PAS Tewas Teruk Jika Nik Aziz Tiada

Oleh: tengkudin (November 1st, 2012) [RENCANA][7 Comments »]

nik aziz-tidur

 

Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.

Itu kepercayaan dan keyakinan yang sudah sebati dalam minda sebilangan besar penyokong dan pemimpin PAS di seluruh negara, kecuali di Kedah dan Terengganu.

Jenama tok guru yang dipotretkan pada batang tubuh Nik Aziz itu pun asalnya merupakan idea dan taktikal strategik PAS hasil dari pengamatan terhadap penghormatan besar yang diberikan masyarakat Kelantan kepada para tok guru pondok yang banyak berjasa memperkembangkan Islam.

Realitinya, bagi sebahagian besar masyarakat pondok masa kini kelibat Nik Aziz tidakpun dianggap sebagai seorang tok guru, lebih-lebih lagi sejak umum mengetahui Kerajaan PAS Kelantan lebih banyak membantu dan menyumbang wang ringgit untuk pembinaan berhala tokong yang tingginya jauh mengatasi menara masjid.

Tapi masjid tempat umat Islam beribadat baru hanya satu didirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz, itupun sebahagian besar sumbangan datangnya dari orang ramai.

Sebelum gelaran tok guru surat pekeliling di cop atas dahi Nik Aziz, beliau hanya digelar sebagai ustaz sahaja, malah hingga kini ramai pimpinan PAS Kelantan yang rapat dengannya, apabila berbicara dengan MB Kelantan itu mereka membahasakan diri Nik Aziz dengan panggilan ustaz sahaja.

Hanya bila berdepan dengan khalayak ramai atau di atas pentas ceramah sahaja, gelaran tok guru diguna pakai atas maksud untuk kepentingan politik mengabui mata khalayak.

Kini apabila timbul desakan demi desakan semakin kuat menuntut Nik Aziz mengundurkan diri sama ada sebagai MB Kelantan mahupun sebagai Mursyidul Am PAS, ramai pemimpin PAS melihat senario tersebut sebagai satu ancaman besar terhadap kelangsungan pengaruh PAS.

Lebih-lebih lagi apabila suara desakan tersebut turut membabitkan sesetengah pemimpin PAS sendiri termasuklah pandangan sinis dari ADUN Gaal yang menyarankan supaya Nik Aziz berundur untuk membolehkan generasi muda PAS mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

PAS tahu jika suara-suara desakan sedemikian dibiarkan terus berkumandang, buruk kesannya pada prestasi PAS pada masa depan. Maka mahu tidak mahu, sebahagian pemimpin PAS yang lain terutama dari Kelantan terpaksa tampil mempertahankan Nik Aziz.

Sejak seminggu lalu kita dapat lihat berduyun-duyun pemimpin PAS Kelantan terutama sekali yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri tampil dengan pelbagai kenyataan menyokong Nik Aziz termasuklah yang memuja muji ‘kehebatan’ Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Pada mereka, Nik Aziz tetap masih diperlukan sekalipun tahap kesihatannya sekarang seringkali merencatkan perjalanan urus tadbir negeri dan parti, namun alasan ‘ketajaman fikiran’ dan ‘kehebatan’ Nik Aziz sebagai MB serta pemimpin utama PAS dijadikan sandaran untuk membuktikan kemampuan orang tua itu untuk terus menerajui Kelantan dan parti.

Entah celah kangkang mana yang hebatnya orang tua tak sedar diri itu hanya pemimpin PAS yang tahu. Mungkin masing-masing masih mengharapkan keramat air selipar Nik Aziz untuk keberkatan masa depan politik mereka, barangkali ada betulnya.

Apapun, senario ini menjelaskan lagi betapa masih ramai pemimpin PAS dan penyokong mereka tetap utuh berpegang pada doktrin lama bahawa tanpa Nik Aziz bermakna masa depan PAS akan kabur. Dengan kata lain mereka takut sekiranya tanpa Nik Aziz, PAS akan tewas teruk dalam PRU akan datang.

Hakikatnya, bagi kita di pihak UMNO pula, adalah lebih baik Nik Aziz terus kekal ego dengan sikap gila kuasanya, dengan demikian masyarakat umum lebih faham bertapa bernafsunya seorang politikus berlabel tok guru jadi-jadian itu.

Ada 7 Comments setakat ini.

  • POK NIK
    November 2nd, 2012 at 12:27 AM

    Pencen lak POKNIK N. Ajis , lagi lama hang memimpin lagi banyak fatwa mengarut hang kuarkan, pok nik.. pok nik..

  • Santrang
    November 2nd, 2012 at 12:49 AM

    Pepatah melayu ada mengatakan jangan dibiar tikus membaiki labu, akhirnya labu akan berlubang teruk dan dibanjiri dengan kencing tikus, labu orang melayu dahlah kecil bila rosak akan jadilah seperti labu melayu di Singapore.

  • Mohd Taib Kamin
    November 2nd, 2012 at 11:50 AM

    Pada pendapat saya, hari ini pun PAS telah tewas teruk ditangan DAP terutamanya. Pas telah tewas dari segi moral. PAS hari ini sudah tidak ada kredibilti. PAS hanya sebagai kuda tunggangan yang diakui sendiri oleh Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS hari ini. Walau pun ahli2 PAS terus diperbodohkan tetapi hakikatnya PAS telah jauh tersasar dari perjuangan asal mereka.

    Jika Amanat Haji Hadi diguna pakai maka PAS hari ini lebih teruk dari UMNO. Jika UMNO yang bekerjasama dengan golongan kafir Zimmi dijatuhkan hukum KAFIR oleh Amanat Haji Hadi, bagaimana pula dengan PAS hari ini yang menjadi kuda tunggangan DAP? Kita semua tahu apa kesan dan akibat buruk dari Amanat Haji.

    Saya teringat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Nanti ada satu zaman dimana Islam tidak tinggal hanya pada namanya sahaja. Al-Quran tidak tinggal hanya pada ayat dan hurufnya sahaja. Masjid mereka tersergam indah tetapi jauh dari pertunjuk. Ulamak2 mereka adalah dari kalangan yang PALING JAHAT di kalangan manusia. Dari mulut Ulamak2 ini akan keluar berbagai FITNAH dan kepada mereka (ulamak2) ini FITNAH itu akan dikembalikan’.

    Dalam komen2 saya sebelum ini, saya suka memetik hadith diatas kerana ia jelas telah dibuktikan hari ini.

    Hari ini Haji Hadi Awang masih hidup dan merupakan Presiden PAS. Fitnah Haji Hadi melalui Amanatnya telah dikembalikan oleh Allah SWT kepada Haji hadi sendiri. Benarlah sabda Rasulullah SAW itu.

    Dalam konteks Nik Aziz yang ingin terus bertanding dalam PRU13 tidak perlu kita hairankan. Jika beliau menang dan menjadi MB Kelantan selepas PRU13 kelak tidak akan ada perubahan yang boleh dibanggakan oleh majoriti rakyat Kelantan. Jika hari ini Nik Aziz terlalu sombong dan bongkak maka jika dia menjadi MB Kelantan lagi selepas pru13 kelak nescaya kesombongan, kebongkakan dan keriakan beliau akan semakin menjadi2. Rakyat Kelantan sahaja yang berhak untuk menentukan nasib mereka. Jika mereka selesa menggunakan air kotor maka mereka harus terus menyokong Nik Aziz. Tapi saya dapat merasakan bahawa rakyat Kelantan majoritinya (termasuk penyokong2 PAS) telah merasa muak dan mual dengan PAS. Jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kepada Nik Aziz selepas ni.

    Wallahualam.

  • PASpartyNGOK
    November 2nd, 2012 at 8:27 PM

    Kita boleh faham mengenai penerimaan atau tanggapan pengikut mereka terhadap ketokohan Nik Ajis .

    Nik Ajis dipuja bagai wali. Buat lah apa yang patut wahai pengikut PaS selagi tok guru kamu masih hidup. Asalkan usah kau orang kekal memuja dia selepas kematian nya saperti pengikut Al Arqam terhadap Abuyya mereka.

    Ini ternyata terlalu sesat . Sesat bila orang mati dikatakan ghaib dan bakal muncul kembali.

  • Anak Lenggong
    November 3rd, 2012 at 4:39 PM

    Biar laa nike ajis tu dok jadi MB sampai mati..sebab dia pun nak kaut untung gak..kalau bersara sekarang ni..dia takut nanti pabila orang ramai jumpa dia kat jalan kena sepak pulak orang tua tu sebab orang dah tak kenal dia..dok merepek kat tepi jalan…

    keluar topik jap sebab nak tanya Bujuk..mm..moon..melayu islam serta keling pria nuetron..

    Kenapa kalian tak persolkan berkenaan dengan Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh Kota Baru yang kosnya dianggarkan sekitar RM2 bilion itu. Adakah ianya bebas daripada skandal, penyelewengan dan salah guna guasa mahupun rasuah. Sebab projek pembangunan di Lembah Sireh itu sehingga kini hanya 5% saja yang berjaya disiapkan sebagaimana diakui sendiri oleh Exco Kerajaan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan.

    Itupun hanya melibatkan projek komersial termasuklah pembinaan sebuah Pasaraya Besar Tesco yang dikata lambang kemewahan Kelantan oleh nike ajis, lot-lot kedai dan beberapa pembangunan lain yang tidakpun berbaloi dengan nilai tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang sudah menjadi hakmilik syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.

    Mana peginya cadangan pembinaan jambatan Baru Palekbang (RM150 juta), sebuah masjid (RM20 juta) dan Stadium Tertutup Wanita (RM25 juta) ..tak nampak pun sedangkan sepatutnya semua nya siap terbina sejak tahun 2007 lagi.

    Kalau setakat lewat disiapkan boleh tahan lagi, sekurang-kurangnya rakyat tahu tanah seluas 716.8 ekar yang sudah menjadi hakmilik Liziz Standaco itu tidaklah sia-sia kerana projek tetap berjalan.

    Masalah sekarang tanah sudah tergadai bertukar milik tapi projek pembangunan sebagai komponen utama yang nilainya hampir setara dengan nilai tanah berharga RM318.29 juta itu waima satu tiang dan batang besi pun tak kelihatan.

    Malah Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang pada asalnya termasuk dalam komponen tersebut yang patut dibina dan disiapkan oleh kerajaan PAS Kelantan melalui syarikat swasta yang dilantiknya itu pun tak termampu dibuat, akhirnya Kerajaan Pusat juga yang kena tolong binakan…tapi sapertimana kes air diKelantan walaupun dah dibagi RM600juta, dalam ceramah dibohongi rakyat dengan mengatakan kerajaan pusat tak bantu Kelantan.

    Bila Kerajaan Pusat dah tolong bina bermakna berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 8 Julai 2003 yang turut dihadiri oleh Nik Aziz selaku MB Kelantan, maka Liziz Standaco sebagai pemaju projek perlu membayar wang sekurang-kurangnya RM90j kepada Kerajaan Negeri. Di manakah wang tersebut itu sekarang ???..lesap saperti kes koperasi khohilal dan kutipan derma Mamali jugak ke..

    Satu perkara lagi yang cukup meragukan kenapa tanah yang ditafsirkan bernilai RM318.29 juta itu diberi kebenaran untuk dipindah hak milik kepada syarikat swasta itu, sedangkan sepatutnya ia hanya dilakukan selepas keseluruhan projek pembangunan siap dilaksanakan.

    Nilai RM318.29 juta jauh lebih besar dari isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta untuk projek ternak lembu skala besar.

    Jika isu NFC begitu kecoh dipersoalkan sedangkan syarikat tersebut berhutang dengan bank dan tetap wajib membayar pinjaman mengikut jadual, kenapa pula dalam skandal Lembah Sireh yang melebihi angka RM300 juta melibatkan pemindahan hakmilik tanah tanpa mengikut prosedur mahu dibiarkan saja ???

    Apabila keseluruhan projek Lembah Sireh ini diakui kurang berjaya atau dengan kata mudah telah gagal berjalan mengikut jadual, manakala hakmilik tanah sudah tergadai, maka jelaslah memang wujud unsur penyelewengan ataupun berlaku salahguna kuasa yang serius.

    Jika segala jawatankuasa kerja teknikal benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka memantau projek ini sepertimana yang didakwa oleh pemimpin Kerajaan PAS Kelantan, maka sewajarnya tidak akan timbul isu tanah bertukar milik tanpa prosedur dan syarikat swasta itu pula akan patuh membina kesemua komponen yang wajib dibina oleh mereka.

    Seseorang mesti mengambil tanggungjawab diatas kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau perjalanan projek Lembah Sireh ini.

    Tanah hakmilik negeri yang merupakan amanah rakyat kepada Kerajaan PAS Kelantan sudah bertukar milik manakala para petani yang dulu bercucuk tanam mencari rezeki di tebing Sungai Kelantan sudah dihambat keluar.

    Serban dan jubah yang sering dipakai oleh pemimpin PAS Kelantan bukannya jawapan konkrit untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku.

    Kini masanya rakyat menuntut pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan mengheret si penyangak ke muka pengadilan. Wahai rakyat Kelantan open minded la sikit..ubah laa pemerintahan negeri tu daripada kongkongan sibodoh yang dah tua tu..rumah dah kata pegi..kubur dah kata mali..tak reti2 lagi..dulu kecuh suruh Tun Mahathir turun tapi rupanya dia pulak nak bawak jawatan sampai kelubang kubur.

  • melayu_islam
    November 12th, 2012 at 4:38 PM

    TGNA terus dihati PAS sebagai pemimpin yg dihormati keilmuannya.. ketokohannya… Andai Allah menjemput..kami redha dgn ilmu dicurahkannya…semoga Allah terus melindungi pemimpin2 kami.. Pas tidak pernah kekurangan pelapis ulama..

    usahlah korang nk persoalkan taraf keilmuan org lain..bkn kerja kamu utk mengukurnya..kamu bkn Tuhan blh mendakwa org itu ini alim atau tidak.. yg diperlukan kutiplah ilmu yg disampaikan ilmuan itu utk dijadikan bekalan akhirat…

    jgn suka merendahkan2 org lain…kalau kite sndiri x tahu taraf kite di akhirat…x mengapa berbeza politik..jgn pndng sisi buruk yg diREKA musuh….carilah ilmu yg disampaikan selagi mereka hidup..jgn gembira dgn matinya ilmuan…kerana dengannya turut hilang ilmu agama yg menjadi bekalan kite…hanya org bodoh sombong yg takbur dgn Allah menolak ilmu Allah yg disampaikan ulama…

  • lyn
    November 17th, 2012 at 1:17 AM

    nik aziz dgn pas kelantan ibarat lagu dgn irama. tanpa nik aziz pas kelantan akan lemah batin nya.

    siapa yang tak kenal nik aziz?? bukan saja terkenal dengan bapak pemecah belah umat islam dan melayu di negara ini, malah mempunyai kelebihan bercakap putar belit melebihi hindu mabuk dalam menipu rakyat kelantan demi kelangsungan politik sara hidup nya sendiri.

    pendik kata..pengganti nik aziz mestilah lebih munafiq atau setaraf dengan kemunafiqan mursamdul pas nik aziz. mesti riak dan takbur wal haram’mu wal halal’ku.

    sekarang kepala hotak mursamdol pas nik aziz dah bertambah bengong. bengong kerana terpaksa jadi budak suruhan anwar selagi memegang jawatan mb kelantan. dalam pru lepas anwar memberi nik aziz merasa, bila banyak termakan budi anwar, nik aziz kenyang rakyat kelantan merana..

    jangan salahkan mursamdol pas yang pandai putar belit berkata kata, sebaliknya sikap munafiq sokong bn pangkah pas itu lah yang paling hina.

    NIK AZIZ ADA ATAU TIADA SUDAH TIDAK BERMAKNA KERANA PENGUNDI ATAS PAGAR SUDAH BENGONG TAK MINAT MENGUNDI PAS..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.