Menu Utama

Saturday, August 18th, 2012

 

“Janji” Singkirkan Ambiga Dan Bershit Dari Himpunan..?

Nampaknya gerakan memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipercayai didalangi pihak pembangkang mula menjarakkan diri dari Ambiga Sreevenasan yang dilihat menjadi liabiiti besar di dalam propaganda jahat mereka selama ini. Setelah puas memperkuda dan mempergunakan Ambiga di dalam beberapa siri Bershit yang menyusahkan rakyat di negara ini, gerakan pembangkang mula menyisihkan Ambiga apabila bertindak “mufaraqah” dari tokoh LGBT itu pada himpunan “Janji”. Pada mulanya, kecoh mereka membuat sidang akhbar menyatakan mahu berhimpun di Dataran Mereka pada waktu yang sama sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos dengan tema “Janji Bershit”.Baca Lagi


Janji Bersih, Janji Kecoh, Janji Menang

SEJAK 2008, Pakatan haram gasak menggunakan dan menubuhkan NGO-NGO tertentu bagi melindungi kegiatan politik tidak bermoral mereka.  Nanti senanglah cuci tangan kata mereka tidak terlibat, padahal kita tahulah memang mereka pun di belakang tu. Antara yang paling menonjol ialah Bersih, Jingga 13, ANAK, Occupy Dataran dan sebagainya. Masing-masing diketuai oleh orang yang punyai jawatan dalam PKR, DAP dan PAS yang membentuk Pakatan haram har ini.  ANAK contohnya, diketuai Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat), Jingga 13 oleh Fariz Musa (Ahli MPP PKR) dan seterusnya. Ambiga yang mengetuai Bersih adalah bakal calon DAPBaca Lagi