|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: dukeofmontecristo | Diterbitkan pada: 29 August 2012| Kategori: dukeofmontecristo | 5 Comments »

Harakahdaily Cuba Lagakan Pemimpin UMNO/BN Di Pulau Pinang

Sekiranya dikatakan PAS suka menabur fitnah, syubhah fitnah, spekulasi tidak berasas dan syak wasangka buruk, saya yakin ramai pak-pak lebai berdarah “hijau” itu akan melenting panas, marah dengan kenyataan itu.

Namun sekiranya dilihat pada hobi PAS yang suka berceramah politik setiap hari, di setiap lokasi mereka berada dan di setiap medium yang ada, rasanya merekalah juara propaganda politik di kalangan orang Melayu.

Baru-baru ini lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, menyiarkan satu laporan berita bertajuk “Adun UMNO sertai rumah terbuka Saleh Man” yang dikarang oleh wartawannya, Mohd Sabri Said, yang sudah tentu orang PAS “pekat”!

Di dalam penulisannya itu, Sabri menyatakan bahawa Adun UMNO yang hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man itu adalah Datuk Arif Shah Omar Shah yang merupakan wakil rakyat di DUN Seberang Jaya.

Angin tak ada, ribut pun tak ada, tiba-tiba wartawan Harakahdaily itu menuduh dan membuat spekulasi sendiri menyatakan bahawa kehadiran Arif Shah di majlis itu kononnya sebagai petanda pemimpin UMNO itu akan menyertai Pakatan Haram menjelang PRU ke-13 nanti.

Peliknya, dia hanya membuat spekulasi kononnya ada pihak UMNO yang mendakwa kehadirannya ke majlis tersebut membawa erti yang negatif dan cuba membuat cerita yang bukan-bukan mengenai Arif Shah.

Padahal, wartawan Harakahdaily itu langsung tidak mengutarakan sebarang bukti mengenai “pihak UMNO” yang bereaksi negartif tersebut.

Kononnya lagi Arif Shah “ditakuti” oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, yang dikatakan sedang mengintai kerusi DUN Seberang Jaya yang juga didakwa sebagai “kerusi selamat”.

Lebih meragukan lagi, siapa dia untuk menyatakan bahawa Abdul Jalil “mengintai” kerusi DUN Seberang Jaya? Dari mana sumbernya? Berkreadibilitikah sumber tersebut? Dan mengapa tidak didedahkan “quote” dari sumbernya itu?

Atau Harakahdaily sengaja mengada-adakan cerita untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan para pemimpin UMNO di Pulau Pinang?

Sebagaimana maklum, Arif Shah merupakan seorang ADUN yang sangat komited dengan amanah yang diberikan di mana beliau sering turun padang, mesra rakyat, sering menyelesaikan masalah orang ramai dan mempunyai kharisma yang disegani kawan serta lawan politiknya.

Mungkin kerana rasa terancam dengan ciri-ciri “winnable candidate” yang dimiliki Arif Shah itu maka lidah rasmi PAS itu sengaja membuat propaganda murahan yang tidak berasas bagi melemahkan kedudukan beliau.

Agak mengecewakan sekiranya kita melihat sikap PAS yang kini dilihat terikut-ikut dengan corak amalan PKR yang suka menimbulkan spekulasi dan tohmahan palsu untuk kepentingan politik mereka, khususnya menjelang PRU ke-13.

Dulu PAS tidak begini di mana setiap isu dan propaganda di pantau ketat bagi memastikan ia adalah tulen serta tidak memalukan parti itu pada kemudiaan hari. PAS ketika itu enggan dikaitkan dengan propaganda kotor…

Kini sejak bergabung dengan “syaitan”, PAS semakin galak melemparkan tohmahan tidak berasas seperti PKR. Mungkinkah PAS “baru” yang wujud kini telah “dirasuk syaitan” yang menjadi teman “sekatilnya” itu?

Saya melihat, sejak bergabung dengan DAP dan PKR, kemudaratan yang dialami oleh PAS begitu ketara sekali boleh dilihat dan disedari dengan jelas oleh rakyat negara ini, termasuklah puak-puak yang menyokong parti itu selama ini.

Ramai ahli PAS yang merungut mengenai perubahan parti itu yang dilihat lebih sekular dan terlalu liberal sehingga melampaui batas-batas biasa berbanding di zaman-zaman sebelum wujudnya jawatan Mursyidul Am di dalam parti itu.

Pada saya, selain dasar PAS yang telah “diliwat” oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dan “syaitan-syaitan” chauvinis ultra kiasu itu, struktur dalaman PAS juga semakin huru-hara di mana Presiden yang jadi “pak hangguk” kepada “fatwa” dari “Lelaki Y” menerusi Mursyidul Amnya…

Apa nak jadi dengan PAS? Sudahlah pemimpinnya suka menabur fitnah di pentas-pentas ceramah, lidah rasminya pula sudah terjangkit sindrom propaganda terdesak demi kepentingan politik. Inilah jadinya bila berkiblatkan politik lebih dari Islam..kan?

Ada 5 Comments setakat ini.

  • hamPAS Nyoir
    August 29th, 2012 at 2:21 PM

    pi mampuz dgn hamPAS nyoir

  • yeop
    August 29th, 2012 at 3:21 PM

    apa masalahnya kalau datang rumah menziarah di Aidil Fitri.. Kan ke elok amalan macam tu. ketepikan perbezaan politik sebentar..kan raya..

    Sedangkan “tokong” pun datang rumah terbuka najib..adakah bermaksud “tokong” nak masuk UMNO..?

    Pas ni merapu x tentu hala..

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 5:51 PM

    Laaaa…mungkin aku ketinggalan zaman, tapi ada ke lagi orang yang membaca harakah ?

  • pasdaplaknat
    August 29th, 2012 at 7:20 PM

    PAS skrg ni totally sekular, so fitnah bohong xpeduli asalkan propaganda jahat mesti mau jalan. PRU13 mereka kelam kabut isu besar meleret2. PAS mmg pengikut syaitan. Bila media tunuk sekeping ja gambar Ust Nasha bersama PM Najib dan Ulamak2 di Makkah, Pork Nik dan rejimnya sudah mula sakit hati, membusuk xboleh duduk, ini sifat2 mazmumah dari syaitan yg diwarisi PAS. Apatah lg bila lihat org UMNO ke majlis PAS, mereka xboleh nk lihat dr sudut Islam, sebaliknya mati kutu dgn politik ala jahiliyyah. Bodoh sungguh politk HARPRAKAH main isu.

  • Nana
    September 1st, 2012 at 9:58 PM

    orang pas ni nama je alim ulama… tapi kebanyakan pembohong… pemfitnah… penipu… dan tamak harta… pangkat… kedudukan… ceramah2 politik bukannya ilmu agama… buat duit mudah !

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.