Fitnah & Dusta Makanan Harian Balaci PAS

Oleh: tengkudin (August 14th, 2012) [PILIHAN RAYA 2013][7 Comments »]

pas_love_cinta_fitnah

 

Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

Dalam kes tersebut, UMNO Selangor telah menyaman Harakah berikutan satu artikelnya yang memfitnah UMNO sebagai kononnya punca JAIS melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Selangor.

Disebabkan plaintif yang memfailkan saman tiada kelayakan dari segi undang-undang kerana dirinya bukan penjawat awam, Harakah terselamat dari hukuman membayar saman RM10 juta, satu kemenangan yang cukup indah bagi ramai balaci PAS yang cetek akal fikirannya.

Para balaci yang kebanyakannya berkopiah dan berserban seakan bergembira dengan keputusan tersebut walhal hakikat kebenaran yang menunjukkan PAS melalui lidah rasminya telah disahkan melakukan fitnah tidak pula disedari oleh hati-hati yang kelam itu.

Sekurang-kurangnya empat kejahilan telah dilakukan oleh penyokong PAS yang meraikan ‘kejayaan’ mereka dalam kes ini sama ada secara sedar atau sebaliknya;

1) Memfitnah UMNO yang dianggotai sebahagian besar umat Islam sebagai dalang pemeriksaan di gereja.

2) Memfitnah JAIS kononnya sebagai talibarut UMNO sedang hakikatnya mereka hanya melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan mempertahankan akidah umat.

3) Mendahulukan kepentingan gereja berbanding hak keperluan mendaulatkan akidah umat

4) Meraikan fitnah yang nyata sekalipun beban dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Malang betul bagi segelintir umat Islam yang sudah ditutup hijab penglihatannya untuk melihat kebenaran gara-gara terlampau lama bergelumang dengan adu domba, dusta dan fitnah rekayasa propaganda parti yang bertopeng agama.

Inilah hakikat yang perlu kita umat Islam akui betapa fitnah yang sudah menjadi asam garam kehidupan sesebuah organisasi politik seperti PAS impaknya turut menyebabkan penyokongnya hilang kewarasan berfikir.

Saban hari halwa telinga dan mata disajikan dengan propaganda dan fitnah serta dusta pula menjadi santapan harian rohani tentu sahaja hatinya gagal memandu akal fikiran ke arah yang sepatutnya.

Akhirnya lahirlah penyokong dan ahli yang menyokong membuta tuli, angguk-angguk dan geleng-geleng mengikut rentak parti tanpa peduli lagi soal betul atau salah.

Yang hitam diraikan, yang putih dikesampingkan. Malang benar bagi sesiapa yang masih beriktikad dalam hati untuk terus menyokong PAS.

Ada 7 Comments setakat ini.

  • patuk
    August 14th, 2012 at 8:38 PM

    Gagal tegak negara islam d msia kerana d halang oleh umno parti yg memerintah …fikir fikir

  • tengkudin
    August 14th, 2012 at 11:36 PM

    bak kata karpal sink…over my dead body..

  • dolly
    August 29th, 2012 at 3:23 PM

    ceh..alasan yang mengarut mamat patuk bangang nih…dah agak dah dah alasan korang kalau gagal segala segi…UMNO juga yang ko salahkan…haram jadah punya patuk lakhanat

  • Tap Payah Tau
    October 14th, 2012 at 9:06 PM

    PAS gagal tegak negara Islam kerana terlalu takutkan DAP.., maka PAS terpaksa bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan iaitu acuan Puak Kencing Rakyat dan Destructive Action Party.

    PAS tidak ikhlas hendak menegakkan syiar Islam sebagaimana mereka laung & war-warkan selama ini, tapi lebih utamakan menjaga kepentingan politik semata-mata demi merebut tampuk kuasa.

    PAS hanya pandai berselindung disebalik Islam…, semata-mata buat agenda politik mereka yang jumud.

    PAS PUSSY boleh PISS-OFF..!!

  • bot
    November 6th, 2012 at 7:16 PM

    umno ada tegakkan islam ke..yang aku perasan selama ni bukan nak menegakkan islam..apa yang umno buat sekadar melepaskan batuk ditangga..umno ibarat islam sebagai adat..bila nak wat ceramah kat tempat aku pun nak bg cabutan bertuah…paling aku heran guna dataran wisma felda kat tempat aku wat ceramah agama dan politik siap ada cabutan bertuah…tengok sapa cakap tak serupa bikin…berbanding dengan pas bila ada program keagamaan ramai yang turun dgn ikhlas..sebab aku pernah ikut..tak macam bn nak wat forum perdana anjuran rtm yang selalu kuar malam jumaat,..masa tu masitah waras lg dia jadi panel..tu pun ada cabutan bertuah..hadiah utama lembu dgn motosikal kriss…umno sekarang ni berjihad hanya untuk balasan dunia bukan di akhirat..pasal tu la ramai kwn2 sekerja kat tempat aku mak bapak umno anak pakatan rakyat..patut la ramai orang kat umno ni yang bebal dan dunggu..cerita banyak2 pun tak guna mcm curah air didaun keladi..bnyk lg kisah perangai2 puak2 umno kat tempat aku..kang aku cite setahun tak habis..FIKIR FIKIRKAN LA UNTUK MASA DEPAN ANAK2 KITA…

  • bot
    November 6th, 2012 at 7:25 PM

    PENULIS BLOG NI PUN SAMA2 3 SUKU SETENGAH..UTUSAN PUN BELIT CERITA..KAU PUN CEDOK LAPORAN UTUSAN..HERAN2 PATUT RAMAI YANG BODOH KAT UMNO…BELAJAR TINGGI TAPI CETEK AKAL..HANYA BIJAK APE YANG DIAJAR SEMASA SEKOLAH ATAU PUN KAT U TAPI AKAL TETAP BODOH..TU LA PUAK UMNO TERMASUK AKU PUNYA BOS..PAKIA TUDUNG LABUH DAN KARAT BIRU..APA KOMEN PUAN BILA MCA HINA HUDUD..TAK PE UMNO AKAN BEKAP…HERAN GAK AKU…SETAKAT NI SAJE KOMEN AKU..BEK KAU TUTUP JE BLOG KAU NI..WAT CERITA TANPA SELIDIK..FIKIR FIKIRKAN LA UNTUK MASA DEPAN ANAK2 KITA MALAYSIA BUMI ALLHA BUKAN HAK UMNO……..

  • Sam
    November 11th, 2012 at 11:01 PM

    Kau cakap org bodoh tapi sebenarnya kau yg bodoh, lagi bodoh dari katak yg kat bawah tempurung. DAP hina Hudud kau tak cerita..tak pe PKR & PAS back-up mati-matian. Agaknya otak kau dah kena guna2 ngan juak2 PAS sampai tak boleh berpikir. Bumi Allah bukan jugak hak PAS

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.