Isu Nurul Izzah:Pendapat Seseorang Yang Mengaku Dirinya Ahli Pas

Oleh: tengkudin (November 7th, 2012) [Blog Pilihan][9 Comments »]

pas-cakap-tak-serupa-bikin

Berikut adalah komen yang dihantar oleh seorang pembaca yang mengaku dirinya ahli Pas sejak tahun 1956, di artikel saya di sini >>>

Nurul Izzah betul bila dia berkata tiada paksaan dalam beragama. Kenapa puak-puak Umno ni melatah tak tentu pasal. Memang tak dinafikan orang melayu di negara ini di paksa dan di tekan supaya kekal dengan islam. Undang-undang dijadikan senjata untuk menakut-nakutkan orang melayu supaya jangan meninggalkan islam. Lebih dahsyat lagi perlembagaan penjajah yang dikekalkan oleh Umno(BN) itu sendiri seolah-olah mengugut orang melayu, ” jika kau keluar dari islam kau bukan lagi orang melayu dan kau akan hilang segala hak istimewa sebagai orang melayu “. Itu bukan paksaan kah namanya ?

Sedangkan bangsa lain seperti cina dan india mereka tidak dipaksa kekal dalam agama mereka. Sebab itu ada cina yang masuk islam, ada cina yang masuk kristian. Sama juga dengan orang bangsa india. Tapi kenapa bila kena pada orang melayu nak dipaksa, ” ohhhh no no no .. you cannot leave islam “.

Kalau seorang melayu itu dah tak minat lagi nak jadi islam tapi kita paksa dia supaya terus berada dalam islam maka dia akan buat perkara-perkara yang menjatuh maruah agama islam. Mungkin kah kemungkaran dan kemaksiatan yang banyak melibatkan orang melayu yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh orang melayu yang dah hilang minat nak jadi islam tapi dipaksa oleh undang-undang supaya kekal jadi islam walau pun hanya nampak islam pada nama dan pakaian saja. Nama masih Siti Fatimah, pakai seluar jean dan baju T yang ketat sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, masih mengenakan tudung kepala mengikut feshen terkini .. kerja jadi GRO, kerja jadi social escort, kerja jadi pelacur.

Orang seperti ini lah yang menjadi bualan dikalangan penganut agama lain, ” islam tapi kerja GRO, kerja social escort, kerja rumah urut, kerja pelacur ” .. mencemarkan nama baik dan kesucian agama islam itu sendiri.

Saya rasa orang seperti ini, ” it is better to let them go rather than to keep them “. Saya fikir Nurul Izzah berniat baik iaitu beliau mahu menjaga maruah agama islam supaya tidak dicemari oleh orang melayu yang dah tak berminat lagi dengan islam. Tapi amat malang bila niat suci Nurul Izzah itu telah diputar belit oleh musuh politik bapaknya iaitu Anwar Ibrahim.

Umno mengkritik Nik Aziz, Hadi Awang dan Pas amnya kerana membisu terhadap kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah. Sebenarnya Pas juga sependapat dengan Nurul Izzah, ” kalau orang itu dah tak minat nak jadi islam lagi, biarkan lah dia pergi, jangan guna perlembagaan untuk memaksa dia kekal “. Sebab itu Pas berulang kali menegaskan Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kami sama sekali tidak melibatkan orang bukan islam. Orang melayu pun kalau dia bukan islam lagi maka Hudud tidak ada kena mengena lagi dengannya.

Ahli Pas 1956

 
RBF: Apa pula pendapat anda ?  Bahas…..bahas….bahas……
 
 

Ada 9 Comments setakat ini.

  • Siput Merah
    November 7th, 2012 at 2:59 PM

    Salam
    Kpd Ahli PAS 1956, sekiranya hang nak ketengahkan Hukum Hudud, yang saya tahu mengikut hukum Hudud sekiranya orang Islam murtad akan dihukum bunuh, Sekiranya PAS nak jadikan Hukum Hudud maka ramailah orang Melayu yang akan kena bunuh setelah murtad. Mungkin saya salah, saya ingin ulama menerangkan perkara ini.

  • penyokongketuanan
    November 7th, 2012 at 3:09 PM

    salam,

    seronoknya dia kata “Sebab itu Pas berulang kali menegaskan Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kami sama sekali tidak melibatkan orang bukan islam. Orang melayu pun kalau dia bukan islam lagi maka Hudud tidak ada kena mengena lagi dengannya.” Macamana kalau orang yang nak dipotong tangannya, tetiba mengaku murtad? Macamana pula kafir yang nak digantung kerana bunuh Muslim, tetiba mengucap dan menuntut untuk bayar diat pada keluarga mangsa yang dibunuh saja? Isu hudud ni sangat rumit dan tak boleh saja-saja buat hukum.

    Wallahualam

  • Anong
    November 7th, 2012 at 3:14 PM

    Eh, menurut Ahli Pas 1956 UMNO yang kata ” ohhhh no no no .. you cannot leave islam “ (yakni menggubal undang-undang anti-murtad). Wahhh…

    Ini bermaksud UMNO adalah pejuang sejati Islam, menjaga keimanan ummah. Bukan aku yang cakap, Ahli Pas 1956 yang cakap.

  • penyokongislam
    November 7th, 2012 at 3:45 PM

    Kepada ahli pas 1956..kita jangan lupa bagaimana buruk pon perangai seorang islam itu sekiranya ia benar-benar bertaubat ALLAH akan sentiasa tetap menerima taubat nya..
    sepatutnya kita sama-sama memberikan pandangan nasihat yang baik bukan terus membiarkan atau lebih buruk lagi menghentam kerana ia tidak memberi apa-apa kebaikan pun..
    selemah-lemah saya, saya tetap mendoakan seorang islam itu terus di beri hidayah oleh ALLAH..
    pada hemat saya tulisan saudara itu adalah doa supaya seorang itu yang islamnya mungkin nipis supaya meninggalkan islam..MASAALLAH
    WALLAHUA’LAM..ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA SESUATU..

  • ancus
    November 7th, 2012 at 3:50 PM

    memang dah sah ahli bahlol 1956 pas…ini semua hasil didik tok2 gundu pas pis pos…haram jadah punya samdol.

  • siraplengkong
    November 7th, 2012 at 4:27 PM

    dah jadi sasau la pengikut pas la ni

  • cik kelisa
    November 7th, 2012 at 5:03 PM

    dah akhir zaman. yang betul dikata salah, yang salah siap dibela dan disokong lagi. ish.

  • gambus
    November 7th, 2012 at 6:34 PM

    orang PAs kalau nak pertahankan pemimpin pujaan mereka , nampak sangat macam orang mabuk todii kalau cakap , agama pun boleh campak belakang semata-mata nak menjilat ludah pemimpin mereka hahahaah

  • bangKano
    November 7th, 2012 at 8:50 PM

    Nampak nya pendapat ahli PAS 1956 tu sama ngan pegangan aku tang paragraf 4 artikel di ataih. Tapi tang Hudud aku dah tak sependapat ngan dia apa algi Murtad mesti di bunuh. Ni tindakan kejam tak dak peri kemanusiaan tak kan la keluaq agama islam kena bunuh ? Maksud MURTAD dalam teks alQuran bukan bermaksud muslim keluaq dari islam tapi individu/kumpulan orang melaku kan pengkhianatan,derhaka,belot & paling tadah pada pihak lawan semasa perang ato aman menentang kumpulan,ketua,& kerajaan sendiri.Tun la maksud sebenaq MURTAD ikut nas alQuran.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.