|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: Che_Yan | Diterbitkan pada: 6 August 2012| Kategori: Che_Yan,Komentar,PILIHAN RAYA 2013 | 8 Comments »

Krisis Air Selangor: Perlukah Rakyat Selangor Bertolak Ansur Kepada Kerajaan Negeri?

Bertolak ansur itu perlu dalam kebanyakkan hal, terutamanya yang melibatkan perlaksanaan sesuatu. Tetapi adakah kita perlu bertolak ansur sekiranya perkara yang bakal terjadi itu akan merosakkan dan menyusahkan diri kita sendiri. Penulis tidak berniat untuk mewujudkan gerakan membenci kepimpinan negeri yang sedia ada, kerana suka ataupun tidak kepemimpinan sekarang adalah pilihan rakyat yang hidup di dalam negara demokrasi. Namun begitu perbuatan yang salah harus ditegur agar rakyat sendiri tidak perlu berhadapan dengan situasi sukar di masa akan datang.

Isu air di Negeri Selangor ini dah makin lama makin membarah. Kerajaan negeri pula sibuk menunding jari kepada Syabas, sedangkan kerajaan negeri perlu memikirkan cara penyelesaian terbaik untuk rakyat, bukan untuk mengenyangkan perut kroni masing-masing. Penulis masih ingat lagi bagaimana kerajaan negeri dahulu kerana terlalu mahukan konsesi pengurusan bahan buangan, sanggup buang kontraktor yang sedia ada dengan alasan itu semua kroni kerajaan lama. Tetapi yang paling melucukan ialah, apabila kerajaan negeri berhabis ratusan ribu ringgit kerana terpaksa membeli lori-lori sampah untuk diberikan kepada kontraktor pilihan mereka. Yang menanggung derita adalah rakyat negeri Selangor. Sampah membukit di hadapan dan belakang rumah sehinggakan tikus, nyamuk dan biawak membiak dengan banyak. Boleh dikatakan sekiranya Sepang telah dijadikan pusat ternakan khinzir, di daerah-daerah lain, ternakan utama adalah tikus dan nyamuk. Apabila rakyat marah dan aduan dibuat, dengan pantas jari telunjuk mereka dihalakan kearah UMNO/Barisan Nasional. Takkan dah empat tahun memerintah, UMNO/Barisan Nasional masih lagi punca segala kesalahan?

Bila air dicatu dan semakin sedikit, di salahkan pula pengurusan Syabas, kononya mereka menutup punca air supaya kerajaan negeri akan disalahkan oleh rakyat. Maka berlumba-lumbalah media fitnah pro pembangkang “spin” cerita palsu tentang Syabas. Angkatan Muda Keadilan (AMK) pun buatlah demonstrasi di depan pejabat Syabas. Semua pemimpin Pakatan Rakyat seperti biasa akan menyalahkan UMNO/Barisan Nasional.

Wahai Kerajaan Negeri Selangor, menunding jari bukanlah jalan penyelesaiannya. Jangan menyusahkan rakyat, cari jalan penyelesaian. Jangan kerana ego dan sifat tamak yang tidak berkesudahan, rakyat negeri Selangor yang menjadi mangsa. Nampaknya rakyat di negeri Selangor sudah faham akan perangai pemimpin-pemimpin negeri yang tak habis-habis dengan gimik politik mereka. Ramai pula ramai pula rakyat negeri Selangor yang beikrar tidak akan mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan pada tahun 2008 untuk PRU -13 kali ini.

Ada 8 Comments setakat ini.

  • Alyabu
    August 6th, 2012 at 4:47 PM

    Apalah MYKMU ni nak bela sangat SYABAS tu yg tak effisyen..dah lah minta naik tariff air pastu tak buat kerja2 ganti paip lama..dah lah ambik benda2 yang sediada..modal tak keluar..yang keluar jutawan segera dengan gaji RM425,000 sebulan..pastu nak tekan pengguna RAKYAT SELANGOR..cukup dah..tak lalu menanggung kroni UMNO dari kecik sampai kebesor..

    Sikit2 Langat 2.. sikit2 Langat 2..inipun nak bagi kroni jugak dengan harga RM8billion buat terowong dari Pahang ke Selangor tebuk lubang bawah Banjaran Titiwangsa..yang tanggung RAKYAT SELANGOR..bila tanya tarif tak berani nak jawab..buat dulu bagi kroni kaya dulu baru bagitahu berapa tarif..kalau pakai calculator lebih kurang 70% kenaikan tarif yang RAKYAT SELANGOR kena bayar

    Kita lemparkan saja UMNO/BN diSelangor kerana mereka nak bawa balik kroni2 penyamun untuk menyeksa rakyat Selangor..Siapayang UMNO/BN nak tonjolkan..? ZAIN dan NOH OMAR..bapak segala penyamun di Selangor…itulah sebabnya Zain digugurkan sebagai menteri Kerja Raya kerana Najib pun tak percaya dia..Noh Omar pulak menteri tak cerdik..

    Tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor berana berani nak mengambil alih SYABAS setelah menendang keluar ALAM FLORA..kita bagi tahu dekat UMNO Selangor.. Kalau nak kayakan kroni tak perlulah menyamun/merompak/menipu RAKYAT SELANGOR..

  • Namatimangan08
    August 9th, 2012 at 7:16 PM

    Syabas tu masalah peninggalan UMNO/BN. Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh nak selesaikan masaalah melalui pengambilalihan. Kerajaan Pusat pulak masih lagi ingin mempertahankan entiti yang wujud di atas kesilapan dasar ekonomi mereka masa lalu.

    Kerajaan Pusat perlu berpijak di bumi nayata. Mereka perlu akui bahawa pengswastaan bekalan air di Selangor adalah satu kesilapan. Mereka nampak jahil tahap kronik jika masih gagal melihat fakta ini.

    Kemelut bekalan air sekarang tak munkin berlaku jika Syabas tidak wujud. Apa lagi bukti yang mereka mahu lihat? Atau kiranya mereka buta?

  • hamba
    August 24th, 2012 at 5:04 PM

    dah semua nak hidup mewah..tepuk dada tanya iman,bagi kat sapa pun sama..lagi pulak ikut jejak dan fikir orang kafir..kehancuran yang pasti la..

  • Syukur Ali
    August 29th, 2012 at 11:11 AM

    http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/08/Selangorkini-Ogo
    s-4-2012.pdf

    ==
    Oleh NAzli iBrAhim
    ShAh AlAm – Penstrukturan
    semula industri air di Selangor akan memastikan rakyat
    mendapat harga air yang tidak
    mahal berbanding dengan situasi sekarang di mana ia diuruskan syarikat konsensi.
    Sekiranya penstrukturan
    semula tidak dapat dijayakan
    oleh Kerajaan Negeri, pengguna
    Selangor akan berhadapan dengan kenaikan harga air lebih 12
    peratus.
    Menteri Besar, Tan Sri Abdul
    Khalid Ibrahim tidak menolak
    kemungkinan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan
    menaikan tarif air melebihi 12
    peratus sekiranya Kerajaan Negeri gagal mengambil alih operasi syarikat itu.
    Oleh itu, Kerajaan Negeri
    sedang berusaha mengambil alih
    operasi Syabas, yang mengurus
    bekalan air terawat Selangor
    dan ini merupakan sebahagian
    daripada proses penstrukturan
    semula industri air.
    Proses penstrukturan semula
    bertujuan memastikan bahawa
    air terawat dapat dibekalkan
    ke seluruh Selangor pada harga
    yang munasabah.
    B a g a i m a n a p u n m e n u r u t
    Abdul Khalid, Kerajaan Negeri
    akan membawa isu ini ke peringkat timbang tara antarabangsa
    sekiranya menemui jalan buntu.
    “Saya tidak akan tawarkan
    keuntungan berlipat kali ganda
    kepada pemegang konsesi,
    begitu juga Kerajaan Pusat. Kalau
    mereka mengutamakan kepentingan rakyat, tentu mereka
    tidak menyebelahi Tan Sri Rozali
    Ismail.
    “Saya akan pastikan pulangan
    kepada rakyat akan jadi keutamaan Kerajaan Negeri,” kata
    Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan
    mesyuarat Exco di sini.

    S e l a i n i t u , A b d u l K h a l i d
    turut menempelak Rozali, yang
    merupakan Pengerusi Eksekutif
    Syabas, kerana enggan berundur
    walaupun gagal menjalankan
    tanggungjawab dengan berkesan dalam syarikat konsesi itu.
    “Beliau patut berhenti daripada Syabas, sebab sudah pun
    dapat ganjaran daripada Syabas
    dan beliau tidak terlibat atau
    tidak hadir dalam banyak usaha
    menyelesaikan masalah jika ada
    krisis air di Selangor.
    “Bayangkan Kerajaan Negeri
    sendiri meminta Setiausaha
    Kerajaan Negeri berbincang setiap hari dengan Syabas, tetapi
    malangnya Pengerusi Syabas
    tidak hadir nak jalankan tanggungjawabnya sendiri,” ujar
    Abdul Khalid.
    Beliau turut menggesa agar
    K e r a j a a n P u s a t m e n y e b e –
    lahi rakyat Selangor berbanding
    Rozali dalam isu penstrukturan
    air di Selangor.
    “Saya nak minta Kerajaan
    Pusat, negeri sudah buat keputusan, kita tak nak lagi Rozali
    sebagai ‘dalang’ dalam operasi
    air di negeri Selangor.
    “Sama ada dibayar atau tidak,
    dia sudah tak boleh lagi sebab
    sumbangan dia tak menguntungkan rakyat Selangor,” katanya.

  • adil
    September 16th, 2012 at 10:55 AM

    pasal air selangor pada pendapat adil bagilah mereka yang lebih berhak sebagai pengurus ini kan mandat rakyat ,bagi peluang serta biar dia tunjukkan skil pengurusan yang berlainan sama baik atau tidak bagi kerja sama dulu ,jangan asyik kerja nak menyakat je ,lepastu salahkan orang yang tak di bagi peluang ,adakah layak macam ni tak layak langsung ,gunakan akal dengan berkesan ,ya orang yang mengaku bijak………

  • poyo
    November 6th, 2012 at 5:27 PM

    singapore pun pakai membran bro…tak de problem pun.umno ni saja nak cari duit raya..bagi kt kroni..

  • WrgaKlia
    November 7th, 2012 at 2:18 AM

    Sunggoh beruntong dok kat selangor,dapat air free…….kalu dok kat johor,nak berak kno samak.Air tarak kno eksport ke singapore.

  • WrgaKlia
    November 7th, 2012 at 2:19 AM

    Masa unmo perintah,adakah anda dpt air free???

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.