Menu Utama

Bubar DUN Tak Serentak, Siapa Sebenarnya Takut?

TAK pastilah apa ‘cahaya’ di muka penulis sehingga hampir 10 orang bertanyakan pendapat mengenai perkembangan terbaru di 2 negeri Pakatan haram, Selangor dan Pulau Pinang yang tidak akan membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen seperti diumumkan Anwar semalam.

Kata puak-puak ini, mereka sudah hampir percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang penakut sebab masih tak berani bubar parlimen hingga sekarang, sebab Anwar dan Azmin cakap begitu.  Tapi dengan pengumuman terbaru Anwar, mereka sudah jadi konfius.

Ini siapa sebenarnya takut?

Penulis gelakkan sahaja orang ini semua, dalam hati terfikir jugak, apalah benak sangat, tak kan tak tahu Anwar nak sapu habis apa yang bersisa di Selangor dan Pulau Pinang, baru nak bubar DUN!!

Cakap pasal sapu, kebetulan penyapu yang dihadiahkan mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo kepada salah seorang YDP yang gagal mencapai KPI, dikenal pasti sebagai salah satu sebab yang menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor 2008 dulu.

Dan sekarang, Anwar datang bawak ‘penyapu’ juga tapi bukan nak bagi penyapu kepada YDP yang tak perform sebaliknya nak sapu habis semua harta rakyat Selangor itu untuk dirinya dan kroni-kroninya yang lain.

Penulis taknak kata apalah, yang lepas tu lepas, yang akan datang ni jangan di ulangkan lagi.

Melengahkan pembubaran DUN ini adalah salah satu strateginya, memberikan lebih masa kepadanya untuk menyauk segala yang ada di Selangor nun, tidak ada alasan lain.  Jangan ukur dari gebang Anwar, memang tidak ada apa yang betul disitu, dan ini bukan pertama kali Anwar depan cakap lain, belakang buat lain.

Contoh dalam hal bubar Parlimen, depan rakyat dia dan macainya kondem Najib kononnya takut, tapi dalam masa yang sama dia umum untuk tidak bubar DUN Selangor dan Pulau Pinang serentak dengan parlimen pulak

Tak ke jelas sangat percanggahannya tu?

Memang jelaslah bercanggah,  tapi dah kalau penyokong bukan punya otak untuk berfikir, nak cakap macam mana ye tak.  Bila kita cakap, depa kata itu hak Anwar, habis yang bubar Parlimen bukan hak Najib ke?  Diam macai semua.

Lepas tu ada yang tanya, apa halnya dengan Kelantan dan Kedah – dua negeri yang masing-masing dikuasai PAS?  Kata Pakatan Rakyat, tapi boleh pulak tak selaras tarikh pembubarannya?

Kelantan dan Kedah tidak boleh sebab puak Anwarinas yang Anwar taja dalam PAS belum lagi berupaya menguasai parti tersebut seperti mana yang dikehendakinya.  Tua bangka dalam Majlis Syura Ulama khabarnya jadi penghalang.  Sebab itu 2 negeri tersebut tidak masuk dalam perancangan Anwar untuk bubar DUN lewat dari Parlimen.

Lagipun Kelantan dengan Kedah, bukan negeri kaya macam Pulau Pinang dan Selangor, apa nak disapukan?  Atau paling tidak, Nik Aziz dan Azizan dah sapu dulu.  Ini politik kawan, apa pun boleh jadi.






41 Komen to Bubar DUN Tak Serentak, Siapa Sebenarnya Takut?

  1. mm says:

    Tak takut…cuma umno yg takut sbb time election, depa menipu. Permintaan nak cleanse the voting list sampai hari ini tak buat.

    Cepat la annouce PRU..!! Takkan PR nak announce pulak..

  2. omega says:

    Hee.hee, spin la. PRU akan tiba jugak. esok lusa pun tak apa. Lagi lama makin pecah telur tembelang PKR. Dari kuda jantan sampai la kuda bini org, semua ada belaka.

  3. Anong says:

    “Eh takkan la awal sgt nak bubar, Dato’…saya tak habih jual semua pasir lagi ni. Tak menang PRU-13 takpa, asalkan kita kaya…” staf kerajaan negeri

  4. mm says:

    Rumah urut yg byk di approve zaman k toyo ker?? Apa kes K Toyo?? Masih di agung2 kan kah??? Pemimpin umno Rasuah juta2 ada kena tangkap???

  5. Cfu says:

    Inilah tanda tanda akhir pakatan haram akan tumbang. Tanda tanda awal pakatan haram nak tumbang dah banyak.

  6. Cfu says:

    Slogan anwar “road to putrajaya ” akan menjadi “road to hell”

  7. Alyabu says:

    Seronok tengok UMNO jadi pembangkang diSelangor..depa macam orang gila..sepatah cakap MB.. seribu patah depa balas..termasuklah komen2 bahlul dari mykmu..pembangkang UMNO di Selangor macam monyet dan kera dihutan terutama dua penyamun besar Selangor Noh dan Zain..depa boleh bantah lapuran KPMG yg terkenal sebagai firma audit yg terkenal dan berintegriti tinggi didunia..suruh depa ni masuk kelas bookkeeping..apa punya otak cirit depa2 ni kalau UMNO jadi pembangkang..itu sebab para professional pandang sebelah mata pada juak2 UMNO jenis ini kerana selalu tunjuk kebodohan mereka..kita dah tunjuk para pemilih yg diragukan tapi masih sombong dan angkuh tidak mahu menerima kenyataan..kita tak boleh bagi parti gila talak macam UMNO ni bertapak di Selangor semula kerana mereka sentiasa gila tak tentu arah..

    • akuantiPAKATAN says:

      Seronok jugak tengok PR menang. Cai2 PR bergulung spin dan konar kiri kanan nak defend paymaster diorang. Baru kita sedar yang PR ni jenis orang tak boleh kena tegur. Bila kena tegur, terus buka langkat silat bukan untuk terima teguran tapi untuk kilas kat orang lain. Pathetic.

      • pasdaplaknat says:

        Selama ni mereka hentam dan fitnah UMNO BN sedap2 je mentang2 mereka xjd pemerintah. Skrg baru sikit je asakan BN pd mereka..jd bodoh bisu xboleh nk jawab secara profesional. MB pulak dungu.. nasib hangpa lah PR.. beli lg lah bas mewah banyak2 dgn treler.. bg miskin habis2an Selangor.. lepas tu kalah.. buat isu UMNO yg bg miskin….mudah2 politik cai PR

    • azam says:

      bkn tak moo timer kenyataan.masaalahnye 10 ckp, 9 tipu 1 tak btol.ni le masalahnye ngan setan tak dikenali ni

  8. bujuk says:

    Mana hilangnya akhbar UMNO “selangor terkini” yg. tiada editor dan pengarangnya untuk memfitnah ‘SELANGORKINI’. tau pulak takut..

    • raplahjingaa says:

      tu bukan akhbar bujuk..tu pamplet jer, pamplet kita tak buat hari-hari, hang ni akhbar dangan pamplet pun hang tak tau beza…tu la harakah hangpa ingat akhbar !

    • pasdaplaknat says:

      heheheh sian bujuk cian ni raplah.. dia ingt leh sondol, tgk2 sangkut jugak.. next time wat home work dlu.. Haprakah skrg dikuasai puak2 sekular dn syiah.. selamat ‘berjuang’ lah bujuk cai yer… lawan musuh dlman

  9. Mohd Taib Kamin says:

    Bubar DUN serentak atau tidak kesan buruk tetap akan menimpa PKR di Selangor. Rakyat Selangor dah muak dan mual dengan PR amnya dan PKR khasnya. Insya-Allah Khalid Ibrahim dan Azmin Ali akan kalah kerusi DUN dan Parlimen jika mereka bertanding dalam PRU13 kelak.

    Sudah banyak petunjuk dan isyarat kehancuran mereka di Selangor. Wallahualam.

    • mat says:

      Dulu sbb pak lah. Pak Lah dah balik kampong. So kita tukar sokong la…. PR usah heboh. Bila Melayu mula menyampah alamat turun dari kerusi la..

  10. Alyabu says:

    Jelasnya UMNO/BN akan menjadi pembangkang di DUN Selangor maka mereka seterusnya menjadi gila talak dan gila meroyan yang tak terhingga..Terdapat 23 DUN dikawasan bandar yg memandang sebelah mata pada BN dimana majoriti pengundi2nya terdiri dari bukan melayu dari DAP dan kawasan campur PKR yg tidak mahu bertuankan melayu UMNO yg korup dan kurang cerdik..Jadi Pakatan Rakyat hanya memerlukan kemenangan dienam DUN saja lagi untuk mendapatkan majoriti mudah..di 20 DUN yg dikuasai BN mereka akan ditentang sengit oleh calun melayu dari dari PAS dan PKR..jadi bersedialah untuk meneruskan gila talak anda di Selangor..

    • pasdaplaknat says:

      Siapa lah yg korup skrg ni.. wahai sedare? xlarat le nk list out balik senarai2 kerja lanun Pakatan Haram di Selangor, rakyat dh muak dah dgn PR. Janji dibohongi.. mmg puak Cina xkn support BN sbb mereka xsabar nk ‘perentah’ Malaya dgn DAP. Tp kuasa Allah ‘kun faya kun’, Tunggu je lah PRU 13 nnt. Insya Allah PR akan ranap sama sekali. Maksiat berleluasa dgn pelbagai aktivit maksiat yg ‘diekonomikan’ oleh Pakatan Haram itu akan menambahkan lg bala.

  11. bujuk says:

    K’jaan s’gor nak k’jaan pusat ikut s’gor bubar DUN kalau taknak PRU berasingan. Hebat… khalid ibrahim, nampak macam BN dah ikut rentak PR kali ni sebab dah dekat penghujung…

  12. Anak Lenggong says:

    Alyabu dan MM kalau UMNO menipu masa pilihanraya…semua negari BN sapu laa..takde laa Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor dapat kat PR..apa punya bengap..kalau camtu kat 4 negeri ni PR menang sebab menipu laa kut..berapa banyak warga siam PAS angkut untuk ngundi..

  13. PASpartyNGOK says:

    SEbelah TIbai itu mesti setor kunyit, betul tak ?

  14. UmNO says:

    Bn tak demokrasi,tarikh pilihanraya bleh jadi teka teki pula.tanda kita tak maju lg..jika eropah dan negara barat kedua-dua pihak dah tahu tarikh pembubaran parlimen,masa kempen,kedua dua pihak/parti bleh keluar tv. Tp apa berlaku di malaysia?Bn jadikan malaysia negara Bn!

Leave a Reply