Menu Utama

AES: Menteri Pengangkutan Perlu Letak Jawatan

Oleh Ab Jalil Backer

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.
Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?
Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?
Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.
Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?
Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

*Sebahagian artikel ini tersiar dalam Sinar Harian 18 Oktober 2012.






43 Komen to AES: Menteri Pengangkutan Perlu Letak Jawatan

  1. randomsee says:

    harap kerajaan dengar denyut nadi rakyat….bukannya denyut nadi kroni

  2. bujuk says:

    Mana lagi K’jaan nak cari duit kalau rompak duit rakyat…??
    Satu lagi tambah hutang.. siapa bayar??

  3. baba says:

    jgn pulak nanti kita yg menentang AES ni di cop pembangkang pulak. tapi kerajaan kena prihatin dan peka dgn keadaan sekeliling dan ambil kira kepentingan semua org bukan shj company tersebut

    • randomsee says:

      menteri JPJ tu nak buat untung…..

      • bangKano says:

        Kata kata hang tu akan menyakitkan hati penyokong menteri tu. Dalam thread lain yang bicang pasai tajuk AES aku kena hentam oleh soghang forumer bengap dia kata aku dah buat andain tanpa bukti. Kata kata hang tu sama saja ngan kata kata aku kat menteri tu. Dia kata aku dah buat andain tanpa bukti leh di anggap sama la ngan fitnah. Dia tu tak demokratik langsung tak leh nak kritik oghang yang di sanjung nya.

        Kalo dia buka link ni dah tentu hang kena hentam cukup cukup dan tuduh hang tak dak ilmu tinggi sama semacam ngan puak puak pembangkang tu…

  4. randomsee says:

    smlm tv3 ada siarkan pasai benda ini di UK…tapi cara sana berlainan dgn cara sini..sini semua pukul rata…samanya…kat UK ikut kelajuan…kalau lebih skit adalah lebihkurangnya…..kalau dah laju macam F1 baru diambil tindakan….tapi disini…semua sama…had 110 , bawa 115 pun kena jugak bayar kompoun ikt masa pembayaran…tak ke gampang namanya….

    • Hamba Ar Rahman says:

      Mana boleh hang nak samakan orang UK dengan orang Malaysia…aku dah biasa duduk sana…aku tahu laa…sana nak lulus ujian memandu pun susah/strict…orang2 sana drive berhemah…kemalangan amat jarang berlaku…kalau ada yang accident pergi Hospital di sana….boleh kepoh satu spital…maklum…jarang berlaku…Malaysia ni lain….kita ni termasuk dalam Top 15, kemalangan paling tinggi di dunia…pemandu2 kita ni kebanyakan nya samseng atas jalan raya….

    • bujuk says:

      hihihi…
      Bro.. dalam isu ni aku sokong hang, bukan pasal hang hentam k’jaan tapi sebab alasan hang tu boleh terima. Dan inilah jugak rakyat m’sia lain fikir. Buat apa buat lebohraya, bayar tol mahal2 bawak kereta 60km/j. Lagi satu hang agak menteri pengangkutan ni naik kereta kelajuan 110km/j ke? Jadi mereka ni buat undang2 tak jelas, tak ikut kenyataan. Kalau depa bawak kereta 180km/j, kena ikut la… jangan suruh rakyat jalan macam siput, depa bawak kereta macam pelesit. Tapi ni bukan dalam hal atas jalan je.. dalam perkara lain pun sama gak. Sebab tu buat apa pun tak berjaya, pemimpin jenis “KATA D DUSTA”.

  5. Anaksi says:

    Bagi aku, jika benar AES untuk mendidik pengguna, kenapa notis saman dikeluarkan serta merta?!!!!!!!!!!
    sepatutnya bagi notis amaran atau peringatan dahulu. Ini tidak! jadi jelas, AES bukan untuk mendidik, tapi untuk ambil keuntungan semata-mata!!!!!

    jadi, hentikanlah dan jika nak juga teruskan, jangan terus keluarkn notis saman, sebaliknya bagi amaran dahulu utk kesalahn kali pertama!!!!!!

    ada fahamkah wahai kerajaaaaaaaaannnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • bujuk says:

      Mau bayar BR1M dan pelbagai subsidi ma.. mana mau korek duit kalau bukan dari saku rakyat.

      • Zarman says:

        Bujuk… Boleh dak hang jgn 24 jam dok berpolitik dan dok condem orang? Memang hang ni perangai setan betul. Aku pun tak setuju AES, tapi aku bagitau tak setuju, bukan dok condem mcm hg…. Apakah perangai setan hang ni dah tak boleh nak berubah?

  6. penyokong BN says:

    AES AKAN MENYEBABKAN KERAJAAN BN KALAH TERUK DALAM PRU 13 SEKIRANYA RINTIHAN RAKYAT TAK DI ENDAHKAN. HARUS DI INGAT RAKYAT YANG AKAN MEMILIH “WAKLI RAKYAT”…. INI ADALAH ISU BESAR YANG BOLEH MENYEBABKAN BN KEHILANGAN UNDI….DAN TIDAK MUSTAHIL UNDI AKAN BERALIH ARAH. RENUNG RENUNGKAN LAH WAHAI PAK MENTERI…JANGAN KERANA ISU INI ANDA TERUS BERSARA.

    • bujuk says:

      Tampa AES pun aku rasa BN kalah gak… hihihi. Tapi PM dah rasuah BR1M dan macam2 pada rakyat, nak bayar dengan apa kalau takda AES? hang ingat tak tahun lepas pun sama, lepas umum BR1M.. polis buat operasi.

  7. Pemerhati says:

    Jangan-jangan menteri Pengankutan ni gunting dalam lipatan sama juga dengan Ketua Pengarah JPJ sengaja nak sabotaj Najib supaya kalah dalam PRU13. Maklumlah Menteri Pengangkutan tu orang Cina mesti dia nak tolong DAP. Yang KP JPJ tu plak ejen PAS/PKR. Yang ni pendapat aku sajalah.

  8. Anak Lenggong says:

    Kalau kat Vietnam kebanyakan pemandu nya memandu dalam kelajuan dibawah 80km sejam..walaupun dijalan lebuhraya dan jalan lengang..

    • kembangsemangkuk says:

      vietnam boleh tukar kerajaan ka?

      • Hamba Ar Rahman says:

        Mana2 negara pun boleh tukar kerajaan bro kecuali lah yang macam negara beraja macam Brunei ker apa ker….cuma perbezaannya adalah cara kerajaan tu ditukar…cara kertas undi kah….cara penggulingan rejim tentera kah apakah…..tapi kalau dah jadi macam Thailand dan Philippine tu payah juga…tak suka..tukar…tak suka…tukar…asal ada aja jadi pemimpin semua kena guling…semua tak betul…tak puas hati…lastly tak dak pembangunan atau pembaharuan yang efektif boleh sustain/survive…yelah…mana sempat nak survive apa2 projek…baru nak buat…dah kena guling…tukar kerajaan…centula alkisahnya….

    • bujuk says:

      ok gak tu… tapi menteri pun 80km/j jugak. Camtu aku setuju..

  9. mohdnasir says:

    Nampak macam kerajaan phobia sahaja apabila hampir dengan PRU. Macam-macam benda yang menimbulkan ketidakselesaan rakyat dekat PRU. Tolong elakkan benda-benda seperti PRU lepas. Lepas ni petrol lak naik kot sampai 75 sen selitre. Bila lagi nak faham-faham.

    • Bujang Senang says:

      Setuju, bukan saja AES yang menimbulkan ketidakselesaan rakyat dekat PRU tetapi contoh seperti Lynas, RAPID dan etc…

  10. tony gunawan says:

    betul kong chao ha sombong betul!

    • raplahjingaa says:

      Tu la masaalahnya…tak menang najib nak tengok semua, menteri-menteri yang ada kena lah perihatin sikit, ada few menteri yang tertera dalam bad book aku, menteri yang menyusahkan kerajaan !!

      • bujuk says:

        Mana buku KPI ke apa dulu yg. Najib lancarkan untuk jaga prestasi menteri dan kementerian… tak pernah dengar dah sekarang.

        • pasdaplaknat says:

          Hang tanya ‘MENTERI’ PR dulu mana sia CAT/ SELCAT jahanam tu kalau asyrik rejim HARAM PR dan Dynasti LIM komunis tu je yg kuasai pentadbiran..

  11. bangKano says:

    Aku berpendapat perlaksanaan AES ada la satu program bertujuan baik bagi mengurang kan kadaq kemalangan & kehilangan nyawa pengguna jalan raya. Cuma kaedah nya saja yang tak beghapa nak kena. Sebab di serah bulat bulat pada pihak swasta mengendali kan nya. Ni la yang membuat rakyat rasa skeptis pada kementerian berkenaan. Mungkin ada puak puak dalam kementerian tu nak dapat untung dari program ni selagi kuasa ada dalam tangan depa.Ni bukan ilusi aku tapi satu realiti. Mai kita kaji sejarah silam tentang kegemilangan tamadun bangsa seperti Empayar Parsi,Rom,Greek & Uthmaniah dah meghudum akibat salah laku pemimpin depa yang ada kuasa dalam tangan. Gejala rasuah jadi budaya hidup dalam sistem sosial depa. Kuasa mutlak ada la membukak peluang besaq pada manusia untuk merasuah dan di rasuah. Jadi Kuasa & Peluang ada la saudara kembaq untuk mwembawa manusia ke arah kehancuran bangsa agama & negara berpunca dari rasuah. Kuasa ada la SEBAB & Peluang ada la AKIBAT.

    Cuma insan yang bertaqwa yang bole mendinding jasmani & rohani depa masing masing dari gejala rasuah berpunca dari kuasa & peluang. Jadi kuasa & peluang la manusia jadi kacau bilau di dunia ni.
    Hanya insan yang bebai saja yang selalu dok nafi kan realiti ini…

    • Hamba Ar Rahman says:

      Dalam dunia ni Bangkano….ada dua jenis golongan……satu golongan akan melihat air dalam gelas seperti ,half empty…lagi satu golongan akan melihat gelas itu seperti half full…benda sama saja…tapi persepsi yang berbeza..apabila persepsi itu berbeza sedangkan benda nya itu juga…maka akan timbul tindakan2 yang sama ada positif atau negatif…sebagai manusia yang bertamadun kita perlu hidup dalam peradababan yang civilised…dan sebagai orang Islam kita lebih beruntung kerana Islam memang telah lama membawa akhlak peradaban yang semnpurna/tertib dan tidak barbaric…jadi semua itu terpulang kepada individu untuk mencorakkan pemikiran masing2 kerana natijahnya akan ditanggung masing2…manakala tempias akan dirasai oleh masyarakat sekeliling…

    • bujuk says:

      bangkano.. hang macam celaru fikiran je. Sekejap ke tengah sekejap ke tepi, ada masalah dengan MCA ke UMNO?
      Benda baik dapat pada orang tak baik memang rosak la. Pisau dapat pada pembunuh, membunuh je kerjanya, tapi kalau dapat pada tukang masak.. kenyang la kita. Sebab tu kena tukar pembunuh(MCA/BN) ni dengan tukang masak(PR). hihihi… cucuk sikit.

      • Hamba Ar Rahman says:

        Apa salahnya ke tepi ke tengah Bujuk….kalau sekejap kita sokong kerajaan dan sekejap kita sokong pembangkang…kerana dua2 pun ada pro and kons nya…dan dua2 juga berpotensi menjadi kerajaan…sebagai rakyat yang hidup di zaman millennium ni…kita perlu bijak memilih dan bukan hanya bergantung kepada kesetiaan dan ketaksuban terhadap parti secara melampau (aku sebut parti…bukan kesetiaan kepada negara..kesetiaan kepada negara tu kategori lain)..jadi pemerintah bukan hanya perlu tahu politik tetapi perlu bertindak macam sales man juga…perlu bijak memberikan tawaran2 yang menarik supaya pembeli mahu membeli…sudah tentu pembeli mahu beli yang paling murah…paling bagus…paling berkualiti…asalkan tidak bercanggah dengan agama…kita akan pilih mana yang sesuai dengan kita…betul tak Bujuk…hehehe….

        • bujuk says:

          Aku tak kata salah sokong mana2..
          Aku persoalkan komen dia dalamisu AES, d atas dia komen bantah.. kenapa d bawah dia komen macam sokong pulak. takkan dalam satu debat hang jadi pencadang dan pembangkang???

          • pasdaplaknat says:

            Berhujah dgn org bodoh dan taksub politik mcm Bujuk ni susah nk capai kebaikan. Sistem AES bukan soal kita sokong soal politik, tp soal perundangan dan pendidikan jalan raya. Cuba lihat skrg ni kita xde satu pun tools terbaik utk hadapi kerenah2 pemandu2 gila Malaysia.

            Kemalangan demi kemalangan yang disebabkan kecuaian dan ketidak patuhan pada undang mengatasi faktor2 kelemahan infrastruktur jalan.

            Konsep mudah, buat salah kena saman..xbuat salah, memandu ikut peraturan takkan kena saman. Kalau disaman kerana tidak buat salah itu barulah boleh argue.

  12. BiSTaRi says:

    Kerajaan BN telah biaya kos psg kamera ni dkt RM700 juta dgn melantik 2 syarikat kroni konsesi. 63,558 kesalahan trafik telah direkodkan bagi lapan hari pertama sejak AES dilancarkan pada 23 September lalu… 8 hari = 19 juta, 1 hari = 2 juta… Tak mustahil juga dgn bertambahnya bilangan kenderaan di jalanraya, pastinye untung akan bertambah berlipat kali ganda..

    Yg jadik mangsa bukan saje rakyat bodoh yg menyokong BN , rakyat yg bijak sokong PR pun terkene nih.. huhuhu…

    Setiap sistem baru yg diperkenalkan perlulah diselidik & dibincang terlebih dahulu di dewan parlimen dan dibincangkan persama parti pembangkang yg lebih peka dgn suara rakyat…ini tidak main pakai hentam aje… Skang ni sape susah?? Takkan BN ni nak cancel je projek juta2 nih.. Sifat tamak haloba BN makin terserlah, aduhai rakyat Malaysia, fikir2kanlah..

  13. Bahaya AES says:

    [b]Aku orang UMNO tapi aku pun meluat sangat dengan AES. Barua sungguh menteri yang buat AES tak pakai otak.

    Kereta zaman sekarang dah bukan macam kereta zaman 80an tapi had laju still macam had laju tahun 80an. Lambat sampai destinasi. Kereta zaman dulu ye lah, bawak 100 kmj dah bergegar macam nak tercabut tayar. Kereta zaman sekarang bawak 150kmj masih selesa dan tak berbahaya seperti dulukala. Habis tu kalau jalan lengang, lagi nak bawak 110kmj, awat la binggai bin badigol sangat menteri tolol. Ini menganiaya rakyat namanya. Dah nak dekat pilihanraya apesal nak buat rakyat benci. Tak ke bodoh. Tapi aku still harap DAP kalah di Pulau Pinang.

    AES mampu menambahkan kemalangan. Bayangkan dari Melaka ke KL bawak 110 kmj memang la mengantuk nak mampus. Bawak kereta sambil tersengguk-sengguk mau bantai belakang kereta lain. Kalau yang memandu dari Johor ke Utara lagi la azab seksaan mengantuk, sakit belakang dan sekaligus mampu menyebabkan kemalangam.

    Tak salah nak pasang AES tapi had laju patut dinaikkan kepada 180kmj. 180 kmj kebawah, kereta masih boleh dipandu selesa tanpa risiko mengantuk. Bagi yang kerja jauh asyik ulang alik lagi sakit hati dengan AES.[/b]

  14. Bahaya AES.... Rokok? says:

    Kalau betul-betul prihatin dangan nyawa rakyat, tutup kilang rokok !!! Sakit jantung pembunuh utama rakyat Malaysia !!! Pembangkang dan kerajaan memerintah pun takut nak janji tutup kilang rokok.

    MANSUHKAN AES !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  15. Bahaya AES.... says:

    [b]Aku pun meluat sangat dengan AES. Barua sungguh menteri yang buat AES tak pakai otak.

    Kereta zaman sekarang dah bukan macam kereta zaman 80an tapi had laju still macam had laju tahun 80an. Lambat sampai destinasi. Kereta zaman dulu ye lah, bawak 100 kmj dah bergegar macam nak tercabut tayar. Kereta zaman sekarang bawak 150kmj masih selesa dan tak berbahaya seperti dulukala. Habis tu kalau jalan lengang, lagi nak bawak 110kmj, awat la binggai bin badigol sangat menteri tolol. Ini menganiaya rakyat namanya. Dah nak dekat pilihanraya apesal nak buat rakyat benci. Tak ke bodoh. Tapi aku still harap DAP kalah di Pulau Pinang.

    AES mampu menambahkan kemalangan. Bayangkan dari Melaka ke KL bawak 110 kmj memang la mengantuk nak mampus. Bawak kereta sambil tersengguk-sengguk mau bantai belakang kereta lain. Kalau yang memandu dari Johor ke Utara lagi la azab seksaan mengantuk, sakit belakang dan sekaligus mampu menyebabkan kemalangam.

    Tak salah nak pasang AES tapi had laju patut dinaikkan kepada 180kmj. 180 kmj kebawah, kereta masih boleh dipandu selesa tanpa risiko mengantuk. Bagi yang kerja jauh asyik ulang alik lagi sakit hati dengan AES.[/b]

    • tension says:

      bwak melaka – kl 110km/j pon kna snap.. aku bru kna snap kat lebuhraya plus utara-slatan berhmpiran kajang… bwak 105km/j jer dh kna saman… dia bgtau limit sbnarnya 90km/j… malas dh nk bwak kate balik kl.. naik bas jer lah…TT

  16. pasdaplaknat says:

    Saya menyokong AES kerana dari sudut teknologi sistem ini sahajalah dapat menjinakkan KESAMSENGAN pemandu2 Malaysia yang sekarang sudah ditahap PEMBUNUH.. AES sistem automatik-digital dengan pemprosesan imej HD bagi menjdi bukti kesalahan. Seperti biasa pembangkang sgt FOBIA dgn hal2 berkaitan VIDEO dan GAMBAR.

    Saya yag memiliki lesean memandu di era 90-an memerhati profesional pemanduan rakyat negara ini merosot.. majoriti memandu seperti orang gila.. tiada rasa hormat dan sabar ketika bilangan kenderaan berganda berbanding tahun 1990-an dahulu. yg kereta besarnya memandu seolah2 jalan/highway dia sahaja yang bayar tol dan road tax.. memecut laju tanpa mengira had..cucuk di belakang kenderaan yg memandu ikut halaju, memotong di lorong kecemasan, provokasi2 lain yg mengganggu serta membhayakan.

    Lampu isyarat sudah jadi lampu ‘mainan’.. penunggang2 motorsikal sangat biadab sekarang, lampu merah tidak perlu stop lagi.. cilok je. Pemandu BAS Ekspress pula macam PELESIT Zig-Zag Scania 12-tan berkuasa tinggi mereka seolah2 seperti dlm game lumba.

    Polis tidak dipedulikan lagi kerana pembangkang berjaya mendoktrinkan rakyat Polis perlu di lawan.

    Kita usah terikut2 dengan rentak ANJING2 PEMBANGKANG dlm PARLIMEN yang sentiasa DESTRCUTIVE dan suka kaitkan segala benda dgn RASUAH dan MENINDAS rakyat. Janga juga follow sekor dua MP BN yg juga OTAK xcukup wayar. bantah secara bodoh hanya kerana peribadi.. sudah gelisah kerana biasa langgar undang2 jalan raya skrg bila ada AES, keberkesanan menangkap pesalah lebih tinggi maka mereka tercabar.

    AES seperti undang2 lain hanya merakam ORANG YANG BUAT SALAH. Polis takkan tangkap org yg xpergi BERDEMO BERSHIT.AES takkan capture org yang xbuat salah melainkan kita kaki rempit dan usah niat nk langgar undang2 maka dgn AES kita rasa tersekat niat itu..

    Apa yang perlu ialah Kerajaan perbaiki kelemahan teknikal, bukan membatalkan.

    Rakya sudah berada di tahap LEMAK skrgni.. apa2 jua undang2 sudah tk dipedulikan.. so jangan LEMBIK lagi dgn soal UNDANG2..

  17. pasdaplaknat says:

    Saya menyokong AES kerana dari sudut teknologi sistem ini sahajalah dapat menjinakkan KESAMSENGAN pemandu2 Malaysia yang sekarang sudah ditahap PEMBUNUH.. AES sistem automatik-digital dengan pemprosesan imej HD bagi menjdi bukti kesalahan. Seperti biasa pembangkang sgt FOBIA dgn hal2 berkaitan VIDEO dan GAMBAR.

    Saya yag memiliki lesean memandu di era 90-an memerhati profesional pemanduan rakyat negara ini merosot.. majoriti memandu seperti orang gila.. tiada rasa hormat dan sabar ketika bilangan kenderaan berganda berbanding tahun 1990-an dahulu. yg kereta besarnya memandu seolah2 jalan/highway dia sahaja yang bayar tol dan road tax.. memecut laju tanpa mengira had..cucuk di belakang kenderaan yg memandu ikut halaju, memotong di lorong kecemasan, provokasi2 lain yg mengganggu serta membhayakan.

    Lampu isyarat sudah jadi lampu ‘mainan’.. penunggang2 motorsikal sangat biadab sekarang, lampu merah tidak perlu stop lagi.. cilok je. Pemandu BAS Ekspress pula macam PELESIT Zig-Zag Scania 12-tan berkuasa tinggi mereka seolah2 seperti dlm game lumba.

    Polis tidak dipedulikan lagi kerana pembangkang berjaya mendoktrinkan rakyat Polis perlu di lawan.

    Kita usah terikut2 dengan rentak ANJING2 PEMBANGKANG dlm PARLIMEN yang sentiasa DESTRCUTIVE dan suka kaitkan segala benda dgn RASUAH dan MENINDAS rakyat. Janga juga follow sekor dua MP BN yg juga OTAK xcukup wayar. bantah secara bodoh hanya kerana peribadi.. sudah gelisah kerana biasa langgar undang2 jalan raya skrg bila ada AES, keberkesanan menangkap pesalah lebih tinggi maka mereka tercabar.

    AES seperti undang2 lain hanya merakam ORANG YANG BUAT SALAH. Polis takkan tangkap org yg xpergi BERDEMO BERSHIT.AES takkan capture org yang xbuat salah melainkan kita kaki rempit dan usah niat nk langgar undang2 maka dgn AES kita rasa tersekat niat itu..

    Apa yang perlu ialah Kerajaan perbaiki kelemahan teknikal, bukan membatalkan.

    Rakya sudah berada di tahap LEMAK skrgni.. apa2 jua undang2 sudah tk dipedulikan.. so jangan LEMBIK lagi dgn soal UNDANG2.. Kerajaan sudah berjaya dari sudut kebajikan.. tetapi masih GAGAL pada sudut mendidik dan menguatkuasakan undang2..

    AES sgt penting dalam mendidik pemandu2 kurang ajar Malaysia. Lihatlah kematian2 kemalangan dgn mayat bertaburan hanya kerana LALAI-BODOH-SAMSENG di jalan raya.. anak2 kecil jadi mangsa, org2 yg hanya menumpang jd korban.

    Kematian adalah urusan Allah dp usaha dan menjauhi mudharat adalah FARDHU!!

    • bujuk says:

      hihihi… aku ada kenal jugak sorang brother yg. tak sabar bila mengulas dalam blog.
      Heran la.. dalam parlimen penyokong dan pembangkang semua tolak AES, siapa wakil hang d parlimen ye.?
      Aku sokong tindakan pada pelaku kesalahan jalanraya, tapi bukan AES.

      • pasdaplaknat says:

        Hang ni otak sekular.. bertuhankan politik sesat…susah hujah dgn orang sakit otak.. PAS tu mcm darah daging hang. Kalau hang mati waktu ni aku tktau lah syahadah apa yg nk keluar dh mulut hang.

  18. pasdaplaknat says:

    bujuk says:

    Mana lagi K’jaan nak cari duit kalau rompak duit rakyat…??
    Satu lagi tambah hutang.. siapa bayar??

    Ni ke ayat org beriman yg kunun nk HUDUD? Munafik.. fitnah jadi MAKAN MINUM harian.. berdosalah hang setiap hari jauh dr Rahmat Allah.

    Kalau hng patuh undang2 siapa yg nak saman? Saman parking yg xbahaya pada nyawa oleh PBT Pakatan Haram hang support pulak.

    Aku konsisten dgn kebenaran. Ada MP BN yg otak xbetul pn aku xsokong.

    Tp org xbetul rosak agama mcm hang bujuk selamanya akan jauh dr Rahmat.. Allah Butakan hati hang dn mungkin seluruh ketrunan hang lantaran byk sgt main2 dgn isu HUDUD, main2 dgn Agama tp dlm diri MUNAFIQUN!

  19. BiSTaRi says:

    pasdaplaknat ko bercakap mcm tak pernah bwk kereta kat highwayla. weii pegi try cuba bawak kereta kt highway dulu baru tulis komen sini. Aku dh penah kene bwk 110km/jam tetibe papan tanda had laju tunjuk 80 km/jam, bende ni berlaku area tol PLUS Kajang mase aku nak gi kl, dekat situla kamera aes diletakkan, ape ke bangangnye kerajaan buat mcm ni? Nasib baik member aku ade inform yg ade kamera kt situ, jadik aku slowla, mase time lalu kt kamera ade 2 bijik kereta potong aku sebelah lane kanan, sah sah mmg kene saman la diorang…
    Inikah yang dikatakan ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’???!!!!
    Lebih menyakitkan hati kenapa byk kamera diletakkan di highway, sepatutnya kerajaan lebih mengutamakan jalan persekutuan yg lebih byk mengakibatkan kemalangan…
    Najib cakap kt berita hari ni aku dgr kat radio, projek AES ni dilancarkan setelah membuat kajian selama lebih 10 tahun yg lalu… Sudah2la Najib ko keje asek nak membohong rakyat, insaflah wahai Najib…

Leave a Reply