|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 16 August 2012| Kategori: Adamyan,Utama | 14 Comments »

Air: Khalid Makin Tertekan, SYABAS Disuruh Diam

DI AWAL permulaan isu berkaitan krisis air di Selangor ini, Khalid Ibrahim selaku ‘Timbalan’ Menteri Besar (kepada Anwar Ibrahim, the real MB), menuding jari kepada SYABAS sebagai pihak yang bertanggungjawab kepada masalah yang berlaku.  SYABAS dituduh mensabotaj kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya mendabik dada krisis air tidak mungkin berlaku sehingga tahun 2019.

Alasan Khalid ialah air empangan penuh tapi sebab SYABAS, rakyat tidak dapat air.

PAS selaku rakan gabungan di Selangor, turut sama mengiyakan kenyataan Khalid dengan meletakkan seluruh kesalahan dari krisis yang berlaku kepada bahu SYABAS.

Jahat dan lancang sungguh tuduhan Khalid kerana dia tahu SYABAS tidak boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana 30% saham SYABAS dipegang kerajaan negeri Selangor yang diketuai Khalid.  Kalau ada usul pun ia tidak akan diluluskan wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

Jadi apa pilihan yang SYABAS ada untuk mempertahankan diri melainkan keluar kenyataan terus kepada media.

Pada mulanya tidak ramai orang nampak situasi sebenar tapi setelah beberapa kenyataan, rakyat sudah mula nampak siapa sebenarnya yang sabotaj bekalan air di Selangor.  Bukan SYABAS tapi kerajaan PKR Selangor dibawah pimpinan Khalid.

Bahasa mudah, kerajaan PKR Selangor tindas rakyatnya sendiri.

Semua ini menambah tekanan kepada Khalid.  Kelentongnya tentang peranan sebenar SYABAS, sudah mula dibongkar.  Rupa-rupanya rakyat tahu sekarang bahawa masalahnya bukan pada SYABAS selaku penagagih air, tapi kerana loji yang diuruskan Puncak Niaga, ABBAS, Konsortium Air Selangor dan SPLASH tidak lagi mampu menampung permintaan yang tinggi.

Dalam masa yang sama, loji pemproses air baru yang boleh menyelesaikan masalah ini, Loji Langat 2, dihalang pembinaannya oleh kerajaan PKR Selangor kerana PKR mahu projek itu dapat kepada mereka bagi memenuhkan tabung pilihanraya.

Semua penjelasan ini semakin menyakinkan rakyat Selangor bahawa SYABAS tidak bersalah, Khalid lah yang bersalah.  Tiap kali bekalan terputus, yang dimaki dulu ialah Khalid Ibrahim.  Penulis mendengar sendiri makian seorang penduduk sebuah rumah pangsa di Subang yang datang mengambil air dari trak yang dihantar SYABAS, “C***KA kau Khalid, sebab kaulah aku susah payah kena ambil air kat bawah ni”.

Ini cerita benar.

Khalid tahu realiti sebenar yang berlaku.  Kelentongnya sudah tidak dipedulikan orang lagi.  Khalid banyak sangat bagi alasan, masalah sampah pun macam itu juga, sampai sekarang tak selesai.  Kalau pun sampah dikutip, rupanya ia dibuang ke dalam sungai.  Tak juga selesai masalah.

Rakyat bukan nak dengar alasan tapi penyelesaian.

Jadi seperti biasa, Khalid mengeluarkan arahan supaya SYABAS berhenti mengeluarkan kenyataan media mengenai isu air ini atas 1001 alasannya yang direkanya sendiri.  Beberapa kali sebelum inipun, arahan sama dikeluarkan Khalid bagi menghalang rakyat dapat maklumat akan kepincangan yang sedang berlaku dalam kerajaan PKR Selangor.

Sebetulnya SYABAS sedang mendahului Khalid dalam memberi penerangan kepada rakyat berhubung isu air sekarang, itu yang Khalid suruh diam tu.

Ada 14 Comments setakat ini.

  • Jack
    August 16th, 2012 at 1:17 PM

    Umpama orang yang ditikam mengelak, kemudian disergah pulak, “hoi!! Jangan mengelak!!!
    Apa punya bangang daa…si khalid ni. Dahla gagap, bangang pulak.

  • pangkah lagi
    August 16th, 2012 at 2:08 PM

    uhhh….rakyat semakin menderita.cepat-cepat lah adakan pilihanraya.kasi ajar si mamat khalid ni.makin hari makin jelek.haaaak tuihhhh

  • Anak_Nogori
    August 16th, 2012 at 2:29 PM

    Kan saya dah cakap..kalau kita beri monyet jaga kebun pisang kita, hancur lebur lah kebun kita..lain kali bagi pada petani tanam pisang yg dah berpuluh2 tahun mengusahaksn kebun pisang..baru lah selamat.

    Berbalik pada isu air ini, kita bercakap pasal air yg sudah dirawat yg disalurkan kpd penguna, yg Khalid tu cakap pasal air mentah yg ditakung..kita rakyat ni boleh faham..yg dia MB boleh bodoh melantun lantun.

  • raplahjingaa
    August 16th, 2012 at 3:08 PM

    Bila tengok muka cai-cai PAS ni…aku hairan apasal muka semua semacam jer….kusam tak bercahaya.

  • pangkah lagi
    August 16th, 2012 at 3:39 PM

    Letih banyak beribadat bulan puasa

  • tengkudin
    August 16th, 2012 at 6:37 PM

    kalid nak pelingkupkan selangor…kalid jamban aka kalid gagap memang tak reti mentadbir..habis huru hara dibuatnya..

  • omega
    August 16th, 2012 at 10:29 PM

    Jadi tak salah la ada satu demostrasi tahun lepas yang hadiahkan mop dan mangkuk jamban terpakai pada khalid ibrahim. Memang layak rupanya kerajaan khalid dihadiahkan benda tu. Busuk lagi memualkan, haaak tuihhh pkr

  • Kajang pak malau
    August 16th, 2012 at 10:34 PM

    Dulu PAS guna agama untuk undi. Tapi akhir-akhir ni UMNO pula nampak juara guna agama untuk raih undi. Haram undi DAP kafir Harbi…

    Mugkin UMNO dah ambil cadangan saya dulu supaya UMNO lebih agama pula dan PAS mengambilalih tempat UMNO lebihkan bangsa.

    Kita lihat reaksi masyarakat!

  • PASpartyNGOK
    August 16th, 2012 at 11:08 PM

    Apa yang pakatan haram ini buat untuk rakyat jelata yang memang nyata disalah pilih 4 tahun lalu kita pun tak tahu.

    Yang kita tahu kesemua mereka ini dipilih untuk berpolitik berdentam berdentum dari awal pagi terus sampai kemalam . Bila sebut politik semua orang faham apa bendanya. Politik ialah bahagian pentadbiran yang bercakap, mendusta, memujuk, memfitnah dan meburukkan orang lain. Itu lah istilah politik yang kita lihat dari satu sudut luas. Dan dalam pakatan haram ini berdiri dengan kesemua ahli politik yang terlalu hebat termasok lah Khalid Samad adik Datok Shahril Samad. Seorang lagi tak kurang hebat pendusta duduknya diPerak, Nizar namanya.

    Manusia ini jenis hampas setengah sen pun tak guna sebenarnya. Mereka anti establishment. Bercakap dan berfikir dengan dendam kesumat yang maha tinggi menghasilkan semua kearah kemusnahan tiada kebaikan.

  • PASpartyNGOK
    August 16th, 2012 at 11:12 PM

    Sebahagian yang lain memiliki nafsu syhawat yang terlalu buas. Menghentam, meliwat. Dan satu lagi hobinya menyuap ais krim untuk santapan sampai kedalam jamban.

    Memfitnah ke aku Ni ? TEntu tidak bukan. Apa jenis bukti lagi diperlukan untuk kita dakwa mereka ini. Terlalu jelas dan TERANG TANG TANG.

  • addam usman
    August 16th, 2012 at 11:14 PM

    Khalid Ibrahim memang berdolak-dalik, dia mahu supaya rakyat selangor menerima pakai sistem air di Kelantan, pam saje dari sungai atau lombong dan salur terus ke rumah-rumah, terimalah rakyat selangor bermacam-macam air asli. Ada kerajaan yang mentadbir dengan baik di singkirkan, nah…. sekarang terima ajelah nanti air yang bermacam-macam rupa dan rasa…

  • korokstabang
    August 17th, 2012 at 12:50 AM

    air mentah untuk cover pertambahan penduduk pada 2015 pun tak cukup, lagi dia mau gebang pasai air rawat berganda lagilah tak cukup pasai loji rawat sedia ada tak mampu nak cover jumlah pengguna

    tang paling bodo si gagap ni bila dia kata selangor tadak masalah dengan air hingga yb & exco yang sama bengong pi meliwat ehh salah taip pi melawat empangan air hingga depa kuar statement air melimpah cukup hingga tahun 2020

    bila khalid sedar rakyat sudah hidu penipuan dia bahwa selangor sedang hadapi masalah air maka si MB double bodo kuar plak statement katanya mau amik air dari tasik kenyir katanya bina paip dari selangor ke empangan kenyir lagi murah, murah kepala bana dia lah

    dia ingat dia cerdik dapat tipu rakyat dari masalah air rawat dia pi swing pada air mentah skang dia sangkut diatas kebodohan dia sendiri pasai bukan saja air rawat malah bekalan air mentah untuk salur ke loji rawatan yang sedia ada pun sudah berada pada tahap kritikal

    ginilah jadinya bila pilih manusia bodo tadbir negeri menyusahkan rakyat sampai penduduk tertungeng basuh berak di pili bomba tepi jalan

    muehhhhhahahahahahahaha

  • korokstabang
    August 17th, 2012 at 1:16 AM

    bila waktunya pemimpin agama pas lebihkan bangsa ? bangsa tu asobiyah sedangkan pemimpin agama pas yang berlagak arab celup bercakap pun ana ente telah memperniagakan agama sejak dulu sampai skang cuma skang depa upgrade sikit selain meniaga agama depa turut mengadaikan agama serta maruah islam kepada kapir harbi tujuan raih undi

    muehhhhahahahahahahaha

  • raplahjingaa
    August 17th, 2012 at 12:08 PM

    depa jugak dah upgrade cara penyampaian…dulu secara terbuka..sekarang ni dah pandai one to one dalam bilik….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.