Bagaimana PAS Mahu Tutup Bangkai Gajah?

Oleh: dukeofmontecristo (November 20th, 2012) [Utama][19 Comments »]

tabung-memali

Agak menggemparkan apabila bekas Mufti Perlis, Dr Asri Muda, yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi sejak akhir-akhir ini telah mengesahkan di laman sosial Twitter bahawa PAS telah melesapkan dana tabung Memali di Baling, Kedah.

Sebagaimana maklum, sejak peristiwa Memali tercetus, tabung tersebut ditubuhkan bagi membela dan menyara para ibu tunggal serta anak-anak yatim yang ditinggal oleh bapa-bapa mereka yang meninggal dunia akibat insiden berdarah itu.

Malangnya, wang berjumlah jutaan ringgit yang dikumpulkan melalui derma dan sedekah dari orang ramai, termasuk para pemimpin UMNO itu dikatakan telah lesap begitu saja dan tidak sampai ke tangan waris-waris mereka yang terlibat di dalam tragedi tersebut.

Sebelum ini, seorang pemimpin PAS totok di Baling yang dikenali sebagai CN Afghani atau nama timangannya Cikgu Non berkali-kali mempersoalkan status tabung tersebut sehingga dia pernah menerbitkan sebuah buku berjudul “Airmata Memali”.

Buku yang mendedahkan bagaimana wang tabung itu disonglap oleh beberapa pemimpin PAS tertentu telah diharamkan oleh pucuk pimpinan parti itu dan Cikgu Non terpaksa berhadapan dengan pelbagai sekatan serta ugutan.

Meskipun dia merupakan dan masih lagi ahli PAS serta pernah mengkafirkan kedua ibu bapanya yang menyokong UMNO, Cikgu Non mengatakan bahawa partinya pernah menghantar samseng datang mengugut untuk membunuhnya sekiranya meneruskan kempen bongkar Tabung Memali itu.

Dalam masa yang sama, para pemimpin PAS pula ramai yang membisu mengenai skandal Tabung Memali itu yang masih gagal dirungkai sehingga hari ini.

Namun begitu, segelintir pemimpin PAS yang terasa pedasnya telah bertindak menafikan dakwaan Cikgu Non yang sebelum ini merupakan salah seorang pemegang amanah tabung tersebut.

Bagaimanapun, Dr.Asri Muda atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza ini selamba mengesahkan bahawa Tabung Memali telah disonglap PAS.

Persoalannya, siapakah yang benar di antara mereka-mereka ini?

Pada pandangan saya, saya sendiri tidak tahu mengenai skandal yang membabitkan intergriti dan ketelusan PAS dalam menguruskan hal ehwal amanah dan tanggungjawab kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim Memali itu.

Bagi menghuraikan kekusutan Tabung Memali dan mengelakkan diri dari dosa fitnah yang selama ini menjadi amalan PAS, rasanya sebuah Jawatankuasa Suruhanjaya Bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Lagipun, adalah sangat memalukan umat Islam sekiranya kita gagal menunjukkan akhlak yang baik kepada golongan bukan Islam yang memerhati sikap dan moral umat Islam di Malaysia.

Persoalannya, bersediakah PAS untuk bekerjasama bagi menubuhkan Suruhanjaya tersebut?

Apa yang PAS nak takutkan? Bukankah selama ini para pemimpin mereka seperi Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr. Dzulkifli, Khalid Samad, Mat Sabu dan sebagainya selalu menyalak serta mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya pada isu-isu yang agak sukar dinilai?

Apakah PAS hanya berani untuk menyiasat isu-isu yang membabitkan agensi-agensi yang membabitkan kepentingan Kerajaan BN, tapi takut dan kecut perut untuk disiasat Suruhanjaya bagi isu yang melibatkan kezaliman mereka?

Lagipun, apakah PAS fikir mereka akan terlepas dari dosa mereka itu sekiranya mereka bersalah?

Dan tahukah mereka tentang hukum memakan harta anak-anak yatim?

Saya cabar mana-mana pemimpin PAS untuk bangun berdiri dan mencadangkan supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan tuduhan Cikgu Non dan sekaligus membuktikan intergriti serta ketelusan PAS.

Itupun kalau PAS berani. Kalau pengecut, baik simpan sajalah “anu” dalam almari di rumah…

Ada 19 Comments setakat ini.

  • baba
    November 20th, 2012 at 10:27 AM

    pas memang zalim, duit anak2 yatim pun disapu mereka….celakalah ke atas mereka

  • Mohd Taib Kamin
    November 20th, 2012 at 10:49 AM

    Saya yakin PAS tidak akan berani untuk meminta Suruhanjaya Bebas mengenai Tabung Memali ditubuhkan. Mereka akan memberi alasan mudah ‘Perkara itu sudah lama berlalu’.

    Saya ada membeli danmembaca buku ‘AIR MATA DIBUMU Memali’ yang ditulis oleh Cikgu Non @ C.N. AL-AFGHANI. Sungguh sedih mengenagkan penderitaan anak2 dan balu2 mereka yang terkorban termasuk Balu dan anak2 Ismail Libia sendiri. Buku tersebut merupakan fakta bukan macam buku ‘SHIT’ Shahnon yang dihalalkan oleh Nik Aziz sehingga membawa kepada ‘fatwa’ Tuhan pun mencarut.

    Kalau buku itu berbentuk ‘fitnah’, sudah lama PAS akan mengheret Cikgu Non kemahkamah. Kesimpulannya mudah penyelewengan, salah guna kuasa, pecah amanah telah berlaku dan dilakukan oleh pemimpin2 PAS berhubung dengan Tabung Memali.

    Saya hanya berharap ada pihak yang sudi membantu mendapat keadilan balu-balu dan anak-anak mangsa Terajidi Memali melalui saluran undang-undang. Yang berhak mesti diberikan haknya dan yang tidak berhak mesti mengembalikan apa yang bukan hak mereka kepada yang berhak. Wallahualam.

  • Tasyahud
    November 20th, 2012 at 11:59 AM

    Yang pasti perkara ini memang benar malah pernah disahkan oleh beberapa pemimpin PAS yang telah pun keluar dari kepimpinan PAS. Malangnya pada akhir 80an dan awal 90an keadan tidak seperti sekarang segala-galanya perlu ditribunalkan dan disuruhanjayakan.
    Pada akhir 80an saya masih di tahun akhir pengajian dan Mat Sabu adalah merupakan tokoh yang paling hebat menghentam kerajaan selain dari Haji Hadi yang seperti Mastermind.
    Jangan dicerita berapa kutipan ceramah. Saya salah seorang pengangkut kantong pun merasa sayu dan mengalirkan air mata dengan dermawan termasuklah beberapa pemimpin UMNO di Selangor yang hadir dalam ceramah tersebut.

  • tengkudin
    November 20th, 2012 at 1:28 PM

  • selamber
    November 20th, 2012 at 2:19 PM

    diorang takut kantoi la tu..hehe

  • Jack
    November 20th, 2012 at 4:41 PM

    Bro, bukan Asri Muda, tapi Asri Zainal Abidin. Asri Muda adalah bekas presiden Pas yang bawa Pas join Umno dulu. Harap maklum.

  • jang
    November 20th, 2012 at 8:43 PM

    Umno dimomokkan kerana rasuah(konon)Ingat dalam PAS takde rasuah,rupanya lebih teruk dan sanggup pula melakukan kezaliman kepada keluarga mangsa mamali. Kalau mengikut cara PAS yang mendokan kehancuran musuh yang zalim,maka pas pun harus dimasukan dalam kumpulan yang boleh didoakan kehancurannya.

  • PASpartyNGOK
    November 20th, 2012 at 8:48 PM

    Maksudnya disini manusia yang pakai jubah, berketayap atau semutar putih, berjanggut sejemput yang gelar mereka penganut agama PAS songlap duit yang bukan hak mereka ?

    Rompak, rasuah atau curi ? Antara tiga tabii itu sama besar saja dosanya. lebih besar kalau rompak hak balu dan anak yatim.

    Apa ? Susah nak percaya?.
    Apa pulak. Mereka bukan malaikat pun.
    Mereka penyangap. Lebih besar dari penyangap yang hari2 duduk menyangap.

    Pasal apa, pasal penyangap yang duduk menyangap tepi jalan, lorong belakang itu sekurang2 tidak hipokrit. Tidak gelar diri dia bersih, gelar orang lain kotor. Tidak kafirkan orang. Tidak murtadkan orang lain.

    Jadi maksud ko manusia penganut agama PAS ini lebih dahsyat dari yang dahsyat?.

    ESkh, eskh, eskh… lebih kurang yahudi lah pulak.

  • bujuk
    November 20th, 2012 at 11:00 PM

    Allah sentiasa bersama orang2 yg. BENAR. Aku 100% setuju cadangan isu tabung memali ni d siasat dan pesalahnya d hukum. Aku tak faham kenapa isu ni berlarutan dah lebih 30 tahun tampa d siasat pihak berwajib. PDRM dan SPRM sepatutnya takda masalah kerana Cikgu NON yg. korang sebut tu pastinya tahu segala rahsia dan ada segala bukti sebab beliau d katakan pemegang AMANAH tabung memali. Siasatlah… ahli2 PAS pastinya berterima kasih jika SPRM dapat buktikan mana2 pemimpin yg. terlibat. Mudah ahli2 nak tolak masa pemilihan nanti. PAS tak perlukan pemimpin makan harta anak yatim.

  • syaa
    November 20th, 2012 at 11:27 PM

    makan harta anak yatim dosa besar.tidak amanah menjaga harta anak yatim.

  • Brother_Borak
    November 21st, 2012 at 2:04 AM

    Apa kata tuan buat laporan polis dan lapor kepada SPRM? Isu ini tiada kena mengena dengan kami. Ini kes ‘rumahtangga’ orang kami cuma ‘jiran tetangga’ sj. Kami bukan macam si lembut PGayR tu.

  • Brother_Borak
    November 21st, 2012 at 2:07 AM

    Doa anak2 yatim ni berkat. Kalaulah dia doakan Pasrael ni benda yang tak elok memang jahanamlah Pasrael.

  • Brother_Borak
    November 21st, 2012 at 2:11 AM

    Dekat mana ada jual? Kita nak beli. Boleh kita bantu2 sikit penulis buku ni dan org2 Memali.

  • Man Min
    November 21st, 2012 at 2:41 AM

    bkn mudah nk bwk org politik nih naik mahkamah…kang dgn ank2 buah kumpul dpn mhkamah..kes anwar salah 1 contoh mudah…

  • Anak_Nogori
    November 21st, 2012 at 11:49 AM

    hatapkan sarban jelah org PAS ni..semuga hancur dan menyembah bumi lah PAS dlm pru13 nanti..parti paling celaka yg setaraf parti yahudi…opps..

  • raplahjingaa
    November 21st, 2012 at 1:23 PM

    Apa susah mau tutup bangkai gajah….ambil jer serban nik ajis tu..kalau tak cukup ambil serban adik dia sekali…bukan takat bangkai gajah jer…airbus 380 pun boleh tutup dengan kain tu.

  • bujuk
    November 21st, 2012 at 10:32 PM

    Bila berlaku jenayah.. tak kira rumah tangga atau sebagainya. PDRM dan SPRM boleh bertindak tampa report… apakah buku yg. korang kata cikgu NON(pemegang amanah tabung Memali) tak cukup kuat berbanding report polis???
    AKu tak faham apakah kuasa polis sebenarnya… jika himpunan BERSIH yg. belum berlaku boleh d halang, inikan pulak jenayah yg. dah berlaku… nak suruh report. Sedangkan ratusan report pasal pemimpin2 BN takda tindakan pun… tu taib Mahmud… puluhan report dah aku rasa…

  • bujuk
    November 21st, 2012 at 10:32 PM

    So… yg. mudahnya, tabur fitnah kan.

  • aku gere
    January 15th, 2013 at 9:21 PM

    http://www.kedahlanie.info/2011/02/pdrm-sahkan-tiada-penyelewengan-tabung.html

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.