Menu Utama

October, 2012

 

Polemik Hudud PAS & Kemarahan PAS Terhadap Chua Soi Lek

Lebih 3 tahun lampau atau lebih tepat lagi pada 12 Ogos 2009, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah berkata bahawa, tidak menjadi kesalahan untuk pemimpin DAP menghina Islam dan ia bukanlah satu isu kerana pemimpin DAP bukannya beragama Islam. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” demikian kata Menteri Besar Kelantan itu ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP  yang dilihat sering menghina kesucian Islam. Maksud kata Nik Aziz mudah untuk difahami, pada pandangannya selagi seseorang itu agamanyaBaca Lagi


Hanya Izrail Yang Mampu Lucut Jawatan Nik Aziz

Sebagaimana yang dijangka, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dia tidak akan melayan mana-mana desakan dari pihak di luar PAS yang mahu dia meletak jawatan sebagai ketua kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Menyatakan pendiriannya baru-baru ini kepada media, Nik Aziz menjelaskan bahawa dia hanya akan tunduk sekiranya permintaan tersebut dilakukan oleh pihak dalam partinya sendiri dan bukannya dari pihak yang disifatkan sebagai “buangan UMNO” – Datuk Ibrahim Ali. Katanya lagi, untuk berlawan dengan UMNO, seseorang itu tidak memerlukan tubuh yang sihat untuk berbuat demikianBaca Lagi


PKNS: BN Membina, Datang Puak Ini, Menjual

BUKAN senang nak membina dan memajukan sebuah negeri sebesar Selangor.  Bertahun-tahun masa diambil untuk memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan, dan akhirnya dibawah tangan BN, Selangor menjadi negeri termaju. Menyaksikan begitu ramai ‘pelarian’ dari negeri mundur yang ditadbir PAS, berhijrah ke negeri tersebut sepanjang tempoh tersebut. Itu bukti kerja keras kerajaan BN, berkhidmat kepada rakyat dan perkataan seumpama dengannya yang disifatkan orang pembangkang sebagai retorik.  Retorik apa kalau semuanya memang betul? Tapi datang puak tak cukup akal dan tak cukup moral ini memerintah, cerita lain pulak yang berlaku. Aset-aset utama kerajaan negeri dijual,Baca Lagi


Khalid “Gagap” Fikir Dia Seorang Saja Tahu Tentang Teknologi Membran?

Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim tetap mahu menegakkan benang yang basah meskipun tahu bahawa pelan teknologi penapis air membran yang cuba diimport masuk dari Kanada bukanlah satu penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi krisis air di Selangor. Dalam kenyataannya baru-baru ini, Khalid mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak mendapat maklumat tepat mengenai teknologi itu seolah-olah dia seorang saja yang tahu tentang perkembangan teknologi pemprosesan air tersebut. Katanya, teknologi membran telah berkembang sejak kebelakangan ini di mana ia digunakan di beberapa buah negara untukBaca Lagi


AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit” Idris Jala (Bahagian 2)

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net) Isu kesulurahan AES bukanlah batang tubuh AES itu semata-mata. Isunya juga bukanlah sama ada AES ini berkesan atau tidak dalam mengurangkan kemalangan maut. Isunya ialah pelaksanaan AES pada tempat-tempat yang jelas seperti kata blogger RBF, “Memasang kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat….horeyyyyy makan…..horey dapat……horeyyyyy makan……Setengah jam habis 30 ekor ikan dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya syarikat pembekal danBaca Lagi


AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit Idris Jala” (Bahagian 1)

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net) Setiausaha Sulit Kepada Menteri Datuk Seri Idris Jala (Menteri Pemandu), Muhammad Shaahidullah Shayaa, menulis artikel panjang lebar mempertahankan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES). Artikel beliau boleh dibaca di sini. Kita mengharapkan jawapan yang boleh menyenangkan hati rakyat, mendamaikan hati majoriti pemandu dan mententeramkan keadaan. Sebaliknya, tulisan Muhammad Shaahidullah penuh kebongkakkan dan kebiadapan yang tidak mencerminkan sikap dan peri laku kerajaan yang menjulang slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Pegawai ini juga tidak mengerti, memahami dan menghayati janji Perdana Menteri bahawa zaman kerajaan serbaBaca Lagi


PKNS Dilelong, Yayasan Selangor Dirompak, UNISEL Digadaikan, Talam Diselamatkan! @Khalid_Ibrahim

Siapa yang mengawal Khalid? 1. Kerajaan PKR Selangor baru-baru ini telah mewartakan untuk melelong 5 aset PKNS iaitu: Menara PKNS Petaling Jaya (RM 90 juta) Pusat Konvensyen Shah Alam (RM 97 juta) Kompleks PKNS Shah Alam (RM 85 juta) Kompleks PKNS Bangi (RM 42 juta) Wisma Yakin (RM 7 juta) 2. Dengan jumlah keseluruhannya adalah RM 321 juta. 3.  Tindakan ini telah menyebabkan beberapa NGO dan persatuan bertindak balas terhadap TS Khalid Ibrahim serta menyifatkan tindakan itu mencabul matlamat asal penubuhan PKNS untuk memastikan pembangunan sosioekonomi rakyat dapat dibangunkan dengan seimbang.Baca Lagi


SOROS dan PUPPETNYA..


Kumpulan Kristian Kuasai DAP

  Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan. Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam. Dalam pada PAS begitu teruja denganBaca Lagi


PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR

  Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu. Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu. Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin. Namun dengan pengalaman sertaBaca Lagi