|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 25 November 2012| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 16 Comments »

Balun Balak Pedu: Dusun Buah Atau Rompak Balak?

Baru-baru ini saya terbaca kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak di sebuah akhbar yang menjelaskan tentang projek “balun balak Kedah” yang sedang digiat dijalankan sebelum PRU ke-13 berlangsung.

Dalam kenyataannya itu, dia begitu bongkak dan angkuh apabila memberitahu bahawa dia tidak peduli sangat tentang kelulusan EIA yang diperlukan bagi sebarang aktiviti balak yang melibat kawasan seluas 15,000 hektar di atas nama “Ladang Sejahtera”.

Lagipun katanya, projek “balun balak sampai licin” itu sudah pun dilaksanakan secara besar-besaran di merata-rata hutan simpan kekal di Kedah, termasuk di kawasan Carok Batang Padi yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan tadahan air utama negeri, empangan Pedu.

Lebih menarik, Azizan menjelaskan bahawa dia sebenarnya bercadang untuk menanam pokok buah-buahan atau dalam ertikata lain, Menteri Besar itu mahu menjadikan kawasan seluas 500 hektar di Pedu itu sebagai dusun buah-buahan.

Bayangkan dusun buah-buahan seluas 500 hektar di Pedu. Mungkin dia mahu menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri dusun buah-buahan barangkali. Baiklah, saya setuju dengan tujuan itu.

Bagaimanapun, saya yakin bahawa tujuan utama Azizan bukanlah “dusun buah-buahan” seperti yang dia katakan, tetapi sebaliknya dia mahu mengebas seberapa banyak balak bernilai tinggi yang berada di kawasan hutan simpan kekal tersebut!

Untuk makluman, saya mampu membuktikan bahawa Jabatan Hutan Negeri telah mengazetkan kawasan tersebut sebagai “Kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi” di mana kawasan tersebut dilarang sama sekali terlibat dengan aktiviti penebangan pokok, walaupun sebatang.

Pernah dulu bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak bercadang untuk menjalankan aktiviti pembalakan terancang di mana kaedah pembalakan menggunakan helikopter digunakan untuk mengangkut balak dan penebangan balak hanya dihadkan kepada 3 batang balak saja bagi satu kompatmen.

Bagaimanapun, setelah berbincang dan bermesyuarat dengan pihak-pihak terlibat dengan prosedur pembalakan seperti Jabatan Hutan Negeri, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, cadangan tersebut dibatalkan disebabkan oleh aktiviti tersebut mampu menjejaskan alam sekitar dan ekologi.

Sejak itu, tiada sebarang cubaan dari mana-mana pihak untuk menjalankan aktiviti balak di kawasan tersebut sehinggalah PAS berkuasa di Kedah.

Mengenepikan nasihat, pandangan dan kajian sebelum ini, PAS Kedah begitu rakus menebang balak di kawasan tadahan air itu sehingga kawasan tersebut menjadi “padang jarak padang tekukur”. Habis gondol ditebang PAS Kedah..!!!

Saya tahu dan sedar bahawa PAS Kedah tak tahu dan memang tidak pandai langsung menjana wang untuk Kerajaan Negeri Kedah. Namun ia bukanlah alasan bagi Azizan dan Exco-Exconya merompak sesuatu yang tidak wajar dirompaknya!

Kalau nak “rompak” balak di Kedah, rasanya Azizan boleh terbang dengan helikopter mengelilingi Kedah dan lihat sendiri kawasan yang wajar ditebang untuk mendapatkan balak. Lepas itu, mohonlah kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar atas nasihat Jabatan Hutan.

Selepas itu, membalaklah mengikut jadual dan secara berperingkat sebagaimana yang dijalankan di negeri-negeri BN yang lain. Kalau nak membalak sekalipun, tinggalkanlah yang pokok yang kecil-kecil tu untuk anak cucu pada masa akan datang…

Inilah jadinya kalau biarkan orang yang tak tahu mentadbir mendapat kuasa. Boleh lingkup satu negeri jadinya. Kalau sepenggal saja dia boleh jual semua hutan-hutan simpan kekal di Kedah, saya yakin jika dibiarkan mereka berkuasa sepenggal lagi, seluruh sawah padi pula akan menjadi mangsa!

Ada 16 Comments setakat ini.

  • raplahjingaa
    November 25th, 2012 at 10:19 AM

    Depa tahu sangat…lepas PRU 13, Kedah akan kembali ke BN, so apa tunggu lagi….sapu cukup-cukup, siapa yang rugi ?? rakyaat Kedah jugak yang rugi.

    Mana cina-cina DAP ? tak nak buat demonstrasi ke ? kan itu kerosakan alam sekitar ?

  • PASpartyNGOK
    November 25th, 2012 at 10:30 AM

    Perompak, penyamun, penipu, pembelit, pembohong sama tarafnya, tak ada banyak beza.

    Umno didakwa tolak islam kerana Umno tidak berjuang untuk perlaksanaan hudud. Memang Umno tidak pernah dilihat politikkan hudud, maka sebab itu Umno dituduh tolak islam, Umno jatuh murtad.

    Umno selama memerintah telah membina akidah kerana akidah adalah asas pada islam sedangkan hudud adalah langkah penyempurnaan islam.

    Umno membina masjid dan surau untuk umat beribadah dan mengukuhkan akidah. Umno menggalak ulama dan penceramah agama bergerak bebas didalam gerakan menyebar syiar agama.

    Alangkah banyak munafaat yang diperolihi rakyat hasil program dan berbagai slot di TV , masjlis live dan media cetak dimana ulamak menabur ilmu yang mereka pelajari buat menafaat semua rakyat.

    Ini semua tidak akan wujud dari kerajaan zalim yang murtad, yang tolak agama.

  • Topup
    November 25th, 2012 at 4:26 PM

    PAS tolak semua syariat islam yg UMNO buat . tak tau la pulak yg merosakkan alam sekitar tu adalah syariat islam ala PAS . PAS sejak dari dulu memang tak reti mentadbir sebab PAS mmg tak mau dengar dan terima golongan profesional lain selain ilmuan agama . Yg dok ada dlm pas pun dah di’tarbiah’kan untuk mengamalkan benci dan cari salah org lain . Jadi yg untung adalah taukeh2 bangsa dan agama lain yg mengambil kesempatan atas ke’tolol’lan pemimpin pas dan totok pas yang bebal

  • Anak_Nogori
    November 25th, 2012 at 5:25 PM

    hancur negeri kedah dibuat oleh syariat islam kununnya…

  • baba
    November 25th, 2012 at 7:17 PM

    pas ni boleh segalanya, hutan simpan pun dia balun habis……kalau bn buat mau bising satu dunia

  • zumazore
    November 25th, 2012 at 8:00 PM

    MEREKA telah tersalah anggap yang HUTAN SIMPAN tu ialah hutan yang perlu di sayangi, dan cara mereka sayang ialah dengan tebang dan simpan pokok itu kat SAW MILL…. ye lah PASu memang bodo bendul!

  • Brother_Borak
    November 26th, 2012 at 1:48 AM

    Pergi panggil Himpunan Hijau balik ke Kedah. Jalan kaki tau jangan ngada2 naik bas pulak.

  • Brother_Borak
    November 26th, 2012 at 1:50 AM

    Kenapa dia tak tebang sekali ‘Rimba Hitam’ yang masih berkeliaran di negeri Selangor?

  • sal
    November 26th, 2012 at 4:02 PM

    Pokok2 sekeliling empangan tu la yg menyebabkan tasik Pedu dipenuhi air. Air hujan turun,akar2 pokok2 simpan air2 dalm tanah..ni dah clear sebahagian esok air empangan nk mai mana? camana pesawah nk tanam padi dan kalu air tasik digangggu gugat dan pokok2 ditebng. Kawsan yg dikatakan kawsan tadahan bukan dalm tasik saja..ia merangkumi pokok2 sekelling tasik..samada di bukit sebarng jalan sekalipun..air yg turun ni disimpan dgn adanya pkok2 dan kalo kemarau air simpanan akar pokok ini la yg membekalkan air ke dalam tasik . Cam dajal ja memusnahkan alam sekitar..KEROSAKAN ni bukan akan nampak la2 ni tp akan makan masa mungkin 15,10 tahun. Harap HENTIKAN la kerja2 KEROSAKAN dan KEZALIMAN ini

  • neutron
    November 26th, 2012 at 6:09 PM

    Aiyoo MB Kedah apa suda jadii??? Itu macam punya kalu musti repot polis… Luworang cakap BN luworang pun 2×5… CACAI UMNGOK tarak repot polis ka???

    Sini satu juga cerita mamak kopi pes suma cacai kasi komen la..

    Oleh Sharpshooter

    Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah “Sapu Tanah 1 Malaysia” (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno-BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.
    Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah.

    “Saya mencadangkan perkataan sapu tanah itu diganti dengan istilah lebih sesuai kerana cara pengambilan tanah oleh Umno-BN. Sebagai penghargaan kepada Sri Serdang, kita tukar kepada Sat1M bagi menggambarkan kepakaran Sri Serdang pernah menjual tanah November 2011,” katanya.

    Shuhaimi sebelum ini pernah mendedahkan tiga kes salah guna kuasa oleh Satim, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera. Satim juga didakwa menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan. Dalam pada itu, Suee Lim mendedahkan 23 lot tanah di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM300 juta. Beliau turut mempersoalkan bagaimana tanah berkeluasan 33.5 ekar itu hanya dikenakan bayaran premium serendah RM1 untuk satu kaki persegi.

    “Ramai rakyat mempersoalkan bagaimana pengurusan tanah 24 lot tanah yang komersial itu boleh diluluskan kepada Umno, MCA, MIC dan Gerakan? Setelah diteliti, harga kesemua tanah itu tidak kurang daripada RM300 juta.“Bagaimana premium itu boleh dikurangkan sehingga harga begini? Siapa yang duduk dalam jawatankuasa tanah pada ketika itu? Inilah perangai Umno-BN yang kononnya ingin membela hak rakyat, sentiasa memalukan dulu, kini dan selamanya,” katanya.

  • sal
    November 26th, 2012 at 8:55 PM

    Aiyooo neutron..MB Kedah pun harap KOPIAH ja besaq dok ataih KAPLA. Tapi mai bab duit depa sapu licin selicinnya jugak kat empangan Pedu. Sian Pesawah2 ..dolo zaman Tunku/ Tun razak hgg ke zamn BN kawasan tadahan ni di jaga. Kira x tau la camana nanti keaadan 15-20taun ni.La ni memng air x terjejas lagik.Kawasan tadahan tu bukan dalm tasik ja..ni air dok mai dari pokok2 tu dah dimusnakan.Takut kering la empangan nanti.Empangan Pedu tu air dikhususkan utk petani KEDAH/PERLIS tanam padi.Nama pun JELAPANG PADI dn menyumbang 50% beras pada negara. Dah PELINGKUP buat camni esok rakyat KEDAH makan buah aja la kan..yg ladang MB baru cadng nk tanam cermai tu.,rakyat MALAYSIA yg pun pakat2 makan buah ja..jgn marah..nanti KEDAH Mungkin dikenali JELAPANG CERMAI plak.Alahai puak2 berKOPIAH dan LEBAI besaq ni habis sat saja depa sapu. suka jugak kalo boleh buat repot polis. elok namakan PROJEK LADANG KEROSAKAN KASSIM BABA YG PUNYA.

    cam BAGUIHHHH ja puak2 ISLAMIK ni no. Depa lagi terok dari segala yg terok.HARAP KOPIAH ja BESAQ. Jangan bg chance dah la depa perintah..depa perakus tahap GABAN.Kerosakan2 yg dibuat ni bagus sgt la utk sambut kedatgan DAJAL.Esok nk makan beras pun x dak.

  • zairul
    November 26th, 2012 at 9:16 PM

    Masih menunggu jawapan dari Pas Pusat atau Pas Kedah tentang isu ini. Kalau takleh jawap, tak perlulahlah PAS nak sibuk berceramah sana-sini canang segala keburukkan kerajaan BN sekarang. PRU 13 nanti bungkus la PAS.

  • raplahjingaa
    November 27th, 2012 at 12:48 AM

    sal, hang jangan dok layan sangat keling ni…bukannya dia tau apa pun, dia sokong pakatan haram pun sebab minat dia sama dengan anwar…yang lain apa pun dia tak tau !

    aneee ni tukang bancuh air kat kedai nasi kandaq, dia ingat aku tak kenal dia !!

    hehe..

  • Zarman
    November 27th, 2012 at 11:16 PM

    Yang sibuk dok tebang balak buat ladang buah2an tentunya ada agenda lain…. Balun balak sampai licin sebelum PRU… Itulah agendanya. Kalau betul nak buat ladang, sebenarnya kedah ada beribu ekar tanah kosong yang tidak diusahakan, baik kepunyaan individu, agensi tertentu atau kerajaan sendiri… Kenapa tak digunakan tanah tersebut?. Kalau nak menipu pun biarlah bertempat zizan oooiii…
    Sebab dgn meneroka hutan , gerenti dpt balak… Dusun tu cuma pemanis kata, macam hududlah jugak… Tujuan nak berkuasa, hudud tu cuma pemanis kata saja…

  • pasdaplaknat
    November 29th, 2012 at 7:16 PM

    YA ALLAH.. sedihnya hamba-MU ini melihat khazanah ciptaan-Mu di musnahkan sekelip mata.. inilah suku Ya’jud Ma’jud PAS.. EMPANGAN PEDU dulunya dikelilingi hutan dara yg sgt kaya dengan komponen EKOLOGI, DIVERSITI.. sedihnya..

    AKU SGT BENCI PAS!! DEMI ALLAH !! semoga balasan Allah buat seluruh PAS dan PAKATAN HARAM Laknatullah ALAIIIH !!

  • Suajana Agriculture and Soil Consultancy
    February 22nd, 2013 at 4:14 PM

    Pelihara tanah sebab khazah alam yang sukar di ganti. Tanah memerlukan 9000 tahun untuk terbetuk sedalam 1 meter . Ia itu 500 tahun seinci.

    Dasar Pemuliharaan tanah ia lah
    Erosion Classification
    Low – Annual soil loss less 10 tons per hectare -2.5kg/sq meter
    Modererate – Annual soil loss 10 tons to 50tons per hectare
    Moderately High- Annual soil loss 50 tons to 100tons per hectare
    High – Annual soil loss 100 tons to 150tons per hectare
    Very High – Annual soil loss greater than 150 tons per hectare

    Tolerence Level
    Forest- – Annual soil loss less 1 tons per hectare
    Orchard-– Annual soil loss less 4 tons per hectare
    Vegetables-– Annual soil loss less 8 tons per hectare

    State Govement Need the advice of Espert to manage erosion

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.