|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 13 October 2012| Kategori: RENCANA | 11 Comments »

ANWAR IKON GERAKAN KRISTIAN DI MALAYSIA

 

Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-eilayah lain di dunia bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau Tuhan, Emas dan Keagungan.

Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.

Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris.

Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam, samada secara halus atau paksaan.

Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan lagi diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.

Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.

Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20, maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.

Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.

Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United Kingdom dan Afrika Selatan.

Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu, mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang beragama Nasrani.

Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi satu realiti.

Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak.

Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman beliau.

Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.

Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar Ibrahim.

Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu.

Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak kepada mereka.

Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia dengan kadar yang lebih cepat.

Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.

Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini jika dibenarkan berkuasa.

PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti.

Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.

Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat, biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan parti 2012.

Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya.

Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

Ada 11 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    October 13th, 2012 at 11:06 AM

    Isu agama tetap menjadi isu sensitif disini sejak dulu maka kaum non muslim cuba sedaya upaya mendisiplinkan lidah mereka, tingkah laku mereka dari menyentuh perkara ini.

    Contoh yang paling mudah tentang azan awal subuh dari masjid dan surau. Walau perit mana mereka terganggu, mereka tetap menelan nya.

    Tanpa sokongan seorang melayu beragama islam mereka tidak akan bersuara sebagaimana lantangnya mereka sekarang.

  • mRsTURDY
    October 13th, 2012 at 11:25 AM

    Ikon LGBT pon dia jugak!

  • PASpartyNGOK
    October 13th, 2012 at 12:02 PM

    Agenda Anwar jelas. Dia sanggup tukar agama jika ini akan memasti hati rakan yahudi dia terpelihara.

    Orang macam ini akan menjual apa saja demi kuasa yang dia idamkan.

  • Santrang
    October 13th, 2012 at 11:28 PM

    Di Singapore Lee Kuan Yu dan anak beliau Lee Sian Long ( PM ) beragama kristian, dan majoriti rakyatnya beragama kristian,malah telah ujud persatuan melayu kristian di Singapore, Penasihat ketenteraannya dari Amerika Syarikat dan Israil,maka ujud negara cina seberang laut yang berteras kristian di kepulauan nusantara.Adakah Malaysia sasaran kedua bagi negara cina seberang laut di nusantara berteraskan kristian dengan bantuan pemimpin melayu yang singkat idelogi politiknya semata-mata mengejar kuasa sebagaimana Singapore ujud dengan bantuan melayu yang singkat idelogi politiknya seperti mantan presiden pertama Singapore YUsuf Ishak, menterinya osman wok dan lain-lain kabinet pertama Singapore yang diberi pada melayu yang menyukong Lee Kuan Yu, adakah ini yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain pemimpin melayu dalam Pakatan Rakyat …..

  • ewwann
    October 15th, 2012 at 10:18 AM

    KATA LA APA SAJA.. KALAU ALLAH DAH HITAMKAN HATI PENGIKUT2 TEGAR ANWAR NI KITA BOLEH BUAT APA.. PADA PANDANGAN DIORANG, ANWAR NI TERLALU MAKSUM.. INSAN ANUGERAH TUHAN.. NTAH TUHAN APA NTAH..

  • AkuBenciPenipu
    October 15th, 2012 at 11:22 AM

    Setuju dgn ewwann…..Semua penyokong tegar PKR & PAS telah buta hati & tuli untuk memikirkan fakta & hakikat ini. Pada mereka ke Putrajaya lebih penting daripada Agamanyer sendiri. Biarlah bersengkokol dengna SYAITAN sekalipun asalkan boleh ker PUTRAJAYA mereka tetap bersama.Sedih-Sedih memikirkannyer.

  • PASpartyNGOK
    October 17th, 2012 at 2:45 PM

    Cerita altantunya + scorpene satu cerita dongeng berdasarkan pada hearsay yang kabur dan telah direka mengikut emosi. Cerita ini diusung ke hulu ke hilir, dijaja , diolah supaya nampak real. Ini lah mereka junjung dan percaya . Terbukti mereka semua tukar kiblat mereka kearah itu.

    Sebaliknya Cerita sipeliwat yang disokong bukti kukuh. Cerita doll yang sudah ditonton sekian lama, mereka sapu bawah tikar ?? Jenis apa cacai macam ini .

  • Hamba Ar Rahman
    October 18th, 2012 at 3:24 PM

    Nak buat caner bro…video tu kan besi je..hehe

  • Hamba Ar Rahman
    October 18th, 2012 at 3:35 PM

    Aku kadangkala sangsi dengan agama dan kepercayaan Bang Nuar ni…tak mustahil kalau dia ni menyamar saja Islam….dari tindak tanduk beliau…..takder yang mustahil…

  • papajo
    October 19th, 2012 at 2:18 AM

    nuar ni apa pun dia balun, jiwa nya serabut,aku tengok dia konkek amoi cina doll pehhhhh… memang kelas, dia ni tak kan bertaubat sebab dia taubuat

  • jagat
    October 23rd, 2012 at 8:43 AM

    mana bujuk, mm, moooh

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.