SPR Tidak Adil… Tapi Hadi Berangan Nak Jadi PM

Posted by HackerXP on November 20th, 2012
:: Filed under HackerXP,KOLUMNIS,Utama ------> 9 Comments »

Anwar Hadi Anti SPR

Acapkali kita mendengar dan membaca tuduhan penyokong dan pemimpin pembangkang yang mendakwa SPR adalah salah satu komponen dalam BN dan seringkali memanipulasi sistem pilihanraya untuk kepentingan BN.

SPR diserang bertali arus oleh pemimpin dan penyokong PR. Badan itu dituduh tidak adil, ketelusannya diragui dan sistem pilihanraya kendaliannya didakwa cacat sana sini. Kesannya, sedikit sebanyak tergugat juga kredibiliti dan imej SPR pada mata khalayak.

Disebalik semua itu, kemenangan PR di beberapa negeri pada PRU 2008 yang lalu elok pula diterima dengan senang hati kononnya itulah tandanya rakyat memihak pada PR dan BN semakin ditolak rakyat. Hipokrit.

Padahal, jika benar SPR itu beroperasi bagaikan komponen BN dan sistem pilihanraya kendaliannya serba serbi tidak telus, patutnya jangan haraplah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat boleh terus berpaut pada kuasa dan menongkat langit selama 22 tahun sejak 1990.

Dan patutnya, atas dasar untuk mendaulatkan keadilan dan ketelusan, sewajarnya semua MB dan KM di negeri-negeri yang dikuasai PR serta semua wakil rakyat DUN dan Parlimen PKR, DAP dan PAS dah lama meletakkan jawatan supaya pilihanraya kecil yang diuruskan oleh badan bebas lain dapat diadakan. Tak gitu?

Menariknya, disebalik semua dakwa dakwi itu, tiba-tiba boleh pula PAS berangan-angan untuk menobatkan Presiden mereka, Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Itu yang berlaku tempohari di Muktamar PAS ke 58. Dewan Ulamak PAS dan beberapa perwakilan parti itu sepakat untuk mengetengahkan Hadi sebagai PM sekiranya PR menang PRU 13.

Agaknya PAS dah menyedari bahang penolakkan masyarakat Melayu Islam kepada PAS semakin merudum, sementelah lagi rekod di 16 pilihanraya kecil sebelum ini memang ketara menunjukkan trend kemerosotan sokongan orang Melayu Islam kepada PAS.

Mungkin sebab itu, mahu tidak mahu terpaksa juga PAS menonjolkan yang pemimpin mereka pun berkelayakan untuk menjadi PM disamping bagi membuktikan parti itu masih lagi ada kekuatan sokongan.

Tinggi cita-citanya, sekalipun realitinya PAS cuma akan bertanding kurang dari 100 kerusi sahaja, antara  60 hingga 88 kerusi parlimen berbanding keseluruhan 222 kerusi dewan rakyat.

Tapi tak mengapalah jika PAS mahupun Hadi mahu berangan, cuma jangan jadi macam Mat Jenin berangan di puncak pokok kelapa bila jatuh gedebuk orang lain pula yang dipersalahkan.

Sebelum ini khalayak sedia maklum, PR sudah muktamad untuk mengangkat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai PM, malah Anwar sendiri dalam pelbagai program ceramahnya sering mendakwa pakatan pembangkang PR yang diketuainya akan mengalahkan BN dalam PRU 13 nanti.

Sekarang, para penyokong sendiri pening kepala di antara kedua-dua kepala pembangkang itu mana satu yang layak untuk jadi PM. Tapi percayalah bila polemik ini berterusan dan semakin hangat sehingga mengugat kerjasama dalam PR, alih-alih UMNO dan BN juga yang akan dipersalahkan nanti.

Faktanya, untuk menjadi PM, bermakna PAS mahupun PKR, kedua-duanya perlu melalui proses pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR dan menguasai lebih separuh kerusi di Parlimen.

Persoalan sekarang, disebalik dakwaan pembangkang kononnya perjalanan piliharaya tidak bersih, daftar pemilih meragukan dan BN memanipulasi SPR, dari mana pula timbul keyakinan yang mereka akan menang besar dan Anwar atau Hadi bakal menjadi PM?

Bukankah bila mana SPR telah dituduh memihak kepada BN, maka sepatutnya tak timbul yang PR akan berpeluang menang PRU 13, manakala isu Anwar atau Hadi sebagai PM pun patutnya tak timbul.

Kecuali, sebenar-benarnya serangan pembangkang ke atas SPR selama ini segala-galanya hanyalah sekadar propaganda politik untuk mengalih perhatian umum terhadap kelemahan sokongan yang sedang dihadapi parti pembangkang.

Atau sebenarnya ada agenda sulit dalam diam membakar api kemarahan penyokong PR supaya berhimpun dan mengganas di jalanraya seandainya PRU 13 kelak PR ditolak oleh majoriti pengundi? Mungkin mengambil inspirasi dari peristiwa Dataran Tahrir barangkali.

Apapun, sama ada Hadi atau Anwar, kedua-duanya yakin PR akan menang melalui sistem pilihanraya yang SPR kendalikan, sama ada cita-cita mereka untuk menjadi PM akan menjadi kenyataan atau kekal angan-angan kosong, yang pastinya satu yang tersirat ia juga melambangkan manifestasi keyakinan mereka terhadap kredibiliti SPR. Tak begitu?

Ada 9 Comments setakat ini.

  • StinGray
    November 20th, 2012 at 2:51 PM

    Kalau lah Pakatan Haram Jadah ni dicontohkan sebagai Team Bola, sorang referee pun tak berani nak jadi ref…kalau kalah mampus ref kena belasah dgn depa…lawan dgn team MU, Real Madrid or Barcelona pun, kalau depa kalah, depa kata ref rasuah, tak adil siap buat solat hajat & doa hancurkan ref, team lawan dan runtuhkan stadium team yg kalahkan depa tu….melantun-lantun bangangnya puak2 depa ni….pelik aku sapa yg sokong Pakatan Haram Jadah ni….

  • org muda
    November 20th, 2012 at 3:12 PM

    Orang PAS tak layak memimpin negara sebab dengki dan hati busuk. Haji Hadi jadi menteri besar dlu kat terengganu habis kemas ,dewan, hal2 lain dihalau dan di kunci… ini pemimpin hati busuk … Cakap sja boleh la.. klu memeritah negara dia tak layak.. minta haji hadi selesaikan air kotor kat kelatan dlu.. bru pekir nak jadi PM..
    Klu Anuwar-x layak jdi PM sebab prulalizem-

  • Anak Lenggong
    November 20th, 2012 at 3:49 PM

    Sama la juga dengan pihak Polis, Mahkamah, SPRM serta lelain agensi kerajaan..semua nya dikata kroni kerajaan..tapi berapa ramai pulak puak mereka ni disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman..kalau betul apa yang dikata..berlonggok laa pemimpin mereka menjadi pengikut anuar menghuni penjara di Malaysia ni.

  • zarman
    November 20th, 2012 at 6:33 PM

    ni yang aku dok pelik dgn sorang dua kat pejabat aku yang masih dok percaya kpd PR, nak kata makan taik, nampak dok makan nasi pagi2 lagi. tapi yang nyata ketara ialah sejak beberapa pulan akhi2 ni dah kurang, malah tiada suara mereka secara kuat atau perlahan, cuba merajai isu2 politik… semua nampak monyok dan kalah, tak nak dah yerlibat dlm sebarang dialog politik… harap-2 sehari dua lagi mereka terus jadi penyokong k’jaan.

  • PASpartyNGOK
    November 20th, 2012 at 9:14 PM

    Berapa banyak BERshit yang sudah mereka lancarkan. Kesemua BERshit itu dikatakan untuk memprotest SPR yang memihak dan didakwa tidak adil terhadap mereka.

    Selepas beberapa BERshit dilancarkan, maka sekarang SPR sudah bersih pada mereka.

    Pastinya… dengan SPR berat sebelah mana mungkin mereka boleh menang (walau sekadar angan2 kosong yg tidak berasas)dan HAdi dilantik jadi PM.

    Kita membenci Anwar dan sentiasa terasa loya nak muntak jika terdengar Anwar mahu jadi PM. Demikian jiga HADI kerana rasa nak tergelak pecah perut. Hadi hanyalah seorang tua kutuk yang tak ada komersial value . Nilai pada HAdi ialah lidah berdustanya saja, lain tak ada.

  • Tasyahud
    November 20th, 2012 at 11:01 PM

    Walaupun saya pernah menyertai PAS setelah jatuhnya Anuwar dan benci tersangat kepada Tun Mahathir, malah berkempen untuk kemenangan PAS pada 2008, apa yang boleh saya katakan disini PAS adalah sebuah parti politik yang sudah hilang jati diri dan hala tuju.
    Para pengikutnya disogok dan dibodohkan dengan janji seperti Syurga dan Pahala. Pimpinan UMNO di jadikan kambing hitam untuk menunjukkan bahawa UMNO ini tersangat korup dan bermasalah. Tetapi sebenarnya mereka ini berjaya menyembunyikan hakikat mereka adalah lebih teruk lagi kekorupannya disebabkan berselindung disebalik serban, janggut, hadis2 dan ayat2 alquran. Perhatikan sahajalah para penceramah agama politik mereka yang dulunya memandu kereta buatan Malaysia sebelum kemenangan 2008, tetapi sekarang memandu kereta2 mewah keluaran Jepun atau Jerman.
    Seperti ditempat saya seorang Ketua Cawangan UMNO mengambil masa lebih 10 tahun dengan berniaga menggunakan sijil PKK untuk memandu sebuah benz recond. Sahabat saya seorang ni hanya mengambil masa dari 2008 hingga sekarang untuk memandu sebuah Accord keluaran terbaru.
    Mungkin jugak saya cemburu dan keluar dari PAS sekarang ni kerana tidak berserban, berjubah dan apatah lagi tidak mahir berhadis dan menggunakan ayat Quran.

  • syaa
    November 20th, 2012 at 11:41 PM

    pakatan haram kaki penipu.klu SPR nak menipu dan tak adil la,pakatan haram ni tak akan menang kat kedah,pinang,kelantan,selangor.

  • Hamba Ar Rahman
    November 21st, 2012 at 4:22 PM

    Kejap jer tu bro..sok2 lupa..buat pulak..puak2 depa ni jenis kalau peminat bola sepak tu…hah…yang jenis extreme tu…kira die hard fans laaa…mana boleh tukar2 sokong kerajaan pula…tak der maknanya…tak caya, kau tengoklah nanti….

  • Hamba Ar Rahman
    November 21st, 2012 at 4:28 PM

    Bagi aku pulak golongan yang atas pagar ini…ada satu perkara yang aku perasan…penyokong2 Umno jika kita jumpa di luar…bila berbual…mereka lebih cool…tidak keterlaluan, dan lebih relek…bercakap pula tidak begitu emo atau mengikut perasaan…tidak juga berlebih lebihan bercakap seolah2 lebih alim dalam hal agama mereka…tetapi rakan2 dari sebelah sana pula (dua2 golongan pun aku berkawan), mereka ni kalau kita ajak lepak kedai kopi..memang topik utama adalah menghentam kerajaan…kadang…naik rimas bila tak der benda lain yang mereka sibuk nak bual…kalau tengok cara…macam teruk sangat dah mereka2 ni kena tindas…sungguh hairan….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.