Menu Utama

Berkawan Dengan Syaitan: PAS Terperangkap Dalam Mainan Perkataan Tun M

Memang menarik cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik perhatian pihak pembangkang, khususnya PAS, apabila cetusan penulisannya telah berjaya membuat mereka melatah tak tentu hala.

Dalam kenyataannya melalui blog, Tun Dr. Mahathir seolah-olah sengaja menyatakan bahawa lebih baik Barisan Nasional (BN) sebagai “pihak jahat” yang dikenali berbanding pembangkang sebagai “pihak baik” yang tidak dikenali.

Tiba-tiba saja puak-puak pembangkang yang memang rendah IQ dan cepat melatah mengibaratkan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu menyifatkan BN sebagai “devil” atau syaitan yang dikenali, manakala pembangkang pula adalah “angel” atau malaikat.

Maka seronoklah puak-puak PAS menyamakan UMNO/BN sebagai syaitan, khususnya para pemimpin PAS yang berotak udang dan malas berfikir.

Saya tertanya-tanya, apakah mereka tidak tersinggung di sebalik sindiran mantan Perdana Menteri yang tersohor memiliki ketajaman fikiran yang digeruni oleh rakan dan lawan itu?

Bagi mereka yang lurus bendul seperti Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din, maka dia sudah tentulah dia akan menyanggah kenyataan Tun Dr. Mahathir itu dan menyatakan kenyataan tersebut bercanggah dengan Islam.

Dalam kenyataannya, Datuk Dr. Harun Din menjelaskan bahawa umat Islam dilarang sama sekali untuk berkawan dengan syaitan memandangkan makhluk itu adalah ciptaan Allah yang paling kejam dan derhaka.

Timbalan kepada Nik Aziz Nik Mat itu turut memberikan beberapa nas dan dalil untuk melarang umat Islam untuk mempunyai sebarang hubungan baik dengan syaitan…

Nah! Di sini saya melihat objektif sindiran Tun Dr. Mahathir itu tepat terkena batang hidung PAS, khususnya Mursyidul Am parti itu, Nik Aziz dan Presidennya, Abdul Hadi Awang, Dewan Ulama dan Syura, serta para pemimpin PAS secara khususnya.

Apakah Nik Aziz lupa dalam kenyataannya sebagai pemimpin yang memberi fatwa kepada para “penganut agama” PAS sebelum ini bahawa parti itu “sanggup berkawan dengan syaitan” untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?

Masih ingatkah Abdul Hadi dengan fatwa “Tok Guru” itu yang menghalalkan untuk berkawan dengan syaitan demi cita-cita dan nafsu politik parti itu sehingga hampir semua perjuangan asal PAS bagaikan tergadai sejak DAP dan PKR?

Lupakah para pemimpin PAS dengan ajaran Nik Aziz yang menyuruh mereka berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan sebuah “Daulah Islamiyyah” yang diiktiraf oleh negara-negara Islam sedunia untuk memenuhi objektif politik mereka?

Kononnya bila PAS dikritik bersatu dengan “syaitan”, Nik Aziz selamba menyatakan bahawa hubungan baik dengan syaitan itu berdasarkan “tahaluf siyasi”.

Padahal, “tahaluf siyasi” bersama golongan bukan Islam itu hanya dibenarkan sekiranya hubungan itu memberikan kelebihan dan menguntungkan kepentingan Islam.

Namun, “tahaluf siyasi” PAS dengan syaitan-syaitan bernama DAP dan PKR ini dilihat lebih menjurus kepada PAS dibuli teruk sehingga hilang identiti perjuangannya apabila terpaksa membuang dua teras utama parti itu.

Pertamanya PAS terpaksa melupakan perjuangan membina sebuah Daulah Islamiyyah dan keduanya parti itu terpaksa membuang perlaksanaan hukum hudud yang dicanang sejak berpuluh tahun lamanya.

Jadi, apakah hubungan PAS dengan syaitan-syaitan itu memberi keuntungan kepada kepentingan Islam dan layak dikategorikan sebagai “tahaluf siyasi”?

Jelas di sini bahawa kenyataan Tun Dr. Mahathir itu berkemungkinan besar adalah untuk menyindir dan menyedarkan PAS bahawa merekalah sebenarnya yang berkawan dengan “syaitan yang mereka tidak kenal”, iaitu lebih buruk dari “syaitan yang mereka kenali”.

“Syaitan yang dikenali” itu mungkin bermaksud bahawa BN telah diburuk-burukkan pembangkang sehingga dilihat seolah-olah jahat seperti syaitan, namun seluruh rakyat Malaysia mengenali BN sebagai sebuah parti yang banyak berjasa dan menabur bakti kepada Islam, bangsa dan negara.

Manakala “malaikat yang tidak dikenali” itu mungkin pula bermaksud bahawa Pakatan Haram itu dibayangkan sebagai telus, mulus dan kudus seperti malaikat, tapi rakyat Malaysia ramai yang tertipu kerana tidak mengenali sifat sebenar mereka yang lebih jahat dari syaitan!

Syabas saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir yang berjaya buat kesekian kalinya mempermain-mainkan puak-puak pembangkang, khususnya PAS yang jelas berotak lembu dan meletakkan IQ mereka lebih rendah dari tahap tapak kaki!






56 Komen to Berkawan Dengan Syaitan: PAS Terperangkap Dalam Mainan Perkataan Tun M

  1. Anak_Nogori says:

    Saya hanya mampu gelak jelah..mereka bukan faham pun kata2 sinis Tun tu…

    • rosm says:

      YANG AKU TAU MAHADER SAMAKAN UMNO DENGAN SYAITAN JER.. YANG LAIN2 TU CUMA ANALISIS UNTUK COVER STATEMENT DIA.

      APA NAK HERAN..
      MELAYU DIA KATAKAN PELUPA..
      UMNO DIA KATAKAN BUSUK HINGGA KE USUS..
      JADI UMNO=SYAITAN TU KIRA ACCEPTABLE LA.

      • devils you know says:

        http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/better-the-devil-you-know-than-the-devil-you-don-t

        Kecik 2 malas blaja English!
        besar2 jadi pencacai!

        • hmm... says:

          tau la celik Inggeris.. tp, x elok kita ibaratkn org lain dgn setan. sama la mcm red devil MU tu.. tu sume agenda barat nk rosak mnda kita..

      • proton says:

        hahahaha..Nik Aziz yg ckp dia suka kawan dgn dgn syaitan..dh mmg sama waktu dgnnya pun dlm PR..tulh duk baca kitab harakah..Nik Aziz merapu engko pun x tahu..Nik Aziz pun baca utusan lh wei!!!

  2. mawar says:

    Kalau najis tak faham aku tak heran , ni Harun Din pun tak faham apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir. Inilah punca nya kalau hanya baca malaysia kini dan haramkah…kitab kunin paspispus.

    • hmm... says:

      kan senang ckp melayu dlm hal mcm ni.. ni sume bleh tmbul fitnah.. tau la hebat inggeris.. peribahasa melayu yg pnye sedap xmau pkai.. ckp la cina or india malaysia mana x fhm bhsa melayu??

  3. farha says:

    Bodoh…pas memang Bodoh..

  4. raplahjingaa says:

    Tun memperbudak-budakan PAS…hanya dengan beberapa baris ayat-ayat sinis !!

  5. yeop says:

    rasanya, Dato’ Harun Din terlebih maklum maksud proverb Tun tu.. yang dia cakap tu sebenarnya nak sindir Mursyidul Am PAS..

    mesej Dato’ Harun Din jelas iaitu “jangan berkawan syaitan”

  6. StinGray says:

    Ini lah akibat terlalu taksub dgn si tua kutuk tu….jadi bodoh dan terus diperbodohkan…

    • proton says:

      aku rasa Pas dgn Al Arqam hampir sama je..stiker Asaari byk pengikut lekat pd kenderaan..puak Pas pun sama..tgok jelah yg taksub..Nik Aziz ni masih x sedar apa yg dia ckp…ada ke dia samakan Nabi Muhammad s.a.w sama dgn mat yg umur 10tahun sewaktu baginda masih kanak2…kelahiran Rasul dan Nabi terakhir telah diceritakan dlm kitab Taurat , Zabur dan Injil..cuma x diceritkan kelahiran Nik Aziz je..ada faham puak2 PAS?!!!

      • hmm... says:

        sori la aku nk kata ni.. hang memang bodo.. ada ka patut sokong org yg ajak hang ke jln benar hang kata bodo? jgn dok ikut perangai abu lahab…apa da…

  7. pasdaplaknat says:

    Cuba kita tengok sikap melatah Harun Din, asalkan ada untung politik PAS je cepat2 dia pun bunyi. Padahal banyak maksiat dan mungkar yg dilafaz oleh pemimpin PAS, kenapa Harun Din jd SYAITAN BISU???
    termasuk penghinaan Tauhid Allah SWT, Nik Ajis sendiri melafaz berkawan dengan syaitan, nah skrg Tun M bantai balik Harun Din makan perangkap.. mmg bila xikhlas dgn Islam Tuhan tunjuk terang2.. asyik cari salah org.. salah sindiri disimpan rapi.. akhirnya mmebusuk terburai jugak!

    PAS ni dr pada atas hingg pencacai bawah kutip sampah semuanya sama KARUT shj!

    • niel says:

      memang betul sangat2.. nak taw tahap iq otak orang pas..tengok jer kebodohan dan pembohongan nik aziz kelantan.. otak berulat macam budu peram belakang jamban.

  8. torco says:

    tahniah TUN

  9. PASpartyNGOK says:

    Tun hanya memilih satu proverb atau phrasa inggeris yang dirasa sesuai utk memberi andaian itu. Walau devil disitu tidak memberi makna tepat syaitan and angel sebagai malaikat.

    TEtapi bila arguement keluar menjurus pada definasi atau makna sebenar word to word maka timbullah perbalahan mengenai siapa syaitan dan siapa malaikat. Tetapi setakat ini Tun M belum lagi beri penjelasan atas apa maksud dia sebenar.

    Jika kita pinjam proverb yang lain saperti ” its the straw that breaks the camel’s back. ” Putting the horse before the cart’ ‘ Jump the gun’ It takes a snake to catch another snake dan sebagainya lagi, terjemahan nya berbunyi pelik jika dibuat cara direct ke bahasa kita. Demikian juga dengan yang TUn M pakai. Boleh ke kita pertikaikan macam mana ular menangkap ular.

    Untuk Harun Din jadi terlalu terasa yang telah memanggil dia beri komen dari sudut pengertian agama adalah merupakan satu komen yang kurang sesuai dalam hal ini.

    Kita ingat Harun Din sudah hilang sensitiviti mengenai hal semasa kerana dia jadi bisu sekian lama. Sunyi sepi tanpa suara atas sebarang hal kemungkaran yang berlaku. Aku secara peribadi rasa terlalu kesal tentang hamba Allah bernama Harun Din ini. Aku pernah kesal dengan Ismail kamos tetapi Ismail banyak menampakkan positif side lebih dari negatif.

    Kerana positif ini aku rasa teruja bila beliau datang berQiam di kawasan aku ramadhan lepas dan tazkirahnya tetap mantap dan bermenafaat walau pun pendek.

    Harun Din perlu berhenti menghidu kentut Anwar kerana perbuatan ini membuatkan Harun jugak berbau busuk. Maaf ye Dato, ini kali kedua saja berkata begini, kerana saya tetap tidak memeprcayai Anwar semacam mana Dato percayakan dia.

    • bujuk says:

      Pertahankanlah TunM korang tu..
      Jelasnya, TunM kata Syaitan itu UMNO/BN. Nak kata apa lagi..
      Lagipun pepatah tersebut tak sesuai dengan Islam bila kata Syaitan yg. d kenali lebih baik dari Malaikat yg. tak d kenali. Sedangkan dalam Islam, Syaitan selaknat2 makhluk dan Malaikat sepatuh2 makhluk. Tak pernah malaikat membantah perintah Allah.

      • PASpartyNGOK says:

        Nik Ajis jugak suka berkawan dengan syetan. Yang pernah keluar dari mulut dia ialah kita akan berkawan dengan sapa saja termasok syetan sekali pun.

        Macam mana pulak pas tafsirkan syetan versi Nik Ajis. Mungkin syetan islam. Atau jin islam.

      • raplahjingaa says:

        Syaitan selaknat-laknat makhluk…tu la yang nik ajis buat kawan…sama la laknatnya nik ajis tu bujuk….dan hangpa angkat pulak jadi nabi, ayah pin pun respect gila..

      • matp says:

        love u TUN, bujuk bangang sekolah tak habis byk ponting lak.

      • paklang says:

        Bujuk…. budak sekolah darjah 6… orang kg pun faham maksud Tun M … hang yang kata hebat sangat pun tak faham ape ke hai nya…

        Hang pas SPM dak ni …ni mesti kes BM kantoi ni

      • rosdi ghani says:

        apa laa bodo ko nih bujuk….lubang anus ko dah kene jolok di ko**k anuar ker??

      • Jack says:

        Ha ha. Ni sorang lagi Bubuk bodoh tak boleh diajar. Buang masa korang je layan bujuk ni. Yang iq tahap jubo Nuar.

      • bujuk says:

        Punya banyak peribahasa melayu apasal nak JUNJUNG peribahasa BARAT yg. SONGSANG. Kalau TunM silap, janganlah korang yg. jadi pesalah…

      • proton says:

        habis yg engko bujuk? Nik Aziz? yg jual kalimah ALLAH ..tu yg engko sanjung?..Anwar ? yg sakit mental?..mmg setaraf lh puak2 pembangkang ni.. xsedar duntung..klau ,moyang engkau ada..dh lama kena benam dlm tanah..Pas & Pkr yg jd jurucakap Dap.. engko sedar x? otak engko ni kat mana? kat jubur ke?

  10. paklang says:

    Puak ni mana faham sindir menyindir ni….bodo piang tetapi berlagak pandai… depa diajar dengan cara maki hamun dah loebih 50 tahun.. tak faham sindir2 ni.. kalau harun din dan timbalan nik aziz pun tak faham lagi la hadi ngan nik aziz… hiraki pimpinan pas ni..yang bodo bangang dok kat atas..yang bawah kena air selipar keramat nik aziz … ya kan saja apa saja sibangang diatas tu cakap….

    • PASpartyNGOK says:

      Kita tahu Nik Ajis dilayan macam wali oleh pengikut totoknya. Kita pernah dengar bekas air wudhu Nik Ajis ditadah dan dibawa balek. Bila ahli keluarga sakit diberi minum air tadahan itu. Mana pergi hukum air mutlak atau tidak mutlaknya pada pengikut pas yang tulen islamnya ini kita tak tahu.

      Selipar Nik Ajis pertnah dicuri dari masjid dan poencuri mengaku dia yang curi untuk simpan selipar itu ambik berkat.

      Setakat ini kita belum dengan seluar dalam Nik Ajis dicuri buat tutup muka bila tidor malam oleh pengikut totoknya.

  11. neutron says:

    APA BISING BISING… TUN M MAU ORANG PAS KAWAN DENGAN ORANG UMNO SEBAB ITU TGNA SUDAH KATA LEBIH BAIK KAWAN DENGAN SETAN… JADI ITU TUN M KATA ORANG UMNO MEMANG PERANGAI SETAN!!!! ITU PUN KAMU WORANG UMNO TARAK BOLE BACA KA??? AHLI UMNO = SETAN???? KAHH…KAH…

  12. pasdaplaknat says:

    Tun M balas balik pd Pork Nik, english idiom ciptaan Tun buatkan Harun Din melatah berok jugak tetiba minta suruh Tun M taubat. Pork Nik maki Tuhan tk pulak kena taubat? Pork Nik nk berkawan dgn syaitan musuh yg nyata tk kena tegur pulak? Alahai PAS oii.. membusuk je hari demi hari.

  13. fabregaz says:

    jd masalah bila org yg kena sindir x fhm maksud tp dok nmpk benda yg lain..susah bercakap dgn org bodoh guna kiasan ni..bkn ssh nk fhm pun tp dah otak udang mmg xblh blah la..bila dh fhm sikit cAri plk point lain konon proverb tu xsesuai utk org islam..mmg la nmpk xsesuai sbb pi translate word by word..aljub mgkn faham sbb tu dia sengih ja tgk keldai pas yg dia pun faham mmg baghal

  14. bujuk says:

    Apa punya sindiran la hingga sanggup mengaku SYAITAN.

  15. bujuk says:

    Berbelit lidah budak mykmu pertahankan memanda tua. Pelbagai kaedah nak betulkan kenyataan memanda tua untuk menjadikan memanda tak pernah buat silap dan setaraf ulamak. Kenyataannya.. makin memburuk, bukan bertambah baik. Biasanya UMNO akan marah kalau kata mereka syaitan, tapi pelik mereka ucap tahniah pada memanda yg. kata syaitan itu KITALAH(UMNO/BN).

  16. akmal says:

    nik ajis kata kawan dgn syaitan pun boleh klu syaitan nak tolong buat baik.blh komen sikit

  17. neutron says:

    Worang UMNO sanggup mengaku jadi SETAN sebab mau kawan dan dapat undi worang PAS ???? kah..kah.. UMNO memang SETAN…kah..kah…

  18. Anti Ungrateful Immigrants says:

    Hahaha…bangangnya bujuk. Simple english pun tak faham. Yang Nick Babi Najis cakap dulu tu memang SYAITAN (DAPiggy). Berbeza dengan apa yang Tun M maksudkan.

  19. […] myKMU.net: Memang menarik cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik perhatian pihak pembangkang, khususnya PAS, apabila cetusan penulisannya telah berjaya membuat mereka melatah tak tentu hala. […]

Leave a Reply