|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 17 August 2012| Kategori: Adamyan,Utama | 7 Comments »

Talam: Mana Maruah Khalid, Ajak Debat Takut?

GAMBARAN yang diberikan Pakatan haram, debat ialah kayu ukur untuk menentukan kelayakan seseorang menjadi pemimpin.  Hakikat sebetulnya, debat adalah sebab untuk menghidupkan sisa-sisa perjuangan komponen 3 parti pembangkang tidak berdaftar itu yang semakin hari semakin pudar.

Puak-puak ini tidak ada gerak kerja yang hebat di peringkat akar umbi (kecuali PAS), mereka hanya ada pakar kompang dan manipulasi kenyataan untuk menunjukkan mereka lebih hebat dari BN.  Maka itu cabaran debat yang dibuat dari masa ke semasa ini penting sebab menguntungkan puak-puak ini dari segi mana pun.

Kalau cabaran ditolak, isunya takut, kalau terima, isunya pendebat mereka menang.

Tapi sedarkah kita, soal debat ini cepat dilupakan kalau pemimpin Pakatan sendiri yang tolak cabaran tersebut?  Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menolak cabaran ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong untuk berdebat tentang isu Talam.

Paling memalukan, Khalid hantar Setpolnya yang tercemar dengan pelbagai skandal mengkayakan saudara mara sendiri, Faekah Husin untuk menolak cabaran Chua tersebut.  Dalam erti kata lain, Khalid berlindung disebalik perempuan untuk menolak cabaran debat.

Ini bukan takut lagi dah, tapi sudah menghampiri tahap pengecut!!

Isu Talam ini besar, lebih besar dari wang RM 250 juta yang diputar belit oleh Rafizi Jambu.  Dari keseluruhan RM 1 billion, sejmlah RM 392 juta hutang Talam kepada kerajaan Selangor, sudah sah dilupuskan melalui pengambilalihan hutang oleh MBI (Menteri Besar Incorporated) – agensi kerajaan negeri.

RM 392 juta itu sahaja sudah melebihi jumlah pinjaman RM 250 juta oleh NFC dengan kerajaan pusat.  Menariknya sekarang, hutang RM 250 juta itu masih lagi bergelar hutang, sementara hutang RM 392 juta oleh Talam dengan kerajaan negeri itu, sudah dilupuskan oleh kerajaan negeri sendiri (melalui MBI).

Dari Talam membayar kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri ambil alih dan bayar kepada agensi-agensi kerajaan negeri terlibat yang memberi hutang kepada Talam.  Apa ke peliknya urusan tu?  Penyudahnya, wang rakyat yang mengalir keluar begitu sahaja untuk selesaikan hutang orang kaya (pemilik Talam – Tan Sri Chan Ah Chye).

Tidak hairan kenapa Khalid takut diajak berdebat, sebaliknya memberikan alasan (melalui Faekah), nak tunggu laporan audit dan kertas putih – janji yang sebenarnya Khalid dah buat 2 tahun lepas ketika pengambil alihan hutang dimulakan.

Alasan itu pun dah meragukan dah, kalau semuanya lancar, kenapa laporan audit dan kertas putih mengenai soal hutang ini yang sepatutnya dah keluar 2 tahun lepas masih tertunggak sehingga sekarang?

Tidak mengapalah Khalid, bila BN mengambil alih semula Selangor selepas mandat kamu tamat, kami akan pastikan semuanya terdedah dan kau akan dihadapkan ke muka pengadilan kerana mengkhianati amanah rakyat.

Setakat hantar budak-budak AMK agihkan bubur lambuk di bazar Ramadhan sekitar Selangor, tak cukup kuat nak menutup ‘lubang besar’ dalam kewangan negeri Selangor.  Rakyat terimalah, dah makan percumakan tapi humban tetap humban.

Itupun, plastik bubur lambuk itu hanya menambah masalah sampah yang sedia parah sekarang.

Ada 7 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    August 17th, 2012 at 7:13 AM

    Manusia dari puak dan suku sakat ini mana ada maruah ?

    Yang kaki MEliwat pun tak berani menyahut cabaran bersumpah walau mendakwa dirinya difitnah.

    Anak dia, bini nya sama saja semua bersembunyi macam tikus.

  • pangkah lagi
    August 17th, 2012 at 9:50 AM

    selangorku selangor ku.makin melingkup selangorku.lobang hidung khalid pun dah besar talam

  • yeop
    August 17th, 2012 at 3:29 PM

    Selamat Hari Raya ‘Idul Fitri

    Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan2 forum Mykmu.

    Mohon maaf andai ada tulisan/komen/pandangan/isi debat yang menyinggung jiwa, mengguris hati dan melikakan perasaan kalian.

    Taqabbalallah hu minna wa minkum

    Taqabbal ya karem

  • yeop
    August 17th, 2012 at 3:31 PM

    “melikakan” ——> melukakan

  • tengkudin
    August 17th, 2012 at 3:45 PM

    maruah kalid kat jamban dan PASir je..heheheh

  • Santrang
    August 17th, 2012 at 7:57 PM

    RM 392 juta jika khalid gagap agihkan kepada 392 orang melayu Selangor akan ujud 392 jutawan melayu di Selangor, akan nampak hebat khalid gagap dimata pengundi.Sengal betul khalid ni…

  • raplahjingaa
    August 17th, 2012 at 9:00 PM

    Nak buat lagu mana…khalid hanyalah puppet kepada DAP.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.