Menu Utama

AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit Idris Jala” (Bahagian 1)

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Setiausaha Sulit Kepada Menteri Datuk Seri Idris Jala (Menteri Pemandu), Muhammad Shaahidullah Shayaa, menulis artikel panjang lebar mempertahankan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES). Artikel beliau boleh dibaca di sini.

Kita mengharapkan jawapan yang boleh menyenangkan hati rakyat, mendamaikan hati majoriti pemandu dan mententeramkan keadaan. Sebaliknya, tulisan Muhammad Shaahidullah penuh kebongkakkan dan kebiadapan yang tidak mencerminkan sikap dan peri laku kerajaan yang menjulang slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Pegawai ini juga tidak mengerti, memahami dan menghayati janji Perdana Menteri bahawa zaman kerajaan serba tahu sudah berakhir.

Tiga para pertama permulaan artikel bukan sahaja tidak mampu menyejukkan kemarahan ramai orang yang merasakan AES merompak mereka. Malahan ia umpama menjirus minyak ke atas api yang membara. Lihat tulisan beliau di empat para pertama:

Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?

Dalam empat para pertama ini beliau telah pun membuat andaian mereka yang membantah pelaksanaan AES ini sebagai pemandu yang cuai, biadap, tidak bertanggungjawab. Dengan kata lain setaraf “mat rempit” dan “samseng jalanan.” Apakah dengan tuduhan-tuduhan seperti ini boleh menyelesaikan masalah kemarahan rakyat kepada Kerajaan akibat AES?

Ramai rakyat tidak mempunyai masalah jika AES benar-benar mahu menangkap “samseng jalanan”, “mat rempit” dan mereka yang memandu secara merbahaya. Yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah AES menangkap sesiapa sahaja yang memandu melebih had laju biar pun dalam keadaan laju yang reasonable.

Kenyataan beliau bahawa AES merakam pelbagai kesalahan seperti dalam para 3 artikel tersebut adalah satu pembohongan, penipuan dan manipulasi fakta yang memberi gambaran salah kepada orang ramai. Sejak bila kerajaan melatih Setiausaha Sulit Menteri berbohong kepada rakyat?

AES hanya menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah. Saya tidak mahu membahaskan isu melanggar lampu isyarat merah. Sungguhpun ia boleh dibahaskan namun ia tidak berguna apa-apa berbahas dengan otak mereka yang beku dan tepu. Mereka tidak memahami ketakutan pemandu apabila terpaksa berhenti di simpang lampu isyarat yang sunyi sepi di tengah malam bertemankan beberapa mat rempit di sebelah kiri dan kanannya. Ini kerana pembuat polisi ini mempunyai pemandu, pengawal peribadi dan pengikut yang sentiasa mengekori mereka.

Saya berminat sekali membicarakan isu had laju. Had laju di negara ini ditentukan oleh “jurutera-jurutera tidak berguna” yang memikirkan di mana tempat paling baik untuk melakukan saman ekor dan sekarang digunakan oleh AES.

Terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.

Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh Setiausaha Sulit Menteri menerangkan mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?

Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. Jawapannya ialah “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

Menurut bekas Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Y. Bhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, dalam wawancara dengan Astro Awani baru-baru ini, jumlah kemalangan maut membabitkan isu kelajuan ialah sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut di negara ini setiap tahun. Ini bermakna daripada lebih 6,000 kemalangan maut, hanya sekitar 1500 membabitkan isu kelajuan.

Malangnya dalam 8 hari pertama AES diperkenalkan sebanyak 63,558 pesalah telah dirakamkan. Bayangkan jika setahun AES berfungsi berapa banyak yang akan ditangkap berbanding hanya 1500 kemalangan maut yang kita hadapi setiap tahun. Dan ini semua dianggap oleh Setiausa Sulit yang tidak lagi sulit sebagai orang yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Dr. Radin dalam wawancara yang sama, sistem ini bertujuan menangkap mereka yang benar-benar mengancam keselamatan jalan raya misalnya memandu melebihi had laju di selekoh berbahaya atau jalan tertentu yang telah dikenalpasti sebagai kawasan kemalangan maut akibat kelajuan. Namun hakikat ini tidak berlaku dalam AES yang dipasang sekarang.

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila AES merakamkan kesalahan kita di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan.

Saya akan mengulas bahagian lain dalam jawapan Setiausaha Sulit Menteri Pemandu ini pada siri kedua.






66 Komen to AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit Idris Jala” (Bahagian 1)

  1. […] Visit site: AES: Jawapan Kepada Setiausaha Sulit Idris Jala (Bahagian 1) […]

  2. Abdul Rahman Amiruddin says:

    saya bersetuju dengan pandangan VC Prof Dr Ir Radin Umar. Pandangan dan ulasan saya dalam FB sdr Jalil Backer dan banyak komen yang saya beri juga didalam FB yang terakhir nya dalam wall saya sendiri..’kalau saya jadi menteri pengangkutan’. Kami pernah bersama dengan Prof Radin Umar di JKJR sebagai ahli. isu isu keselamatan dibincangkan. saya tidak membantah AES ini, yang dibantah cara pelaksanaan nya, lokasi dimana AES diletakkan, hadlaju yang tidak pernah diluluskan untuk dipinda..pihak PLUS dahulu nya ada mencadangkan melalui LLM untuk had kelajuan dinaikkan dan hadlaju 80km/j dan 90km/j dipinda kepada 110km/j atau cadangan kepada 130km/j untuk lebuhraya. Menteri Ling Liong Sik tidak bersetuju..

    bagi saya komen yang tidak diberikan oleh SU Sulit kpd Menteri Pemandu adalah amat dangkal pemikirannya. Tidak sopan..
    cuba dia jawap 10 soalan saya didalam wall FB Abdul Rahman Amiruddin. atau saya tambah soalan lagi..

    • veteranpas says:

      Jaga-jaga tuan Abdul Rahman nanti ramai cybertroopers AES serang tuan 🙂 ini cap ayam punya penyokong

    • tocamba76 says:

      “Sungguhpun ia boleh dibahaskan namun ia tidak berguna apa-apa berbahas dengan otak mereka yang beku dan tepu. Mereka tidak memahami ketakutan pemandu apabila terpaksa berhenti di simpang lampu isyarat yang sunyi sepi di tengah malam bertemankan beberapa mat rempit di sebelah kiri dan kanannya.”
      –Ini macam punya pendapat pu boleh ader..adoi..lawak betul..kepada penulis..thanks sbb buat saya gelak..release tension keje arini…

      • pasdaplaknat says:

        susah hatilah tengok level hujah mcm ni.. bila xnk satu2 penguat kuasaan ayam itik pun blh jadi hujah..
        Tun M kena perintah balik Malaysia..
        rakyat dh mula jd bodoh dan bebal..

        aduhh negaraku..

  3. Noor Alia says:

    ‘Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.’ – Betul ker negara2 membangun yang dinyatakan dalam tulisan beliau. mohon yang arif jelaskan negara membangun dn negara maju

    • Abdul Rahman Amiruddin says:

      memang benar dinegara negara tersebut Camera dipasang contoh di UK setiap persimpangan lebuhraya dipasang kamera tetapi pelaksanaan nya berbeza ..papan tanda peringatan (reminder signboard) dipasang..2km sebelum (kalau tak silap) dan ini membolehkan pengguna memperlahankan kenderaan..saman hanya dikeluarkan jika ‘average speed’ untuk keseluruhan lokasi atau sepanjang berada dilebuhraya melebihi hadlaju. diAustralia AES telah dimansuhkan..

      • pasdaplaknat says:

        Di Malaysia pemadu tahap gila. AES je yg boleh ajar. Mansuh AES pastu nk suruh polis PACAK xbuat apa2 sambil tido dlm khemah berbelang2 tu?

        Itulah tindakan paling tk bermakna yang Polis pernah buat. So skrg bila AES ada ramailah yg melompat.. sbb kamera pacak tu boleh link terus data automatik.

  4. tocamba76 says:

    Hujah yg individualistik dari seorang pesalah trafik.kesian.kesian.

    • veteranpas says:

      sekarang dah ada 100 ribu pesalah trafik yang individualistik. Sikit masa lagi syarikat AES pun takkan bayar kau lagi sebab kerajaan dah dapat pada Pakatan. Masa tu baru nak melalak.

      • pasdaplaknat says:

        vateranpas, aku pun sokong AES, so ko nk ckp AES bayar aku ke? mentaliti PR kalau perintah negeri pun tindas rakyat giler2..

        kalau ditakdirkan perintah Malaysia aku rasa kebulur rakyat.. Anwar dan konco2nya je yg kaya raya naik jet/heli pegi pejabat Pi Emmm..

  5. ewwann says:

    ADAKAH HAD LAJU JALANRAYA DAN LAMPU ISYARAT HANYA TERTAKLUK PADA MASA-MASA TERTENTU SAHAJA?

    ADAKAH KERANA JALANRAYA SUNYI SELEPAS WAKTU TENGAH MALAM MEMBOLEHKAN KITA MEMECUT LAJU MELEBIHI HAD YANG TELAH DITETAPKAN?

    ADAKAH KERANA TIADA KENDERAAN LAIN DI PERSIMPANGAN MEMBOLEHKAN KITA MELANGGAR ISYARAT LAMPU MERAH?

    MEREKA YANG TELAH DISAMAN MELALUI AES MEMANGNYA AKAN MERASA MARAH.. TAPI CUBALAH MEMAHAMI PERASAAN MEREKA YANG TELAH KEHILANGAN ORANG-ORANG YANG TERSAYANG, AHLI-AHLI KELUARGA, SAHABAT HANDAI AKIBAT KECUAIAN PEMANDU-PEMANDU YANG TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG JALANRAYA SEMATA-MATA KERANA BERSIKAP SEPERTI DI ATAS..

    • KuntaKinte Malaysia says:

      adakah kalau bawa kereta laju 110KM/J di highway 3 lorong yang lurus boleh sebabkan kemalangan maut, kereta hilang kawalan atau kemalangan?

      Undang-undang logik orang terima tapi kalau undang-undang bodoh orang taksub saja tetap sokong.

      • pasdaplaknat says:

        Sabar bro.. tenang2..
        kalau panass cmni drive boleh eksiden tu hahha..
        drive kurang 110km/j pn boleh kn.. lg kurang risiko kan.. kurang fuel consumpiton kn.. exntend wear & tear kan.. enjin pun tahan..tayar lambat botak.. anak bini pun feel safe kn..kan..kan..

        PEACE..

    • bujuk says:

      Nak tanya je…
      Kalau tuan bawak kereta jam 3pagi, d kawasan hitam(penyamun), ada trafficlight merah dan memang jelas takda sebuah kereta lain pun kelihatan. Tuan tunggu 3 minit untuk lampu hijau atau tuan belah je lampu merah?

  6. izham says:

    Ok jek AES ni. Aku pun kena flash hari tu tapi dah sendiri yang salah tunggu aje la surat saman. Tak perlu takut pada AES nie kalau tak buat salah..dah had laju 90km bawak la 90km. Jangan la terperangkap dengan dakyah PR. AES nie untuk keselamatan, kalau taknak bagi duit dekat kroni AES jangan langgar kesalahan lalulintas..susah ke?

  7. Shamm says:

    Selaraskan sistem AES kesemua pesalah-pesalah trafik jgn sekali2 terlepas dari dikenakan saman termasuk……. kenderaan yang membawa pegawai2 kerajaan dan pembesar2 yang mana sentiasa menggunakan escort trafik. Ikut sebenar2 peraturan yang ditetapkan, kita adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen… amati sebenar-benarnya slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”

  8. drMpower says:

    jadi sepatutnya MIROS boleh keluarkan kajian saintifik ataupun apa sahaja data yang boleh menjelaskan berkenaan perkara berkenaan:

    1) had laju titik kritikal dalam kejadian kemalangan jalan raya. mungkin penulis mahu MIROS/JPJ terangkan secara saintifik berkenaan limit had laju yang di term kan sebagai ‘boleh mengakibatkan kemalangan’. or halaju average kemalangan.

    2)kajian hadlaju jalan yang munasabah. mesti ada standard. 2 lane, risiko rendah, hadlaju semestinya nilai A kmh. 3 lane, medium risk, hadlaju mesti nilai B kmh. 4 lane, low risk, halaju adalah nilai C kmh. etc etc.

    3)tangguhkan dahulu AES buat masa ni. dan jalankan project pilot. apakah PEMANDU dan agensi berkenaan termasuklah kerajaan tidak menjalankan pilot project utk perkara ini?

    project pilot ni merangkumi jalan2 terpilih dan dalam tempoh pilot project, segala yang perlu diterangkan berkenaan AES haruslah diterangkan.

    4) saya tiada masalah dengan AES. perkara 1 – 3 mesti dilakukan untuk for once and all puaskan hati seluruh pengguna jalan raya yg masih ragu ragu. ataupun menjawap segala persoalan yang mungkin timbul.

    • pasdaplaknat says:

      Saya setuju dengan penadapat drMpower.

      Mungkin penerangan pihak Kerajaan dan MIROS tidak berkesan tentang ancaman bahaya di jalanraya akibat kesalahan memandu haladu, melanggar lampu merah dan lain2.

      Jiwa rakyat pada hari ini mahukan logical thinking, ditambah pula sejak zaman Tun Mahathir berakhir, ketegasan undang2 sudah TAMAT.

      Jadi rakyat sudah biasa dan LEMAK dengan buat salah xde tindakan undang2.. Zaman Tun M undang2 cukup tegas. Wpun zaman tu keta tak banyak, tapi speed trap berlambak2 di sepanjang highway PLUS, driver BAS ekspres cukup takut dengan fly over-bridge, sarang Speed Trap, mereka sanggup follow lori ‘merangkak’ naik hgway JELAPANG-IPOH 40-60km/j semata2 takut kena saman, mereka takut dengan kelibat kereta WARNA PUTIH- Keta Polis yg akan kejar dan saman serta merta. Untungnya? RAKYAT + PENUMPANG. jalan raya AMAN.. boleh drive tenang.. kita tgk lori-bas hanya guna lane kiri..jarang mereka berani conquer lorong laju/kanan..habis kuat potong sebiji lori je..
      tapi sekarang? BAS dan LORI mcm pelesit.. macam bawak batang pisang.. apatah lagi keta2 biasa, no skill of driving.. yg tahu ialah PECUT.. POTONG.. LANGGAR!

      dulu penunggang motosikal sanggup tunggu traffic light basah dlm hujan.. takut nak langgar lampu merah. Tapi hari ini.. lampu merah mcm hiasan je.. ade kita fikir kah apa akan jadi jika semua ini dibiarkan berterusan ke gnerasi seterusnya?

      Cuma skop halaju ini melibatkan kajian engineering design sesebuah jalan. Lebih baik ia rendah dari spesfikasi yang mengurangkan risiko kemalangan daripada melonggarkan ke had maksima semata2 untuk puaskan hati manusia yang TAK PERNAH PUAS.

      Kita semua ada satu NYAWA sahaja, jika ada undang2 yang KETAT untuk lindungi NYAWA kita yang satu ini.. kenapalah kita rimas sangat?.. kalau takut kena saman memandulah ikut halaju.. kalau halaju suatu jalan rendah dan tak logik pun adakah boleh merosakkan diri dan kenderaan kita?

      Kemalangan jalanraya di Malaysia cukup ngeri dan tak padan dengan nisbah penduduk negara ini. cubalah pergi ke negara kelas pertama dan maju..dan bandingkan dengan negara ini. Kita mampu beli keta mahal2 tapi sayang sekali tiada akal dan kemahiran..

  9. Servant of God says:

    Orang yang tak pecut dan tak buat kesalahan tak perlu bimbangkan AES.

    Berjuta-juta pemandu kat Malaysia nih tak pernah dapat saman sepanjang dorang bawa kereta. So nak takut apa?

    Aku sokong sangat AES nih.

  10. carlosmontoya says:

    All four Pakatan Rakyat (PR)-governed states have decided to suspend the federal government’s controversial Automated Enforcement System (AES) that detects speeding motorists.
    “That means 40 per cent will not be installed,” Penang Chief Minister Lim Guan Eng said at a press conference today, referring to the 331 out of the planned 831 cameras under the nationwide AES scheme.

    “This is because we want to protect the people’s interest.”

    The AES cameras, which also captures those who beat traffic lights, is in its pilot phase, with 14 installed in Perak, Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya.

    Following Election 2008, PR now governs Penang, Selangor, Kedah and Kelantan.

    Lim said approval from state administrations was needed for the project initiated by the federal government.

    The state authorities will withhold approval for the installation of AES cameras until they receive more information, he added.

    “For the time being, we suspend (our authorisation); we want to have further discussion.”

    He also said the PR states also wished to obtain the public’s feedback on the camera system first.

    “(It’s) not that we want to encourage the committing of offence as we please, but do it correctly, do it well,” Lim said.

    MACAM MANA BN NAK RAMPAS SEMULA 4 NEGERI ITU???

    Yang Di Kejar Tak Dapat, Yang Di Gendong Berciciran

  11. RYAN LANCE says:

    AES ( Aku Engkau Selesa ). Kenapa nak marah pada AES. Aku pun tak faham. Penyokong Kerajaan pun dah jadi macam beruk kat parlimen. Dulu bukan main marah bangkitkan fasal kemalangan maut banyak tapi sekarang marah kat kerajaan fasal AES. Memang bodoh MP yang cakap tu. Kalau orang PR aku fahamlah tapi ini MP BN pun dah gila populariti. “Ini bermakna daripada lebih 6,000 kemalangan maut, hanya sekitar 1500 membabitkan isu kelajuan” wah punya le bagus dia punya statistik. Kalau dalam 1500 tu termasuk mak bapak, anak bini dia atau cucu cicit dia apa perasaan dia ye. Dalam 1500 ada berapa ribu orang yang kehilangan tempat bergantung? Cuba darabkan 1500 tu dengan 4 orang dah berapa ? 6000 nyawa yang kehilangan tempat bergantung. Janganlah kerana nak berlagak kamu membunuh orang. Kalau kau seorang yang mampus tak apalah. Kurang seorang rakyat Malaysia yang bangang. Bini kau pun boleh kahwin lain ( itu pun kalau belum expired). Anak -anak kau boleh bisnes kat Lorong Haji Taib.Aku marah sebab ada orang yang tak berhati perut hidup kat Malaysia ni

    • veteranpas says:

      Ryan Lance,

      Kau ni sapa? Bodoh tahap gaban? Kau jawablah soalan penulis di atas

      “Terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

      Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.

      Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

      Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.”

      • bujuk says:

        betul2.. kalau semua kereta laju 90km/j boleh jem dan berlaku kemalangan. Buat apa habis duit beli kereta besar dan laju serta jalan 3 line kalau nak pandu 90km/j. Pada aku nak tangkap pemandu yg. memandu macam orang mabuk seperti zig-zag, cucuk belakang dan seumpamanya ok tapi mostly kita laju sebab elak mengantuk, ada hal mustahak dan bersedia@ hati-hati.

  12. neutron says:

    Mamak ada suka ini AES… mamak punya kedai sana KL konerlot tepi traffic light, selalu mamak nampak worang langgar lampu merah… ini AES mungkin bagus juga suma kereta sama worang lintas lampu pun boleh kena rakam..macam sana US… more security…

    Tarak hal kalau benda bagus tapi implementation musti kasi butul juga… jangan benda 1juta jadi 3 juta… be open..

  13. Megat Alam Gempita says:

    Teman lihat dilapangan ramai rakan-rakan bloggers dan pengundi tegar BN yang turut menentang AES ni sebabnya banyak flash-flash bodo ni diletakkan di kawasan yang tidak sesuai. Sekarang ni dasar ni bagi keuntungan pada fuckatan hasut rakyat membenci kerajaan. Elok mansuhkan saja AES ni dari ia menjadi barah kepada kerajaan, kecualilah kalau BN tak nak menang PRU13!

    Mintak maafla, Teman pun tak sokong AES ni 200%. Tolongla dengar rayuan dan denyut nadi rakyat. Jangan sampai nanti ada pihak yang pergi gergaji dan langgar tiang AES ni sudahla…

    • veteranpas says:

      Masalahnya syarikat AES ini dah upah Cybertroopers belasah orang tak suka dengan sistem ini. Depa ni lebih sanggup tengok kejatuhan BN asal dapat sekupang dua

      • tocamba76 says:

        cybertroopers upahan ?? aik , maknanya kalo ade rakyat biasa macam aku yang sokong AES dikira tentera upahan syarikat AES tu ???
        Lagi satu ,sebab AES BN akan hilang sokongan ?? teori ape ni ??kalo teori ni betul alhamdullilah sebab BN tak perlu sokongan sekerat manusia yang berotakkan lembu….

        Tak sangka rupanya sesetengah mykmu nyer pembaca pun tak ubah macam pihak yang disana tahap pemikirannya…

        • pasdaplaknat says:

          Yang ni tuduhan xbetul dan fitnah lah. Aku setuju dengan AES dan saban hari dan tahun posting di MyKMU, jangan pula dituduh begitu kerana tidak sependapat dengan modal pelik anti AES.

          Flash2 BODO? ayat itu mungkin datang dari kita yang tak buat kajian. Kita bukan dalam bidang itu jadi mudah sahaja kita ckp BODO. Jikapun tk betul fokus pada teknikal itu bukan menghentam AES seolah2 senada dengan puak2 PR yg suka hentam fitnah.

          Aku tgk penentang AES beri hujah lebih kepada hujah perut.. bukan hujah akal. Kalau bab bersepakat melawan puak2 PR soal BERSHIT yes, aku juga no compromise-justifikasinya ialah UNDANG-UNDANG.

          Mereka ckp itu LOGIK sbb hak ‘merusuh’ itu hak kebebasan. Tapi bila sampai bab AES, untuk kebaikan semua kenapa nada menentang BERSHIT tadi tidak sama? UNDANG-UNDANG?

          Buat apa letak papan tanda HAD LAJU kalau budak2 tadika pun gelak2 tengok mak bapak diorng rembat sakan jer..??

  14. Mohd Taib Kamin says:

    Setiap sesuatu yang baru pasti mengundang pro dan kontra. Dalam isu AES ini saya berpendapat ianya harus diteruskan. Kelemahan yang dikenalpasti mesti segera diperbaiki. Jangan ikut rentak tari pembangkang yang sentiasa mencari dan mencipta isu untuk kepentingan politik mereka. Pembangkang Malaysia tidak mungkin akan menyokong Kerajaan. Jika mereka menyokong apa yang kerajaan lakukan bermakna mereka akan kehilangan modal untuk menghentam kerajaan.

    Cuma apa yang agak menyedihkan ialah sikap manusia yang tidak bertanggung jawab yang merosakan kamera AES dengan melanggarnya. Perbuatan tersebut ternyata melambangkan sikap tidak bertanggungjawab dan melambngkan betapa cetek pemikiran mereka. Apa dosa kamera tersebut? Ketika majoriti rakyat Malaysia sedang gigih bekerja untuk mencapai status negara maju pada 2020, masih ada lagi dikalangan rakyat yang mewarisi mentaliti 1960han? Wallahualam.

    • veteranpas says:

      Memang tak payah ikut rentak tari pembangkang. Tapi kalau majoriti sokong pembangkang dalam isu AES ini tak lama lagi BN la jadi pembangkang.

      Apa dosa kamera tu? saman orang tiap-tiap hari hanya kerana ledbih had laju tahap bodoh.

      • pasdaplaknat says:

        Owwh skrg ni sudah sampai satu zaman org yang buat salah tu betul orang yang saman tu plak bodoh?

        hari ini peliwat dikatakan KEJI..esok lusa bila hati rakyat dh SUKA dgn LIWAT.. siapa lawan kita BODOH lah?

        kalau yang sokong pembangkan itu ramai dlm soal LIWAT..maka BN pun kena halalkan LIWAT juga kah?

        krg ni mana dia konsep UMARA’? Pemerintah ialah mentadbir dan mendirik rakyat.. bukan biarkan hidup seperti binatang yang xperlukan undang2

        Dlm Islam nk mausk tandas pun ada UNDANG2.. nk kencing pun ada cara duduknya.. kenapa kita tak hayati Islam ajar kita hidup dlm beradaban dan undang2 walaupun halus?

        Jadi bg org yg beriman dan sudah biasa patuh.. undang2 yang baik tidak akan jadi masalah.. AES undang2 baik, saman org yang buat salah. Insya Allah itulah keberkatan!

        Tapi jika alat itu mula corrupted, saman flashxikut spesifikasi, then wktu tu kita bising lah.. ni belum apa2 lagi sudah takut..nampak sgt majoriti rakyat Malaysia suka buat salah.

        • bujuk says:

          hahaha.. nak samakan undang2 manusia dengan hukum Allah mana boleh bro..
          LIWAT ni Allah yg. HARAMKAN bukan manusia. AES ni manusia yg. buat untuk kutip saman, bukan nak elak kemalangan sangat pun. Kalau betul AES hanya d pasang d kawasan kemalangan tinggi dan bukan kws. 30km/j. terutama duble line, zibra dan traffic light yg. sebok untuk elak jem.
          Rakyat tak salahkan AES tapi salahguna AES.

          • pasdaplaknat says:

            bujuk aku bg tmasilan tentang pemikiran UMAT MASA KINI. Termasuklah puak2 laknat mcm ko dan puak2 dlm UMNO BN pun.

            Sekarang TUHAN bg manusia akhir zaman ialah AKAL.. Bila kita sebut Allah itu ESA puak ko ckp ALLAH tu boleh utk semua agama.. itulah LOGIK paling jahat yg puak ko penah pakai..

            jd bab AES ni pun sama.. bila otak sudah jadi TUHAN.. jadi hujah pun kena bg otak2 mcm ni faham lah.

            Kalau aku hujah dr sudut fizik.. kiraan2 momentum, F=MA, Inertia semua tu aku takut ko ternga2 mcm KATAK kot.. bodoh lah sikit2 buat undang2 utk savekan rakyat ckp kutip saman?

            TOLONG BUKTIKAN LAH DUIT KUTIP SAMAN TU MASUK POKET ROSMAH DAN NAJIB??

            Negeri PAS xde saman2 ke? Ke Pork Nik balaih semua masuk umah dia?

          • bujuk says:

            Allah memang esa, tapi Allah juga kata sekelian manusia percaya pada Allah. Yg. membezakannya adalah mereka SYIRIK atau tidak. Umat Islam pun kalau dah SYIRIK, mendua atau sepuluhkan tuhan apa bezanya dengan kristian, budha dan hindu? kalau mereka percaya hanya UMNO mampu jaga melayu dan Islam d m’sia, percaya hanya UMNO mampu bagi kemajuan dan keamanan… tak syirik ke? Layakkah orang ini sebut Allah tuhan mereka?

  15. kembangsemangkuk says:

    Yang sokong AES kat atas macam orang bodoh tu… kalau nak cari makan dengan sumbangan company AES pun janganlah sampai nak lingkupkan UMNO dan BN. Carilah cara lain buat duit.

  16. KuntaKinte Malaysia says:

    Masalah terbesar bukan AES tapi pelaksanaannya. Tapi mangkuk2 hayun kat dalam Kerajaan dan cybertroopers AES ni tak paham bahasa. Lain kali jangan tulis panjang-pajang kepala otak bebal ni boleh baca panjang2.

  17. veteranpas says:

    http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=66901&postdays=0&postorder=asc&start=15

  18. ahmad_albab says:

    http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=66943&postdays=0&postorder=asc&start=45

    hehe

  19. baba says:

    kan bagus kalau kesemua camera aes dijadikan kamera rakaman pemantauan 24jam oleh pdrm. rakyat pun suka kerana keselamatan mereka terbela, rakyat tidak mahu kamera yg hanya merakam gambar kesalahan laulintas saja.

    • neutron says:

      Itu la mamak ada kata atas sana mamak suka ini AES.. itu kamera boleh rakam suma…macam US sana… more secure… cuma jgn salahguna ini mekanism… perlaksanaan juga musti butul… bukan benda 1 juta jadi 3 juta kroni rembat projek…

  20. […] See the original article here: AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit Idris Jala” (Bahagian 1) […]

  21. pasdaplaknat says:

    Mohon maaf saya tidak bersependapat dengan beberapa pro-BN dlm isu AES ini. Off-topic berkaitan PR, sebab kita tahu dah puak PR kalau kerajaan bg seketul emas setiap rakyat pun BN tetap jahat dan wajib ditumbangkan.. masalah yang pelik sekarang isi hati perut beberapa bloggers pro-BN dlm isu AES ini tk brapa logik dan lebih sudu dari kuah dari pembangkang.

    Jika BERSHIT- kita mahu undang2 yang ketat dikenakan kepada puak2 haram ini, kerana banyak mudharat, tetapi AES melintasi sempadan penyokong politik demi kebaikan semua rakyat-mengapa hal ini ditentang secara tidak logik?

    AES sistem yang paling cekap dan sesuai untuk buktikan kesalahan pemandu2 Malaysia yang sudah mencapai taraf KURANG AJAR tertinggi. AES sudah lama digunakan di EROPAH dan negara2 maju lain didunia.. ia bukan pemainan JUDI atau BOM yang akan mengenakan manusia tetapi PERANTI untuk mengajar manusia tidak angkuh sombong dan samseng di jalan raya dengan- pay back nya. Siapa yang langgar maka dia kena saman.. maka yang dh prepare untuk langgar AES inilah isunya.

    Adakah dengan penambahan kenderaan berganda berbanding 10 tahun dahulu kita mahu meningkatkan lagi had laju kebangsaan dan lebuhraya?

    Nisbah bilangan kenderaan meningkat berali ganda dengan lebuhraya yang ada sekarang tidak berubah semakin panjang atau jauh, logik akal kita masih setujukah had laju jalan raya diubah suai semata-mata kita suka memandu laju?

    Apa masalahnya memandu 110km/jam? Lagipun AES bukan diletakkan setiap kilometer sehingga xboleh langsung nak lepas GIAN memecut lebih? Hanya dilokasi tertentu yang sudah DIMAKLUMKAN.

    Berbanding dengan peranti DIGICAM manual yang dgunakan Polis di bawah jambatan suatu masa dulu, sistem itu hanya akan manually shoot one-to-one, jadi tidak adil pada pemandu lain yang turut melanggar had laju tetapi terlepas.

    AES adalah sistem digital dengan multiple detection, siang dan malam, gelap dan cerah. Imej berwarna lengkap dengan imej pemandu dan no kenderaan, xboleh lagi jadi seperti saman ekor yang lemah dengan bukti.

    Adakah kita hayati sikap pemanduan rakyat negara ini? Ataupun kita juga sebahagian daripada sikap biadab ini? Bas ekspres, lori kontena, lori tangki memandu seperti litar lumba bersama kenderaan lain, mampukah POLIS dengan kaedah biasa menangkap kesalahan ini?

    Kematian, kemalangan yang begitu dahsyat berbanding dengan nisbah penduduk negara lain seperti Indonesia ataupun USA, kerana undang-undang kita takut dengan rakyat..takut dengan ugutan undi dan sekarang ditambah pula oleh bloggers yang tiada siapa mengawal mereka melainkan hati perut mereka sahaja. Jika hati perut mereka baik maka baiklah isu yang diketengahkan.

    Jika hati perut mereka ada udang disebalik batu, maka busuklah isu yang dipancingkan kepada pembaca. Hatta Menteri dan PM pun tak boleh kawal mereka..

    Kelebihan AES juga ialah secara tidak langsung boleh meningkatkan intergrasi pemantauan penjenayah. Penjenayah manakah yang bila dikejar Polis akan memandu 90km/j? Bila Polis kejar mcm filem Italian Job, oklah tp di Malaysia orang lain akan jadi mangsa akibat penjenayah dan akhirnya susah dikesan bila terlepas.

    Jangan kita hanya pentingkan nafsu dan isi perut kita sahaja dalam soal keselamatan jalan raya. AES bukan digubal oleh menteri seorang tapi melibatkan panel kajian oleh Committee termasuk JKJR yang dianggotai oleh Professor2 akademik, MIROS, JPJ, POLIS dan beberapa badan lain.

    Cuma isu penglibatan kronism dan kelemahan perlaksanaan mesti dikaji jangan ada unsur menindas atau merampas hak rakyat. Tetapi malangnya bukan isu ini yang ditekankan oleh Blogger-BN, sebaliknya isu pelik2 seperti takpuas hati letak di trafic light, had laju xbest.. mangkuk hayun lah jadinya. (ayat adamyan-mangkuk hayun)

    Tidak timbul isu lepas ikan dlm kolam kemudian untuk dipancing kerana AES hanya akan trap pelaku salah jalan raya. Kita pandu secara hemah, tidak merugikan sesiapa. Anak Bini, mak mertua bapa sedara sepupu sepapat, awek, janda semua Insya Allah lebih selamat. peningkatan kelajuan meningkatkan momentum dan impact, probability of crash, failure risk, less response of control.. so apa benda yg puak2 tak puas hati ini ndak sebenarnya?

    Kita mahu sistem yang membolehkan semua rakyat mendapat hak yang sama. Setiap hati kematian di jalan raya melibatkan mangsa yang tidak memandu, kebebalan pemandu2 dijalan raya hanya boleh diatasi dengan undang-undang yang keras.

    Mungkin di peringkat awal ramai yang menentang, tapi Insya Allah jika perlaksanaannya mengikut spesifikasi, kesannya akan dilihat, generasi anak-anak juga akan terdidik mematuhi undang-undang bila melihat ayah ibu mereka patuh.

    • bujuk says:

      AES dekat kelajuan 30km/j pun ada, ni nak elak kemalangan ke nak kutip saman?
      Hang kata lagi bukannya AES setiap KM, sampai tak boleh lepas gian memecut.. Alasan hang ni secara jelasnya menunjukkan tujuan AES ni bukan untuk keselamatan, tapi nak menyaman. Atas sebab inilah majoriti rakyat tak setuju.
      Aku nak tanya satu, apakah MENTERI2 bawak/naik kereta bawah 110km/j??? kalau tidak, atas alasan apa dia pasang AES? Apakah menteri pun bayar saman?

      • neutron says:

        ha..ha… Mentli punya kereta selalu over speed limit siap polis eskot… FOC no saman saman…ha..ha

      • pasdaplaknat says:

        emm bujuk..aku ni malaslah nk bertekak dengan otak boodh mcm ko..sbb aku hujah ni utk puak2 UMNO BN, puak2 laknat mcm ko mmg aku ckp dr awl.. bg ketul emas setiap seorang pun akan jd buruk juga.. ko dan puak2 ko sama dgn bangsa YAhudi Laknatullah lah.. baik semuanya buruk.

        Soal skrg mana dia bukti 30km/j? dan kalau dekat simpat 4 yang sibok takkanlah undang2 SAH nk benarkan pemandu2 pelesit ini drive 90km/j kt simpag?? Bodoh oi? aku sndiri jdi saksi depan mata seorang pejalan kaki dilanggar depan hospital ketika melintas..patah riuk menangis2 wanita itu.. kerana apa? kerana si bebal tadi drive lebih dr speed limit kawasan itu.

        Org bodoh bangang mcm ko bujuk.. belum wujud HUDUD lgpun sudah pertikai benda2 yang jelas baik dan logik.. bagiamanakah akan terjadi dgn keadaan rakyat yang bodoh tuli ini bila buat HUDUD nanti? Adakah pakat2 akan tumbangkan kerajaan pula bila sudah rasa HUDUD xbest?

        AES ini jelas menunjukkan bila kena batang hidung sendiri pakat2 xboleh nak patuh.. maka keluarlah alasan2 bodoh semata2 nk hapuskanya..

        Macamtulah nasib nya pada hukum Allah bila dilaksanan tanpa KEIMANAN (tanpa kefahaman dan taat.) ada sahaja alasan2 bodoh remeh2.. yg akan keluar..

        • bujuk says:

          Bukan aku sorang… mostly MP minta k’jaan kaji, 4 negeri PR minta tangguh, negeri2 BN pun ada mintak tangguh, Pemuda BN melalui KJ pun mintak tangguh jugak. Takkan hang dan beberapa kerat menteri kabinet lebih bijak dari sekelian rakyat d m’sia?
          Kalau 1-2 kes kena langgar hang nak buat isu umum… tak kena la. berapa ramai ayah langgar anak sendiri, dah berhati2 kalau dah itu ajal dia siapa yg. boleh halang?

  22. fatah says:

    Bagi aku, buat pun tak apa, tak buat pun tak apa. Kelajuan membunuh, perlahan pun membunuh. Kalau aku kena saman, ada duit, aku bayar. Tak ada duit, aku tak bayar. Aku akan pergi cari Ketua Polis ke, Menteri ke atau saper saper yang berpengaruh mintak tolong zerorised saman tu. macam biasa, kadang kadang aku marah orang yang bawa laju, kadang2 aku marah orang yang bawa perlahan. Kadang2 pula aku suka bawa laju dan kadang2 pula aku suka bawa perlahan. Bila mat rempit mati jatuh motor, aku kata itulah bawa motor tak sedar diri, kemudian aku kata semuanya kuasa tuhan..innalillah… cumanya bila sampai masa, accident pasti berlaku. Orang tunggu bas pun mati kena langgar dengan bas, motorist yang relek bawah flyover masa hujan pun mati kena langgar.
    Sekiranya tidak mahu berlanggar, jangan bawa motor/kereta/basikal. Jalan kaki atau naik bas. Tapi belum gerenti selamat bila masa dah sampai. Letak ler seribu kamera, saman ler beratus ribu saman, kalau semua pakat2 tak mau bayar, takkan beratus ribu rakyat nak dihantar ke penjara. tapi bagus kalau semua rakyat bayar, jalan boleh dibesarkan ke 3 lorong, lubang jalan diperbaiki,boleh pasang lampu jalan sepanjang highway dan kemalangan boleh berkurangan. Bagus juga tapi tolong jangan saman aku. Ada duit aku bayar, tak ada duit aku cari ketua Polis, menteri dan saper2 yg berpengaruh..hehehehehehe

    • pasdaplaknat says:

      Bro.. hidup kena ada motivasi, Allah Ta’ala di Loh mahfuzz telah tetapkan lahir dan ajal kita. Tapi hebatnya kita sbg MUSLIM ialah kita ada WAWASAN dan MOTIVASI JAUH.

      Allah Ta’ala kata apa2 jua musibah dlm ketentuannya Qada-Qadar-NYA tentukan semua ini. Tapi pada masa yang sama Allah Ta’ala WAJIB kan kita JAUHKAN dari MUDARAT- WAJIBKAN kita USAHA.

      Usaha kita untuk elak kemalangan atau musibah yang boleh menyebabkan ORANG LAIN MENDERITA itu satu IBADAH.

      Manakala sikap BEBAL kita memandu sehingga boleh sebabkan kemalangan, apatah lagi sampai membunuh..itu satu DOSA.

      DLm Islam, jika memandu melulu, sehingga mencederakan, hakim sabitkan kita salah, WAJIB kita bayar GANTIRUGI, putus telinga ke, terpatah kaki ke.. semua itu WAJIB di bayar ganti..ada kadar2nya kalau memandu sehingga maut, tp hakim sabitkan kita tak sengaja maut..(kira bunuh tanpa niat) maka wajiblah kita bayar gantirugi bersamaan harga 100 ekor unta (kira2 RM setengah JUTA) bagi setiap nyawa..

      Tapi kita memandu dgn niat sengaja nk langgar, then mati.. hukumannya ialah QISAS (bunuh balas-atau ganti rugi jika keluarga si mati maafkan) betapa Islam HARGAI NYAWA dan JAGA HAK MANUSIA begitu TINGGI!! Skrg sape peduli kalau langgar mati? bape sgt denda? ade kita kesah?

      tp undang2 CIVIL xde..sbbtu manusia jadi BEBAL dan SAMSENG… ni baru AES sikit dh MELOMPAT.. sbb tu xheranlah manusia skrg jd keras dan samseng xkira atas jalan atau atas padang sbb undang2 hanya untuk puaskan nafsu.. bukan untuk membantuk manusia jd baik.

      • pasdaplaknat says:

        * pembaikan ayat:

        Allah Ta’ala kata apa2 jua musibah dlm ketentuan, iaitu dalam Qada’-Qadar-NYA supaya kita jadi hamba yang SABAR dan REDHO dan tidak jadi tak tentu arah selepas sesuatu ujian/musibah. Tapi pada masa yang sama Allah Ta’ala WAJIB kan kita JAUHKAN dari MUDARAT- WAJIBKAN kita USAHA jauhi MUSIBAH!

      • bujuk says:

        Sembang hebat… tapi taknak pulak ikut undang2 Allah.

        • neutron says:

          Butul itu Bujuk…. Itu sebab mamak panggil dia SETAN LAKNAT… cakap macam bagus tapi selalu merendah rendahkan bangsa lain…. dia lupa worang India masuk Islam awal dari worang Melayu….

          • pasdaplaknat says:

            Kamu dua ekor lah SYAITAN besar atas muka bumi ini selain syaitan2 kt luar sana yang bertopeng dengan agama.

            Wahai BUJUK LAKNAT boleh ko buktikan di mahkamah dunia ini siapa yang ko maksudkan ‘taknak ikut undang2 Allah’??

            Jika ko maksudkan aku.. tolong buktikan? Sebelum aku baca SUrah Yasin 40 kali untuk ko supaya bg balasan fitnah.

            Yang aku tau puak ko lah pencela terbesar HUKUM ALLAH.. sehingga kini 4 negeri menang mana dia HUKUM ALLAH?

            cakap jangan sampai membusukkan diri sendiri..

            PARIA LAKNAT, org sekular mcm ko baik diam lah.. setakat nk berkawan dengan syaitan untuk tumbangkan UMNO, silakanlah.. xde sapa nk heran.

          • pasdaplaknat says:

            PARIA LAKNAT: kalau yg masuk awal Islam pun tp penipu xamal dgn Islam adakah itu lebih mulia di sisi Allah?

            Keduanya apa kena mengena soal AES dengan diri ko PARIA oii?
            Apa hal ni ckp soal India masuk Islam dgn Melayu kemudian? Arab masuk Islam lg awal dr segala bangsa yang ada..tp apakah jaminan buat mereka?

            Ko mabuktodi ke PARIA NEUTRON? be focused lah.

          • bujuk says:

            Siang-malam mengutuk orang yg. nak laksanakan hukum Allah dan bersama-sama dengan parti yg. menolak dan menghina hukum Allah masih tak ngaku lagi. Hang sokong Najib tak? Najib kata “selagi UMNO/BN berkuasa, HUDUD tidak akan d laksanakan d M’sia”. Najib juga pakai baju yg. sama dengan sekelian ahli MCA yg. tertera perkataan “TOLAK HUDUD”. Ketika CSL menghina hudud kata menyebabkan 12k rakyat hilang pekerjaan dan wanita MCA kata hudud izinkan muslim rogol kafir, Najib hanya tersegih. Dimana jiwa ISLAM dia?? apakah Najib akan tersengeh macam tu jika melayu d hina sebagai perogol?
            Jadi hang sebagai penyokong UMNO yg. berketuakan Najib masih kata tak tolak Hudud lagi?
            Hoiiii… sedar sikit, apa yg. terdetik d hati Allah dah tahu, inikan pulak jelas perkataan dan tindakan UMNO dalam menolak hudud.

          • pasdaplaknat says:

            Hoii bujuk laknat.hang kata siang malam mengutuk org yang nak laksana hukum Allah??? Siapa? PAS LAKNATULLAH ke?
            APA JASA PAS PADA ISLAM??

            Weii bujuk laknat, aku ni tahap meluat dh nk hujah bodoh dgn manusia pembelit mcm hang. Tp disebbkan ruang ini public dan org yg baca akan terpengaruh dgn kesyaitanan puak PAS mcm hang dlm soal hukum Allah, maka wajib bg aku lawan.

            Bujuk Laknat, siapakah hang yang nk hukum Najib dan UMNO menolak hukum Allah? Mana dia hukum Allah yang sedang digugurkan oleh pihak UMNO??
            Yang aku dengar ialah PAS gugurkan Negara Islam, dan Presiden PAS sndiri cakap HUDUD hanyalah 0.001% shj drpada apa yg Islam perintah?? Dan Anuwar Laknat juga beritahu tiad HUDUD dlm menifesto Pakatan Haram

            Ok seterusnya kerja buat PAS dan sekutu2nya amat JELAS MENUJU kepada KEKUFURAN, PENCABULAN AGAMA, DARI BAB2 YANG BESAR sehingga BAB2 FURUK..

            manakalah UMNO.. semakin hari semakin berusaha untuk MELENGKAPKAN ISLAM..biar 100 tahun lagipun jika proses melengkapkan Syairiat itu berterusan wujud berbanding satu puak HARAM mcm PAS tu yang semakin hari semakin DEGRADED (merudum), satu persatu Syariat Islam mula digugurkan, dilonggarkan.. dengan seribu satu kecelaruan Aqidah-Syariat-TAssawuf.. adakh PUAK SYAITAN PAS ini yg WAJIB aku WALA’ dan pILIH ??

            Wahai bujuk laknat.. jika UMNO dihukum berat oleh puak hang soal HUDUD.. kenapa pula puak PR yang tidak membuat apa2 untuk Islam.. jauh sekali agama hang BUTAKAN MATA??

            22 tahun Kelantan diperintah oleh UlarMak Palsu, si tua kutuk itu.. mana dia HUDUD? Mana dia syariat? Mana dia??? Ust Daud Iraqi, YDP MAIS dan AJK PAS Pusat Wan Abdul Muttalib sudah kata PAS tidak bersungguh-maknanya MUNAFIK dan PENIPU.. bersungguh2 KAFIRKAN UMNO tiba2 mereka tk jadi kAFIR kah bila xbuat HUDUD???

            Bagi aku, manusia mcm hang ni adalah satu dr seribu bangkai2 dlm PAS- ejen2 perosak agama. Siang malam menyebarkan kefasiqan dan kekufuran dlm kata2 yang penuh helah. Islam tidak wujud dlm diri balaci2 PAS ini melainkan politik kufur!

            Jika benarlah PAS itu cintakan Islam.. begitu banyak jalan2 syariat Islam yg memboloeh HUDUD dan Islam ditegakkan.. jika UMNO ketinggalan..atasi lah UMNO.. sbb yakinlah Allah itu Maha Berkuasa.. bukan UMNO atau Najib.

            Hari demi hari.. PAS dipenuhi manusia2 yang JAHAT dan PENIPU. Mat Sabu adalah Ejen Kejahatan dan SYIAH, dlm PAS sudah beranak kefahaman2 yg pelik2, pluralisme agama dan Wahabi juga sedang membiakkan kerosakan dlm PAS.. PAS akan dihukum Allah dgn seberat2 hukuman di dunia lagi AMINN!

            Aku memilih siapa yang jelas dlm melengkapkan Islam.. bukan puak yang siang malam mencaci memaki suatu puak lain tp semakin menjunam menuju kekufuran, meruntuhkan Islam.

            Akhir kalam aku .. PAS LAKNATULLAH!

            Maaf-off topic- nk lawan sekor syaitan jantan/pondan sekor ni.

            Wassalam

          • neutron says:

            Woi yoo.. SETAN LAKNAT mara butul… dia tarak mau mungaku dia suda salah menghukum dan mencela keturunan sama bangsa mamak hanya sebab mamak ada tugur dia tudu zina DSAI…

            Cara dia cakap ugama macam dia pakar tapi itu benda basic tuduh worang zina/liwat pun dia tarak mau ikut hukum Allah… kira lu tolak hukum la… Ngam la itu BUJUK cakap pasal lu SETAN LAKNAT… SETAN mau tunjuk baik..kah..kah

          • pasdaplaknat says:

            Ko ni posting mesti mabuk merepek..xde point.

          • bujuk says:

            Tulis panjang2…
            Aku tak jumpa pun perkataan yg. kata UMNO SOKONG HUDUD, SOKONG HUKUM ALLAH D M’SIA. UMNO ni PEMERINTAH atau D PERINTAH? BERKUASA atau D KUASAI?
            Hang tau tak siapa yg. WAJIB laksanakan HUDUD??? PEMERINTAH atau RAKYAT?

  23. pemerhati says:

    Orang beriman tak akan langgar lampu meraah. Orang yang beriman akan patuh peraturan pemerinah selama mana ianya tidak bercanggah dengan syara’

  24. kembangsemangkuk says:

    sokong bujuk

  25. mat lanun says:

    Aku dah baca semua hujah korang yang pro dan yang kontra, sebagai manusia yang berfikiran waras kita harus menerima yang terbaik. Apa masalahnya kita dengan AES,setahu aku setiap tempat diletakkan AES terdapat papan tanda besar 1 atau 2 km sebelumnya, kenapa korang x baca atau memang x reti nak baca. Kalau memang pembangkang, nak membangkang pun jangan jadi bodoh…sampai kawasan tu slow la.. itu pun nak bagitau ke…
    Memang ramai yang hipokrit dalam membahaskan soal AES ni, tapi percayalah KALAU KEMALANGAN TERJADI PADA DIRI SENDIRI, KELUARGA SENDIRI, IBU BAPA, ANAK BINI SENDIRI atau lebih mudah KENA BATANG HIDUNG SENDIRI disebabkan kelalaian atau kecuaian orang lain barulah korang rasa betapa benda yang baik itu diperlukan, walaupun pada hakikatnya mulut x mahu untuk mengiakanya… Fikirkan lah.

  26. The writer of the show, Ray McKinnon, was somewhat familiar with my case. His late wife, Lisa Blount was a friend of mine. She and I exchanged letters while I was on death row in Arkansas, and she even sang at a concert in Arkansas, along with Eddie Vedder, Patti Smith, and Johnny Depp, to help raise awareness about my plight.I heard that McKinnon also did research into the cases of other men who had been on death row and had been released or exonerated. It paid off. I can tell you from first hand experience that Rectify is a very realistic show.

Leave a Reply