

Ada 40 Comments setakat ini.

  • tony gunawan
    November 20th, 2012 at 4:26 PM

    jangan cakap banyak!
    kuatkuasalah hukum hudud di malaysia!

  • AMIN
    November 20th, 2012 at 4:34 PM

    Undang-undang Islam di-negeri negeri di Malaysia kini tidak seragam, lebih baik kita seragamkan dulu supaya tidak diketawakan (kerana perbezaan) oleh org bukan Islam.

    Diharap ada pihak bijak pandai (Prof-prof di PITA) dapat berusaha kearah memperkasakan undang-undang Islam disetiap negeri. Kemudian dijadikan asas kepada Undang-undang Malaysia.

    Moga ALLAH menunaikan permintaan hambaMu yg jahil ini.

    AMIN.

  • anakbochek
    November 20th, 2012 at 4:45 PM

    Macammana nak kuatkuasakan. Presiden PAS dah cakap hudud cuma 0.0001% sahaja. Lu sapa mau derhaka sama arahan presiden.

  • Moohyideeeeen
    November 20th, 2012 at 5:43 PM

    Dalam islam, walaupun tolak 0.0001%, ia bukan lah Islam, sebab dalam Al-quran menyebut masuklah Islam sepenuhnya dan bukan, 99.999999%

  • zarman
    November 20th, 2012 at 6:26 PM

    pigiiii dahhh moo lembu, hang cakap macam hang dan pas tu baik bebenor. jadi kalau fitnah, menghina, mengkafir tu berapa peratus pulak?
    inilah tabiat puak syiah… kat orang nak yang terbaik saja, kat diri sendiri berjubo pun boleh.. piiiiirahhhh

  • ElectroMagneticPulse
    November 20th, 2012 at 6:32 PM

    myngkin senang hudud nak dilaksana, bile rakyat negara ni 99% beragama islam..

    but now we are talking about negara pelbagai kaum dan AGAMA. perlakasanaan hudud mestilah diakhiri hukuman yang setimpal dan ADIL.

    so aku nak tanye kau, kalau ade dua penjenayah buat kesalahan membunuh.. sorang islam, sorang lagi kapior.. islam dijatuhkan hukuman bunuh, si kapior dipenjara beberape tahun je.. so ade keadilan tak kat situ?..

    dari dulu sampai sekarang duk ckap bende same.. hudud, hudud… hudud hasil buatan PAS sendiri pun x betul..

    ade tak PAS nak becakap atau balun nurul izah pasal kenyataan dia yang menyentuh akidah tu?.. AKIDAH ko tau?

    lgi satu, ko agak2 betul ke care PAS mendoakan kehancuran UMNO yang didakwa zalim tu?.. itu ke care para ulamak PAS?… kalau betul zalim, doa la dijauhkan dari kezaliman, kalau UMNO x betul, doa la ditunjukkan jalan yang benar pada UMNO..

    doa pas tu doa untuk mwujudkan persepsi buruk dan kebencian terhadap UMNO. lebih kearah perpecahan sesama ummat islam…

    tentang doa pun pemimpin PAS x boleh buat contoh yang betul.. nikan pulak nak laksana hudud…

    kenapa PAS x tempelak DAP dan keluar dari pakatan rakyat bile dah terang2 DAP tu tolak pelaksanaan hudud…

    konon PAS berjaya memberi pemahaman islam pada DAP…. puii.. kencing lebih… rakyat bukan bodoh lagi…

  • ElectroMagneticPulse
    November 20th, 2012 at 6:38 PM

    dalam syiah, menghancurkan dan membunuh ahli sunnah kan halal…. so itu la kot yang PAS ikut…

    dalam video doa tu.. aku nampak ade mamat yang mencurigakan identitinya. mungkinkah pengikut syiah yang dijemput oleh mat sabu?… hanya ALLAH yang tahu kebenaranya…

  • StinGray
    November 20th, 2012 at 8:26 PM

    mooo lem….”Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat,4 Ogos 2001.

  • PASpartyNGOK
    November 20th, 2012 at 9:41 PM

    Berbual aku dgn seorang rakan non-muslim,berbangsa India. Kami berkawan sejak zaman muda belia hingga sekarang masing2 sudah jadi kurang muda. Bab kata orang kampong, kami terlalu akrab hingga bertepok bertampar.

    Sejak zaman dulu kawan aku ini sering bergurau ” Kau semua selalu ingat kita orang india macam orang asing. Bila bercakap kau suruh kita orang balik negeri”. Pada hal kita semua dilahir disini, besar pun disini, bersekolah, cari makan dan beranak pinak disini. Kita orang Msia, kita tak ada negeri lain. Mana lagi kami mahu pergi ”

    Bagi kami percakapan macam itu hanya gurauan kecik tak ada sesiapa rasa kecik hati.

    Tapi baru2 ini kawan aku mula soal aku tentang islam dan kebaikannya yang sering kita dakwakan.

    Aku hanpir tidak boleh beri jawapan tepat, kerana islam yang kawan aku andaikan itu ialah islam yang berjubah, berserban dan berjanggut. Kerana pada mereka jika itulah yang dipanggil islam dia tak namapak langsung tentang mana besarnya islam itu sendiri.

    Apa yang dia maksudkan itu ialah puak itu penyebab segala masaalah. Puak yang hobi mereka memekik, maki hamun. Memfitnah dan berbohong. Lebih2 lagi muttakhir ini mendoakan kemusnahan menimpa saudara seagama , Setelah doa pecah perut tidak dimakbulkan.

    Mana baik nya islam yang kita kata baik?

    Lagi sekali aku tidak berkecil hati terhadapnya tetapi rasa terlalu terkilan dengan sahabat seagama yang menjadi pencetusnya.

  • lady_j
    November 20th, 2012 at 9:44 PM

    cikgu non pun cakap, sejahat2 umno yg tak laksanakan hudud, atleast tak sejahat pas yg bukan saja “melacurkan perkataan hudud” sampai mengkafirkan umno, malah lagi teruk akhirnya buat perjanjian taknak bangkitkan hudud dah. umno pun takde buat perjanjian mcm tu!

  • Tasyahud
    November 20th, 2012 at 11:16 PM

    Puak2 PAS ni sangka bila sebut Hudud je orang2 yang tak sokong PAS ni dikira kalah la.
    Banyak kali tanya dah, PAS keluarkan dulu kerangka Hudud PAS tu, cara2 pelaksanaannya, bahan rujukannya… emm mereka akan jawab…AlQuran dan Hadis lah.
    AlQuran kata mencuri potong tangan. Takkan semua pencuri potong tangan sekiranya kerajaan yang memerintah tidak menyediakan pekerjaan dan prasarana yang kondusif untuk ekonomi berkembang seperti di Kelantan.
    Pasal tu kena kajian dan ilmu mendalam sebelum sebut Hudud.
    Hudud Allah itu adil, Hudud PAS belum tentu.

  • bujuk
    November 20th, 2012 at 11:25 PM

    Antara doa kemusnahan pada penentang Islam dan ikut Sunnah… aku pilih ikut sunnah. Sebabnya apabila nabi d hina dan d pukul ketika pergi ke TAIF, baginda halang malaikat dari musnahkan penduduk TAIF. Malah baginda doakan supaya anak cucu keturunan itu akan beriman kepada Allah dan rasulnya. Tapi tak salah pulak untuk doakan kehancuran seperti mana nabi Allah yg. lain doakan pada kaumnya yg. engkar. Allah juga menawarkan kemusnahan pada penghina rasulullah…
    Tapi kalau nak UNDI penentang perintah Allah yg. banyak buat perkara sunnah… memang tak boleh la. Umpama menyunting pesakit AIDS(atas kesalahan sendiri) yg. dermawan jadi menantu. Apa kesudahannya anak cucu kita??

  • Tasyahud
    November 20th, 2012 at 11:29 PM

    Tun Mahathir berani mengatakan Melayu Mudah Lupa kepada orang2 UMNO. Najib memohon maaf terhadap kekhilafan yang UMNO lakukan dan bersedia untuk berubah dan telah pun melakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit.
    PAS memang tak pernah berubah terutamanya selepas era Yusof Rawa.
    Jika beberapa nama pemimpin awal PAS seperti Dr Burhanudin Helmi dan beberapa nama pemimpin awal PAS yang lain diabadikan sebagai nama jalan di Taman Tun Dr Ismail sebagai tokoh pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Siapakah agaknya nama pemimpin PAS sekarang yang layak diabadikan. Hampir kesemuanya pemimpin PAS ini tidak seperti mana Dr Burhanudin Helmi yang tidak flip flop, jati diri teguh, tidak mengalah kepada lawan dan kawan dan penting tidak bacul, pengecut dan penakut kepada sekutu.

  • Tasyahud
    November 20th, 2012 at 11:41 PM

    Umat Nabi Lut dan Nabi Nuh engkar kepada Allah dan tidak mempercayai kewujudan Allah. Atas sebab itu Allah menawarkan kemusnahan. Rasullah telah mengajar kita agar tidak berhasad dengki dan mendoakan yang baik2 waimma kepada musuh seperti yang diterjemahkan dari kisah Rasul di Taif. Sebab itu Rasullah dalam Khutbah terakhir Baginda mendoakan umatnya agar tidak berpecah belah.
    Adakah doa yang dibacakan oleh Nik Razi tu sebahagian ajaran Rasulullah?

  • syaa
    November 20th, 2012 at 11:57 PM

    tuhan takkan makbulkan doa org yg zalim.klu tuhan makbulkan doa doa mcm ni,org kafir dah lama pupus kat dunia ni.sbb ramai org islam doakan org kafir jahanam.tapi tuhan tak zalim pada sume umatnya.org kafir pun mahluk tuhan gak.inikan pula doakan kebinasaan pada sesama muslim.apa pas ingat tuhan ni zalim ke nak pekenankan doa bodo depa.

  • Brother_Borak
    November 21st, 2012 at 1:10 AM

    Assalam. Tak boleh macam ni tuan. Tuan kena kaji sedalam2nya sebelum buat kenyataan macam ni. Pertamanya ialah… Tuan kata nak ikut doa orang yg ikut sunnah. Persoalannya dimana nas dan hadis yang membolehkan mendoakan keburukkan pada saudara Islam yg lain? Keduanya ialah tuan bagi contoh doa Rasulullah pada golongan TAIF. Doa Rasulullah adalah baik untuk TAIF TETAPI doa pihak dari tuan adalah BERTENTANGAN sama sekali dengan Rasulullah. Ketiganya tuan kata boleh doakan keburukkan spt nabi2 lain TETAPI bezanya nabi2 yg lain itu mendoakan keburukkan kerana umatnya tidak beriman kepada Allah sedangkan kami masih bersyahadah kepada Allah. Dalam pada itu tuan ada fikir tak kenapa Rasulullah sangat istimewa disisi Allah berbanding nabi2 lain? Kerana doa2 macam inilah yang membezakan antara Rasulullah dengan nabi2 lain dan itulah yang membezakan antara kami semua dgn tuan dan rakan2 tuan.

  • Brother_Borak
    November 21st, 2012 at 1:27 AM

    Cakap saja pandai, “Change!! Change!! Berubah!!Berubah!!” tetapi sendiri tak nak berubah. Dari dulu (sejak era tok gurau) sampai sekarang sama sj dendam kesumatnya. Doa kehancuran, pecah perut dan butakan mata. Doa dia sendiri Allah tidak dimakbulkan. Allah tidak redha dengan doa ini. Akhirnya Pasrael yang hancur. Ulamak sudah tak ada dlm kepimpinan Pasrael. Syiah sudah masuk dalam Pasrael. Syiah ganti Sunnah dalam Pasrael BUKAN Pasrael ganti UMNO. Keahlian Pasrael pun semakin kurang. Hanya perkataan dalam doa sj yang berubah iaitu hancur, pecah perut diganti dengan KO!!.

  • Brother_Borak
    November 21st, 2012 at 1:48 AM

    “Dalam islam, walaupun tolak 0.0001%, ia bukan lah Islam (murtad), sebab dalam Al-quran menyebut masuklah Islam sepenuhnya dan bukan, 99.999999%” – Mooo.

    Senarai Murtad Moo…

    1. Haji Hadi sebab Hj Hadi kata 99.9999% hudud tak penting. Dia cuma 0.0001% pentingnya hudud.

    2. Dr. Nizar Jamaludin sebab dia kata tiada transaksi atau memo untuk Pasrael nak buat hudud.

    3. MB Azizan Razak sebab dia kata hudud BUKAN keutamaan.

    4. MB Khalid Ibrahim sebab dia kata hudu tiada dalam manifesto.

    5. MB Nik Aziz sebab dah 20 tahun lebih memerintah Kelantan tapi tidak mewartakan hudud.

    6. Father Anuwar sebab dia sokong plural dan liberalisme agama.

    7. Sister Izzah sebab kebebasan beragama diguna pakai keatas orang2 Melayu (Islam).

    8. Semua pengikut Pakatan Haram termasuklah Mooo sendiri sebab Buku Jingga dijadikan pedoman BUKANNYA Al-Quran.

    Waulahualam…

  • syaa
    November 21st, 2012 at 7:12 AM

    haah la bro,nape pakatan haram sembunyikan sume isu ni.pakatan haram penipu.

  • anakbochek
    November 21st, 2012 at 9:03 AM

    Dalam PAS pun ramai yang tolak ajaran Islam. Lagi besar peratusannya. i.e Tolak kerjasama dengan orang Islam (UMNO), tolak perpaduan Islam, tolak berbaik2 dengan orang Islam yang lain, bekerjasama dengan musuh Islam, memfitnah orang Islam dan banyak lah lagi. Islam korang cuma 20%, jadi tak payahlah nak terhegeh2 nak laksanakan hudud yang terang2 Hj Hadi cakap boleh ditangguhkan dulu perlaksanaannya. Maknanya Hj Hadi suruh korang cover dulu benda yang korang tolak tu baru boleh bincang pasal hudud.

  • Tasyahud
    November 21st, 2012 at 12:28 PM

    Setuju!

  • pasdaplaknat
    November 21st, 2012 at 1:56 PM

    Jahil sungguh hujah MooLembu sekular.. Islam letak 100% tapi jika mampu buatlah dahulu mana yg boleh selagi berusaha kearah melengkapkan Islam.

    Tapi puak Khawarij tolak 99.999% dn hnya mahu 0.0001% itu.. mcm mana? Sesat jauh tolak Aqidah tp hanya mahu HUDUD.. nk main2 dgn Tuhan ke ngok oii?

  • pasdaplaknat
    November 21st, 2012 at 1:59 PM

    mereka sndiri xboleh CHANGE.. berbudayakan Khawarij dan Yahudi.. main politik saraf yg penuh muslihat dan tipu helah dr dulu, itu yg kena CHANGE.. tp mereka mahu CHANGE rakyat ikut stail mereka..

    YA Insya Allah takkan Allah redho dgn doa puak2 MUNAFIK lagi SESAT PAS Laknatullah ini.. doa Khawarij.. berpuluh tahun doa utk musnahkan UMNO.. moga doa itu berbalik kdp PAS dan musnah mereka semuanya..

  • pasdaplaknat
    November 21st, 2012 at 2:00 PM

    Sudah jelas diperkatakan.. PAS menolak bahagian 99.9999% yg Allah syariatkan tp mereka hanya sibuk dgn 0.0001% itu.. pelik lg sesat puak2 PAS Laknatullah ini. Mereka bukan hendak pd Islam tp hendak pd kuasa memerintah, mereka xkn berjaya.. moga doa itu patah balik kdp mereka..AMIN

  • raplahjingaa
    November 21st, 2012 at 2:32 PM

    Mooo hang bercakap pasal Islam…lebih kurang sama macam guan eng cakap pasal Islam.

    Bila hangpa terus-terusan melanggar perintah Allah swt….hangpa dah tolak Allah swt…hangpa tolak Islam !

    Berdoa pun dah macam hindu bali….jauh dan hangpa hanyut ni moooo

  • anakbochek
    November 21st, 2012 at 4:27 PM

    Hudud PAS ialah hudud AlagaPAS…

  • anakbochek
    November 21st, 2012 at 4:34 PM

    Kita ni umat nabi Muhammad, jadi kita disunatkan ikut sunnah Nabi Muhammad. Tak pernah pulak kita dengar kita perlu ikut sunah nabi yang lain. Kalau nabi Muhammad sendiri mendoakan yang baik2 untuk penduduk Taif yang memukul dan menghina baginda kenapa PAS tidak mengikut sunah nabi dan mendoakan yang semoga UMNO dilembutkan hati dan diberikan keimanan.

    Jelaslah di sini sunah nabi pada orang PAS ialah dengan berjubah dan berserban serta berbini lebih dari seorang. Sunah yang lain campak dalam longkang.

  • anakbochek
    November 21st, 2012 at 4:39 PM

    Kita perlu berterimakasih kepada Hj Hadi kerana menjelaskan kepada kita semua tentang kedudukan hudud. Di sini Hj Hadi menyuruh kita memperkemas dan memperkasakan tuntutan Islam yang 99.9999% itu dahulu.

    Tetapi pada cai serta penipu2 dalam PAS, mereka gunakan hudud 0.0001% ini untuk mengkafir dan memurtadkan UMNO sedangkan 99.9999% i.e ekonomi, pendidikan, sosial, kualiti hidup dan lain2nya dibaling dalam longkang.

  • bujuk
    November 21st, 2012 at 10:05 PM

    Kita boleh doakan kemusnahan kepada orang yg. menzalimi kita. Malah ada ayat hadis yg. kata takutlah kamu kepada doa orang yg. d zalimi kerana ia terus kepada Allah. Takkan hang duduk saja bila ada saudara hang rosakkan anak hang??? apakah hang seorang bapa yg. baik bila anak hang d rosakkan hang diam membisu sebab yg. merosakkan anak hang tu saudara sendiri?

  • bujuk
    November 21st, 2012 at 10:06 PM

    TGNA dah buat report, dah jumpa PM tapi royalti k’tan tak dapat jugak. Salahkah kalau mengadu pada Allah setelah segala usaha gagal…

  • bujuk
    November 21st, 2012 at 10:11 PM

    Tapi mereka doakan sebab mereka d zalimi saudara islam mereka.. bukan sebab UMNO saudara Islam yg. baik, adil, baik hati.

  • bujuk
    November 21st, 2012 at 10:15 PM

    SUNNAH tu sebahagiannya kalau ikut dapat pahala tak ikut tak pulak berdosa. Tentu takda masalah kalau kezaliman tersebut kena pada diri kita.. tapi kalau kezaliman tersebut kena pada ahli kita, anak-isteri kita, kaum keluarga kita, rakyat kita… takkan nak doakan kebaikan lagi. Tu.. macam Palestin d serang Israel tu… takkan pemimpin dia nak doakan supaya Israel selamat pulak. Sedangkan kita d m’sia pun doakan kemusnahan Israel.. walau ramai juga yg. bantu Israel dengan beli rokok dan makan d starbuck.

  • raplahjingaa
    November 21st, 2012 at 11:46 PM

    Di zalimi ?? hangpa lah yang menzalimi diri sendiri…

    Sebenarnya bujuk…hang yang merosakan anak hang sendiri…bukan takat anak hang saja yang hang rosakkan…mak mentua hang, pak mentua hang, ipar duai…bini jangan cakap laaaa…

    fikir-fikirkan lah…hehe

  • raplahjingaa
    November 21st, 2012 at 11:49 PM

    hehe…percubaan jahat hang….bujuk-bujuk..

    oooo..kira hangpa ni macam palastine laaa…hahahahahahahah

    Gadai agama, gadai nama Allah, yang gadai bini pun ada…palastine konon…

    hahahahaha…..

  • raplahjingaa
    November 21st, 2012 at 11:52 PM

    Berdoa ?? sapa ajar hang dengan tok guru hang berdoa macam tu ? terpekik-pekik terlolong-lolong…dah macam WWF.

    Bujuk…tolong jangan kaitkan PAS dengan Islam boleh tak ??…aku geli..

  • Brother_Borak
    November 22nd, 2012 at 1:46 AM

    Woi!!! Betullah kata Bujuk ni. Apalah korang ni? Doa org yang DIZALIMI ni terus kepada Allah bukan terus lagi dah memang dimakbulkan Allah. Kalau tidak dimakbulkan Allah tu maknanya org tu tak DIZALIMI. Kita pun nak tanya Bujuk betul tak kita cakap ni….? Apakah kami dibolehkan untuk mendoakan Pasrael kerana MENZALIMI anak2 yatim Memali? Memakan harta anak2 yatim Memali. Kami nak berdoalah… Ya Allah ya Tuhanku, Kau laknatlah Pasrael ini kerana KEZALIMAN mereka adalah kembar siam kepada Israel. Ya Allah ya Tuhanku, Kau jadikan Pasberg ini pemabuk2 arak. Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya anak2 yatim Memali DIZALIMI oleh Pasrael ya Allah. Ya Allah , Kau perkenankanlah permintaan kami ini sesungguhnya hukumanMu PASTI dan Pasrael MATI. Pasrael Mati! Pasrael Mati! Mati Pasrael! Mati Pasrael! PASTI MATI! Amiiiiin!!!!!!. Bolehkah Bujuk kalau kami doa macam ni? Ya atau Tidak?

  • bujuk
    November 22nd, 2012 at 3:03 PM

    Yg. terpekik, terlolong tu perbuatan yg. melampau… aku tak backup puak ni.

  • bujuk
    November 22nd, 2012 at 3:07 PM

    Biarlah anak2 YATIM MEMALI yg. DOA kan kerana mereka yg. d zalimi bukan korang. Tapi kalau korang adalah anak2 YATIM memali… silakan. Pasti Allah akan makbulkan… bezanya cepat dan lambat. Takda KOMPROMI dalam kejahatan/ kezaliman.

  • bujuk
    November 22nd, 2012 at 3:10 PM

    Para Nabi Allah juga mendoakan kehancuran terhadap kaum mereka yg. Zalim dan mendustakan Nabi mereka. Hang tak jumpa ke dalam Quran sebut pasal kaum2 yg. Allah hancurkan kerana mendustakan Rasul/pesuruh nya.

  • bujuk
    November 22nd, 2012 at 3:18 PM

    Orang AWAM cukup tau camtu je.. kalu mencuri tu memang banyak kategori, yg. d potong tangannya adalah yg. mencuri sebab nak mencuri. Bukan lapar, miskin, bukan harta yg. terdedah(tak kunci), pelaku pulak mesti baligh, tidak gila dan banyak lagi syaratnya. Tapi untuk takutkan rakyat… UMNO kata ramai anak2 kita d sekolah nanti kudung tangan hingga ramai ibu-bapa yg. tak setuju hudud.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.