27
Aug
anwar berahim

Ketua Pembangkang Boleh Menjadi Penulis Skrip Filem Yang Hebat

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang cerita politiknya penuh dengan drama dan aksi. Jika sesetengah cerita di Malaysia ini di filemkan dan mendapat sentuhan dari sutradara-sutradara Hollywood seperti Francis Ford Coppola (Godfather), Spike Lee (Malcom X) ataupun Ridley Scott (Kingdom of Heaven dan Black Hawk Down) sudah tentu ia dapat menjadi filem-filem boxoffice yang sangat hebat. Ini kerana pembangkang di Malaysia begitu hebat berkarya sehingga mereka berjaya mencorak teori-teori yang menarik demi menjatuhkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional semenjak zaman pra kemerdekaan lagi.

Adapun sedikit filem-filem Malaysia yang berkisarkan tokoh-tokoh negarawan telahpun ditapis oleh dengan begitu terperinci. Ianya begitu “bersih” sehingga tidak menampakkan sutradara atau pengarah realiti yang sebenar iaitu para pemimpin pembangkang. Sutradara-sutrada politik ini seperti tidak kering idea untuk mencipta cerita-cerita dongengan berkenaan kerajaan ataupun mana-mana pihak yang menyokong kerajaan.

Namun begitu anugerah sutradara terhebat hanya boleh dirangkulkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau ternyata merupakan individu paling hebat dalam berkarya. Bukan sahaja bertindak sebagai sutradara tetapi juga sebagai pelakon lelaki terbaik Malaysia.

Terlalu banyak cerita dan dongengan yang dihasilkan oleh beliau sehingga kadangkala perkara yang tidak masuk akal pun seakan-akan nampak kebenarannya. Dari pemerhatian penulis, tidak ada lagi seorang manusia di Malaysia yang boleh disamakan tarafnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kehebatan beliau yang nyata ialah boleh membuat sebuah parti anti-Islam seperti DAP berkerjasama dengan sebuah parti Islam iaitu PAS. Resipinya mudah, secebis pluralisma agama yang disadurkan dengan ayat-ayat demokrasi dan kebebasan.

Begitu hebatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mampu membuat seorang negarawan ulung seperti Tun Dr Mahathir dipandang seperti seorang diktator. Kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim terserlah sehingga Tun Dr Mahathir di dalam bukunya “ A Doctor In The House” di muka 698 mengatakan bahawa adalah sukar bagi Tun Dr Mahathir untuk memaafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah berjaya memburukkan nama beliau dengan sebegitu hebat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh yang suka bercerita tentang teori-teori konspirasi, dari teori pemecatan beliau sehinggalah kematian Altantunya dan Teoh Beng Hock, mulutnya sentiasa berzikir konspirasi. Pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat pula dijadikan tempat beliau untuk bersuluk bersama pengikut-pengikut taksub beliau yang lain. Bagi yang tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara logikal, zikir-zikir konspirasi ini dijadikan sebagai pelindung sekiranya pengikut-pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim ini disergah nakal oleh ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.

Retorik Yahudi dan APCO adalah tajuk filem yang terpalit kemuka Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Perkara ini telah menjatuhkan imej beliau dikalangan orang-orang kuat Yahudi seluruh dunia. Maka terpaksalah Datuk Seri Anwar membelanjakan sejumlah wang yang amat besar untuk melawat dan memohon maaf diatas keceluparan beliau kerana secara tidak sengaja menghentam rakan-rakan Yahudinya itu.

Namun begitu segala persembahan dan lakon layar Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lama diperhatikan oleh para pengundi di Malaysia. Jika dahulu ramai yang bersimpati atas nasib beliau yang kononya telah diragut peluang untuk menjadi Perdana Menteri, semakin lama semakin meluat untuk dilihat. Lakonan beliau tidak lagi berkesan, malah ada sesetangah pihak di dalam Pakatan Rakyat sendiri sudah muak dan inginkan beliau berundur dengan segera.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu rapat dengan pembantunya juga dicurigai oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat sendiri. Lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononya membenci kronisma juga tidak begitu berkesan. Apabila ditemuraham oleh BBC News beberapa tahun lepas, beliau terkedu apabila si pengacara mengajukan soalan tentang amalan kronisma yang di gunapakai oleh beliau. Isterinya Presiden PKR, anaknya ahli parlimen dan bekas setiausahanya adalah orang besar di dalam parti. Rakyat mula berkira-kira tentang siapa lagi kroni.

Mungkin kerana merajuk hasil karyanya tidak begitu mengancam seperti dahulu, beliau telah mengishtiharkan bahawa beliau akan berundur diri selepas pilihanraya ke 13 nanti. Dengan harapan akan ada orang-orang tertentu memujuk beliau supaya terus berkhidmat, ugutan manja Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak di dalam ataupun diluar Pakatan Rakyat. Ada juga yang mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin dipujuk dan dirayu sepertimana Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Hishamuddin dan beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO memujuk Tun Dr Mahathir untuk tidak bersara. Namun tidak seperti yang diharapkan, usai pengishtiharan tersebut, beliau tidak dipedulikan langsung oleh mana-mana ahli PKR atau Pakatan Rakyat yang lain.

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang sutradara yang telah tua sebelum masanya. Beliau sedang menanti zaman-zaman kejatuhannya dimana segala karya beliau akan hanya dicampakkan kedalam bakul tidak laku, untuk dijual bersama cakera padat dan VCD ceramah-ceramah beliau yang lain. Ada baiknya juga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding di kerusi Permatang Pauh pada PRU-13 nanti. Apakan daya seorang pengkarya yang ceritanya sudah basi dan tidak laku, malah jika diberi percuma pun tidak akan diambil oleh orang ramai.

Beliau perlu segera meninggalkan arena politik Malaysia sekiranya tidak mahu dimalukan pada PRU-13 akan datang. Ini kerana beliau tidak akan lagi berhadapan dengan seorang pemimpin yang lemah lembut seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi akan berhadapan dengan seorang pemimpin ulung yang telah terbukti kehebatannya. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat mengalahkan seorang pemimpin sehebat Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib bukanlah seorang pengkarya ataupun sutradara yang suka menganyam cerita-cerita dongeng kepada rakyat. Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak mempunyai pengalaman yang lebih jika hendak dibandingkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Teknik dan gaya “no nonsense” Datuk Seri Najib lebih disukai oleh rakyat jelata berbanding cerita-cerita dongeng Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehinggakan orang-orang Permatang Pauh pun lebih gembira dengan kedatangan Datuk Seri Najib berbanding ahli parlimen mereka yang hanya dilihat sekali sekala.

Datuk Seri Anwar perlu berkira-kira dengan tepat dan teliti sekiranya beliau benar-benar berhasrat untuk meneruskan karier politik beliau. Sekiranya beliau tersalah langkah, bukan sahaja karier politik, malah nama baik dan legasi beliau di dalam sejarah Malaysia akan terpatri sebagai satu penghinaan yang akan diingat selama-lamanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa sutradara lapuk seperti beliau mempunyai masa yang sangat terhad. Adalah lebih baik beliau menarik diri dari dunia politik supaya dapat meluangkan lebih masa bertaubat diatas segala kesesatan yang telah beliau hidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada 17 Comments setakat ini.

  • selamber
    August 27th, 2012 at 6:59 PM

    Pelakon PORNO terhebat malaysia..hehe

  • tengkudin
    August 27th, 2012 at 7:01 PM

    dan PELIWAT tersohor di dunia!! hehehe

  • bobman
    August 27th, 2012 at 7:14 PM

    anwar hidup dgn alam fantasinya, bermacam-macam teori direka oleh anwar yg sakit jiwa…

  • Johan
    August 27th, 2012 at 9:24 PM

    Hi All,

    Aku nak cadangkan, ape kate kita buat hari memperingati 16 September antara aktivitinya ialah memasang banner kegagalan puak PR, majlis kesyukuran, rumah terbuka dan sebagainya. Dan kalau boleh kita cadangkan kat kerajaan 16 September dijadikan cuti am. Ini disebabkan kita rakyat Malaysia telah berjaya menumpaskan gerakan rampasan kuasa melalui ‘Pintu belakang’.

  • PASpartyNGOK
    August 27th, 2012 at 9:27 PM

    Tiada apa yang elok mengenai Anwar. Baik masa dia didalam kerajaan, lebih buruk apabila jadi pembangkang.

    Anwar pinjam imej Islam untuk mempopularkan dirinya. Kerana dia tahu dengan imej alim , beriman dan bertaqwa saja lah dia dapat menyusup masok kedalam kumpulan itu buat menyebar dakyah demi mencipta nama seterusnya mengejar apa yang dia impikan. Sedangkan dari kulit luarnya pun beliau begitu jauh dari dikira seorang insan yang bertaqwa. Kerana taqwa bercirikan sabar, pemaaf dan pemurah. Apakah antara ciri tersebut dimiliki Anwar ? Kita nampak macam tak ada walau satu pun.

    Walau demikian Anwar dikira berjaya. Berjaya membuat beberapa kerat konco konconya merasa diri mereka terlalu teraniaya. Hampir semua konco konco nya merasakan mereka dizalimi. Tidak diadili dan teraniaya. Siapa yang menganiaya mereka ialah kerajaan dibawah pimpinan Dato Seri Najib. Semua pensimpati Anwar merasakan mereka dizalimi maka mereka sedang menuju kearah menghapuskan seorang pemimpin yang zalim.

    Bila ditanya bagaimana mereka dizaimi, secara terperinci mereka tidak akan ada jawapan .

  • PASpartyNGOK
    August 27th, 2012 at 9:42 PM

    Ye … selain dari jadi seorang silap mata yang boleh menghilangkan jam omega nya menjadi sekejap ada sekejap tak ada.. kita tahu Anwar seorang yang hobinya memasokkan buah zakarnya kedubur lelaki.

    Anwar boleh berdolak dalih 25 jam sehari tanpa henti dan Anwar akan mampu menyakinkan orang yang baju putih dipakainya berwarna biru. Lalu semua pengikutya menganggok dan berkata … Ye baju yang sdr pakai itu biru warnanya .

    Anwar seorang pejuang tulin yang tidak mudah berundur kecuali sekali dia pernah lari bersembunyi di Turkey ketika dia dibayangi perasaan takut yang amat sangat ditangkap polis dan dimasok lokap. Peristiwa dia ditangkap disumbat lokap dan dilebamkan biji matanya beberapa tahun dulu terlalu ngeri buat dia, lalu dia pun lari bukan keTurkey tapi hanya kedutaan Turkey di KL.

    Terlalu takut rupanya dia kerana dia tahu bahawa dia layak ditangkap dan dilebamkan bijik mata sekali lagi selepas menyumbat zakarnya kedubur saeorang anak muda sama jenis dengan nya.

    Walau apa yang kita hambur pun Anwar tetapi jadi pujaan anaknya Nurul walau Jijah mungkin terlalu kecewa dengan suami busuknya. Nurul berjaya membawa dua tiga kerat manusia biol yang sewaktu dengan dia walau jumlah kepala berkurangan dari hari kehari.

    Anwar akan mati meninggal jasa busuk, kenangan hapak dan hanyir. Bodoh sunggoh pengikut Anwar.

  • Cfu
    August 27th, 2012 at 9:48 PM

    ‘Anwar mesti bertaubat’ kata Karpal Singh.

  • KerisJentayu
    August 27th, 2012 at 10:16 PM

    Jika Politik sama dgn industri film,,rasanya setiap thun anwar al juburin akan mendapat pelako, penulis,pengarah film tebaik sebagaimana kelantan menjuarai carta terunggul HIV Malaysia….he he he

  • abg j
    August 27th, 2012 at 11:41 PM

    johan…

    16 september memang hari cuti am pun…sebab hari pengistiharan negara malaysia…tanah melayu ditukar nama jadi malaysia…tak silap aku 16 september 1969….

  • StinGray
    August 28th, 2012 at 1:48 AM

    Setan memang bijak tulis skrip untuk menjahanamkan manusia….sebagai org islam kita diperintahkan menjauhi dari setan yg direjam ini…

    Tapi yg bangangnya ada puak yg pakai serban ala2 org islam yg jadikan setan ni sbg teman hidup dan diangkat sebagai pemimpin unggul…

  • Anak Lenggong
    August 28th, 2012 at 8:27 AM

    Seteruk mana pun dia sehinggakan dibuktikan dengan visual dan kes mahkamah nya hakim dah berkata perlakuan memang berlaku cuma daru segi teknikal sahaja yang tak betul pun masih ramai lagi melayu yang mempercayainya..

  • mel
    August 28th, 2012 at 10:58 AM

    Masalahnye korang bising-bising pun si Anwar ni masih bebas berceramah dan tak kena tangkap pun..apa kes?? Apsal tak tangkap jer..

    Tu haa si Ex CCID tu Ramli Yusuf tu dok dedahkan pelbagai perilaku EX-IGP..apsal government tak buat apa-apa?

    Rafizi tu masih bebas lagi dan masih berkempen..apa kes?

    DAP yang korang kata perkauman sangat pun masih aktif lagi..apa korang buat?

    Korang tak buat apa-apa setakat maki jer semua orang boleh buat..itu jawapan paling tepat

    Xpelah sekarang ni masih mood nak raya makan kuih lemang dan ketupat..aku pun byk tempat nak kena ziarah ni..

    Minta maaf lah..hehehe Selamat Hari Raya

    Jangan Marah ek..korang maki pun tak guna kalau korang yang ada kuasa pun tak boleh nak buat apa-apa..

  • mRsTURDY
    August 28th, 2012 at 11:17 AM

    INGAT NUARBRAHI INGAT DUA BUAH BANDAR IAITU BANGKOK DAN ORLANDOR!!!MUAHAAAAAAA!!!

  • Che_Yan
    August 28th, 2012 at 1:14 PM

    Anwar tidak akan berjaya. Dia terpaksa lawan pemimpin paling berkaliber di masa kini, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghapuskan Anwar Ibrahim dengan segala-gala juak2 Anwar Ibrahim yang lain.

  • Johan
    August 28th, 2012 at 3:00 PM

    maksud aku 9 September tu …yang anwar nak rampas kuasa ..yang dia suruh orng lompat parti tu

  • Fahim
    August 28th, 2012 at 4:24 PM

    hahahahahahaaaa bersOrak je la yg tau…:D

  • atas pagar
    August 29th, 2012 at 9:15 AM

    atas sapu bawah sapu depan tarok blakang tarok…itu anwar pundek citt…

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.