17
Aug
pok nik malu

Kenyataan Nasharuddin Benar-Benar Buat PAS Sawan…

Saya ketawa besar melihat telatah para pemimpin PAS yang tiba-tiba melenting apabila di “smash” bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menggesa agar kepimpinan partinya memutuskan hubungan sekutu dengan DAP yang disifatkan sebagai anti-Islam.

Bermula dengan sekeping gambar Nasharuddin bersama Perdana Menteri di dalam satu pertemuan dengan para ulama di Masjidil Haram, mereka mula membuat spekulasi sendiri dan “tanduk syaitan” mereka jelas kelihatan di atas kepala mereka.

Apatah lagi apabila mereka mendengar sendiri kenyataan yang dibuat oleh Nasharuddin menerusi media yang melabelkan Karpal dan DAP yang “disayangi” PAS itu sebagai seorang anti Islam kerana menentang penubuhan Daulah Islamiyyah serta perlaksanaan hudud.

Maka melentinglah tokoh PAS paling berIQ rendah sepanjang zaman, Mahfuz Omar yang menyerang Nasharuddin dengan menyifatkannya sebagai seorang yang cetek ilmu dan takut untuk berdepan dengan para pemimpin PAS di dalam mesyuarat.

Mahfuz hentam Nasharuddin cukup-cukup menerusi portal pembangkang, Malaysiakini, dan terus mempamerkan kebengapan akal fikirannya yang bodoh bukan kepalang sebagai Naib Presiden PAS.

Menariknya, kenyataan bodoh Mahfuz itu disambut pula oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang terikut-ikut dengan sifat semula jadi Naib Presidennya dan “membelasah” Nasharuddin tanpa usul periksa.

Tokoh “Kristian” dan “Anwarinas” di dalam PAS, Khalid Samad pula lebih lancang mulutnya mengatakan bahawa Nasharuddin seorang pemimpin yang “gila jawatan”!

Itu belum lagi disebut tentang Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, yang kali ini jelas menunjukkan bahawa dia memang “busuk hati” terhadap Nasharuddin seraya menyatakan bahawa dia “tidak hairan” untuk seorang seperti  bekas Timbalan Presiden PAS itu untuk keluar parti!

Itulah hasil dari sekeping gambar dan beberapa potong kenyataan pedas Nasharuddin yang bertujuan menegur kepimpinan PAS yang dilihat semakin jauh terpesong dari agenda sebenar parti itu.

Setelah puas menghentam Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden itu dalam nada bersahaja menjawab dengan sabar dan selamba menjelaskan bahawa dia langsung tidak berniat untuk menyertai UMNO.

Lebih pedas lagi, Nasharuddin meluahkan rasa “kasihan” kepada para pemimpin PAS yang menghentamnya yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal!

Malah lebih pedih lagi telinga Mahfuz, Tuan Ibrahim, Khalid Samad, Nik Aziz dan para pemimpin PAS yang lain apabila Nasharuddin “menasihati” mereka agar tidak membuat andaian, tuduhan dan buruk sangka terhadap saudara seagama!

Lebih-lebih lagi apabila dia meminta para pak-pak lebai kulup PAS itu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dan bersitghfar, khususnya pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan!

Pedih, pedas dan memang mantap sekali kenyataan balas Nasharuddin terhadap mereka-mereka yang bencikan dirinya. Kalau saya di tempat Mahfuz, memang saya letak jawatan Naib Presiden PAS kerana tak sanggup menahan malu apabila sifat jijik saya didedahkan! Di bulan Ramadhan pulak tu!

Nasharuddin menjelaskan bahawa dia ke Makkah untuk berbincang tentang perkara yang lebih besar berbanding maslahah UMNO – PAS iaitu krisis yang sedang dialami oleh masyarakat Islam dunia, khususnya di Rohingya dan Syria.

Lagi sekali saya ketawa besar! Melalui kenyataan itu, jelas Nasharuddin membidas akal Mahfuz, Tuan Ibrahim, Nik Aziz dan Khalid Samad yang hanya berkisar tentang perkara di dalam “tempurung” berbanding dirinya yang membawa misi yang global bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib!

Sekaligus juga kenyataan itu menjelaskan bahawa Najib dan Nasharuddin sememangnya diiktiraf sebagai pemimpin Islam yang penting di dalam dunia Islam berbanding Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang menjadi “kiblat” PAS selama ini.

Saya tak tahulah di mana lagi PAS nak sorok muka para pemimpin mereka. Sudahlah mereka “dipijak-pijak” DAP di dalam Pakatan Haram, rakyat pun dah mula jelas dengan “kedayusan” PAS mempertahankan kepentingan Islam, kini parti itu “dibakul sampahkan” pula oleh Nasharuddin!

Tak tahulah saya sekiranya PAS masih lagi berdolak-dalik dan masih lagi tidak mahu sedar-sedar tentang kesilapan mereka untuk terus menjalinkan kerjasama dengan puak-puak “kafir harbi khafi” dan “agen Yahudi Zionis Israel itu. Nampaknya masa depan PAS makin hancur…

Ada 58 Comments setakat ini.

  • nadim
    August 17th, 2012 at 4:55 PM

    Nasharudin dikelilingi oleh:

    1. TGNA – Mursyidul am yang mempunyai dendam kesumat tinggi kepada UMNO/BN
    2. TGHA – Presiden yang tidak ada prinsip dan jati diri. Lemah dan layu. Mudah dipengaruhi. Flip Flop.
    3. Mat Sabu – Timbalan Presiden yang tak berapa cerdik IQ nya tetapi tak nak kalah bab bercakap.
    4. Mahfuz Omar – Naib Presiden yang tak berapa cerdik tapi nak tunjuk cerdik dan sentiasa mencari peluang nak menonjolkan diri serta nak merasa diri dia penting.
    5. Mustafa Ali – Setiausaha yang lebih kurang sama keadaan macam presidennya.
    6. Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua penerangan yang terpaksa bercakap senada dengan yang lain.
    7. Khalid Samad – Eksrem. Jumud dan mempunyai keyakinan kepada diri sendiri yang melampau.

    Apapun…saya salute Nasha yang istiqamah membawa agenda perpaduan Islam anatara UMNO dan PAS dan dapat bertahan sekian lama dengan puak2 ni yang rasa mereka sahaja betul walhal …. wallahualam.

  • PASpartyNGOK
    August 17th, 2012 at 5:46 PM

    Yang pastinya Nasharudin tidak akan diperbuat sapertimana Hasan Ali. Ini kerana puak ini sedar kemusnahan yang dibawak Hasan berikutan dengan pemecatan beliau.

    Sementelah dalam keadaan genting serupa ini mereka tidak mampu dicemar oleh sesuatu yang lari dari agenda mereka. Buat Nasharuddin pula dengan pemergian nya keMekah satu team dengan PM yang tentunya bukan satu kebetulan tapi sudah dirancang telah menjangka nasibnya dalam parti.

    Dia sudah cukup bersedia hanya menunggu apa yang sebenar akan berlaku saja hasil keputusan pihak atasan bakal ambil.

    Jadi kita tunggu saja apa jenis tindakan yang Nik Ajis akan ambil. Nik Ajis kurang pendekatan menraik rambut dari dalam tepong kerana Nik Ajik sering dilihat menyelerakkan tepong dengan cara ganas dan kurang pakai otak

  • mamu
    August 17th, 2012 at 6:34 PM

    UMNO cukup pandai ambil kesempatan terhadap kelemahan yang Pas tunjukkan sekarang, he heh he he eh

  • PASpartyNGOK
    August 17th, 2012 at 6:53 PM

    Pas memang puak yang penuh dengan kelemahan diri . Tanpa ditunjuk pun, kelemahan tetap ketara dari luar.

    Dalam politik kita tembak sebelum ditembak. Bunoh sebelum kita dibunoh.

    Pas tak lebih dari satu kumpulan sesat yang menyesatkan. Sorry brader . Ramai lagi ke artist yang masok parti?

  • Jack
    August 17th, 2012 at 7:00 PM

    Nasharuddin sedar dengan umno beliau masih boleh menyumbang sesuatu kepada umat. Dengan pas beliau tidak boleh menyumbang kerana puak2 pas sedang gila kuasa. Dan beliau sedar menyeberang masuk umno hanya memberi modal besar kepada pas mengatakan tepat tekaan mereka. Lagi pun beliau masih mempunyai banyak pengikut di dalam pas yang perlu beliau pimpin.

  • Santrang
    August 17th, 2012 at 7:11 PM

    Ibarat pemburu dihutan, disangkakan pokok bergoyang adalah pelandok, tapi bila ditembak rupanya babi hutan.

  • raplahjingaa
    August 17th, 2012 at 8:57 PM

    Nasharudin, antara pemimpin PAS yang realistic, dan ada 2/3 orang lagi yang aku rasa berpendirian sama dengan nasha, Islam yang moderate lebih kepada penerapan nilai-nilai dan siasah diri jati Islam…dan dari situ kita boleh bergerak lebih jauh dalam merealisasikan hukum Islam sepenuhnya…kalau kita bersatu dan memulainya sekarang…mungkin lagi 30-50 tahun ianya akan tercapai.

    Itu adalah jauh lebih baik daripada melolong-lolong minta di laksanakan hudud sedangkan diri sendiri merata alam melemparkan fitnah dari kedai kopi tepi jalan hinggalah ke atas mimbar masjid.

    Sesungguhnya tindakan yang baik bermula dengan niat yang baik dan jujur.

  • armandulA
    August 17th, 2012 at 9:34 PM

    Memang dah jadi fenomena alam sapo-sapo yang kuat,cerdik & konsisten akan menguasai yang lomah,jahil & tak totap pendirian. Tu la kekuataan & kolobehan yang ado kek pemimpin UMNO kini. Tahap pemikiran intelektual ada la togheh dinamika sesoghang tak macam pemimpin bongap,rendah inteklektual & statik PAS hampeh tu. Berpike selalu di dalam tompughung kelapo yang tosughuk dalam somak.Tun la sifat lazim puak-puak bangang hampeh PAS.

  • armandulA
    August 17th, 2012 at 9:39 PM

    Kalau tertembak babi hutan tu kigho nasib baik tapi yang selalu tertembak ado la kawan seperburuan. Malang sungguh memburu dalam hutan bosa tu yang ponoh dongan risiko tu.

  • Umnoover
    August 17th, 2012 at 11:28 PM

    100x lebih senang atau 100 tahun lebih cepat kalau PAS bermuzakarah dan bekerjasama dgn Umno untuk laksanakan hudud daripada cuba buat yg sama dengan DAP dan PKR.

  • freemalaysiakini
    August 18th, 2012 at 12:11 AM

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  • StinGray
    August 18th, 2012 at 1:26 AM

    Saya StinGray ( bukan nama sebenar ) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada Admin MyKMU dan rakan2 seperjuangan siber – raplahjingga, pasdaplaknat, selamber, jebat, tengkudin, yon76er, paspartyngok, Anak Lenggong, Nik Aziz Pukimak, ciku, chepang, niel, omega, baba, mamu, mat, joe, Delta Sourcs, abg sudin, modern domo, Nasir Rahim, Kunta Kinte Malaysia, achmad, jack, shah, che_yan, 1Malaysia, Anti Ungrateful immigrants, yuss, mRsTURDY, kassim selamat, keris jentayu, m.basir, no way, Fazli Yusof, bluekang, jagat, Wong Ping Ter, bangkano, ahmad.albab, kukukambing, bad, Anak Nogori, jijan, mamu, ku2, Anak jantan, korokstabang, akuantiPAKATAN, buana, kacaudaun, Ntah Apa Apa Ntah, arizmaya, abe, nadim, MalaysiaTanahAirKu, dolly, hoodymack, santrang, umnototok, fabregaz, Raja Kongkiak, azam, MenantuOrangFelda, remBULAN, no, BEBULU, konceng, coldblood, telescope, yo, siti, dina, Azman Fi, Bulan Empat, randomsee, syaa, pandipory, Ikhlas Menjawab, jeffry, takbai, lady J, ada hati, c10, raspower, mie, amir, sesumpah, zumazore, pangkah lagi, masukdepanbelakang, akmal, Adam Abdullah, putertahan, idris, zero007, mawar, orang kampung, djray, blues, tukul, Yop Tulin, Kerisjentayu, kudabelang, Cfu, gullit, sungai_ siput, nangkabulat, OrangPekan, Zizan, Jokiden, siamang gagap, ElectroMagneticPulse, Repomen, penyokongketuanan, dll nama rakan2 seperjuangan yg saya tertinggal untuk dicatatkan nama anda di sini..

    Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan pada geng2 kat sebelah sana – bujuk, melayu_islam, mooo, neutron, Kajang pak malau, Tony Gunawan & c4.

    Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir & maya terhadap apa jua kekasaran bahasa, keterlanjuran pandangan, kesalahan ejaan & perenggan, kecuaian tanda koma, titik, soal & seruan sepanjang saya berhujah di ruang bicara MyKMU ini….

    Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman….berhati-hati di jalan raya..

    Akhir kata semoga kalian semua bergembira di hari raya ini di samping keluarga dan sanak saudara yg tercinta..

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

  • alfie60
    August 18th, 2012 at 2:55 AM

    Kuasa Barat yang menyokong Anwar telah membuat kajian demographic secara halus tentang agihan undian rakyat Malaysia.Saya yakin orang macam Chandra Muzzafar boleh beri lebih panjang lebar cara operative CIA mengulingkan sesuatu kerajaan. In the last election the shift of Chinese voters have given the PKR five state under their control. To gain control of more state the malays/muslim unity MUST be further DESTROYED. In ‘The Art of War’ a battle can be won by making the enemy weaker even without increasing one’s strength. KeAdilan needs the PAS voters loyalty to stay in power because the dissatisfied UMNO voters will vote back UMNO after seeing the injustice done by PKR when they are in power. However a new group of greedy UMNO members that wants power and position will pressure their leaders for it,as usual will say that PKR have offered they MPs if UMNO dont give it to them.
    As for PAS this coming election is a chance for them to be part of a federal government if PKR wins and from the amount of money and bussiness they are making at the current time with their association with KeAdilan and DAP,their members are willing to sacrifice their religious struggle for the reward in financial gain as it is HUGE.Nik Aziz sees this as a SMALL sacrifice in return for his new party members as the level of satisfaction by the office beares to be at an all time high.
    Nik Aziz reminds us the of story about the priest and the devil by the lebanese philosopher Khalil Gibran. The story tells us that when the last devil on earth was wounded and how the priest would nurture back the devil to good health if not the priest job would be irrelevant and his existance is no longer required.
    PAS needs DAP supports to remain in power otherwise they are just a small time religious fanatical party that we use to laugh at and never taken seriously. Nik Aziz may you burn in HELL for the course of the disunity of the muslims in Malaysia!

  • niel
    August 18th, 2012 at 3:13 AM

    PAS = PARTI ARTIS SEMAYSIA..
    ARTIS NGOK JER YG SANGGUP MENEGUK AIR LIUR BASI NIK AZIZ TUE..WAKAKAKAKA…

  • Topup
    August 18th, 2012 at 7:41 AM

    nik aziz will be burn inside the grave

  • Anak_Nogori
    August 18th, 2012 at 9:37 AM

    ya..selamat hari raya maaf zahir dan batin dari saya..kita doakan ustad nasa keluar PAS dan masuk UMNO?.

  • raplahjingaa
    August 18th, 2012 at 12:40 PM

    Sama-samalah kita stingray, selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin perjuangan walaupun dengan cara sendiri mesti di teruskan moga di berkati Allah swt.

  • raplahjingaa
    August 18th, 2012 at 12:40 PM

    spot on !

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 10:08 AM

    Selamat hari raya Aidilfitri juga… kepada semua kengkawan MUSLIM d MyKmu. maafkan saya atas segala tuturkata(tulisan) yg. menggurishati dan terkasar bahasa. Moga kita akan teruskan perjuangan demi ASLAM ,MELAYU dan M’sia.
    Selamat Aidil Fitri.. maaf zahir & batin.

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 10:18 AM

    Utusan M
    KUALA LUMPUR 18 Ogos –
    ….
    “Menolak sebahagian daripada Islam bermakna menolak Islam,” katanya kepada Mingguan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.

    Aku nak ingatkan semua… inilah Islam, jika ko tolak sebahagian dari ISLAM, maknanya korang tolak ISLAM dan jadi macam Karpal Sing, walaupun dia hanya tolak HUDUD dan Negara Islam. Karpal berhujah sebab Mahkamah kata M’sia negara sekular. Mahkamah kata sekular sebab undang2 negara adalah SEKULAR. Kalau kita guna HUDUD, mungkin Karpal dan Mahkamah tak cakap camni. Aku harap Karpal akan saman Ust.Nasha… dan kita rakyat m’sia boleh lihat sendiri, apakah pengumumam tunM dulu M’sia negara Islam yg. beliau BANGGAKAN itu valid dalam Mahkamah dan Negara. Aku “DOA”kan Ust.Nasha.. menang dan mudah HUDUD nak d laksanakan selepas itu, dan UMNO/BN serta orang kafir takda alasan lagi tolak HUDUD dan Negara ISLAM.
    Sama2 lah kita ‘doa’kan..

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 10:25 AM

    Ust. Nasha.. tak salah dalam perkiraan beliau untuk menghubungkan Ulamak mana2 dengan PM. Tapi beliau terikat dengan politik PAS. Kalau dia ahli biasa, tiada jawatan dalam PAS. Ikut dia lah..
    Tapi bila berpesatuan, ikutlah kata ketua. Beliau boleh nyatakan apa saja dalam mesyurat PAS, tapi beliau pilih menghentam PAS dalam media UMNO seperti DHA. Kalau dalam UMNO dulu macam TAMRIN GHAFAR la…
    Dalam Islam Ust.Nasha.. tak salah, tapi dalam persatuan dia bersalah. Dia bebas memilih, dan pastinya dia tahu hukuman setimpal sebab pernah jadi SU dan Tim. Presiden PAS.

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 11:10 AM

    Tolak Sebahaguian drp Islam bermakna menolak Islam..

    Bila kita membuat fitnah….adakah itu Islam ?
    Bila berbohong adakah itu Islam ?
    Bila merusuh adakah itu Islam ?
    Bila kita sanggup berkawan dengan syaitan, adakah itu Islam ?

    Bermakna PAS telah tolak Islam…hmmmm
    tepuk dada tanya selera.

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 11:12 AM

    Jangan jadi jumud sangat bujuk…macam ustaz nasha cakap…mereka kat sana berbincang tentang isu-isu yang jauh lebih besar….syria, palestin,rohingya ext…bebudak PAS kat sini dok kecoh pasal nasya duduk sekali dengan najib.

    Bujuk…bujuk….buka minda tu sikit, tolong nasihatkan tok guru hang sekali

  • mamu
    August 19th, 2012 at 12:05 PM

    alaaa, piiiiirahhhhh mabuk, Pas endiri pun boleh di takrifkan terkeluar dari Islam, blah lah Pas..

  • mamu
    August 19th, 2012 at 12:09 PM

    Sebab tu bila hari baik bulan baik ni pun hang nak bagi orang maki hang lagi bujuk bodoh, Kau teliti lah apa isu yang najib dan nasha bawa untuk umat Islam, ustz zizan kedah pun pernah kata dia bersediakan berkerjasama dengan sesiapa pun walaupun UMNO asalkan kebajikan rakyat terjaga (retorik saja pun), bukak la mata hati hang yg buta tu bujuk…

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 12:58 PM

    Kenyataan pemimpin MCA.
    “MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,” kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

    UMNO taknak suruh Abdullah Saamah istiharkan MCA kafir Harbi ke..?

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 1:02 PM

    Betul.. tapi kat M’sia UMNO(Najib) tunjukkan bahawa Ulamak terkemuka setuju dengan Islam cara UMNO yg. maju walaupun PM mengaku tidak akan laksanakan Hudud selagi memerintah M’sia.

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 1:12 PM

    Aku tak peduli, selagi aku yakin aku d pihak yg. benar. Aku tak salahkan Ust.Nasha.. tapi tindakan dia seperti mengkhianati parti. Aku tak boleh terima dia bawak orang yg. mengaku takkan laksanakan HUDUD selagi perintah M’sia jumpa Ulamak untuk tunjukkan dia pemerintah Islam yg. hebat. kalau bawak untuk pergi bertanya soal ibadat dan Islam… ok.

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 1:14 PM

    Jika ko percaya/yakin PAS buat camtu.. tapi kalau ko fitnah, tanggung la.

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 2:30 PM

    MCA tak pertikaikan laungan azan….MCA tak masuk masjid dan laga-lagakan sesama Islam….MCA tak buat senam aerobik kangkang sana-kangkang sini dalam kawasan masjid…

    Nampak tak bezanya bujuk ?

    tu tak termasuk lagi MCA tak pernah haramkan perayaan maulidul rasul….

    Tengok dengan mata hati bujuk…tu pun kalau masih ada titik putih kat hati hang !

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 2:34 PM

    Fitnah bukan kerja kami…fitnah tu SOP PAS, dan PAS tanpa fitnah adalah…bukan
    PAS !!

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 2:37 PM

    Hang ingat ulamak tu semua tak tahu ke malaysia tak laksanakan hudud ? still…depa semua tu mengaku Malaysia adalah sebuah negara Islam.

    Sat lagi hang kata pulak..ualamak tu semua kena beli oleh UMNO !!

    hang ingat depa tu macam nik ajis ke…makan rasuah ? or macam aji adi..suka hati dia jer keluarkan fatwa ?

    bujuk…bujuk…

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 2:51 PM

    Tu la hang bujuk…aku malas nak lecture hang hari-hari raya ni…jangan jumud sangat dengan parti, apa hang ingat kat kubur nanti malaikat akan tanya hang mai dari parti mana ke ?

    Malaikat akan tanya..
    Siapa Tuhan Kamu ?
    Siapa Nabi Kamu ?
    Apa Agama Kamu ?
    Di mana Kiblat kamu ?
    Siapa Saudara Kamu ?

    ntah lah…kot-kot kat PASTI hangpa di ajar pulak..

    Apa negara kamu ?
    Ada hudud ke idak ?

    tu andaian aku jer bujuk…sebab aku amatlah hairan dengan species yang macam hangpa…hukam yang basic, jangan buat fitnah, jangan berbohong, jaga solat, jaga puasa, jaga kebersihan…yang tu pun hangpa fail ! macam mana pulak hangpa boleh cakap pasal hudud ? hudud PAS pulak tu !!

    Jangan bujuk…ilmu agama hangpa amatlah cetek..aku berani katakan ! so muhasabah lah diri tu dulu….

    betulkan yang basic dulu…boleh kan bujuk ?

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 6:01 PM

    Sudahlah… MCA terang2 tolak Islam masih saudara UMNO, tapi DAP Karpal sing sorang tolak Islam semuanya kafir harbi. Ko pertahankanlah MCA.. UMNO memang mudah lupa, ada pemimpin MCA pertikaikan azan hingga JAKIM keluar surat suruh masjid tidak buka pembesar suara d luar. Bila Nurul Izah ketengahkan.. dan2 selesai. Tak perlu cerita orang kafir tak tutup aurat d masjid, hang p tunggu d R&R dan masjid2 yg. selalu d singgah, ramai muslimat yg. tak bertudung, seluar ketat, baju singkat masuk masjid. Tu… KAK ROS dalam majlis khatam Quran dulu masih nampak jambul. Tak taulah… kut jambul kak ros bukan AURAT pada UMNO.

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 6:04 PM

    Ada aku sebut pasal parti?
    Aku sebut pasal manusia lidah bercabang, depan ulamak cerita kebaikan dia(aku tak nafi) tapi depan MCA sebut apa yg. MCA suka dengar walaupun Allah LAKNAT. Ni bukan pemimpin Islam sebenar..

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 6:06 PM

    Tapi aku hampir pasti Ulamak tersebut tak tau Janji Najib dengan MCA ‘TAKKAN LAKSANAKAN HUDUD D M’SIA SELAGI MEMERINTAH’.

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 6:09 PM

    Allah lah lebih mengetahui apa yg. nyata dan tersembunyi walaupun dalam hati2 kita. Ingatlah d sana nanti mulut kita tidak boleh berkata, tapi mata, tangan, kaki dan anggota lain yg. akan menjadi saksi perbuatan kita.

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 6:59 PM

    Allah swt maha mengetahui niat yang tersurat dalam perbuatan…di depan Allah swt kita tak mungkin dapat mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan perbuatan….dan api neraka lah tempat mereka-mereka yang mendustai ayat-ayat allah swt…ingat tu bujuk.

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 8:10 PM

    MCA tolak Islam…DAP tak tolak Islam ?

    hmmmm…hang confused ni bujuk…bila pulak nurul ezzah ketengahkan pertikaian azan oleh theresa kok ? ataupun bantah arahan guan eng ? maaf bujuk ini bukan harakah…

    Rosmah nampak jambul ada ka hang yang dapat dosa bujuk ? macam jugak budak perempuan botak berkhemah kat dataran tu…aku pasti aku dan hang tak dapat dosa sebab dia tak tutup aurat.

    La ni macam ni la bujuk….hang jaga yang basic dulu, jaga solat, tingkah laku, bersangka baik sesama manusia, jangan buat fitnah, jangan berbohong…dan percayalah malaikat tak kan tanya hang negara hang laksanakan hudud ke idak…bila dalam kubur nanti.

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 9:12 PM

    hmmmm…bujuk…bujuk..

    Ulamak macam tu bujuk…mereka lebih mahukan perpaduan sesama umat Islam, mereka jumpa najib dan nasha untuk bincangkan masaalah pergelutan di negara-negara Islam…belum pernah aku dengar lagi ulama-ulama tersohor dunia dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain berhempas pulas untuk berbincang tentang hudud.

    Kenapa ? kerana mereka tahu ada agenda yang jauh lebih mendesak pada umat Islam sekarang ni..perpecahan ummah !!

    Kat malaysia ni..bila sebut jer perpaduan ummah, lebai hang nik ajis tu tidur tak lena…makan tak kenyang, sebab paling dia takuti adalah penyatuan umat islam di bumi ini ! kenapa ? hang pi tanya dia !!

  • raplahjingaa
    August 19th, 2012 at 9:13 PM

    tu la hang bujuk…baling batu sembunyi tangan…bila terdesak mula la hang nak menyangkal !

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 10:56 PM

    Bro dalam Islam yg. tidak rugi hanyalah mereka yg. beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Hang nak pertikai ka.. hujah ni? Tak kira siapa yg. buat muslim kena tegur(dakwah). tak kira jambul ke botak ke. Haram tu jelas, halal tu jelas.
    Nak sangka baik camana kalau jelas haramnya? kalau dalam rumah.. aku p ngintai memang aku salah la.

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 11:04 PM

    Aku tak nafikan perpaduan, kerjasama dan pelbagai perkataan yg. muluk2 tersebut. Itu cerita kat luar, ni kat m’sia kita berpecah sebab 1 kumpulan nak Islam, 1 kumpulan tolak sebahagian dari perintah Islam. Tapi yg. tolak sebahagian tu nak suruh kumpulan yg. nakkan islam sebenar ikut dia. itulah masalahnya..

  • bujuk
    August 19th, 2012 at 11:07 PM

    Alhamdulillah.. jika kamu sedar begitu. Aku berlepas diri dengan kata2 dan perbuatan kamu. Aku yakin ayat Allah telah sampai pada kamu, dan semua ini adalah pilihan kamu dalam sedar.

  • Nadim
    August 20th, 2012 at 9:13 AM

    Dulu puak Pas hentam Mahathir kerana dikatakan menentang Hudud.. Sekarang Mahathir dah ajak laksana hudud, disindir, dimaki dan disoal pulak kenapa dulu tak nak laksana, tua nyanyuklah dan macam2 lagi..

    Sekarang karpal terang2 menentang dan PKR tak keluar satu haram statement pun yang menyokong. Anwar senyap seribu bahasa. Sam AMK pulak siap defend DAP lagi.

    Boleh lagi puak Pas nak berlembut dan masih berharap mereka akan berubah. Apa punya buta perut la Pas ni. Maruah pas kalau tak dirogol, paling tidak dah diromen semahunya oleh puak2 tu. Aku yang bukan penyokong Pas tetapi sebagai sebangsa dan seagama ni pun malu dengan dayusnya Pas.

    Sudah2 lah tu Pas. Pakat dengan Umno molek2 berbincang balik dari mula pasal hudud ni. Ambil masa dan jgn gopoh hal ni. Jgn bergaduh siapa yg kena masuk siapa. Masing2 dgn parti masing2 pun tak apa. Yang penting kita jgn bergaduh pasal hudud ni. Mulakan duduk semeja dulu bincang elok2 dan tanpa letak syarat apa2.

    Kalau inipun Pas dan penyokongnya terus menentang, menyindir dan mengata dan masih lagi nak tolerate dan peluk Dap dan Pkr, apa ada dalam hati dan perut org Pas ni tak tau lah.. Yang nyata baunya akan sangat busk

  • bujuk
    August 20th, 2012 at 10:21 AM

    TunM dah takda kuasa, suruh Najib yg. cakap.

  • raplahjingaa
    August 20th, 2012 at 11:03 AM

    hmmm…aku tak pernah katakan dedahkan aurat tak berdosa…macam jugak aku tak pernah katakan berbohong, buat fitnah, menghalang penyatuan ummah itu perbuatan yang tak mendatangkan dosa.

    Tapi hangpa hipokrit, double standard…wal haram lu wal halal ku !

    Bujuk kalau contoh yang PAS bawa dalam serba serbi adalah baik, hang tak payah risau…95% orang Islam kat malaysia ni akan suka berganding dengan PAS. 5% lagi akan menolak kerana mereka golongan LGBT…alaaa macam kawan baik hangpa si nuar tu.

    Tapi apakan daya bujuk….hangpa buat lain cakap lain…nik ajis berdendam dengan UMNO dah menjadi pekara peribadi ! tak ada kena mengena dengan Islam..aku berani katakan !

    UMNO tak sempurna bujuk…begitu juga PAS…tapi hanya tinggal UMNO saja lagi yang dapat memastikan anak-anak kita esok-esok nanti dapat beribadat dengan tenang di negara ni…dan yang penting tidak menjadi hamba di negara sendiri !

  • raplahjingaa
    August 20th, 2012 at 11:11 AM

    Selamat Hari Raya Bujuk, Maaf Zahar dan Batin

  • bujuk
    August 20th, 2012 at 3:42 PM

    Dalam Islam ada banyak pecahan lagi, antaranya orang yg. beriman dan orang fasik. Hanya orang beriman yg. akan sokong Islam, yg. fasik(suka kejahatan) mana suka hudud sebab keras hukumannya.

  • raplahjingaa
    August 20th, 2012 at 5:28 PM

    Hang ni bujuk…tak paham-paham jugak…solat hang dah cukup sempurna ke ? iman hang dah cukup kuat ke ?
    bila bercakap…apa ka hanya kebenaran yang keluar dari mulut hang ?

    Aku rasa tidak !! dan adakah mereka-mereka yang berbohong, tidak menepati janji, suka membuat fitnah pendek kata mereka-mereka yang munafik itu beriman ?

    jawapan nya tidak ! so bujuk di mana hang berdiri ?

  • pasdaplaknat
    August 21st, 2012 at 1:51 AM

    Setuju 100%. sifat2 Penjahat2 dan Munafiqun dlm PAS Laknatullah yg disebutkan oleh Nadim ni punca PAS jd syaitan penyesat umat!

  • pasdaplaknat
    August 21st, 2012 at 1:54 AM

    Nik Aziz booking a room in hellfire-damaged Aqidah-damaged Muslims unity

  • pasdaplaknat
    August 21st, 2012 at 1:57 AM

    Hang ni syaitn bertopeng manusia bujuk.
    Hang sebut benda yg hang buat! Hang berkata2 dgn penuh helah dna tipu konon mcm bagus lah. Tapi yanglah yg langgar perintah Allah! Mulut hanglah yg berkta tipu, fitnah dan sokong puak2 sesat Laknatulllah!!

    DI Akhirat nnt apa yg hang tipu helahkan kt MyKMU ini akan jd saksi untuk tambahkan ‘point’ hang utk masuk Neraka!! Sedar diri dlu wahai Munafik PAS

  • pasdaplaknat
    August 21st, 2012 at 2:00 AM

    Macai PAS bujuk ni xhabis2 ulang main hina HUDUD utk tipu helahkan org lain.

    Ko jg lah bujuk, byk sgt ko menipu dgn helah utk tarik org Islam menyokong musuh2 Allah! DI akhirat nnt setiap patah yg hang taip utk perdaya manusia pd jalan sesat ini akan beratkan timbangan hang ke neraka!

  • pasdaplaknat
    August 21st, 2012 at 2:02 AM

    Tun M dh xdak kuasa lg, suruh Pok Nik jgn tipu bohong lg, mana dia janji HUDUD PAS?

  • pasdaplaknat
    August 21st, 2012 at 2:05 AM

    Bujuk ni lepas Ramadhan dia semakin GILA rupanya. Aku dh kata, dlm Ramadhan pun org lain pkat jernihkan hati muhasabah dan tinggalkan dosa dan kesesatan, tp dia keras dgn kerja2 syaitan PAS.

    Nah skrg ni parah dh le. Xupaya apa lg nk dibetulkan. Org mcm ni rasanya sampai akhir hayatlah akan kekal dgn keras hati sesat mcm ni. Ko kasihankan lah diri ko bujuk yg sesat dan menipu dlm agama!

    MCA itu hanyalah helah ko. tp ko sembunyikan Najid DAP dan PKR musuh Allah yg utama! Yg terang2 lafaz menentang Allah dan Nabi, menentang Negara yg Islam. Betul lagikah org mcm ko ni bujuk? melainkan digelar GILA!

    Ko berfungsi sbg MUnafik yg akan gunakan apa jua tipu dan khianat supaya boleh sesatkan org yg jahil!

  • pasdaplaknat
    August 21st, 2012 at 2:10 AM

    Ish2 Astaghfirullahaladzim.. bujuk ni makin parah dan teruk perangai.
    Dia yg petik mafhum dia yg langgar mafhum perintah tu.. ko ni sakit jiwa lah bujuk!
    yg ko melalak tu kena pd PAS, puak sesat yg ko puja dan sertai tu.

    Jadi ko tahu tp ko iakan dgn join pulak apa yg diharamkan. Haram menyerahkan urusan agama pd org KAFIR spt PAS tgh buat bersama DAP

    Sehingga nk serah ZAKAT pun paggil YB DAP Betina tu sampaikan. SO mcm mana pula dgn urusan2 lain?

  • Snakeriver
    August 21st, 2012 at 9:53 AM

    Brader buruk, cakap banyak tak guna… Kalo pr menang pru13 nanti, ko ingat Hj hadi blh jadi pm ke… Ko ingat brader nuar berahim nak letak buku jinggay tu kat mana…

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.