|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 9 November 2012| Kategori: RENCANA | 5 Comments »

NURUL IZZAH KINI LIABILITI BESAR KEPADA PKR

 

Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa ‘kebebasan beragama’ berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.

Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk “Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab” di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan ‘aman dan damai’?

Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.

Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, ‘bapa borek anak rintik’ atau ‘di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi’.

Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.

Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama.

Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama.

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau ‘archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.

Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama.

Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.

Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan ‘Puteri Reformasi’ dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.

Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu?

 

Ada 5 Comments setakat ini.

  • freemalaysiakini
    November 9th, 2012 at 10:37 PM

    Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  • Nadim
    November 10th, 2012 at 1:37 PM

    Ini semua dilakukan dengan motif yg tidak lain tidak bukan….. ‘laba politik’.

    Tapi amat malang sekiranya dalam usaha mendapatkan laba politik tu, ‘Keutuhan’ Agama sendiri dipergadaikan.

    Lebih teramat malang bila bertukar menjadi munafik.. didepan bukan Islam kata A tapi didepan org Islam dikata pula B.

    dan lebih teramat-amat malang… difitnah pula org lain yg melaporkan kebenaran.

    emmm… aku x puas hati betul lah dgn org tua yg pertahankan minah ni…. ini sesungguhnya teramat sangatlah malangnya..

    berapa punya byk malang daaa

  • bangKano
    November 10th, 2012 at 6:05 PM

    Merujuk pada artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan membeghi kebebasan pada rakyat nya menganut apa apa agama. Tak pula di sebut menyekat mana mana penganut agama keluaq dari agama asai nya termasuk muslim. Tafsiran melayu ikut artikel 160(2) orang yang anut islam,lazim nya cakap melayu & amai kan adat istiadat melayu. Tak dak pulak klausa kata melayu mesti kekai nghan akidah jika depa dah tak percaya lagi kat islam. Dalam alQuran jugak kata tak dak paksa dalam islam pasai apa pulak ada orang dok hu ha hu ha kata tak leh keluaq islam ? Depa ni sasau ka apa….

    Memang betoi kata Nurul Izzah tu kalo ikut kaji ayat demi ayat dalam teks Perlembagaan & alQuran tu. Lagi pun dalam teks alQuran wahyu ALLAH ada la untuk semua insan di bumi tak sebut khusus untuk muslim saja. Kalo ada ayat dalam mana mana surah kata alQuran khusus untuk muslim tolong tunjuk kan leh kita jadi golongan ” Orang orang Yang Percaya “…

  • Nadim
    November 10th, 2012 at 9:04 PM

    spin..jgn tak spin

  • Topup
    November 11th, 2012 at 10:10 PM

    hang tafsir sendiri mmg lah macam betui saja , tapi apa yg tulis menyesatkan bang kano …mengucap balik!

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.