|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 27 August 2012| Kategori: Adamyan,Utama | 21 Comments »

Undang-Undang Anti Lompat: PKR & DAP Tak Sepakat

RAMAI orang Pakatan (terutama PKR) keliru dengan cadangan DAP (melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng) untuk mengadakan undang-undang anti lompat bagi menghalang para wakil rakyat yang telah menang dalam pilihanraya dari melompat parti.

Mereka keliru kerana dalam masa yang rakan gabungan DAP dalam Pakatan haram, PKR sedang rancak menarik ahli Parlimen BN (terutama yang rasa dirinya tidak akan dicalonkan semula) untuk masuk ke dalam parti tersebut.

Buktinya, hampir setiap minggu Anwar canang ‘sedang bersusun ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang mahu melompat parti’, tapi yang terbukti baru 2 – itupun kerana tidak dicalonkan semula.

Sebetulnya ini (undang-undang anti lompat) pendirian DAP atau ‘Pakatan Rakyat’?  Sebab kalau pendirian ‘Pakatan Rakyat’, kenapa semasa Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing melompat parti baru-baru ini, DAP tak berbunyi langsung menentang, kenapa diam?

Orang UMNO/BN memang tak kisah sebab kita tahu DAP bersendirian sahaja tidak akan mampu membentuk kerajaan, DAP perlukan jenama ‘Pakatan Rakyat’ untuk membentuk kerajaan, jadi pandangan ‘Pakatan Rakyat’ itulah yang penting, bukan DAP!!

Tapi sekarang DAP bagi statement yang seolah mewakili ‘Pakatan Rakyat’, PKR tak bercakap apa pun malah rancak pulak lagi menarik ahli Parlimen BN masuk parti tersebut.  Kalau tak cacarmarba, apa kita nak panggil situasi seperti ini?

Ini belum memerintah pun dah nampak cacamarba, kalau dah ada kuasa besok, lagilah cacamarba.  Sesama sendiri pun tak boleh nak teguh pendirian dan persefahaman dalam isu-isu mudah, apa lagi dalam membuat keputusan soal yang lebih besar membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Kami nak habaq disini,  bila ada pertelingkahan seumpama ini, DAP akan dilihat sebagai DAP sahaja, bukan ‘Pakatan Rakyat’.  Begitu juga bila ada ahli Parlimen BN yang melompat menyertai PKR, ketika itu PKR akan dilihat sebagai PKR sahaja bukan ‘Pakatan Rakyat’.

Dalam banyak hal yang tidak menguntungkan mana-mana pihak seperti ini, memang masing-masing mahu dilihat sebagai parti asing-asing, tidak sebagai ‘Pakatan Rakyat’.  Tujuannya untuk tidak mahu rakyat nampak ‘Pakatan Rakyat’ ini berpecah belah dalam memperkatakan tentang sesuatu dasar.

Tapi kalau ada perhimpunan besar-besaran atau acara yang boleh menguntungkan, itu akan dikaitkan dengan ‘Pakatan Rakyat’, kononnya nak nampak bersatu dan berpakatan.

Rakyat diminta jangan lagi dipermain dan diperbodoh oleh puak-puak ini.  DAP, PKR dan PAS tidak bersatu dan tidak mungkin bersatu.  Usah kata DAP dan PAS, PKR dengan DAP pun tak boleh nak bersama-sama dalam banyak hal.

Bila ada mesyuarat tertutup, masing-masing kutuk masing-masing juga, seperti berlaku dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang dipengerusikan Mansor Othman yang terbocor baru-baru ini.

‘Pakatan Rakyat’ sebenarnya adalah jenama palsu yang direka Anwar Ibrahim untuk ditanam di dalam pemikiran rakyat Malaysia supaya mereka yakin bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia ini bersatu padu.  Sebab itu tak berdaftar sehingga sekarang.

Malah semua pakat-pakat pembangkang sebelum ini seperti Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, semua pun tidak didaftarkan secara rasmi – menunjukkan bukan salah Pendaftar Pertubuhan, tapi mereka memang tak nak bersama secara rasmi sebab berlainan idealogi.

Gebang saja bersatu padu.

Ada 21 Comments setakat ini.

  • yeop
    August 27th, 2012 at 6:15 PM

    anti lompat bermakna anti anwar…sebab bapak segala lompat-melompat di malaysia ni anwar la.

    adakah bermaksud DAP anti anwar? sementelah PAS terus menjadi hamba tebusan beliau…ish3

  • StinGray
    August 27th, 2012 at 6:38 PM

    DAP sarankan undang2 Anti Lompat sebab depa tak puas hati dgn Aljubs yg suka2 melompat atas China Doll dulu tu…suatu penghinaan pada bangsa cina….

    Pada DAP, Anwar begitu RASIS, hingga sanggup MENEKAN gadis berbangsa cina tersebut tanpa rasa segan dan silu…

    Undang2 parti lompat perlu digubal bagi menyelamatkan gadis2 cina dari dilompat oleh Bro Anwar B. Ibrahim ‘BABI’…

  • raplahjingaa
    August 27th, 2012 at 6:50 PM

    hehe..

  • selamber
    August 27th, 2012 at 7:02 PM

    Tokoh tu bro…tokoh ‘Bapa porno malaysia’..

  • bujuk
    August 27th, 2012 at 11:53 PM

    Aku teringat ketua bahagian UMNO bkt. bendera pijak gambar Kho So Kun dulu. Dia d lucutkan jawatan tampa UMNO buat apa2. Inilah perkauman dalam BN, nampak baik tapi hati masing2 penuh curiga. Pergilah kem biro tatanegara, pasti ada ucapan perkauman.
    Jadi UMNO tak perlu jadi juara dalam isu ni.

  • bujuk
    August 28th, 2012 at 12:00 AM

    Secara umumnya takda siapa suka ahli politik bersikap seperti katak. Mereka yg. bermaruah patut letak jawatan dan d beri HAK bertanding semula. PKR walaupun memancing YB tetap tak mahu ahli politik katak ni. Tapi itu yg. UMNO/BN ajar dan buat bila terdesak seperti d Sabah dulu dan Perak. UMNO tafsir perlembagaan secara berbeza. Manusia memang bebas berpesatuan, tapi tak berhak bawak jawatan mereka bila keluar persatuan/parti yg. mereka tanding atas nama persatuan/parti.

  • raplahjingaa
    August 28th, 2012 at 12:11 PM

    Hang bujuk..hang teringat macam-macam, dah berapa kali dak aku nak kata…UMNO memang parti perkauman…

    kerana UMNO parti perkauman lah..

    – Negara mempunyai sekolah 3 aliran, satu-satunya negara di dunia.

    – Pendatang pasca 1957 di terima secara automatik menjadi rakyaat malaysia.

    – pendatang sudah boleh mengundi serta-merta setelah merdeka, sedangkan di amerika puak afro amerika hanya di benarkan mengundi pada tahun 60an selepas lebih 300 tahun tiba di amerika

    – Bahasa pendatang di benarkan pengunaanya secara meluas di dalam negara

    Ni semua kerana UMNO adalah parti perkauman…hehe, bujuk…bujuk…pendek akal rupanya hang..

  • raplahjingaa
    August 28th, 2012 at 12:12 PM

    elehhh…bujuk hang cakap lain, tapi dalam hati hang lain sangat…

    PAS sungguh hang ni.

  • StinGray
    August 28th, 2012 at 1:11 PM

    bujuk ni bkn kena demam pilihanraya…tapi sawan babi pilihanraya..merapu tak tentu arah…mcm dah hilang arah….sebab dah rasa nak kalah…

  • bujuk
    August 28th, 2012 at 11:49 PM

    Kecohkan PR, parti dalam BN pun tak sama pendapat, tak pulak jadi isu..

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 12:35 AM

    Tak kan jadi isu bujuk..sebab pengerusi BN adalah presiden UMNO !

    Hangpa tu daftar pun idak ! mana nak sama…hang faham kan.

  • bujuk
    August 29th, 2012 at 10:56 AM

    Sekarang.. UMNO setuju ke tidak?
    Dah 2 negeri UMNO rampas cara lompat katak ni..

  • bujuk
    August 29th, 2012 at 11:03 AM

    UMNO buat semua tu semata2 nak menang PRU. Sebab tu ada rakyat m’sia yg. umur 50 tahun tak tau cakap melayu. Itu yg. tua, yg. muda belasan tahun pun ada jugak tak boleh berbahasa melayu. Penyata Razak dan Rahman Talib UMNO/BN tongsampahkan jee.. demi kuasa politik.

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 1:13 PM

    hmmm….bila ada orang BN yang melompat, hangpa siap peluk cium lagi tuuu…nak kira macam mana tu bujuk ?

    aku dah ter confused neh..help ! help !

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 1:15 PM

    ..sat hang kata UMNO perkauman…bila bagi bukti, hang kata pulak UMNO nak menang PRU..

    bujuk…bujuk, hang ni dah dewasa nanti, tentu hang jadi macam abang mat sabu ! hehe

  • bujuk
    August 29th, 2012 at 6:48 PM

    PAS tak lompat… sekadar bersyukur jika ada kesedaran dalam perjuangan.

  • bujuk
    August 29th, 2012 at 6:51 PM

    UMNO memang perkauman, tapi mendahulukan kuasa untuk rebut harta negara. Buktinya UMNO akan julang keris bila marahkan MCA, tapi sanggup menitiskan airmata mintak maaf bila nak pilihanraya macam Hishamudin buat.

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 10:41 PM

    hmmm….tapi aku rasa bujuk, tak sama macam tantawi pi minta maaf kat paderi kristian…tak caya ?

    hang pi tanya hassan ali..by the way bujuk..nik ajis hang dah kata bye-bye kat ustaz nasha…pandai jugak cikgu kemas tu cakap orang putih no…

  • raplahjingaa
    August 29th, 2012 at 10:43 PM

    PAS memang tak lompat bujuk…kalau lompat kena cerai bini…depa saja buat-buat rebah jer..hehe

  • bujuk
    August 30th, 2012 at 10:15 PM

    Bila pulak Tantawi p mintak maaf kat paderi. Yg. aku dengar MB ada la mintak maaf.. jangan la nak menang PRU sam pai sebar fitnah bro.

  • raplahjingaa
    August 30th, 2012 at 11:56 PM

    Dalam harakah tak ada kenyataan tu bujuk…hang buat homework sikit..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.