Menu Utama

AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit” Idris Jala (Bahagian 2)

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Isu kesulurahan AES bukanlah batang tubuh AES itu semata-mata. Isunya juga bukanlah sama ada AES ini berkesan atau tidak dalam mengurangkan kemalangan maut. Isunya ialah pelaksanaan AES pada tempat-tempat yang jelas seperti kata blogger RBF,

“Memasang kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat….horeyyyyy makan…..horey dapat……horeyyyyy makan……Setengah jam habis 30 ekor ikan dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya syarikat pembekal dan pengendali cepat dapat target 5 juta saman.

Dalam konteks inilah Muhammad Shaahidullah Shayaa tidak memahami permasalahan utama dalam isu AES iaitu rakyat tidak percaya hujahan kerajaan bahawa AES ingin mengurangkan kemalangan maut. Bukan rakyat tidak mahu mematuhi peraturan dan membantu mengatasi kemalangan maut. Sebaliknya kita tidak percaya had laju di kawasan tertentu dan pemasangan kamera AES dapat mengurangkan kemalangan maut.

Muhammad menulis,

Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.

Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan “blackspot” di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.

Saya tidak berniat mencabar fakta-fakta penyusutan kemalangan maut di negara-negara yang meletak AES ini. Kita terima sahaja ini sebagai satu fakta biar pun ada kemungkinan fakta ini telah dimanipulasi oleh syarikat-syarikat pembekal AES di seluruh dunia untuk meningkatkan sokongan terhadap sistem ini.

Hujahan ini sebenarnya sangat dangkal kerana kita tidak mengetahui faktor-faktor kemalangan maut di negara tersebut adakah sama dengan negara kita. Misalnya, jumlah kemalangan maut jalan raya akibat kelajuan hanya 25% daripada keseluruhan kemalangan maut. Ini bermakna secekal mana atau secekap mana pun sistem ini ia hanya mampu menurunkan kadar kemalangan maut kepada 25% sahaja. Ia tidak mungkin mencapai jumlah sama seperti negara-negara yang disebutkan.

Namun yang lebih besar ialah Muhammad sendiri menutup fakta bahawa di negara-negara yang telah memasang AES juga terdapat bantahan-bantahan yang begitu hebat sekali. Ambil contoh di Australia, bantahan begitu hebat sehingga kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas yang ditugaskan memantau pemasangan kamera-kamera AES ini. Sekiranya Suruhanjaya tersebut mendapati kawasan tersebut bukan kawasan kemalangan maut dan ada tujuan mengaut keuntungan, kamera AES ini akan diarahkan pindah atau ditanggalkan. Mengapa hal yang sama tidak dibuat di Malaysia?

Dalam tempoh sebulan jumlah yang dirakam melakukan kesalahan ialah 100 ribu orang dengan sebahagian besarnya ialah meleihi had laju. Adakah demikian besar jumlah pemandu samseng di negara ini? Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan penentuan had laju dan juga tempat-tempat pemasangan kamera AES ini?

Saya tidak percaya Malaysia mempunyai demikian besar jumlah mereka yang memandu secara berbahaya. Apa yang berlaku sebahagian besarnya hanya melebihi 15-30 KM/J daripada had laju 70-90KM/J dan kumpulan inilah yang menjadi mangsa terbesar saman AES dan saman ekor.

Jika Setiausaha Sulit Menteri Pemandu ini mengambil masa meneliti pandangan orang lain tentulah beliau telah menjawab beberapa isu yang saya bangkitakan dalam Sinar Harian minggu lalu dan juga pandangan-pandangan orang lain yang tida berpuas hati dengan AES ini. Malangnya, beliau hanya menjadi “burung belatuk” sama seperti cybertroopers AES yang mengulangi isu-isu mengurangkan kemalangan maut jalan raya tanpa melihat statistik tersebut dengan jelas. Saya telah menulis mengenai statistik ini dalam bahagian pertama tulisan saya.

Kali ini saya akan memetik pula tulisan seorang aktivis pengguna Dr Jacob George,

The nations ‘intelligent people’ supposedly, have shared their latest ‘mantra’ and ‘justification’ that the just implemented, amidst protest from both sides of the political divide the Automatic Enforcement System (AES), is geared at catching speedsters and to reduce road accidents.

Basically, these rather ‘intelligent people’, supposedly the cream of Malaysia are really stating that it is basically speed as the root causes of accidents!

But strangely when ‘people of substandard intelligence’ like you and I, look at the statistics of accidents and study its background – we see that there were in 2005 a reported 31,222 casualties from motorcycle accidents, which basically constitutes to 66 percent of all traffic accidents in Malaysia!

Something these intelligent spin masters forgot to note!

Perhaps, those rather very ‘intelligent people’ also failed to have access to another reality – that a 2010 report by the police and Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) stated that there were 120,156 accidents involving motorcycles from the 9.4 million registered motorcycles.

Of this, there were 12,112 casualties with 3,614 rider fatalities and 422 pillion rider fatalities.

It does not end there as according to Miros, 3,523 accidents involved pedestrians in 2005, 12 percent of whom were children aged one to 18 years.

Gosh – this is turning out to be another fiasco!

Pada mulanya saya ingin mengulas beberapa bahagian lagi tulisan beliau. Namun apabila saya terbaca semula ayat dibawah artikel tersebut bahawa beliau adalah “Bekas” Setiausaha Sulit Idris Jala yang sedang bercuti sabatikal, eloklah artikel ini dihentikan di sini sahaja. Saya tidak pasti apakah beliau masih memegang jawatan Setiausaha Sulit yang sedang bercuti sabatikal atau telah berhenti daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri.

Jika beliau telah berhenti sebagai Setiausaha Sulit dan sekarang sambung belajar, tulis sahajalah jawatan sekarang.

Artikel menarik:
1. http://www.thenewspaper.com/news/28/2898.asp
2.

‘Cash cow’ speed cameras raise $350m
Date
June 2, 2011
Read later

inShare
Email articlePrint
Ads by Google

Advanced 4 Loop Countermetrocount.com/products/mc5805
Permanent Counters get Car Flows Ultra Low Power MetroCount MC5805
ALMOST $350 million has been reaped from speed cameras in NSW over the past five years, new figures show.

Two cameras on Cleveland Street in Moore Park were the highest-earners in the state, generating $20 million.

A camera on the Great Western Highway at Parramatta raised more than $7 million, followed by the Hume Highway at Bankstown with almost $6.5 million.

Next was the camera on King Georges Road at Beverly Hills (southbound) with almost $6 million, then the M2 Motorway at North Epping (westbound) with $5.8 million, and the Princes Highway at Kogarah (southbound) with $5.7 million.

Advertisement
The Roads Minister, Duncan Gay, suggested yesterday the former Labor government had used the devices as revenue raisers.

”The public has long expressed concern to us that under the former state Labor government some of these cameras had become cash cows and were simply there to generate revenue, instead of being used to improve road safety,” he said in a statement.

The figures are from a speed camera audit being done by the Auditor-General, Peter Achterstraat.

It has found that from 2005-06 to 2010-11, more than $347 million was generated from fixed speed, mobile speed and safety cameras. The audit, due next month, will look at the six mobile, 60 safety or red light cameras and 172 fixed cameras used in NSW.

The Auditor-General has received more than 1700 online survey responses and 100 submissions on speed cameras.

The government has promised to rip out cameras found to have no effect on road safety.

AAP






17 Komen to AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit” Idris Jala (Bahagian 2)

  1. Lengkong says:

    Saya pada dasarnya bersetuju dgn penulis bahawa penggunaan AES di malaysia adalah tidak membantu dlm apa2 cara kecuali pendapatan kpd pengendali serta kerajaan.
    Umum mengetahui bahawa hanya dlm 5% sahaja barangkali drp keseluruhan pemandu kereta yang tidak mematuhi akta seperti lesen memandu, roadtax, insuran, bunga tayar, lampu belok, lampu depan, lampu brek ketiga dll. Jika jpj atau polis menahan 100 buah kereta, mungkin tak sampai 5 buah yang melanggar peraturan seperti disebutkan.
    Tetapi jika kesalahn memandu melebihi halaju, mungkin lebih 50% atau 50 buah kereta akan sangkut. Jadi untuk kesalahan biasa selain dari langgar halaju, tiada cara untuk mendapat saman. Ternyata melalui speed trap, pihak berkuasa berjaya mencukupkan kuota saman. Kalau nak lagi berhasil, turunkan lagi halaju dari 110 kpd 80 km/j, maka tiada yang terlepas dari saman laju.

  2. pasdaplaknat says:

    Aku rasa kalau pro- BN ni pikir cara positif AES ni puak PR pun xde isu modal sgt nk bising sbb AES ni sistem untuk kebaikan semua..xkira parti mana.

    Yang penting running dulu, tengok kat mana kelemahan yang WAJAR (bukan yg buat2 untuk puaskan hati pelesit2 jalan), kemudian baiki kelemahan.

    Sekarang ni lebih pada usaha untuk mengagalkan AES dengan ugutan2 undi untuk jatuhkan BN-sepakat pula bloggers pro-BN dn Pro-PR.. aduhh xpaham kita rakyat biasa yg xde apa2 ni..

    pelik sungguh.. dajjal nk turun dh kot.. dunia terbalik kuang..

    • Hamba Ar Rahman says:

      Bro..dalam hal ni..terimalah kenyataan bro…rakyat2 di Malaysia ni terutamanya orang melayu…dah sakit tenat..sangat sakit jiwa mereka sehingga tidak lagi dapat membezakan antara benefit dan non benefit…memang susah jadi pemerintah di Malaysia…aku percaya…kalau kita tidak dapat mengubah diri kita dan rakyat secara amnya untuk berfikir, maka berterusan lah kita akan lalui polemik yang sama tak kira siapa pun yang memerintah…jiwa dan otak rakyat melayu ni dah terlalu korup kerana terlalu banyak input dan info negatif serta fitnah ditanam dalam hati dan minda…sehingga jika ada perkara yang baik kerajaan buat pun akan tetap di ‘spin’ dan tak diberi kredit…kalau nak fikir kita bukannya ditindas macam di Palestin pun…nak menang pilihanraya tu satu hal…tak kisahlah guna apa2 cara…tetapi menggunakan method memburuk2 kan parti lawan dan mengada2 kan cerita yang tiada, eksploit rakyat dengan menanamkan politik kebencian…aku personally rasa itu tak sihatlah…politik nya tidak begitu matang…tapi aku pun bukan orang politik…mungkin ini cara politik kut…tetapi berdasarkan pemahaman aku…nampaknya itu lebih kepada mengikut politik cara barat…bukan cara kita orang timur…orang Islam…Bujuk dan gengnya sure tak setuju apa aku cakap….tapi aku tak pertikaikan siapa betul siapa salah…aku cuma nak komen tentang segelintir manusia yang jiwa terlalu korup sehingga tidak nampak beza antara hitam dan putih…baginya semua nampak hitam…aku sungguh kasihan ,melihat orang2 macam ni…semua nak komen…nak kutuk…semua nak protes…seolah2 sudah tidak ada lagi unsur2 jiwa bersih/putih dalam diri..wallahua’alam

  3. bujuk says:

    Kata bekas menteri pengangkutan D.Ong Tee Kiat.
    “Tetapi saya mesti bertahu kamu, keputusan (menswastakan sistem AES) dibuat (oleh kabinet) sebelum saya menjadi menteri,” kata Ong dalam sidang media dalam kawasan parlimennya di Pandan hari ini.

    Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang mendapat kontrak itu didakwa sebagai kroni kepada kepimpinan BN dan bakal mendapat keuntungan besar daripada saman trafik yang dikeluarkan.
    Oooo… kroni rupanya. macam kes IPP jugak la…

    • Lengkong says:

      Sebab apa hang tak kata kroni mca? Sebab mca tu cina kan? Ternyata hang dan pas adalah pengecut dan bacul ala khawarij. Kalau kata bn, maka orgbakan ingat umno, umno tu islam,melayu.. Itu yang nak kau gambarkan kan? Memang bangsatlah kau bujuk…

  4. fatah says:

    Kali ini aku nak serius sikit. Lepas baca artikel ni aku jadi sakit hati. Sebabnya banyak yang mengapikan dari menyejukkan. Hoi Jalil baker(bakar). Jangan bakar hati orang dengan penulisan yang tidak menyokong kaedah mengurangkan kemalangan jalanraya. Aku nasihatkan engkau, ikut undang2, pasti tak kena saman. Kalau kena saman, pastinya engkau dah pandu laju2.
    Aku rasa engkau geram sebab pengendali AES boleh buat duit. Kenapa kau tak pergi mintak kat KDN dulu untuk kamera AES ni? Kalau dapat kat engkau, pastinya artikel ni tak keluar. Kau mesti sokong punya. Di PArlimen adalah tempat berdebat. Ahli PArlimen BN yg cakapkuat macam guruh tu, bila masa mengundi pastinya sokong BN juga. Takkan tak tengok kut..
    Jalil, kau ni dah jadi macam Pembangkang… asyik tengok yang negatif, siapa buat duit, siapa makan isi dan siapa tukar kereta baru dan beli rumah besar. Pergi lah buat satu idea, sell kat Government dan buat ler duit banyak banyak. Di Malaysia ni, saper cerdik dia dapat.
    Jalil, pergi buat business.. cepat! cepat ! CEPAT!
    Jalil, jangan jadi Pembangkang semasa nak dekat p/raya ni, jangan! jangan! JANGAN!
    Jalil, bawa kereta ikut law, lalu kat kamera AES tu kausenyum kerana kau dah tak dimakan saman…
    Jalil… jangan tulis artikel ni lagi..aku tak suka,
    Jalil…take care bro.

    • bujuk says:

      bro.. negeri2 BN pun mintak tangguh AES, Ong tee kiat kata sebelum dia jadi menteri kabinet dah luluskan AES ni(sebelum 2008). Lu.. apa cerita…?

      • neutron says:

        MAcha BUJUK… itu macamla worang kalau suda taksub… PM kata kentut dia wangi pun musti percaya… siapa pertikai mesti diaworang lawan punya

        • neutron says:

          Apa apa pun basically mamak suka itu AES sebab memang berguna kalau implemen dengan butul cuma macam artikel atas kata ini projek mau jadi CASH COW ( bukan CONDO COW) kah..kah…

          • pasdaplaknat says:

            Implement ikut spesifikasinya tanpa ada unsur ‘perjudian’ Insya Allah ia satu sistem yang terbaik buat masa ini untuk enforced traffic offenses.

            Puak PR xde pulak buat demo pasal ni tp kenapa sebahagian pro-BN pulak yang melatah.. pelik dan macam tak kena..

            Wallahualam

          • bujuk says:

            Yg. selalu bawak laju2 tu pro-BN, ye lah kereta besar2 takkan nak bawak 90km/j.

    • cranell says:

      hehehe bantah saja kata pembangkang hahaha apa bodoh punya pemikira lah, hng jawap lah persoalan dia bukan jawap ikut kepala hang tu.. kalau ikutkan mykmu nie dah hentam banyak polisi yg boleh merugikan BN masa zaman pak lah dulu, tu pun masih tak ambik iktibar dari pru lepas masih lagi anggap BN kuat.. PRU dah dekat lah kita bantah sebab buat polisi yg boleh merugikan BN dah menang lepas pru HANG NAK SOKONG APA PUN SOKONG LAH… hang tak kena boleh lah hang belagak kalau nanti datang sekali sampai 3 saman kat rumah hang baru hang duk maki semua ..

      hang tak suka ada siapa kisah.. kami bukan sokong untuk bawa rebah tapi kami bantah untuk kebaikan BN juga hng ingat nak dapat undi dengan buat polisi yg buat rakyat marah ka? dah menang lepas nie lantak hangpa lah nak buat apa pun..

      statitik yg banyak membawa kemalangan maut dimalaysia adalah motosikal kenapa tak haramkan peengunaan motor diatas jalanraya?

  5. pasdaplaknat says:

    Susah lah nk hujah betul bab AES ni.. sbb pemikiran rakyat sudah celaru dan contaminated..

    Pemuda UMNO minta tangguh, ok lah kita tunggu dh lihat lah apa nk jadi.. manakutlah hidup di zaman selepas zaman Tun Mahathir..sbb zaman ni pemimpin LEMBIK.. rakyat kuat melalak terlebih..

  6. pasdaplaknat says:

    PERLAKSANAAN AES SESUATU YANG BAIK – Mohamad Hasan

    (http://www.utusan.com.my)

    SEREMBAN 31 Okt. – Apa juga usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini termasuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah sesuatu yang baik dan berkesan.

    Demikian menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegaskan bahawa pemasangan AES ini bukan seperti tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan melaksanakanya kerana hendak mengutip duit daripada orang ramai.

    “Jadi, orang ramai jangan terperangkap dalam peperangan minda yang mana propaganda menyatakan bahawa alat ini dipasang untuk pungut duit daripada orang ramai.

    “Saya tak fikir kerajaan mempunyai niat begitu. Tujuan sebenarnya pihak berkuasa ingin memastikan kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan,” katanya di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelaksanaan AES yang menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan orang ramai termasuk kritikan yang mendakwa ia hanya menguntungkan syarikat pengendali.

    Katanya, Malaysia antara negara yang mencatat kadar kemalangan tertinggi di dunia, justeru sesuatu perlu dilakukan bagi membendung masalah tersebut dan perlaksanaan AES adalah tepat pada masanya.

    “Mengapa perlu kita takut dengan pelaksanaan AES dengan kompaun yang akan dikenakan. Jika tidak mahu dikenakan kompaun, janganlah pandu laju dan patuhilah undang-undang jalan raya,” tegas beliau. – BERNAMA

    • Hamba Ar Rahman says:

      Bagi aku pulak…kita anggap saja AES ni langkah pencegahan seperti suntikan vaksinasi yang diwajibkan kepada kanak2 atau pun yang latest tu..suntikan untuk kanser cerviks untuk remaja perempuan…kalau tak disuntik pun belum tentu kanak2 tu dapat penyakit yang disebut…tetapi jika sudah dapat penyakit…ia berkemungkinan boleh membawa maut (walaupun tak semestinya dalam tiap kes fatal)…jadi bila kita injek…itu seperti menyakitkan kanak2 dan memberi keuntungan kepada pharmaceutical company….tapi kita injek juga kerana WHO recommend injection tu…dan terbukti boleh mebantu mencegah penyakit2 yang berkenaan..

  7. bujuk says:

    Boleh sapa-sapa bagi data berapa banyak kemalagan d sebabkan pandu laju, keadaan jalan, mengantuk, mabuk, lumba haram atau sebagainya. Nanti boleh kita sama2 analisa sebab utama kemalangan. Sebab ramai juga yg. kemalangan sebab pandu perlahan.

Leave a Reply