|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: HackerXP | Diterbitkan pada: 20 September 2012| Kategori: HackerXP,KOLUMNIS,Utama | 32 Comments »

Hudud Tidak Baik Untuk PR, Tapi DAP Tetap Serasi Untuk PAS

Sepanjang dekad 1990-an isu hudud pernah menjadi senjata berbisa untuk PAS meraih sokongan khalayak demi menggugat kekuatan UMNO, kini isu yang sama sudah seumpama boomerang terpantul ke dahi PAS semula menyebabkan ramai pemimpinnya kerap pening kepala dan sewel separuh tiang untuk menjawab isu tersebut.

Impaknya juga kerap mengakibatkan pakatan pembangkang yang disertai PAS bergoncang dan berantakan asal sahaja bila isu hudud bergema kembali. Sehinggakan ramai pemimpin pembangkang yang terpaksa memutar kata-kata untuk menepis terjahan soalan berkaitan isu hudud.

Agaknya tak tertahan dengan terjahan isu hudud yang sering mengharu birukan pakatan mereka, sampai pada satu tahap wujud pula pandangan spastik dikalangan pemimpin pakatan haramjadah yang berpendapat isu hudud adalah perangkap yang disediakan oleh UMNO bagi merosakkan kerjasama pakatan pembangkang.

Pandangan spastik itu boleh dilihat dari kenyataan rasmi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang antara lain katanya, “hudud adalah contoh ‘perangkap’ yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama. Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan UMNO untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR”. (Sinar Harian, 28 Ogos 2012)

Lawak dan agak spastik kenyataan tersebut, tak begitu?

PAS yang membuat janji untuk melaksanakan hudud, rakan sepakatan sendiri yang merangka draf hudud PAS di DUN Kelantan dan Terengganu, tapi bila isu hudud bergema kembali dan meletakkan pembangkang dalam keadaan tersepit, alih-alih UMNO juga yang dipersalahkannya.

Alasan kebudak-budakan. Nampak sangat bangangnya mengalahkan anak tapir di Zoo Negara.

Semalam pula timbul kenyataan terbaru oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus bertegas menolak ‘cita-cita’ PAS untuk ‘melaksanakan’ hukum hudud malah Karpal tanpa berselindung melabelkan isu perlaksanaan hudud hanyalah satu retorik politik PAS semata-mata.

Pastinya tujahan kata-kata Karpal itu agak menikam jiwa raga ramai pemimpin dan penyokong PAS. Pedihnya tentu sekali menusuk hingga ke hulu hati.

Menurut Karpal, “Pas perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata”. Mahunya berasap telinga Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS kerana kenyataan KarpalĀ  itu adalah respon kepada kenyataan Nik Aziz sebelumnya yang konon masih tegas untuk melaksanakan hudud.

Kenyataan dari mulut Pengerusi DAP itu tentunya mewakili pendirian rasmi DAP. Ringkas tapi pedas, sengatannya berbisa silap gaya http://lh6.ggpht.com/-rU7E6BHnXQU/UB9FmAgeITI/AAAAAAAAG1w/Y88UnlX3Mcc/sk_01.pngmahunya ramai penyokong PAS terloncat-loncat sekadar termampu.

Tapi, tentu sekali untuk penyokong atau pemimpin PAS meminta dikaji semula hubungan dengan DAP, jauh panggang dari api. Takkan beraninya.

Tiada siapa lagi yang sanggup mengulangi ‘kesilapan’ yang telah dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Begitu juga apabila Karpal menyatakan isu perlaksanaan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, penulis tidak nampak PAS akan mengambil langkah susulan yang drastik ataupun membantah dan mengecam secara rasmi kenyataan tersebut.

Sekalipun isu hudud kini sudah dipandang semacam ‘hantu’ dek kerana sering menghantui PR, namun tidak sesekali menggugat keyakinan para pemimpin dan penyokong PAS terutama dari golongan Anwarinas yang masih menaruh kepercayaan bahawa PAS tetap serasi untuk terus bersama DAP.

Ada 32 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    September 20th, 2012 at 3:09 PM

    Isu Hudud dipergunakan seluasnya oleh Pas untuk meraih sokongan umat islam terhadap mereka. Bila sebut Islam tentunya dari Umno kerana penyokong umno tentunya islam sebagai bilangan majority.

    Sementara rakan tak sekepala dengan mereka, PKR mendendangkan penghapusan DEB yang menidakkan keistimewaan orang Melayu, menidakkan Raja yang berdaulat didalam pemerintahan negara. Ini khusus untuk menarik bukan islam kepada mereka.

    Kita tidak tahu sejauh mana berkesan nya hudud bagi Pas jadikan senjata mereka untuk meraih sokongan tetapi yang pasti sensitivity yang dimainkan PKR teramat meneruja kaum cina terutamanya. Cina bercerita betapa malangnya mereka dengan adanya DEB yang memberi banyak extra kepada pribumi. DEB menidakkan mereka hak, menidakkan mereka tempat di IPTA, menidakkan mereka pada diskaun 15 pct beli hartanah dan list goes on.

    Memang menarik bagi cina jika kajian mereka sekadar hiasan kulit atau cosmetic pada janji yang diberi PKR. Mereka harus mengkaji peratus ketertunaian janji PKR dinegeri yang mereka pegang. Cina tidak harus teruja akan janji itu kerana bukti jelas nampak PKR hanya mampu tunai tak sampai 3% dari manisfesto PRU 08 mereka. 3% nampak real pada manusia munafik tetapi low class statusnya nya kerana UMNO menunaikan 100% janji yang diberikan. UMno tidak berjanji pada hal yang mereka tahu tak termampu utk ditunaikan yang boleh memunafikkan mereka.

  • tony gunawan
    September 20th, 2012 at 6:27 PM

    sama-sama mengharungi cabaran!
    sama-sama menikmati keunggulan!

  • tony gunawan
    September 20th, 2012 at 6:31 PM

    sama-sama menghayati keinginan!
    sama-sama ketapi ketidaksamaan!
    sama-sama menghadapi umno!
    sama-sama menghapus BN!
    sama-sama mendirikan kerajaan!

  • raplahjingaa
    September 20th, 2012 at 6:32 PM

    kerajaan bawah pokok ? hehe…bersama-sama 3 stooges…hahahhaah

  • PASpartyNGOK
    September 20th, 2012 at 6:50 PM

    Betul tu raplahjingaa, kerajaan bawah pokok bagi manusia kemarok kuasa.

    Teruskan impian
    Teruskan bermimpi
    Walau pun disiang hari

  • selamber
    September 20th, 2012 at 7:02 PM

    hehehe…kesiaaaannn

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 8:25 PM

    sama-sama menghayati keinginan nafsu peliwat…kahkahkah…

  • Anak_Nogori
    September 20th, 2012 at 8:26 PM

    Jadi…apa pula kata Nik Aziz?….baik jaga undi ke putrajaya atau baik jaga hukum hudud?.

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 8:28 PM

    sama-sama menikmati keunggulan chinadoll..wowwww….

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 8:31 PM

    semestinya Pok Nik kata baik jaga hati Karpal….

  • selamber
    September 20th, 2012 at 8:32 PM

    mana ada sama2 bro..nuar sorang je yg dapat sedap..tapi org lain yang dok gaduh2..mana boleh macam ni..tak aci laaa…hehehe

  • selamber
    September 20th, 2012 at 8:35 PM

    jangan ckp macam tu bro..nanti nik ajis merajuk tau..hehe

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 8:44 PM

    siapa kat Aljubs sorang jea dapat sedap…Assmin pun dpt sedap makan ice-cream dlm toilet…mat sabu dapat sedap dlm hotel…adun selising dpt sedap dlm tren…Ust badigol dpt sedap dlm hotel jugak..LGE dpt sedap dgn staf dia…wowwww…

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 8:49 PM

    Ada 1 mahkluk jea yg kisah kalau si tua kutuk tu merajuk…syaitan yg jadi kawan baik seumur hidup dia je yg terasa hati….

  • selamber
    September 20th, 2012 at 8:52 PM

    huyooo…besnnya..diorang berpakat2 rupanya ye..pasal tu la diorang sebut ‘pakatan’ ye…kalau macam tu rakyat pun nak jugak macam diorang buat boleh tak..hehe..asik diorang je yang dapat penyedap tapi rakyat yg dok gaduh cover2..ini semua salah umno la ni…

  • Anak_Nogori
    September 20th, 2012 at 8:55 PM

    Nik Aziz kena ingat..dia tak bleh dapat kedua2nya….cuma dia wajib jaga hudud..bukan gitu ke bujuk??.

  • bangKano
    September 20th, 2012 at 8:56 PM

    Aku seghonok nengok Pok Nik meghajuk buruk betoi tokguru begok nyanyuk ni…

  • selamber
    September 20th, 2012 at 8:59 PM

    ha’a kan..bes tengok dia merajuk..dah tua kutuk pun merajuk..hehe..macam setan

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 10:15 PM

    Di Malaysia ni ada dua jenis hudud…1 hudud Allah 1 lagi hudud AlagaPAS…sure, Pok Nik jaga hudud AlaGaPAS ciptaan dia…

    Sebagai balaci, apa yg bujuk boleh buat, ikut jea la…kan bujuk…kan…

  • PASpartyNGOK
    September 20th, 2012 at 10:26 PM

    Menyambong pada cerita liwat dibawak sdr StinGray, terbacalah pulak aku cerita benar bertajuk ” Nurul kenal siapa bapanya”

    Tanpa baca sampai abis pun aku sudah angkat bahawa cerita itu memang cerita soheh lagi benar, tiada yang tak benar malah memang benar sebenar2nya belaka.

    Ceritanya satu hari Anwar bersama azizan bekas drebar bini dia berada dalam bilik. Saperti biasa bila dalam bilik berdua Zizan pun tonggeng lalu Anwar pun menyula. Pintu bilik lupa nak tutup, Nurul TERmasok dalam bilik itu. Apa lagi Nurul terperanjat berok lalu segera beredar dari situ jumpa ibunya sambil meraung sekuat hati. Puas ibunya menenang dan memujuk nya dengan berkata ” sabar nak, bapak kau memang suka buntut. Kau nangis pun tak ada gunanya. Mak sudah lama tahu dan banyak kali terserempak. Tapi apakan daya . Kita tak ada kudrat nak mengubahnya . Kita kena support dia kerana dia ketua keluarga kita. Itu lah halnya cerita yang benar ini.

  • StinGray
    September 20th, 2012 at 11:16 PM

    laaa…anak bapak sungguh si nurul ni…

  • raplahjingaa
    September 20th, 2012 at 11:32 PM

    Bpak dia buluh…dia anak buluh betong.

  • raplahjingaa
    September 20th, 2012 at 11:34 PM

    yang tak sedap nik ajis jer..asyik-asyik kena ampunkan depa…asyik-asyik kena ampunkan depa…dia apa pun tak dak.

  • StinGray
    September 21st, 2012 at 1:57 AM

    hehehe…

  • niel
    September 21st, 2012 at 5:39 AM

    heheee

  • niel
    September 21st, 2012 at 5:44 AM

    orang tua dalam gambo tue nampak jer semangat.. sebenor nya habuk pon tarak, jenis makan keliling tue..asal bagi ngap jer..

  • Moohyideeeeen
    September 21st, 2012 at 8:19 AM

    Tak payah dok kecoh pasal hudud, umno yg memegang tampuk kuasa, bila nak laksana??

  • PASpartyNGOK
    September 21st, 2012 at 8:51 AM

    Aku nak bawak cerita mengenai Iraq dan IRD yang hangat diperkatakan akan di RV. Semenjak dua tiga bulan lepas terlalu hangat diperkatakan mengenainya sempena dgn business konference yg berlangsungkan di LOndon disertai oleh menteri dari Iraq. 19 ke 21 Sept adalah tarikh RV dijangka dumumkan semasa dan selepas konference berjalan itu. Dalam kerancakan itu tiba ke tarikh 20 Sept dinar guru tetiba diam.

    Tak ada modal utk cerita kerana IRQ belum RV pada tarikh tang dijangkakan.

    Pada sahabat2 yang terlibat boleh kongsi input dengan trailkan dibawah mengenai prospek dan kemungkinan RV. Pada yang terlibat pasti anda reti apa yang sedang aku bualkan.

    Pada yang tak terlibat agak lost dgn semua abbreviation itu.

  • Shah
    September 21st, 2012 at 9:35 AM

    Dulu membangun bersam Islam
    Sekarang membangun bersama DAPig
    Dulu memimpin bersama Islam
    Sekarang DAP memimpin Islam
    Dulu Islam di hormati
    Sekarang Islam di pijak & hina

  • selamber
    September 21st, 2012 at 1:01 PM

    dah nasib si tua kutuk tu mcmtu nak buat mcmna bro..hehe

  • Hamba Ar Rahman
    September 21st, 2012 at 9:35 PM

    Penghapusan DEB dan konsep kesamarataan yang diharap untuk memberi keadilan kepada semua bangsa di Malaysia sebenarnya adalah bentuk penindasan terhadap pribumi/bumiputera sendiri….
    Dalam apa jua bentuk sebenarnya, melayu sangat jauh ke belakang….bangsa melayu memang tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain walaupun di tempat sendiri…Apabila kerajaan memberi bantuan seperti pinjaman PUNB, biasiswa, dan pelbagai lagi…ianya hanyalah ibarat seorang bapa yang membantu menyuapkan makanan ke dalam mulut anaknya yang OKU dan tidak pula menyuap kepada mulut anak yang lain yang jelas fizikal nya mampu menyuap sendiri…
    Adil bermaksud memberikan hak secara saksama dan bukan sama rata…jika adil bermaksud sama dari segala segi, bermakna ibarat menyuruh seorang wanita memikul batu bata yang hanya sudah tentu mampu dipikul golongan lelaki sahaja….Oleh sebab itu…Melayu masih perlu mengekalkan hak2 mereka yang tertentu….bangsa lain sangat kuat…kerana itu mereka mampu berdiri sendiri tanpa bantuan…tetapi malangnya ramai pula orang melayu sendiri yang bersama2 melaungkan slogan2 kesamarataan dan menyokong penghapusan hak kaum sendiri…sedih sekali…tapi itulah hakikat yang terpaksa kita semua lalui…kerana suatu hari nanti..sama ada kita suka atau tidak…ia tetap akan berlaku…pada ketika itu…cucu cicit kita akan menyalahkan nenek moyang yang rela menggadaikan hak keturunan sendiri…tunggulah saat dan ketika itu ….kerana apa…kerana melayu sudah lemah….melayu tidak bersatu…melayu sudah tersungkur…tersungkur menyembah bumi…

  • azam
    September 22nd, 2012 at 12:55 AM

    dulu, kini, selamenye…kencing

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.