|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 20 September 2012| Kategori: PILIHAN RAYA 2013 | 4 Comments »

Innocence of Muslims: Nik Aziz Takut Dengan DAP

Ramai yang masih tersenyum sinis membaca kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan seperti menyokong penuh bantahan besar-besaran oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims.

Dari satu sudut, mereka bersetuju dengan seruan Mursyidul Am PAS itu yang dalam satu kenyataannya meminta umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik tampil menyuarakan sokongan dalam bantahan tersebut.

Bagaimanapun apabila Nik Aziz enggan memberi sebarang ulasan berhubung komen negatif dari Pengerusi DAP Perak berkaitan isu ini sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian 20 September 2012, seruan tersebut mula dipandang sinis oleh khalayak ramai.

Pada pandangan ramai, Nik Aziz seperti terlalu takut untuk mengkritik apatah lagi mengecam kenyataan Ngeh Koo Ham yang juga adalah Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Beruas, Perak.

Ngeh Koo Ham dalam satu mesej twitternya mempersoalkan keperluan untuk umat Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslim dan di masa yang sama seperti memperlekehkan bantahan tersebut yang dianggapnya sebagai merugikan masa dan tenaga.

Tidak sukar untuk kita bayangkan sekiranya mesej serupa ditweet oleh mana-mana pemimpin BN yang non muslim, Nik Aziz pastinya sepantas kilat mengecam pemimpin tersebut. Dan semestinya, Nik Aziz akan menyelitkan sama kecamannya terhadap UMNO, itu sudah tentu.

Tapi bukan satu rahsia pun, sudah menjadi tabie Nik Aziz sejak dulu-dulu lagi sentiasa berlembut dengan rakan sekutu yang bukan seagama dan hanya berani membuka mulut bila terlalu kemaruk untuk menyinggung perasaan saudara seagama dengannya sahaja.

Tengok sajalah reaksi Nik Aziz bila bekas Timbalan Presiden PAS mengkritik DAP dan mengusulkan saranan supaya PAS keluar dari PR, terus Nik Aziz bingkas bangun menghalau saudara seIslamnya itu keluar dari parti.

Apa sahaja kenyataan negatif yang keluar dari mulut pemimpin DAP sama ada berkaitan Islam, selalunya Nik Aziz cuba bermain playsafe semata-mata untuk menjaga hati sekutunya itu.

Namun disebalik ketakutan dan keengganan Nik Aziz mengkritik kelancangan Pengerusi DAP Perak itu, beberapa orang pemimpin PAS yang lain seperti MB Kedah, Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah mengambil langkah sebaliknya.

Kedua-dua mereka nampaknya masih mempunyai sedikit sisa-sisa keberanian untuk menyanggah sikap tidak cermat pemimpin DAP itu. Sekurang-kurangnya masih adalah juga segelintir pemimpin PAS yang sedar diri dan taklah jumud sangat macam Mursyidul Am mereka sekarang ini.

Kepada kedua-duanya kita ucapkan tahniah manakala untuk Nik Aziz pula, cukuplah untuk kita ucapkan takziah di atas kebaculannya untuk membantah kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP.

Beruang Biru

 

Ada 4 Comments setakat ini.

  • bangKano
    September 20th, 2012 at 10:03 PM

    Pemimpin cina DAP banyak soNGEH KOOghang ajak HAMpeh tu patut di benam dalam mangkok jamban supaya jangan lagi banyak cakap menyakit kan hati orang melayu & muslim…!!

  • putera mahkota
    September 21st, 2012 at 8:24 PM

    Apa nak kecoh… Ulama muda UMNO kata demonstrasi atas apa sahaja alasan baik anjuran BN atau anjuran PR adalah haram.

  • hans
    October 1st, 2012 at 2:03 PM

    “Tidak salah derdemonstrasi kerana ‘Innocence of Muslim’ tetapi berapa kalikah diri kita ini berselawat ke atas Rasullah dalam sehari selain solat 5 waktu?” Renung-renungkanlah bersama…

  • poyo
    November 6th, 2012 at 5:20 PM

    kah!kah!kah! umno pulak takut dgn mca…lepas ni mca boleh mintak jawatan TPM2 pulak.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.