Menu Utama

Eksklusif: Nik Aziz Seleweng Tanah Kelantan

Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.

PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.

Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan?

Jika benar, rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) , sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri mereka?

1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20 Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997.

2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak  pula menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing  yang nilaian harganya ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 .

3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai.

4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yang nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00.

Asalnya, semua lot tanah di atas merupakan sebuah kawasan balak, selepas segala kayu kayannya diratah hingga botak licin, barulah lot-lot tanah berpindah milik kepada penama-penama di atas.

Kebetulannya, Pengerusi PKINK ataupun dikenali juga sebagai SEDC ini ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jawatan tersebut digalas oleh Nik Aziz sejak 1990 hinggalah sekarang.

Menariknya, kesemua tanah yang menjadi milik Nik Aziz, Ab Halim serta anak isteri mereka itu, sehingga kini tidak pernah diisytiharkan sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan -Peraturan Pegawai Awam (kelakuan & tatatertib) 1993 Perintah Am Bab D Peraturan 10.

Ada sesuatu yang sengaja disembunyikan ke? Jika tidak begitu, apa yang sukarnya untuk membuat pengisytiharan rasmi?

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad sebelum ini pernah membangkitkan isu tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu, namun tiada seorang pun pemimpin PAS negeri atau wakilnya yang menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Sebaliknya ada segelintir wakil rakyat PAS yang berang telah memarahi Pegawai Kerajaan Negeri kerana dituduh telah bersekongkol dengan UMNO  membocorkan maklumat sulit sedemikian.

Kenapa perlu marah-marah, jika segala urusan dilakukan secara telus tanpa sebarang penyelewengan, apa yang perlu dirisaukan, tak begitu?






25 Komen to Eksklusif: Nik Aziz Seleweng Tanah Kelantan

  1. PASpartyNGOK says:

    Terlalu banyak pendedahan sudah dibuat mengenai ‘ketidak kenaan’ (sebagi ganti perkataan salahlaku) Nik Ajis.

    Menantu dia yang buat onar dulu, banyak yang seharusnya mereka kena jawab.

    Tetapi tak pulak kita dengar Nik Ajis atau mana2 ahlul keluarga dia kena dakwa. Asyik2, siasatan dijalankan, siasatan sedang berjalan…. lepas itu diam.

    Apa polis atau SPRM sukar melangkaui kekangan yang menghalang dari tindakan diambil.

    Tanpa tindakan diakhir siasatan, pendedahan demi pendedahan cuma untuk dapat penat saja..faedah tak ada.

    • lyn says:

      sprm takut nik aziz doa pecah bontoh nya..tapi tak pulak takut pecah perut makan gaji hasil penyelewengan kuasa.. budu dgn budu boleh bereh belako..

    • Gen2Felda says:

      adakah SPRM kelantan bekerja dengan Pas kelantan?

      seperti sudah pasti bahawa setiap isu rasuah pas kelantan akan terus terperam.

  2. bujuk says:

    Walaupun nilainya tak cecah juta2 seperti yg. pemimpin UMNO selalu buat, aku rasa SPRM patut siasat apakah ada penyalahgunaan kuasa atau sekadar acahan pilihanraya. Pada aku yg. salah tetap salah walau tok guru yg. buat.

    • StinGray says:

      mencuri bkn kira nilai…tapi perbuatan…duit dlm tin milo tu jgn lupa di audit pulak???….mungkin cecah juta2 dh…maklumlah dah 22 tahun usung karung & tin milo hari2….dari muda sampai ke tua terkutuk si tua kutuk sekoq ni….

      • pasdaplaknat says:

        Mcm doa minum arak jugak.. xkiralah setitik ke segelas sebaldi ke.. HARAM nya sama..
        tp yg paling LAKNAT dan JAHAT kata NABI ialah ialah wayang si alim berjubah serban tp rupanya syaitan besar yg pelahap..(ulama’ Su’u)..

    • mustaqim says:

      bujuk…..juta atau 10 ringgit dosa pada allah sama….negara islam kelantan adalah negara islam bontot aku

  3. raplahjingaa says:

    Hush Bujuk ! hang niiii…..tok guru alim ulamak mana boleh buat kerja tu semua….ni fitnah UMNO ni bujuk

  4. baba says:

    nik aziz bukan seleweng tanah saja , agama pun dia seleweng

  5. Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  6. Nenek Aziz says:

    Ingatkan UMNO saja yang tahu laki atau bini jadi pengarah sana pengarah sini, rupanya PAS yang berserban dan berjanggut juga pandai jadi pengarah….muahaaaaaa…itulah jadinya jika menganut agama Isleee…

  7. tengkudin says:

    ish ish ish…nik ajis seleweng tanah kelantan..??? dia nak buat kubur untuk dia kot??..nik ajis ooo nik ajis..

    kubur kata mari..

    no wonder la rumah dia besar giler sampai tinggi pagarnya..tak kasi rakyat tengok kemewahannnya la katakan..

    ish ish ish

    • pasdaplaknat says:

      alim kucing boleh tahan lagi..alim syaitan laknatullah.. berhempas pulas mengkafirkan UMNO, maki hina cerca sumpah seranah.. last2 si alim ini lebih jahat dr org UMNO.. mentakedarah harta rakyat bg anak bini kenyang..

  8. PASpartyNGOK says:

    Pada puak ini hukum jatuh atas istilah. Maksudnya begini… POlis tahan satu mamat memandu tak ada lesen. Mamat kerana takut disaman, hulur RM20.00 pada abang polis. Polis ambik masok poket dan berpesan pada mamat tu, awak ikhlas ye.. saya tak mintak, tapi pasal awak beri dgn ikhlas saya terima.

    Kerana ikhlas, diharuskan ambik, duit jadi ‘halal’.

    Sama macam Nik Ajis ambik satu hadiah ikhlas dari seorang penyumbang yg sponsor dia ke Mekah.

    Istilah telah ditukar hukum Allah pun dicemar. Penerima menerima dgn rasa suci kerana itu hanya satu sumbangan ikhlas.

    Malang sekali orang Umno tidak diberi kelebihan menukar istilah, maka apa yang yang dikaitkan dgn mereka, semua haram dan rasuah.

  9. Tubir says:

    untuk makluman semua nik aziz sedang sakit agak teruk kali ini ,Inilah bala dan azab yang diturun kepadanya .

  10. Jange caye tapi mung jange gege

  11. Tubir says:

    Memang betul dia sakit jangung agak teruk juga

  12. […] daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan […]

  13. WTF says:

    INILAH PUNCANYA BALA BANJIR YG DITURUNKAN OLEH ALLAH SWT KPD RAKYAT KELANTAN!!!

    KELAKNAT (KENA LAKNAT) DGN ALLAH SWT RUPANYA RAKYAT KELANTAN INI!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!!!

Leave a Reply