|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: Che_Yan | Diterbitkan pada: 13 September 2012| Kategori: Che_Yan,Komentar,Utama | 10 Comments »

Ahli Parlimen Dan Dua Adun Shah Alam Gagal: Kolam Ternakan Ikan Di Atas Jalan Raya?

 

Hujan yang lebat beberapa hari ini adalah rahmat yang tidak terhingga kepada penduduk di sekitar Lembah Klang. Namun begitu disebabkan pengurusan kerajaan negeri yang gagal, pengurusan perparitan dan salur longkang yang tidak efisyen ternyata telah menyusahkan rakyat.

Di kawasan perindustrian seksyen 16 Shah Alam, boleh dikatakan jalan disekitar kawasan tersebut tidak ubah seperti sebuah sungai yang kecil. Penulis sendiri merasai kepayahannya apabila motorsikal penulis seperti telah bertukar menjadi sebuah “jet ski” apabila melalui jalan tersebut. Walaupun diatas motorsikal, jika melalui kawasan yang betul-betul rendah, air yang bertakung boleh mencecah sehingga ke buku lali.

Boleh dikatakan jalan yang penuh dengan lubang tersebut tak ubah seperti kolam-kolam ternakan ikan air tawar. Dengan keadaan lubang yang sebegitu dalam, tidak hairanlah jika terdapat ikan-ikan yang akan sesat dan bermastautin di dalam kolam tersebut nanti.

Kejadian ini mungkin boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa tempatan dan pemerintah Negeri Selangor mengambil berat situasi rakyat. Penduduk di Shah Alam tahu Menteri Besar Selangor sendiri sering melalui jalan tersebut. Maklumlah, kereta 4WD yang berjenama Lexus itu adalah sebuah kenderaan yang tinggi, dan tidak mungkin Menteri Besar Selangor dapat merasai kepayahan rakyat di kawasan tersebut yang sebilangan besarnya menaiki motorsikal.

Tetapi yang penulis hairan mengapa perkara ini tidak diambil tahu oleh YB Rodziah Adun Batu Tiga (PKR) yang pejabatnya tidak lebih 5km dari kawasan tersebut. Pastinya jika YB Rodziah Ismail yang menaiki sebuah kereta berjenama Toyota Camry dapat melihat keadaan tersebut dengan jelas.

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad pun tidak mengambil tahu langsung tentang perkara ini. Adakah beliau terlalu sibuk dengan pembinaan Gereja dan Kuil sehingga keadaan jalanraya yang digunakan oleh segenap lapisan masyarakat pun tidak diambil tahu?

Mungkin juga keadaan jalanraya dan longkang tersumbat adalah projek terbaru Pakatan Rakyat Selangor untuk merakyatkan ekonomi. Projek ternakan ikan air tawar diatas jalan raya. Adakah ini projek terbaru YB Yaakob Sapari Adun Kota Anggerik merangkap Exco Pengerusi Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor (panjang betul nama jawatannya)?

Sebagai rakyat Selangor dan penduduk Shah Alam, penulis tidak akan membuat aduan memohon para Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memperbetulkan keadaan. Ini adalah kerana sudah acap kali aduan dan permohonan diajukan kepada para YB Pakatan Haram ini. Nampaknya pada kali ini, rakyat dan penduduk di Shah Alam terpaksa bersabar dan menunggu PRU-13 nanti. Kerana semua aduan dan permohonan itu akan dizahirkan di dalam bentuk undi.

Penulis hanya ingin berpesan kepada trio jahanam ini (Rodziah Ismail, Khalid Samad dan Yaakob Sapari), tidak usahlah anda buat “banner” besar-besar untuk menarik perhatian rakyat. Penduduk di kawasan perlimen dan dun Shah Alam tahu akan keburukkan anda semua. Nampaknya majoriti penduduk Shah Alam tidak sabar untuk mengundi di PRU-13 nanti.

Rakyat Negeri Selangor khususnya penduduk Shah Alam perlu melakukan transformasi dan pastikan selepas PRU-13 nanti, jalanraya kita adalah jalanraya yang sebenar dan bukannya sungai tiruan yang disebabkan oleh parit dan longkang yang tersumbat.

Ada 10 Comments setakat ini.

  • KuntaKinte Malaysia
    September 13th, 2012 at 10:37 AM

    jawapan lembu pakatan nti – ini semua salah khir toyo dan BN! hahahahaha

  • freemalaysiakini
    September 13th, 2012 at 10:58 AM

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  • bujuk
    September 13th, 2012 at 11:43 AM

    Engkorang serba tak kena, dulu siar YB buat kerja turap jalan korang kata umpan PRU. Sekarang bila tak buat, korang bising tak buat kerja. Sabar la.. ikut turn.

  • Jeff
    September 13th, 2012 at 11:49 AM

    tak payah ikut turn..pukimak tu mmg patut diracun je..jd cepatlah sikit. tak perlu tunggu turn lagi

  • raplahjingaa
    September 13th, 2012 at 12:20 PM

    Projek ni adalah satu-satunya projek Khalid gagap yang aku puji, innovative dan creative…mendahului masa !

    Kolam ikan atas jalan raya, banyak kebaikannya pada rakyaat….tak payah cari parking, mengunakan konsep ” catch and go “….sambil memandu boleh main sauk jer…hahahahahahahahaha..

  • Malayoo mudah lupa
    September 13th, 2012 at 12:57 PM

    Depa ni kan kerajaan sepanduk mana2 kita pegi seluruh selangor akan terpampang sepanduk2 yg seri g bertukar …..aku pun nk join PKR la camni dpt projek supply sepanduk pun cukup la

  • Santrang
    September 13th, 2012 at 10:17 PM

    Parit dan longkang tak perlu dibersihkan, kerana ianya akan memberi nilai tambah pada ekonomi Selangur, kerana sampah dan besi yang terperangkap boleh dikutip oleh penduduk untok dijual pada syarikat kitar semula.

  • Che_Yan
    September 14th, 2012 at 5:13 AM

    Betul jugak tu.. Mungkin “LADANG TERNAKAN AEDES” juga akan dijalankan serentak tidak lama lagi…

    Kehkehkeh… YuckOB Sapari nampaknya sudah menjadi “tajdid” ekonomi rakyat…

  • tengkudin
    September 16th, 2012 at 1:26 PM

    nasib baik babi tak tido dalam rumah kalid jamban ni..heheh itu lagi innovative…hehehe

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – Ahli Parlimen Dan Dua Adun Shah Alam Gagal: Kolam Ternakan Ikan Di Atas Jalan Raya?

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.