Menu Utama

November, 2012

 

Al-Fatihah: Pemerhati Dari Perak Meninggal Dunia

Seorang pemerhati lelaki dari Taiping Perak disahkan meninggal dunia sebentar tadi dipercayai cedera di kepala selepas terjatuh di stesyen bas berhampiran PWTC. Mengikut sedikit maklumat yang diperolehi Allahyarham meninggal dunia secara mengejut sebaik sahaja terjatuh dan terhantuk pada lantai. Barangkali sudah rezeki Allahyarham meninggal dunia pada hari Jumaat yakni hari yang cukup mulia. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan mudah-mudahan rohnya ditempat dikalangan orang-orang yang beriman. Menteri Besar Perak Dato’ Seri Zambry kelihatan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan peristiwa tersebut. Pihak MyKMU.Net mengucapkan takziah kepada kaumBaca Lagi


Eksklusif: Nik Aziz Seleweng Tanah Kelantan

Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan. Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN. PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah. Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan? Jika benar, rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management IndustriesBaca Lagi


Perhimpunan Agung UMNO 2012 – Hari Ketiga

Sejak awal pagi hingga ke petang, suasana kemeriahan Perhimpunan Agung UMNO Ke-66 hari ini di PWTC agak terasa, di setiap pintu masuk utama tidak pernah sunyi dari derap kasut orang ramai keluar masuk. Ramai rakyat jelata dari seluruh pelusuk negara termasuk dari negeri jauh seperti Sabah, Kelantan, Kedah, Perlis dan ada juga yang bekerja di Singapura serta Indonesia mengambil cuti beberapa hari semata-mata untuk mengikuti perhimpunan ini dari dekat. Di hadapan skrin besar utama suasana jauh lebih padat dan sesak berbanding semalam sehinggakan nak ke sana ke mari pun sedikitBaca Lagi


Kes Salon Di Kelantan: PAS Tipu Cina Malaysia

Kes Salon: PAS Tipu Cina Malaysia Pemimpin PAS sering menjaja propaganda bahawa undang-undang Islam ataupun hudud PAS yang mahu diperjuangkan oleh mereka menjamin hak kebebasan orang bukan Islam dengan alasan ia hanya terhad pada orang yang beragama Islam sahaja.Kita faham tujuan PAS menggembar gemburkan propaganda itu untuk mengurangkan kerisauan masyarakat bukan Islam selanjutnya mengelakkan … pakatan pembangkang yang turut melibatkan PAS daripada kehilangan undi sebahagian orang Cina yang menyokong DAP.Hakikatnya, apa yang menimpa para pengusaha salon gunting rambut di KB Mall, Kelantan baru-baru ini langsung tidak bertepatan dengan propaganda yangBaca Lagi


Beku Capex SYABAS: Khalid Menipu Lagi Di Sidang DUN?

Malang sungguh rakyat Selangor apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bernama Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim yang bebal tidak tahu hujung pangkal dan hanya pandai mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain. Khalid sering menyalahkan SYABAS dan menjadikan syarikat konsesi air itu sebagai “kambing hitam” sedangkan segala punca masalah air di Selangor adalah disebabkan kejahilan dirinya yang tidak tahu mengurus tadbir industri air di negeri tersebut. Dia menuduh SYABAS gagal membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan tidak cekap menguruskan perkhidmatan air kerana kadar peratusan yang agak tinggi dariBaca Lagi


Kejatuhan PAS & PR Bermula Dari Selatan

  Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan. Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008. Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkamBaca Lagi


PARTI SONGLAP


Hassan Ali : Redhakah Anwar Benarkan Anak & Cucunya Murtad ?

  AIDNews – 28/11/12 – Transkrip ucapan Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI, dalam forum anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, 8 November. Di hujungnya kalau saya simpulkan, puak-puak ini sanggup buat apa saja. Mereka sanggup korbankan Perlembagaan. Mereka sanggup korbankan hak-hak istimewa orang Melayu. Bahkan, mereka sanggup korbankan agama Islam itu sendiri, atas niat hasabat untuk menawan Putrajaya. Bagi saya, ini kocakan-kocakan this a just ripple, gelombang akan berlaku. Mereka tidak akan berhenti-hentinya atas nama nak mendapatkan suatu kekuasaan, mentadbir, mengurus, memerintah negara ini dan menabalkan dia sebagaiBaca Lagi


Perhimpunan Agung UMNO 2012 – Hari Kedua

Suasana meriah semakin terasa di Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang kini sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur untuk hari kedua. Hari ini semua ketiga-tiga sayap utama UMNO melibatkan Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri telah memulakan persidangan masing-masing sekaligus menambah kemeriahan berbanding hari sebelumnya. Di sana sini kelihatan ramai pemerhati politik dan orang awam datang memeriahkan suasana sambil mengikuti persidangan melalui siaran yang dipancarkan melalui skrin besar di luar dewan. Manakala di satu sudut aras atas sekali, kempen derma darah turut dilancarkan dan turut mendapatBaca Lagi


MILF, Hamas Dan Fatah Di Perhimpunan Agung UMNO.

Apa yang kita boleh ambil dari penyertaan pejuang-pejuang Palestin di Perhimpunan Agung UMNO adalah sokongan berterusan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO untuk perjuangan umat Islam di luar Malaysia. Sehingga kini kerajaan Malaysia dan UMNO telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamamad merupakan salah seorang tokoh yang menjadi pemangkin kepada usaha sama agar Fatah dan Hamas agar bersatu padu untuk menentang penjajahan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.


Threesome