PAS Tiada Kaitan Dengan Tindakan Anwar: Haron Din Menipu Diri Sendiri

Posted by tengkudin on October 9th, 2012
:: Filed under PILIHAN RAYA 2013 ------> 25 Comments »

harundinanwar

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.

Kata Harun Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”

dan,

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.

Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara. Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.

Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.

Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.

Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.

Ada 25 Comments setakat ini.

  • mat kola
    October 9th, 2012 at 8:03 PM

    Umnongok dh tak de modal jaga rumah tangga tu bn sebantal dgn kafir

  • duluPas
    October 9th, 2012 at 8:30 PM

    “tu bn sebantal dgn kafir”

    – biar betul komen kamu. BN gabungan parti politik pelbagai kaum yg tidak riak dan berteriak sakan kononnya ia parti agama.

    PAS pula riak angkuh kononnya parti Islam, boleh pula tidor sebantal dengan DAP yang memperjuangkan kristianisasi dan pemimpinnya rata2 penganut kristian.

    Bukan setakat hipokrit PAS ini malah sudah sesat dan tersasar dari perjuangan Iskam seperti kata Shahnon Ahmad.

  • tengkudin
    October 9th, 2012 at 8:38 PM

  • joranlama
    October 9th, 2012 at 8:49 PM

    Mat kola ni x faham yg tersurat , yg tersirat lagi la bangang

  • lady_j
    October 10th, 2012 at 8:48 AM

    teringat dulu fatwa pas yg bukan saja mengharamkan kerjasama dgn kafir, malah menganggap dap ni adalah syaitan. tai itu dululah, sekarang ni pas cakap boleh je kerjasama dgn syaitan asal menentang umno.

    dan lagi lawak, kata2 anwar ibrahim masa dalam umno dulu yg mengatakan pas ni parti lalang kerana sentiasa berubah2 dasar yg dlm hal tu psl kerjasama dgn dap yg sebelum ni dikutuk kafir dan syaitan.

  • lady_j
    October 10th, 2012 at 9:21 AM

    nampaknya jelas yg haron din terpaksa bermain dgn kata2 maybe lepas di sound pimpinan tertinggi pas psl byk kali tak senada dgn depa especially dlm kes kerjasama pas-dap-pkr ni, terutama yg melibatkan akidah islam.

    tapi i rasa dia masih digula2kan yg pas ni parti islam, wpun dah byk perjuangan asal mereka dah gugurkan mcm negara islam dan hudud yg dulunya asas perjuangan depa sampai habis umno dikafirkan. dan i masih ada sedikit rasa hormat psl haron din pernah menentang penggunaan kalimah allah yg disokong oleh tuk guru.

    dan even dlm kes ni, atleast haron din tidak menyokong atau setuju dgn tindak tanduk anwar, wpun cuba nak cover dgn cakap pas takde kena mengena. wpun sangat tersasar part takde kena mengena tu pasal anwar pm pas nanti, tapi yelah kan…

  • lady_j
    October 10th, 2012 at 9:23 AM

    tapi i yakin, tuk guru mesti akan menyokong apa saja yg anwar buat psl mengidam mendapatkan putrajaya. mesti cari apa saja hadis, alquran dsb utk menghalalkan, mcm bagaimana tuk guru halalkan penghinaan dap terhadap islam atas alasan diorang kafir.

    dan mesti mencari apa saja cara utk tuding jari balik kat umno yg akan dikatakan lagi jahat. tak percaya tengok la nanti.

  • zakir
    October 10th, 2012 at 11:57 AM

    Mat kola ni adalah tipikal penchachai PAS. IQ rendah, so macamana dia nak faham. Terimalah pandangannya seadanya sahaja. Bila penat, dia diam la…

  • abahlu
    October 10th, 2012 at 4:47 PM

    PAS Parti munafik dan kafir, dahulu mereka mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dgn bukan islam tapi sekarang PAS jadi barua Kafir harbi untuk menumbangkan kerajaan islam. sebagai umat islam kita wajar menentang dan menghancurkan pegerakan simunafik dan sikafir yg memakai serban ini. allahhuahkbarr…

  • Hamba Ar Rahman
    October 12th, 2012 at 12:25 AM

    Eh….korang2 perasan tak satu benda? aku kadang terfikir juga….aku terfikir yang DSAI ni sebenarnya bukan ISlam…ntahkan dia atheist…lahir memang Islam…IC ISlam…tapi dibela yahudi… dilatih cara hidup Barat@ yahudi…dan tidak pulak menunjukkan ciri2 Islam tulen…mengangkat Salman Rushdie…sama macam menghina rasulullah juga…memporak perandakan umat Islam….pendek kata memang meragukan keIslaman beliau… mana lah tahu dia ni dibela dan dilatih untuk menjadi agent/spy yahudi barangkali…aku tahu setiap negara memang depa ada hantar sorang untuk curi maklumat..biasanya spy tersebut dilatih dan dipilih dari rakyat negara tersebut…ntahlah…imaginasi aku jer kot…

  • alfie60
    October 12th, 2012 at 2:14 PM

    Anwar ” Lepas mereka di guna,buntut mereka aku nak pakai,dah lama tak kena!” ;-)

  • alfie60
    October 12th, 2012 at 2:27 PM

    Anwar “Lu singh memang suka main buntut juga tapi apa pun Tok Guru punya gua mahu break dia punya virginity dulu baru lu boleh pakai.”

  • bujuk
    October 20th, 2012 at 12:02 AM

    bahayanya imaginasi hang..
    Pernah jumpa dan mengenali anwar dari dekat tak? kalau tak, baik simpan dalam hati je, jangan nak hasut orang pulak. Sebab orang lain akan kata pemimpin UMNO macam2 nanti, dan hang akan marah dan sakit hati. Nak kepastian p jumpa elok2.. hang ikut 24 jam rasanya cukup. Kalau dia solat 5 kali sari-semalam, jangan cuba2 fitnah sebab orang Islam yg. solat Allah lindung dari kemungkaran. Bukan senang nak solat 5 waktu kalau bukan benar2 MUSLIM.

  • Topup
    October 22nd, 2012 at 12:26 PM

    bujuk lom kena klentong dengan Anwar lagi ..kalu dah kena …takut kau kutuk anwar lebih “dasyat’ lagi

  • anwarpembongak
    October 23rd, 2012 at 2:09 AM

    MINTAK AHLI2 PAS NI SEDARLH..SEBELUM TERLAMBAT!!..aku pun x fhm la ape yg pas perjuangkn kalo parti atas nama Parti Islam Semalaysia???dulu perjuangkn hudud,skrg bila DAP gertak lain pulak citerr..hudud bukan agenda utama!semua dh kene liwat ngan anwar ..kenapa masih bsekongkol ngan anwar?anwar bg statement terang2 fully support security of israel,,yahudi lahanat tu..ada otak lu fikirlh sendiri!bahaya org jenis mcm anwar ni perosak bangsa!pandai bkata2 ,bjnji manis..die umpama dajal!YB Nazri gelar die iblis mmg patutpun..

  • anwarpembongak
    October 23rd, 2012 at 2:19 AM

    hei mat kola XDE HOTAK KO!..kalo bkan sbb anwar bangsat ni huru2 harakn sesama bangsa aku xnk menyebuk la !..vavi ko!!ckp tu gune hotak skettt..ko bukak mata ko luas2,jgn dok dga asik kene kencing anwar tu bongok!anwar sokong LGBT lu ikut?anwar kata im fully security of israel..lu setuju?skrg ni pulak melancarkn buku fahaman islam yg liberal..ape ni semua??sekolah betingkat tp bodo bangang nk jgak melekat ngan bontot ngan anwar!!ko pk masa depan tuk anak cucu ko..smakin lama makin tserlah kebangsatan anwar nieh! cume yg xde hotak ikut telunjuk anwar!!bangsat pye anwar

  • mkm
    November 18th, 2012 at 10:03 PM

    Ularmak Haron din ni sejak berkawan dengan pemimpin PuKi R ni perangai dia pun macam iblis. Mana tidaknya tengok je lah bendera Puki R tu lambang mata 1. Tak ke mata iblis…

  • lyn
    November 29th, 2012 at 6:42 AM

    kesian harun din diperbodohkan oleh nik aziz putar belit..bg malu orang perlis jer..

  • Pejuang IMR
    December 11th, 2012 at 1:41 PM

    Bujuk. Tolonglah kenal yang mana satu intan dan yang mana satu batu.
    Tak cukup kah lagi bukti tentang Si Bang Non Anugerah tuhan tu.
    Semua keaiban di telanjangkan oleh kaum baiknye sendiri. Bukan satu Bukan dua tapi banyak bujuk
    Bab penipu pulak tolong tengk video 16 September. Terang2 dengan selamba je dia menipu.
    Tentang LGBT, Liwat dan Plurarisma/liberarisma pulak banyak telah di perkatakan sendiri oleh nya
    Tentang kepercayaan terhadapnya – tengoklah berapa banyak orang kuat dia dah tinggalkannya.
    Tolonglah rasional wahai si bujuk OOi.

  • omega
    December 18th, 2012 at 12:46 AM

    hee.heee.. siang malam dok campur dan kritik rumah umno tu ada modal ka.

    Sebab pas dah tak ada cara lagi nak tegur maka habis seluar dalam rosmah pun mereka intai. Ada modai ka politik macam tu?.

  • omega
    December 18th, 2012 at 12:48 AM

    Puak PASik nie jangan dinilai pakaian mereka, jika syaitan dan iblis duduk kiri kanan pun sudah tiada beza. Siang malam hanya puterajaya bukan hendak perjuang islam pun. Nak cerita lebih pun dah tak berguna sebab dah memang kerja iblis dan syaitan, bezanya ibils nie menyerupai manusia dan pakai serban serta kopiah.

  • omega
    December 18th, 2012 at 12:50 AM

    Parti Islam Se-Malaysia hanya dalam pendaftaran pertubuhan, tapi jika dikira sumbangan terhadap perjuangan islam mereka lebih mirip kepada Golongan PASik atau PASex.

  • omega
    December 18th, 2012 at 12:51 AM

    Dia berubah semenjak hantu dan syaitan dah semakin banyak dalam PASex maka kerja dia dah tak mampu nak tangkap dan bubuh dalam botol.

  • omega
    December 18th, 2012 at 12:52 AM

    Hee…heee, PASex memang bebal. kasi jadi tukang jaga parking saja … haa..haaa

  • ku2
    December 31st, 2012 at 11:04 PM

    betullah cakap haron din..pas tak de kena mengena dengan tindakan ANUar..tapi tindakan ANUar biasanya ada kene mengena dengan Pas..sebagai contoh..ANUar boleh menjubo sebab dia ada PAS..setan bagi dia PAS..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.