|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 15 October 2012| Kategori: Blog Pilihan | 1 Comment »

Senator Ezam : Beza Najib & Anwar Jumpa Soros

 

AIDCNews – 14/10/12 – “Berjumpa antara ‘seorang pesaing atau lawan’ dengan berjumpa ‘antara tuan dengan hamba’ tentulah berbeza,” begitulah kenyataan Senator Ezam Mohd Nor ketika mengulas perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumpa dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Pertemuan Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Soros hanya pada tarikh tertentu, tanpa agenda susulan dan dibuat secara terbuka, sedangkan pertemuan Anwar dengan Soros secara berkala, dibuat secara tertutup dan disusuli agenda tenaga operasinya, termasuk portal Mkini dotcom.

“Rasulullah SAW juga pernah berjumpa dengan beberapa orang kepala Yahudi dan Quraish yang menjadi lawannya, malah kebiasaan seorang jeneral perang sejak dulu hingga sekarang berjumpa lawan mereka.

“Tun Mahathir dan Najib berjumpa dengan Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza.

“Portal Mkini dotcom berjumpa dengan Soros sebagai hamba dengan tuan, kepentingan mereka sama, meruntuh negara yang berdaulat, katanya.

Menurut Ezam pertemuan badan operasi Anwar, Mkini dotcom sebagai ‘penerima’ dengan ‘penaja’.

“Satu pihak tadah tangan sebagai hamba dan satu pihak lagi pemberi dana sebagai tuan.

“Dalam konteks ini, Soros jelas daripada apa yang berlaku di Georgia, Hungrary, Mesir dan banyak lagi negara-negara lain adalah seorang tuan yang mempunyai agenda dan niat jahat untuk meruntuhkan asas, nilai budaya, agama di sesebuah negara dengan diganti nilai liberal tanpa batas dengan topeng hak asasi manusia dan demokrasi,”katanya lagi.

Pada 20 April 2010, Ezam pernah mendedahkan orang-orang kepercayaan Anwar, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros di Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Ezam ketika itu masih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan mendedahkan pertemuan orang-orang kepercyaan Anwar dengan Soros itu diatur oleh Elizaberth Wong.

“Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.

“Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.

“Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya,” katanya.

Ezam turut mengesahkan Anwar mempunyai hubungan dengan Soros dan menurutnya, selain PKR, rangkaian operasi Anwar yang lain adalah SUARAM dan portal Mkini dotcom.

“Ya, saya yakin Anwar punya hubungan dengan George Soros.

“Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.

“Wan Azizah dan Azmin pernah adakan pertemuan dengan Soros di AS. Bukan semua orang boleh jumpa Soros. Bukan semua orang boleh dapat berjumpa dengan Soros.

“Jadi, jelas di sini bahawa kebanyakan fund Soros itu digunakan untuk kepentingan Anwar,” katanya.

 

Rahimi Osman : Ada Beza Jumpa Soros Dengan Bekerja Untuk Soros

Published by  on October 13, 2012 | 2 Comments

AIDCNews – 13/10/12 – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma ‘jumpa Soros’ dengan ‘bekerja untuk Soros’ kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.

Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.

“Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.

“Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam,” kata Rahimi.

Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

“Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.

“Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,”katanya.

Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.

“Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,”katanya lagi.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), badan berdaftar yang menyalurkan wang kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) menerima dana dari empat sumber antarabangsa , termasuk dari badan milik Soros, Open Society Institute (OSI), di New York yang mempunyai pangkalan di Asia Tenggara, di Burma melalui Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.

Portal Mkini dotcom juga turut mengakui menerima dana dari Soros untuk melaksanakan kerja-kerja media di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Bekas Penolong Setiausaha Pemuda keadilan, Lokman Noor Adam mendedahkan Tian Chua sendiri mengaku kepadanya menerima duit dari Soros untuk menggerakkan SUARAM.

Menurut Lokman, Tian Chua sepatutnya dihukum gantung kerana menerima duit Soros denganmelakukan kerja-kerja jahat untuk menghuru-harakan negara.

Anwar sendiri bekerja dengan NGO milik Soros, ICG sejak tahun 2006 hingga sekarang.

Satu pucuk surat bertarikh 11 Mei 2006 daripada Gareth Evans, ketika itu Presiden ICG kepada Anwar Ibrahim, membuktikan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam organisasi tajaan Soros itu.

Ketika surat pelantikan untuk menganggotai ICG, Anwar merupakan pensyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan media ICG pada 26 Mac 2007 di Vancouver turut mengesahkan Anwar merupakan salah seorang anggota ICG yang bersetuju dengan resolusi ‘two state solution’ iaitu satu konsep yang mengiktiraf negara Israel dan Palestin merdeka bersama-sama sebagai penyelesaian konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.

“Mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut,” begitulah resolusi ICG yang ditandatangani Anwar.

Kehadiran Anwar bersama Soros dalam menjalankan kerja-kerja ICG dirakamkan oleh wartawan veteran Dateline Australia, George Negus yang turut dipaparkan di laman maya.

“Lembaga ICG (yang dipengerusikan Gareth Evans) dianggotai penggerak dan penggoncang dunia yang berprofil tinggi seperti jutawan dermawan George Soros; tokoh empat bintang, Jeneral Wesley Clark; bekas Gabenor British di Hong Kong, Chris Patten; bekas Presiden Chile, Ricardo Largos; bekas Perdana Menteri Kanada, Kim Campbell; bekas Perdana Menteri Belanda, Win Kok. Dan bekas ‘anak emas’ politik Malaysia, yang baru keluar dari penjara, Anwar Ibrahim,” lapor wartawan Dateline.

Wartawan Australia itu turut memasukkan nama Shlomo Ben Ami, bekas Menteri Luar Israel sebagai anggota ICG.

“Apa yang perlu kita capai adalah satu penyelesaian politik di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan sempadan antara Israel dan dunia Arab. Adakah keamanan di seluruh Timur Tengah dijaga sepenuhnya ? Saya tidak percaya perkara itu kerana terdapat banyak masalah-masalah lain. Anda perlu berfikir dari segi kestabilan rejim, integrasi rakyat jelata, persoalan demokrasi,” kata bekas Menteri Luar Israel itu.

Bukan setakat berjumpa dan bermesyuarat, namun turut dibuktikan Anwar pernah menghantar surat kepada Soros untuk kepentingan peribadi dan jawatan organisasi yang disandangnya itu.

Anwar pernah menghantar surat kepada Soros Fund Management (yayasan milik Soros) pada 15 Disember 2006.

“Saya berasa amat gembira bertemu tuan baru-baru ini dan berkongsi serta bersama merenungkan kedudukan isu kebertanggungjawaban dalam politik dan secara lebih meluas, dalam pembangunan”, kata Anwar dalam mukadimah suratnya.

Anwar turut memaklumkan kepada Soros bahawa kini beliau telah dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility dan beliau meminta persetujuan daripada Soros untuk mempertemukannya dengan pengasas dan Ketua Eksekutif (CEO) AccountAbility, Dr. Simon Zadek.

Selain CEO AccountAbility, Simon Zadek adalah Ahli Lembaga Pengarah Penasihat Generation Investment Management (GIM), sebuah organisasi kawalan Al Gore.

Menurut Anwar, AccountAbility merupakan organisasi yang bukan bertujuan untuk membuat untung dan sudah semestinya bantuan kewangan diperlukan untuk menjayakan visi dan misi organisasi itu.

“Organisasi kami bukan bertujuan untuk membuat untung….Dengan sokongan daripada beberapa buah dana, termasuk kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada, kami telah berjaya membangunkan rangka bidang kerja untuk perkongsian-perkongsian umpama itu.

“Tahun hadapan kami berharap mendapatkan rakan dan sokongan kewangan bagi menaja beberapa siri perbincangan mengenai inovasi dalam kebertanggungjawaban yang perlu untuk bertahan dan maju pada abad ke-21.

“Siri perbincangan tersebut akan dipimpin ketua-ketua perniagaan dan ahli politik kanan.

“Saya yakin usaha tuan (Soros) dan misi AccountAbility adalah sehaluan dan berharap tuan akan merasakan begitu juga.

“Jika ini benar, saya mencadangkan kita memanjangkan perbincangan ini ke tahap lebih praktik di mana kerjasama akan menjadi lebih sesuai”, kata Anwar kepada Soros.

 

http://www.anwaraidc.com/

Ada 1 Comment setakat ini.

  • lady_j
    October 15th, 2012 at 9:26 AM

    Lawak melihat penyokong pembangkang meroyan mcm monyet bila menfitnah seolah2 najib yg terhegeh2 pi ke US mengadap soros. sedangkan realitinya najib pi ke US psl bagi ucapan pbb, lalu mengambil kesempatan berjumpa ramai org2 terkemuka dunia termasuklah soros.

    tapi lepas tu buat2 tak nampak bila i tanya camna plak dgn anwar yg sampai ke tahap buat road tour apology yahudi di US?

    —–

    Laporan Malaysiakini hari ini menyebut, Najib Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros – individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu – di New York dua tahun lalu.

    najib razak in new york united nation un general assembly speechPertemuan tersebut – yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim – berlangsung di sebuah hotel mewah – Hotel Plaza di Manhattan.

    Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
    sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

    Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

    Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

    Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

    Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan ‘gerakan global moderat’ untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

    Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

    http://www.malaysiakini.com/news/211418

    —–

    Msiakini di atas mengesahkan Najib pi persidangan yg dia berucap, sebelum berjumpa bukan hanya dengan soros sahaja malah ramai pemimpin lain. So pastinya bukan kunjungan hormat najib mengadap soros seperti yg difitnah penyokong pembangkang.

    again i cabar penyokong pembangkang terangkan kenapa anwar buat road tour yahudi apology, dan mana dapat duit just nak mengadap yahudi minta maaf?

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.