|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 19 November 2012| Kategori: Adamyan,Utama | 7 Comments »

Hijrah Mat Sabu: Dari “Anwar Al-Juburi” Ke “Anwar Perdana Menteri”

BERSUNGGUH benar Mat Sabu nak meletakkan Anwar Ibrahim ke jawatan Perdana Menteri.  Di kala para ahli dan pemimpin PAS mahu Hadi Awang yang dilantik ke jawatan itu atau paling tidak enggan membincangkan hal tersebut (fokus kepada pilihanraya), Mat Sabu memilih haluan berbeza.

Sekarang kita boleh lihat bagaimana wang dan kuasa boleh mengubah manusia.  Dari sebenci-benci Mat Sabu terhadap Anwar sewaktu berada di dalam UMNO, sehinggalah ke tahap tergamak melawan arus dalam partinya sendiri yang mahukan Hadi, bukan Anwar yang menjadi Perdana Menteri.

Ini baru Mat Sabu diberikan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang, dah macam itu dia menjilat Anwar Ibrahim, kalau diberi jawatan Menteri gamaknya, mau isterinya pun diserahkan untuk Anwar Ibrahim balun, macam Azmin.

Memang, kalau nak ikut pada sejarah, ini bukan kali pertama Mat Sabu menjilat Anwar Ibrahim.  Dua beruk ini sebenarnya telah pun mula berhubungan sejak Anwar memimpin gerakan pelajar menentang kerajaan dan menubuhkan ABIM.  Pada ketika itupun, Mat Sabu sudah sanggup keciciran pelajaran demi menyokong perjuangan Anwar.

Tapi penyudahnya, Anwar ‘kencing’ Mat Sabu juga dan perjuangannya demi mengejar kuasa yang lebih tinggi menerusi UMNO.

Mat Sabu pasrah, Mat Sabu berserah tapi Mat Sabu berubah menjadi pembenci Anwar no wahid dalam PAS.  Sampai ke satu tahap, Mat Sabu menentang Anwar di Permatang Pauh pada 1986 tetapi tewas.  Semenjak dari itu, Mat Sabu tidak pernah bertanding dan menang di Pulau Pinang walaupun itu negeri kelahirannya.

Itu ‘bala’ yang Mat Sabu dapat kerana menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, dia seakan-akan diharamkan sama sekali dari bertanding di Pulau Pinang, berkelana ke Kelantan, Kedah dan Terengganu, sampai ke satu tahap, orang pun tak tahu Mat Sabu ni sebenarnya asal dari mana!!

Dan tidak hairan jugalah kenapa Mat Sabu pada waktu itu begitu sekali membenci Anwar Ibrahim sehingga tergamak menggelarkannya sebagai Syeikhul Al-Jubori pada 1995.

Tapi hari ini?  Mat Sabu seorang dalam PAS yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri (konon sudah ada konsensus), dikala ribuan ahlul PAS yang lain mahu Hadi yang memegang jawatan tersebut.

Yang penting untuk rakyat tahu, inilah ‘jatidiri’ pemimpin dan politik pembangkang yang sebenarnya sejak berada dibawah genggaman Anwar Ibrahim.  Di belakang kepala masing-masing, ada tanda harga yang diletak untuk sesiapa membeli.  Kalau kena dengan ‘harga’, orang ini sanggup jadi apa sahaja pun.

Dari musuh nak jadi penjilat tahap dewa boleh, dari pendakwaraya jadi peguam bela pun boleh, oooppppsssss…itu kes lain,tapi tajuk itu jugalah – boleh dijual beli.

Anyway, sebelum penulis tutup bicara (masih berkisar tentang persoalan siapa patut jadi Perdana Menteri), soalannya sekarang, Pakatan sebetulnya dah ada konsensus ke tidak tentang calon Perdana Menteri ni?  Mat Sabu dan Kit Siang kata sudah ada konsensus Anwar akan jadi Perdana Menteri, tapi dari kenyataan Hadi dan pemahaman ahlul PAS yang lain, nampak macam tidak ada konsensus.

Apa pun, bukanlah satu yang mengejutkan.  Kalau Pakat politik nak menubuh kerajaan pun guna hukum pakat kenduri kendara, macam inilah.  Nama Pakatan Rakyat itupun main sebut (tidak rasmi/berdaftar), calon Perdana Menteri pun main sebut jugaklah, itu yang sana orang faham lain, sini orang faham lain.

UMNO/BN jugalah yang terbaik.

Ada 7 Comments setakat ini.

  • Anak Lenggong
    November 19th, 2012 at 12:35 PM

    Biasa laa Mat sapu..apa yang lalu didepan matanya akan disapu sehinggakan bini kawan pun dia sapu juga..sekarang ni udah dengar berita yang dia salah saorang penerima dana tetap bulanan daripada DAP.

  • Tasyahud
    November 19th, 2012 at 1:21 PM

    Jika Aljuburi gelaran yang Mat Sabu anugerahkan kepada Anwar. AlBontoti adalah anugerah yang sesuai untuk Mat Sabu sebab sentiasa berada di belakang Anwar dalam apa keadaan sekalipun.

  • PASpartyNGOK
    November 19th, 2012 at 2:22 PM

    Kita anggap angan2 Hadi sebagai angan2 seorang budak lepasan SPM nak buat pesawat angkasa lepas untuk menakloki planet marikh.

    Angan2 Anwar dan konco2 dia sebagai angan2 nak buat projek keretapi bawah tanah di Kuala Lumpur hari ini untuk dinaiki pengguna minggu depan.

    Kedua2nya cerita ini plaing kelakar dan mustahil diterima oleh akal manusia waras.

    Kita biarkan mereka berdua ini berangan sampai bergaduh muka lebam. Menjelang PRU mata Anwar akan lebam sebelah kanan sementara Hadi senget hidungnya.

  • Zarman
    November 19th, 2012 at 8:17 PM

    Aku dok nampak, kalau anwar dan hadi berebut jwt pm, akhir2 jwt tu akan dpt kat LGE…. Baru padan muka kedua2 dan terutama org melayu. Itu kalau pr menang, itu jugak adalah mungkin hanya sebuah ilusi…..

  • StinGray
    November 19th, 2012 at 8:21 PM

    Mana mat sabun ni nak tahan…dia dapat bini org 2nd hand…Aljubs dapat amoy bergetah lagi…nak himpit tips Aljubs la tu…

  • Santrang
    November 20th, 2012 at 12:12 AM

    Anwar, Hj Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan lain-lain pemimpin PR ingat rakyat yang tengok, dengar dan perhati politik mereka macam papet tak bernyawa, hinggakan Nik Aziz senang-senang fatwakan UMNO dan penyukungnya murtad, tolonglah wahai pemimpin bebal dan telah mati jiwa kamu, kita akan membantu UMNO dan BN menewaskan kamu dengan pencil pada PRU 13 nanti, adakah kamu semua mengambil kira hati kami semua yang duduk atas pagar…

  • yon76er
    November 21st, 2012 at 11:48 AM

    Ramai betul MAT Jenin @ Pak Pandir dalam PR nie………

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.