Menu Utama

September, 2012

 

BAJET PEMBANGKANG HANYA FANTASI KOSONG

  Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri. Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat. Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara. Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untukBaca Lagi


BR1M 2.0 & 2.1 Buat Pembangkang Terdiam

DATUK Seri Najib Tun Razak sekali lagi membuat kejutan.  Memang ramai yang mengharap dan menganggap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan diberikan, tapi tak sangka pula ada BR1M 2.1 yang dikhususkan untuk orang bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM 2,000 ke bawah, turut menerima labanya. Bantuan Persekolahan RM 100 (seorang anak) yang dimulakan pada tahun lepas juga, diteruskan pada tahun hadapan. Bercakap tentang 3 perkara ini sahaja sudah heboh satu negara, belum lagi insentif-insentif lain yang diumumkan antaranya, bonus untuk kakitangan awam, kenaikan pencen dan berbagai-bagai lagi, yang mana semuanya membuat majoritiBaca Lagi


Krisis Air Selangor: Khalid Tak Faham Erti Syarikat “Sdn Bhd”?

Saya agak teruja dengan berita yang tersiar di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, mengenai sebuah buku baru karya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, yang bertajuk “Fearless: From Kampung Boy To CEO”. Dengan terbitnya buku tersebut, maka jelaslah bahawa Khalid merupakan seorang yang amat arif dalam selok belok pentadbiran perniagaan, apatah lagi dia pernah mengemudi sebuah badan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Khalid juga pernah dilantik menjadi CEO syarikat gergasi, Kumpulan Guthrie Berhad, dan kini dia telah menjawat jawatan nombor 1 di Selangor sebagai Menteri Besar. Peliknya, setelahBaca Lagi


Mahfuz Perlu Cadang “Gua Adik Beradik MB” Di Kedah, Pulau Pinang Dan Selangor

Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah, Mahfuz Omar, hari ini menyindir hebat syarikat yang diberikan kontrak LRT Ampang, George Kent (M) Sdn Bhd, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu. Mahfuz mencadangkan agar syarikat itu menukar mottonya kepada “Gua Kawan Perdana Menteri”, menjadikan potret Najib sebagai logo korporatnya dan menukar nama pejabat korporatnya kepada “Wisma Najib”. Selamba saja Mahfuz menyuruh George Kent meletakkan kepakaran korporatnya iala bermain golf bersama Perdana Menteri di dalam profil syarikat berkenaan dan utamanya, Naib Presiden PAS palingBaca Lagi


PAS Parti Pertama Memecah Belas Melayu Muslim, Tapi Idris Ahmad Tuduh UMNO Pulak

Memang meloyakan apabila mendengar tuduhan bekas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, baru-baru ini di Harakahdaily yang menuduh kononnya UMNO merupakan penyebab utama Melayu hilang kuasa di Malaysia. Idris Ahmad yang dikenali sebagai seorang yang “gila glamour” telah menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, yang dikatakan cuba menyemai rasa takut di kalangan bangsa Melayu di negara ini dengan bercakap mengenai Melayu kehilangan kuasa pada PRU ke-13. Kata Idris Ahmad, UMNO telah berkuasa selama 55 tahun di negara ini dan menyebabkan banyak tanah rezab Melayu yang hilang dari pegangan bangsa,Baca Lagi


Bajet Pakatan: Hasil Kurang, Belanja Tinggi, Masuk Akalkah?

SESIAPA yang ada kesempatan silalah lihat bajet 2013 Pakatan Rakyat yang diumumkan ‘pakar ekonomi’ lulusan sastera terkemuka negara, Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen semalam. Atau kalau malas nak tengok, biar penulis berkongsi perkara mengarut yang disebut dalam bajet bayangan tersebut sebab penulis dah mengkaji. Ini memang dah kerja penulislah untuk mengkaji benda-benda tak berfaedah dibuat Pakatan haram ini untuk dijadikan modal penulisan. Jangan orang kata kita hentam keromo saja, kondem tapi tak baca. Baiklah, disebutkan bahawa bajet itu ada 7 teras utama – percayalah, ini hanya ayat nak bagi nampakBaca Lagi


Kemenangan Aspirasi Buktikan Golongan Belia Sudah Serik Dengan Pembangkang

Keputusan Pilihanraya Kampus 2012 (PRK 2012) sudahpun diketahui umum menyaksikan mahasiswa Pro Aspirasi (Pro-A) semakin menguatkan sokongan apabila menguasai sebahagian besar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di IPTA seluruh negara. Daripada sejumlah 20 IPTA, 12 buah darinya sudah sah dikuasai oleh Pro-A, antaranya UiTM, USM, UUM, UTM, UMK, UPM, UPSI, UPNM, UMP, UniMAP, UTeM dan UTHM. Hanya dua IPTA sahaja iaitu UM dan UKM dapat dikuasai oleh kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) yang diketahui condong kepada pembangkang dan amat sinonim sebagai proksi rasmi kepada PR di dalam kampus. Status sebenar UM bagaimanapunBaca Lagi


Bas ‘Sampah’: Mana-Mana Pun, Khalid Kantoi Menipu

PENULIS difahamkan, banyak pihak sekarang ini sedang berusaha memasti, menyiasat dan menentusahkan status bas digunakan Anwar Ibrahim yang katanya adalah hasil dari penyelewengan dalam perolehan 50 buah lori kompaktor sampah oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Maklumat lanjut boleh dirujuk disini. Sudah tentu tidak berapa lagi kita akan dapat banyak maklumat mengenai pemilik sebenar bas itu dan kaitannya dengan syarikat yang membekal lori sampah outdated yang dibeli kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara direct nego dari China. Bersabarlah sementara menunggu semua maklumat itu keluar, tapi sementara itu penulis tidak pula nampak apaBaca Lagi


Jamuan Kutip Derma: Cari Dana Pilihanraya Atau Nak Sewa Jet?

SIAPA tak tahu penulis nak bagitahulah bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam pada hari Jumaat ini (28 September 2012) untuk mengutip dana bagi membantu ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan haram menghadapi pilihanraya akan datang. Selain daripada majlis makan malam, akan ada juga lelongan amal.  Khabarnya beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan menjual memorabilia masing-masing, tapi jet peribadi bukan salah satu darinya ya. Tolong sikit. Disebalik kemeruduman blog-blog pro Pakatan haram kebelakangan ini, penulis bantu sikitlah untuk menyebarkan maklumat ini.  Videonya ada dibawah ini: Penulis serulah kepada semua macaiBaca Lagi


Naik Jet, Bas Mewah Gaya Zuhud

  Sejak sekian lama semacam menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang dari DAP, PKR dan PAS menyerang dengan pelbagai dakyah dan tuduhan kononnya ramai pemimpin BN gemar menjalani hidup gaya mewah dan kurang pula cakna masalah khalayak. Berulang kali tohmahan sebegitu diulang-ulang, lama kelamaan ramai juga penyokong pembangkang yang semakin memandang serong pada kepimpinan BN dan kian mencurigai segala kerja buat bermanfaat yang dipelopori oleh Kerajaan Pusat. Untuk menambah impak rasa mual dan kebencian rakyat, pemimpin pembangkang dan balaci mereka berusaha pula mempotretkan imej buruk terhadap Perdana Menteri dengan melontarkanBaca Lagi