|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 19 September 2012| Kategori: dukeofmontecristo,Utama | 13 Comments »

KUIN: 42 Kursus Dicerita, Derita Kakitangan Tidak Beritahu DYMM Tuanku?

Agak meloyakan melihat puak-puak PAS yang seolah-olah “kembang semangkuk” dek kerana pujian yang diberikan oleh DYMM Yang DiPertuan Agung kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kini memiliki 42 kursus di dalam bidang pengajian Islam dan profesional semalam.

Dengan satu pujian tersebut, PAS Kedah yang kini bertanggungjawab terhadap jatuh bangunnya universiti yang ditubuhkan oleh UMNO/BN Kedah itu begitu riak hingga menyiarkan pujian tersebut di lidah rasmi mereka, Harakahdaily.

Ya, saya setuju bahawa KUIN layak dipuji dengan pertambahan kursus-kursus profesional secara mendadak sehingga mencecah 42 kursus dan bakal menerima kampus baru di Kuala Ketil yang sedang dibina sekarang.

Itulah satu-satunya perkara yang boleh dibanggakan mengenai KUIN. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa keadaan KUIN dikala ini sangat menyedihkan disebabkan oleh kewujudan 42 kursus tersebut yang tidak dibuat secara cekap dan terancang dengan baik.

Sebenarnya, KUIN kini sedang dilanda pelbagai masalah yang meruncing dan meresahkan warga universiti itu di mana beberapa siri demonstrasi telah diadakan bagi memohon pertimbangan pengurusan bagi menyelesaikan penganiayaan yang berlaku.

Azizan Razak misalnya sebelum ini telah beberapa dikunjungi oleh wakil-wakil kakitangan KUIN, khususnya para pensyarah untuk mengadu tentang masalah yang dihadapi oleh semua kakitangan universiti itu.

Bukan sekadar Azizan dikejar di Wisma Darulaman, dia juga dicari hingga ke rumahnya di Jalan Sultanah bagi meluahkan kemelut yang dihadapi. Namun biarpun ditemui beberapa kali, Azizan hanya memandang sepi masalah mereka.

Menurut wakil kakitangan KUIN, gaji bulanan mereka sering lewat diterima sehingga ada dikalangan mereka yang menghadapi masalah dengan bank di mana kereta mereka hampir ditarik dan rumah mereka hampir disita.

Selain itu, pembayaran zakat pendapatan yang selalunya dilakukan melalui skim potongan gaji secara automatik juga gagal apabila tiada wang di dalam akaun mereka untuk dipotong masuk ke akaun Lembaga Zakat.

Bukan itu saja, KUIN dikatakan berhutang lebih RM200,000 dengan panel rawatan perubatannya sehingga menyebabkan semua kakitangannya tidak dapat lagi menikmati faedah perubatan tersebut sebagaimana sebelumnya.

Berdasarkan insiden-insiden tersebut, rasanya budak tadika PASTI pun tahu bahawa KUIN kini menghadapi krisis kewangan yang serius dan gagal mengendalikan dana bersumber dari Kerajaan Negeri serta yuran pelajar dengan baik.

Selain itu, yuran pengajian yang dulu hanya berjumlah RM60 bagi satu jam kredit telah dinaikkan mendadak sehingga berjumlah RM200 bagi satu jam kredit, satu kenaikan secara tiba-tiba yang dijangka membebankan mahasiswa.

Nak tahu kenapa? Semuanya kerana kewujudan 42 kursus tersebut yang dilakukan secara tiba-tiba dan tidak dirancang dengan teliti atau mengambil kira kedudukan kewangan institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan Negeri Kedah itu.

Misalnya, kerajaan negeri mewujudkan banyak anak syarikat milik KUIN seperti Insan Medic yang menguruskan fakulti perubatan yang menelan belanja yang banyak iaitu RM350,000 sebulan, sedangkan dikhabarkan fakulti itu hanya memiliki 8 orang pelajar sahaja.

Anak-anak syarikat tersebut memerlukan pembiayaan yang tinggi sedangkan pendapatan KUIN tidak dapat menampung seluruh kos operasinya. Maka disebabkan itulah “kantung” kolej yang dulunya penuh dan terjamin, hampir kering “diboroskan” PAS Kedah.

Mungkin perkara ini tidak diberitahu kepada DYMM Yang DiPertuan Agung. Mungkin PAS Kedah bimbang sekiranya Baginda Tuanku tahu, Baginda mungkin akan menukar “skrip” ucapannya semalam.

Lihatlah sikap hipokrit kepura-puraan dan pembohongan yang dilakukan oleh PAS Kedah setelah memegang kuasa pentadbiran negeri itu. Dalam masa empat tahun, hampir hancur Kedah dibuatnya. Namun pak-pak lebai PAS masih mendongak mendabik dada. Tak malu sungguh!

Ada 13 Comments setakat ini.

  • pasdaplaknat
    September 19th, 2012 at 8:18 PM

    INSANIAH ditubuhkan hasil inisiatif kepimpinan UMNO, Allahyarham Dato Ahmad Basri adalah pencetus kepada penubuhan ini jika tidak silap. INSANIAH ditubuhkan sbg pusat pengajian berkembar Al-Azhar supaya dpt lahirkan ilmuan Islam dlm negara tetapi berpandukan SILIBUS AL-AZHAR dgn pemantauan ketat dari Sheikh2 Al-Azhar.

    Malangnya PAS telah rosakkan matlamat INSANIAH. KUIN telah disemakkan dgn kursus2 bukan agama yang secar abanyak sekaligus, tidak releven dgn brand name, yang memakan kos tinggi, tidak cukup tenaga pengajar dan tidak mendapat akreditasi. menawarkan kursus caca marba yg tiada kaitan dgn objektif asal KUIN bukan suatu yg boleh dibanggakan Rejim PAS. Kegopohan pentadbiran Rejim PAS membuat hutang sana sini dengan membina kampus tetap yang terlampau besar, serta dikawasan tidak strategik untuk org Melayu adalah satu KEBODOHAN.

    Cadangan asal KUIN dzaman UMNO ialah hendak diletakkan di Alor Setar, dengan tanah berhampirkan bandaraya supaya menjadikan Alor Setar pusat Ilmuan Islam dengan perkembangan institusi2 lain spt Maktab Mahmud dan sekolah2 agama rakyat disekitarnya. Konsep ini akan membolehkan ruh agama itu mewarnai persekitaran dan dijadikan pusat tarbiah Islam secara tidak langsung.

    Malangnya MB bebal Kedah telah buat perancangan pelik dgn membina kampus KUIN di Kuala Ketil, menyebabkan kos berkali ganda serta tidak sesuai dgn persekitaran yg ramai penganut HINDU.

  • azam
    September 19th, 2012 at 9:37 PM

    mane yang sronok bukeh la citer.biasa la tu

  • zam
    September 20th, 2012 at 1:42 AM

    hampa ni hampeh, klu org bt bg elok tu tak pyh la nak komen mcm haramjadah yg dok p bt demo mcm beruk 3 suku tu psl apa?nak komen cara elok bncg psl pdidikan ni bkn mak bapak umno pnya cuba pkiq utk anak bangsa ckt. ssh mmg la ssh, pyh semua dpkg pmulaan ni tp kta kena pbetui mana yg silap tu, mcm kerajaan pnya ubiv tu tak pnh jd mcm ni tp lbh truk lg, tp agong puji jgk..

  • zam
    September 20th, 2012 at 1:47 AM

    cara mcm beruk ni tak pyh la bdk2 muda muak dgn muka hampa ni, smpai naik meluat. bdk2 la ni bkn bodo, tp bla tgk hampa ni ilmu pun takdak tp main ikut babi buta je taktau kepala ekoq. be professional la…. nasihat aku bncg la elok2 klu hampa bt mcm tu yg rugi sapa org islam, melayu jgk yg rugi. org yg blm lg islam tgk hampa pun depa takmau ambik tau psl islam, psl hampa tgedik2 mcm tu.. jgn dok bingai sgt.

  • raplahjingaa
    September 20th, 2012 at 11:06 AM

    aloooo…bas pi kuala kedah dah terlepas kot ?? hehe..

  • Teraniaya
    September 20th, 2012 at 12:07 PM

    Pembekal barangan dan perkhidmatan pun banyak yang tidak dibayar terutama bagi Kuliyyah Perubatan.

  • neutron
    September 20th, 2012 at 5:38 PM

    SETAN SETAN UMNGOK mau mendaulatkan Islam???? Aiyoo.. SETAN sudah janji dengan ALLAH mau merosakkan suma anak Adam, mana dia pedulik sama Islam…

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 5:54 PM

    oooo..itu ke janji kawan Pok Nik…..emmm….patut la marah sungguh si tua kutuk tu dgn pemerintah yg bina masjid….paham3…

  • raplahjingaa
    September 20th, 2012 at 9:41 PM

    Dey aneee…hang tu kursus kat PERKIM pun hang lari…ada hati nak cakap pasal Islam.

    Ni berapa kole hang pekena hari ni ? hahahahaha

  • pasdaplaknat
    September 20th, 2012 at 11:15 PM

    bg komen mcm org sasau, mcm hindu mabuk. Sbb KUIN itu institusi pendidikan Islam lah wajib pelihara dan jangan rosakkan. Kalau UMNO tu tolak Islam mmg xwujud dh la INSANIAH-KUIN tu. Kursus2 agama yg dpt akriditasi LAN ialah di zaman UMNO perintah. Ostad/Ostazah keluaran KUIN wpun 90% penyokong PAS tp UMNO xtutup pun. Malah mereka boleh kerja dgn JPA krn sudah dpt akreditasi.

    Malangnya macai2 mcm zam ni yg taksub dgn PAS. Otak selut bebal tp nk marah2 tnpa tahu asal usul.Ini tipikal bangsa2 PAS yg menongkol di ceramah2 PAS.. xboleh nk fikir waras spt org beriman.

    Sbb merugikan Islam lah yg isu ini dibawa bincang. Tok Jijan mana bg org lain ckp isu KUIN.. nnt dia katok kepala!! Pelingkup KUIN pn xpa janji PAS berkuasa..

    Zam ko tu duk ulang2 Islam..Islam.. ape kebenda yg Islam nya PAS buat di Kedah? Melingkup KUIN? Meroboh maadrasah? menebas balak haram? membanyakkan pusat todi dan karaoke?

  • pasdaplaknat
    September 20th, 2012 at 11:30 PM

    mcm baru lepas kena todi je kan die nie..

  • Hamba Ar Rahman
    September 21st, 2012 at 4:52 PM

    :) aku suka jawapan hang..sungguh menggelikan hati…

  • azam
    September 21st, 2012 at 11:59 PM

    hang ckp mcm la org islam kat malaysia ni bangang mcm hang.penah ke parti lain menang majoriti selain umno.hang ni mcm ayam beteloq tau ka.criter lebih tapi bn jugak menang pru.slagi pr tak menang slagi tu lah ko menyetankan org.kalu mak bapak hang pun undi UMNO, mak bapak hang pun setan ka

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.