PR Menang PRU-13: Mungkinkah 2012 Berkumandangnya Takbir Raya Terakhir Untuk Umat Islam Malaysia?

Oleh: Che_Yan (August 6th, 2012) [Che_Yan,PILIHAN RAYA 2013][17 Comments »]

Sudah dua minggu umat Islam di Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Di dalam bulan yang mulia ini, sedarlah, mungkin pada tahun hadapan kita tidak dapat lagi merasai senario dan suasana berpuasa seperti sekarang. Sambutan hari raya pada kali ini juga mungkin tidak akan sama seperti tahun-tahun yang mendatang. Ini kerana, senario politik negara juga akan memberikan kesan kepada sambutan perayaan. Yang paling dikesalkan ialah, kita berhadapan kemungkinan bahawa berkumandangnya takbir raya di seluruh bumi Malaysia pada kali ini, adalah buat kali yang terakhir.

Apa yang penulis ingin bincangkan disini ialah, bagaimanakah struktur kerajaan selepas PRU-13, jika Barisan Nasional tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara. Melihat keadaan politik yang sedia ada, ternyata sokongan majoriti rakyat kepada Barisan Nasional dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amatlah kuat. Kebarangkalian untuk kalah adalah amat tipis kerana rakyat mula sedar akan betapa berkesannya dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia kepada rakyat. Namun begitu, dengan sistem pilihanraya yang adil dan saksama sepertimana yang kita dapat nikmati sekarang, walaupun terlalu tipis, terdapat juga ruang untuk Pakatan Rakyat mencapai cita-cita jahat mereka untuk menawan Putrajaya. Sekiranya mereka berjaya, apakah yang akan terjadi kepada umat Islam dan bangsa Melayu yang merupakan pemegang takhta sebagai kumpulan majoriti di Malaysia?

Bagi para penyokong Pakatan Pembangkang, sudah tentu ia akan memberikan mereka sebuah harapan palsu, dimana setiap apa yang mereka impikan akan tercapai. Apa yang ditakuti ialah, dengan kehadiran kumpulan-kumpulan fanatik di dalam Pakatan Rakyat, adakah adat istiadat Melayu dan amalan yang terdapat di dalam agama Islam akan terus dipelihara? Umum mengetahui tentang perbezaan pendapat yang terlalu ketara di dalam pakatan jumud yang sedia ada sekarang. Namun konsep apakah yang akan menjadi pilihan utama mereka? Adakah reformasi, Malaysian Malaysia atau negara Islam akan menjadi pilihan mereka? Apapun pilihan yang mereka ambil ia tetap akan memberikan keuntungan yang lebih kepada sesuatu parti di dalam pakatan melangkaui rakan-rakan mereka yang lain. Pada realitinya hanya ada satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang tidak akan bertoleransi dengan prinsip yang mereka perjuangkan. Mereka sanggup menghentam rakan-rakan Pakatan Rakyat mereka tanpa segan silu di media arus perdana. Secara ringkasnya selama empat tahun berkuasa dia empat buah negeri, Democratic Action Party (DAP) telah menobatkan diri mereka sendiri sebagai parti utama Pakatan Rakyat dan semua parti komponen lain harus akur dengan keputusan dan kehendak DAP.

Namun begitu, apa yang paling ditakuti oleh majoriti rakyat Malaysia ialah adakah negara ini akan bertukar menjadi seperti pemerintahan Lee Kwan Yew di Singapura? Umum mengetahui bahawa Democratic Action Party adalah serpihan daripada parti rasis People’s Action Party (PAP) yang sekarang ini memegang tampuk pemerintahan di Singapura. Sungguhpun Singapura itu asalnya milik orang Melayu, tetapi setelah diperintah oleh PAP, sehingga kini, orang Melayu Singapura tidak ubah seperti pendatang asing di negara sendiri. Parti PAP dan DAP dengan jelas ingin memperjuangkan sebuah negara untuk orang Cina, dan langsung tidak berminat untuk mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan bangsa lain.

Mari kita kupas, sedikit sebanyak apa yang telah berlaku selama empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP dan bagaimana parti itu boleh dilihat sebagai parti paling rasis yang pernah wujud di dalam pentas politik Malaysia. Setelah memenangi pilihanraya umum yang ke-12 dan berjaya menawan lima buah negeri. Adun Seputeh Teresa Kok sebagai contoh adalah diantara penentang Islam dan adat Melayu paling hebat di dalam DAP. Pada 14 Februari 2008 Teresa Kok dan kuncu-kuncu beliau telah mempersoalkan tanda jalan yang bertulis dengan tulisan Jawi. Teresa Kok dengan angkuh telah membuat tanda jalan baru yang bertulis dengan tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Cina dan bahasa Tamil semata-mata untuk menunjukkan bahawa tulisan Jawi adalah tulisan terbuang dan tidak patut diangkat dan dihormati oleh semua rakyat Malaysia. Sungguhpun ramai rakyat Malaysia yang marah tentang perkara ini, tetapi tiada satu pun ahli Pakatan Rakyat yang berbangsa Melayu berani bersuara, maka makin beranilah Teresa Kok menghina adat istiadat orang Melayu.

Selain daripada tulisan jawi, Teresa Kok juga nampaknya amat bencikan suara azan. Pada 10 September 2008 beliau dengan angkuhnya menyuruh agar azan tidak dikumandangkan di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya. Maka bergegarlah hati setiap muslimin dan muslimat yang masih teguh iman mereka dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Teresa Kok Laknatullah ini. Tetapi yang sedihnya pemimpin-pemimpin Muslim Pakatan Rakyat masih berdiri teguh dibelakang Teresa Kok walaupun sudah terang-terang beliau menentang agama islam. Apakah nilai seorang muslim sekiranya ia tidak dapat menolak kejahatan yang berlaku di depan matanya? Adakah semua ahli dan juak pencacai PAS akan terus dihumban kedalam neraka kerana masih berangan-angan ingin menguasai Malaysia selepas PRU-13 nanti. Di manakah “Islam” di dalam Parti Islam Se-Malaysia?

Teresa Kok tidak berseorangan di dalam penentangan terhadap agama suci Islam. Beliau bersama ahli DAP lain nampaknya begitu seronok dalam mempertikaikan perkara berkenaan agama Islam. Mereka dengan angkuh membuat keputusan yang dengan terang-terang menentang Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Lagi seorang ahli DAP yang terang-terang memperkecilkan agama Islam di Malaysia adalah Ronnie Liu yang juga exco kerajaan tempatan negeri Selangor. Sekiranya Teresa Kok hanya berani mempertikaikan agama Islam di penempatan yang majoritinya bukan Muslim, Ronnie Liu lagi hebat kerana berjaya memperlekehkan umat Islam di kawasan majoriti Muslim. Contohnya Shah Alam yang menempatkan Masjid Negeri Selangor dan juga 70% penduduknya Islam pun dikacau bilaukan oleh Ronnie Liu. Hasil tangan Ronnie Liu dapat dilihat disetiap barisan lot rumah kedai di seluruh Shah Alam. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya terdapat satu tempat penjualan arak dan satu pusat refleksologi di setiap lot bangunan rumah kedai di seluruh bandar Shah Alam. Jika tidak percaya pembaca sendiri boleh datang ke Shah Alam dan melihat dengat mata kepala pembaca sendiri. Jika disemak didalam daftar perniagaan MBSA, kesemua premis penjualan arak dan rumah urut ini diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan hanya selepas Ronnie Liu menjadi exco kerajaan tempatan. Ternyata terdapat banyak usaha untuk menjadikan negeri Selangor sebagai negeri sekular dan bukan negeri berkebajikan sepertimana yang didoakan setiap hari di masjid-masjid seluruh negeri Selangor.

Penyebaran dakyah Kristianisasi dikalangan umat Islam pula tidak terkawal. Pada bulan Ramadhan yang lepas sebuah gereja di Damansara telah mengadakan operasi memurtadkan Muslimin. Sungguhpun ia telah dapat dihalang oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun pelbagai isu timbul dan JAIS pula dipersalahkan dalam hal melindungi akidah umat Islam di negeri Selangor. Sehingga ia menyebabkan pemecatan Dato Hassan Ali sebagai Exco Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Selangor. Hasilnya, gereja dan pusat-pusat pendakwahan agama yang lain selain Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Sudah hampir dua minggu umat Islam di Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Di dalam bulan yang mulia ini, sedarlah, mungkin pada tahun hadapan kita tidak dapat lagi merasai senario dan suasana berpuasa seperti sekarang. Sambutan hari raya pada kali ini juga mungkin tidak akan sama seperti tahun-tahun yang mendatang. Ini kerana, senario politik negara juga akan memberikan kesan kepada sambutan perayaan. Yang paling dikesalkan ialah, kita berhadapan kemungkinan bahawa berkumandangnya takbir raya di seluruh bumi Malaysia pada kali ini, adalah buat kali yang terakhir.

Banyak lagi kejadian yang melibatkan campurtangan DAP dalam hal-hal adat Melayu dan agama Islam. Perkara ini bukan hanya terjadi di Selangor, tetapi juga terjadi di negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Penindasan terhadap umat Islam turut dirasai oleh oleh warga Muslimin Pulau Pinang. Baru-baru ini, dengan kurang ajar, Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng Laknatullah telah menaikkan replika botol arak di negeri yang digelar sebagai pulau mutiara itu. Tindakan ini menaikkan kemarahan Muslimin di negeri Pulau Pinang, namun begitu, kerana telah kehilangan kuasa, mereka tidak mampu untuk membuat apa-apa tentang penghinaan tersebut.

Sedarlah wahai umat Islam, tidak lama lagi, kita mungkin perlu meminta kebenaran daripada orang kafir untuk beribadat dan menjalankan kehidupan sebagai seorang Muslimin jika kita masih tidak bersatu dan berhati-hati. Dan jangan terkejut jika mereka memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, kita akan memerlukan permit untuk bersolat jemaah. Sekiranya sekarang ini mereka sudah berani untuk mempertikaikan amal dan ibadat kita, memperkenalkan maksiat kepada masyarakat kita dan menghina adat dan budaya kita, apa akan jadi sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya nanti? Hayatailah takbir Hari Raya Aidilfitri pada kali ini, kerana selepas PRU-13, jika kita masih lemah dan tidak sedar diri, mungkin tiada lagi takbir untuk di dengari berkumandang di corong-corong pembesar suara masjid dan surau di seluruh negara.

Ada 17 Comments setakat ini.

  • freemalaysiakini
    August 6th, 2012 at 10:45 PM

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  • Chephang
    August 6th, 2012 at 11:46 PM

    Mungkin juga che yan, kalau Allah nak timpakan fitnah kpd umat islam di malaysia, di benarkan olehnya pakatan haram memerintah malaysia, maka akan terjadilah segala yang dulunya tidak terlintas difikiran kita. Sebagai pengajaran atau bala kpd kita… Masa tidak mungkin berulang, melayu akan menjadi palestin ke 2.

  • Anak Lenggong
    August 7th, 2012 at 9:32 AM

    Dulu..

    1. Tiada orang kapir masuk surau dan masjid.
    2. Takde sesiapa mempersoalkan suara azan berkumandang.
    3. Takde sikapir membaca surah alquran dipentas ceramah.

    Sekarang
    1. Sikapir boleh masuk surau dan masjid malah sehingga ketempat solat untuk bagi takzirah..masuk surau tak menutup aurat dan paling menyedihkan pak lobai dan imam di tarbiah oleh sikapir dalam masjid dan surau.
    2. Banyak bantahan dan dipersetujui oleh pak lobai sendiri bahawa suara azan tak boleh diperdengarkan melalui pembesar suara.
    3. Dipentas ceramah dah kerap sikapir DAP/PKR membaca surah ataupun tafsiran alquran untuk ditarbiah kepada melayu ..walaupun bacaan nya tonggang terbalik..malah setiap kali ditarbiah para penyokong melaungkan ucapan takbir..

    Perkara ini sudah terjadi sebelum mereka memerintah..kalau mereka yang memerintah ..berkemungkinan tiada lagi takbir raya akan terjadi. Sebelum melayu PAS bergabung dengan DAP..perkara ini tak berlaku dan ditentang tetapi sekarang ini semuanya diperbolehkan dan dipersetujui dengan memberikan beberapa fatwa terbaharu begi menyokong tindakan rakan kapir mereka..

  • bangKano
    August 7th, 2012 at 3:59 PM

    Nampak nya tulisan penulis terlampau panjang dan mengulang ulang fakta nya. Ada ka ia tersilap ato sengaja kan..? Cuba pi peghati kat para 5,13 & seteghuih nya kita dapati perkara yang di sebut sama ngan para 1,2,3 & 4….!!!!

  • Che_Yan
    August 10th, 2012 at 3:56 AM

    tersilap post bro…

  • mawar
    August 10th, 2012 at 11:43 AM

    Jangan buat fitnah terhadap DAPig…nanti nikajis dan kepala2 paspispus marah….kan kah lge itu KULUPah.????

  • Umnoover
    August 11th, 2012 at 11:20 AM

    Dan bila pendakwah sebut perkataan Allah kita tak tahu samaada dia Islam atau Kristian.

  • krolly
    August 11th, 2012 at 5:39 PM

    ISLAM BUKAN UTK BANGSA.MANUSIA ITU SENDIRI JIKA MAHU JADI MANUSIA KENA CARI DI MANA ISLAM DI TUBUH BADANNYA,ISLAM DICIPTA UTK MANUSIA UTK JADI HAMBANYA YG TAQWA.CARI ISLAM DISELURUH SUDUT TUBUH BADAN KITA UTK MEGETAHUI APA ITU ISLAM.

  • rosmah altantuya
    August 12th, 2012 at 2:10 PM

    Seorang lelaki datang menemui Najib Presiden UMNO dan Pengerusi BN dan bertanya:

    “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

    Najib menjawab: “Rosmah kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

    Najib menjawab: “UMNO dan BN.”

  • mRsTURDY
    August 13th, 2012 at 2:20 PM

    Kalu PR menang maka tidak keterlaluan jika dikatakan MELAYU hanya tinggal pokok nyok sebatang dengan buah dua bijik tergantung-gantung ditiup angin!

  • raplahjingaa
    August 17th, 2012 at 12:20 PM

    Datuk Maznah Mazlan MB Pahang ? hmmmmm….tak payah la kot, cari la orang lain…

  • Lipat Kajang
    August 21st, 2012 at 7:14 AM

    Sampai bila kita kena pakai tongkat dan hilang daya saing. Sampai bila umno bn mengambil kesempatan keatas kita disebabkan kelemahan kita. Sampai bila hantu perkauman asyik menakutkan kita. Sampai bila???????????

  • required
    September 17th, 2012 at 7:24 PM

    aku paling tk setuju bila istilah tongkat digunakan..
    itu zaman2 dulu pnya citer pakai2 tongkat ni..
    ini membayangkan mcm ko ni si tua umo 80 thn yg tk larat nk jalan..

    biarlah umpamakan melayu ni yg nak naik ke tingkat 85 disebuah bangunan..kita mmg boleh gunakan tangga.tp lambat.oleh kerana kerajan dh sediakan lif atau elevator why not kita gunakan elevator ..lbh cpt..

    salah ke nk guna elevator..ko blh guna tangga klu ko nak ..ada org lain kesah

  • Anong
    September 24th, 2012 at 8:18 PM

    Yang pasal Azan tu, ada ke patut mat-mat PAS backing Teresa Kok dengan mengatakan “zaman nabi azan tak pakai speaker” dan “ala,waktu solat kan ada dalam TV”

    Ini memang bodoh.

  • Anong
    October 4th, 2012 at 10:37 PM

    Kau tu tak malu kata tongkat, tongkat padahal dalam buku jingga bukan setakat tongkat tapi WHEELCHAIR

    Semua bende nak percuma, nak harga turun

    HAHAHA

  • WrgaKlia
    November 7th, 2012 at 2:23 AM

    Ape hal dgn kau ni che yan,tulis merapu&megarut ajo…tarak kejo ko!!!otok pencacai negara.

  • aku
    November 10th, 2012 at 2:03 PM

    HIDUP PAS!! ALLAHUAKBARR!! ALLAH PASTI MEMBERI PENGAJARAN KEPADA PELAKU SALAH!! TUNGGUUUUUUUUU

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.