|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 4 August 2012| Kategori: RENCANA | 10 Comments »

STRATEGI PEMBANGKANG REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI

 

Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah ‘demi rakyat’.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.

Ada 10 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    August 4th, 2012 at 9:52 PM

    Banyak bahan yang di recycle, ada jugak ciptaan baru. Yang paling penting bagi puak puak ini, cipta tetap cipta.

    Demikian halnya jika plan A mereka memfitnah dan plan B jugak fitnah, maka mereka akan terus menerus mencipta fitnah.

  • Che_Yan
    August 4th, 2012 at 10:13 PM

    Senang cerita. Rafizi Ramli ni memang budak pandai, tapi tak bijak…Bidang akademik dia conquer la, tapi bidang politik jangan harap..Sekadar buat tuduhan guna dokumen sulit semua orang boleh buat lah kalau ada kabel….Tapi perlaksanaan tuduhan yang berkesan itu yang paling penting…Sekadar nak buat cerita kat KeadilanDaily.com atau HarakahDaily, takpayah la nak keluar surat/dokumen bank bagai…
    Cube bayangkan Kerajaan Malaysia melalui bank Negara dedahkan semua akaun dan akaun adjacent puak-puak Anwar..Confirm terbeliak biji mata rakyat…Tapi orang yang waras tahu, kerahsiaan itu penting..Bukan untuk musuh sahaja, tapi untuk diri kita jugak…

    Nasihat saya pada Rafizi Ramli: Sudah2 lah tu bro…lu ada kelulusan tinggi2 watpe nak lepak sama Anwar yang selalu repeat paper tu…Lepas kes ni selesai, gua cadangkan lu pegi apply mana-mana Universiti kat overseas sana, pastu duk sana diam-diam mengajar…Kepala tak pening, duit pun boleh tahan..Daripada kene maki kat negeri sendiri baik lu kene puji kat negeri orang..

    Di bulan Ramadhan yang mulia ini, bertaubatlah Rafizi Ramli….

  • tengkudin
    August 5th, 2012 at 8:26 AM

    tak lama lagi jadi la coffee boy aljuburi..

    CIFUT kata anuwar..hehehe

    password: LEMBU kot?? hehehe

  • no way
    August 5th, 2012 at 11:21 AM

    Patutlah berani.RM di belakang dia

  • freemalaysiakini
    August 7th, 2012 at 11:19 PM

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  • rosmah altantuya
    August 8th, 2012 at 2:32 AM

    mana boleh nak bertaubat ….

    penyelewengan harus didedahkan …

  • akuantiPAKATAN
    August 8th, 2012 at 2:22 PM

    Mana punya mazhab kau pakai ni? Tak boleh nak bertaubat sebab nak dedahkan penyelewengan? Nampak sangat korang ni mengamalkan “matlamat menghalalkan cara”. Penyelewengan itu pun entah kan betul entahkan fitnah. Tapi takpe, ajaran PAS kata, “tak payah taubat, dedahkan penyelewengan aka fitnah tu dulu.”

  • IloveIslam78
    August 16th, 2012 at 2:59 PM

    Datuk seri najib ada gak mengerjakan haji dan umrah ke tanah suci….pemimpin pembangkang ada? Sibuk ngan politik nak kencingkan rakyat jer….duit berlambak x guna gak kalau x gi kesana…dari anda menaburkan wang untuk perjuangan politik kotor anda tu lebih baik gunakan wang itu mengerjakan haji atau umrah ke?

  • iman
    August 24th, 2012 at 8:32 AM

    kalaw pegi haji n umrah tp kena guard wtpe? ish3.. pk la.

  • matp
    August 26th, 2012 at 1:47 AM

    nama & makna iman sedap tapi bangang. dia ketua negara dapatlah dia keistemewaan yg d beri ktua negara saudi. anwar mana boleh dapat mcm tu sebab dia ketua liwat & ditaktor. bodoh mcm tenuk

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.