Kerajaan Perlu Beri Perlindungan Kepada Pelarian Rohingya di Malaysia

Oleh: KuntaKinte Malaysia (August 2nd, 2012) [RENCANA,Utama][12 Comments »]

rohingya

Oleh Dato Rejal Arbee

Akhbar Berita Harian Ahad lalu menggemparkan ramai apabila melaporkan hasil satu kajian Universiti Islam Antarabangsa mendapati tidak kurang daripada 30 kawasan perkampungan, taman perumahan, pasar dan lokasi perniagaan di Lembah Kelang dikuasai warga asing.

Dengan itu wajah Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Nepal, China dan Afrika semakin bertambah dan wujud di mana-mana saja dari kedai makan, restoran hinggalah di hotel, pusat beli-belah, pelabuhan serta kilang.

Anehnya kajian itu tidak pula menyebut kewujudan suatu lagi kaum warga asing yang sudah pun mula kemari sejak awal tahun 80han, ia itu kaum Rohingya yang lari dari negara mereka Myanmar, dahulunya Burma, kerana tidak tahan ditindas kerajaan dan rakyat Buddhanya.

Dikatakan keseluruhannya kini sudah terdapat kira-kira 70,000 kaum Rohingya di Malaysia termasuk sekian ramai anak-anak mereka yang dilahirkan di sini.

Mereka ini dianggap sebagai pelarian dan kerana itu tidak boleh bekerja, anak-anak mereka tidak boleh memasuki sekolah kebangsaan dan dengan itu menghadapi kehidupan yang amat sempit hingga memaksa ramai dari mereka menjadi pengemis.

Aneh juga bila melihat mereka ini yang beragama Islam diberikan layanan yang begini buruk tetapi kaum-kaum lain berleluasa bermaharajalela tanpa disekat.

Jadi persoalannya kenapakah negara kita juga mahu turut menzalimi kaum ini yang Bangsa-bangsa Bersatu sendiri mengakui adalah satu-satunya kaum di muka bumi ini yang paling tertindas dan menghadapi diskriminasi terburuk di negara sendiri, kerana mereka tidak mahu diterima sebagai rakyatnya.

Myanmar memberi alasan kononya mereka adalah berketurunan Bengali yang memasuki Burma dari Bangladesh sejak kurun ke-19 lagi ketika Britain menjajah India (kini India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar). Perlembagaan Myanmar menetapkan hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara itu sebelum kemerdekaannya daripada Britain pada 1948 sahaja dianggap sebagai warganya.

Semua yang menetap selepas kemerdekaan dianggap sebagai pendatang asing yang mengancam keselamatannya. Ini membuatkan kaum Rohingya itu menghadapi diskriminasi ketara ditindas dengan kejamnya oleh tentera, kerajaan dan rakyat berketurunan Buddhanya. Mereka sering diusir, rumah dan masjid dimusnahkan. Pergerakan mereka juga amat terhad hingga menjejaskan soal perkahwinan dan anak-anak mereka.

Hasilnya ramai diantara mereka lari ke negara lain termasuk Malaysia sejak awal 80an kerana tidak tahan dengan kekejaman yang mereka hadapi setiap hari. Dan kumpulan awal ini dianggap kerajaan Malaysia sebagai pelarian untuk seketika sehingga mereka dapat ditempatkan ke negara ketiga.

Malangnya kebanyakan negara ketiga enggan menerima mereka hanya kerana beragama Islam dan kerajaan Malaysia pula tidak kelihatan bersungguh-sungguh untuk menangani masaalah kaum ini. Mereka seolah-olah terbiar tanpa pembelaan. Dan keadaan ini berlarutan hingga sekarang.

Kita seolah telah melepaskan tangan tanpa mahu melakukan sesuatu yang berkesan. Ini menyebabkan kaum Rohingya ini berada di sini tanpa boleh bekerja dan anak-anak tidak boleh dimasukkan ke sekolah.

Dalam pada itu kita juga tidak bermaya sebagaimana juga anggota Asean lain untuk menekan Myanmar apabila ia menganggotai pertubuhan itu supaya berusaha dengan lebih berkesan untuk mengatasi masalah rakyat Rohinyanya itu dan bersikap lebih berperikemanusiaan dan lebih prihatin terhadap rakyat Islamnya.

Semua ini tidak kita lakukan sebagaimana juga negara-negara OIC pun lumpuh untuk bertindak menghalang Myanmar berterusan menindas rakyat Rohingya ini.

Kita juga mengamalkan dasar amat ‘short sighted” dengan tidak membenarkan anak-anak mereka itu bersekolah. Apakah kita mahu kanak-kanak itu membesar buta huruf dan tidak mahu mereka boleh berdikari? Ini hanya Kementerian Luar dan Kementeria Dalam Negeri saja yang boleh berikan jawapan.

Dan masaalah ini berlarutan hingga sekarang tanpa adanya penyelesaian. Tentunya keadaan begini tidak boleh dibiarkan. Apakah sudah lebih 30 tahun masih terbiar tanpa dapat dileraikan?

Manakala pendatang asing lain termasuk yang memasuki secara haram boleh pula bekerja atau berniaga dan anak-anak mereka diterima untuk bersekolah di sini.

Persoalannya kenapa diskriminasi demikian ini kita lakukan terhadap ummat Islam itu?

Penindasan ke atas mereka ini di Myanmar wujud lagi baru-baru ini berikutan dengan suatu kejadian pada 28 Mei di mana tiga orang pemuda Rohingya dikatakan telah merogol dan membunuh seorang wanita Buddha di Rakhine, dahulunya Arakan kawasan yang didiami mereka yang bersempadan dengan Bangladesh.

Kejadian itu telah menimbulkan kembali perangsagka buruk terhadap penduduk Rohingya hingga mencetus keganasan membalas dendam mulanya dengan 10 penduduk Islam di situ diheret dengan bus hingga mati oleh samseng Buddha pada 3 Jun.

Ini diikuti dengan serangan kekejaman sepanjang tempoh lapan minggu kekacauan di wilayah itu yang mengorbankan beratus-ratus penduduk manakala berpuluh ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Menghairankan juga pemimpin pro demokrasi Myanmar dan ikon hak kemanusiaan sejagat, Aung San Suu Kyi sedikit pun tidak berkata apa-apa terhadap penindasan dan tindakan kejam itu, jauh sekali membela mereka.

*Penulis adalah bekas Ketua Pengarang Berita Harian dan sekarang ini merupakan Felo Kanan di UKM

Ada 12 Comments setakat ini.

  • raplahjingaa
    August 2nd, 2012 at 9:22 PM

    Beri perlindungan satu hal…apa yang kerajaan patut buat adalah memberi tekanan kepada Myanmar melalui ASEAN supaya menghentikan pembersihan etnik di sana.

  • freemalaysiakini
    August 2nd, 2012 at 10:32 PM

    layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

  • tengkudin
    August 2nd, 2012 at 10:35 PM

    PAS tak nak join sama ke??? takkan nak berkepit dengan abby abadi je..hehehe

  • dewahodoh
    August 2nd, 2012 at 11:31 PM

    Isu Rohingya ni memang tak akan ada kesudahan jika kerajaan dan NGO tidak mengambil sebarang tindakan. Jika masih dibiarkan dgn status perlarian maka sampai bila-bila mereka ini akan menjadi golongon majoriti peminta sedekah di negara kita. Jika kerajaan Myamar tidak mahu menerima mereka, maka kerajaan Malaysia perlu mengusahakan jalan supaya mereka ini boleh menjadi tenaga kerja yang sah di negara kita seperti pembantu rumah atau buruh binaan.

    Kerajaan juga perlu berkerja sama dengan UNHCR bagi mendapat maklumat dan data yang tepat tentang golongan Rohingya di Malaysia bagi memudahkan kita merangka plan kerja dan membendung masalah yang akan terjadi selepas ini. Jika mereka ini berstatus perlarian maka dan tidak layak untuk mendapatkan perkerjaan yang sah, maka lebih elok jika mereka ini dikumpulkan di satu tempat yang khusus bagi memudahkan pemantauan dan kebajikan diberikan secara teratur dan sistematik. Dana dari UNHCR dan negara negara Islam yang lain juga perlu dipohon bagi kita menyediakan penempatan, kesihatan, pendidikan, dan semua aspek yang lain.

    P/S : Aku sebenarnya dari kecil lagi amat prejudis dgn peminta sedekah Rohingya, aku rasa macam ada sindiket yang mempergunakan mereka untuk meminta sedekah. Harap pihak berkuasa juga dapat menyiasat kebenaran tentang hal ini juga.

  • mel
    August 3rd, 2012 at 1:55 AM

    Nak bantu boleh, tapi xkan lah sampai nak bagi sekolah pulak. Nanti depa dapat degree boleh kerja sini, orang melayu tulen xleh bekerja pulak. Alih-alih nanti orang melayu jadi peminta sedekah dinegara sendiri..Memang agama Islam. Tapi korang penah ada experience mcm mana bangla-bangla kat Malaysia ni layan orang melayu kat kedai makan? Loghat jer..kurang ajar..dah ler..baik focus benda lain..sorry laa..apa aku cakap ni..nak tolong boleh, tapi nak bagi kenikmatan serta keistimewaan kita ni aku tak setuju.

    Mula-mula mmg la bg tempat tinggal, pastu sekolah, pastu tempat kerja, last-last nnt bila ada diantara mereka jadi kaya dia campur tangan dalam hal politik pulak.

    Tolong lah melayu dahulu..dan sentiasa tolong melayu. Malaysia ni bukannya besar mana pun. Aku penah jumpa orang indon buat buisness canopy hampir semua dia sapu..Melayu mana? Memang dia tak sapu seluruh malaysia lagi..tapi dia boleh compete dgn orang melayu..

    Sudah lah melayu kena compete dengan cina dan india, la ni nak kena compete dgn kadazan,dayak,bidayuh,dusun etc..belum lagi india-muslim, belum lagi indon-indon, belum lagi bangla-bangla..

    Payah la mcm ni. Aku tau korang mesti ada nak maki hamun aku, tapi pasal benda-benda mcm ni lah bagi PR point tuk tembak government Malaysia.

    Berapa banyak keturuan jawa 2nd generation dapat keja gomen? aku tgk name tagged diaorang pun aku tau ni Jawa 2nd Generation. Kalau 4-5th generation takpe lah gak..boleh dikecualikan. Ni second generation..maknanya keturunan dia takde pun time nenek moyang kita merdeka..sedap sedap jer dapat keje Gomen..setengah tu ada dalam PDRM lagi tentera lagi..takyah tgk jauh lah..korang search je dalam FBook..belambak.

    Mmg tujuan nak ramaikan melayu, tapi depa ni semua kawin pun dgn diantara orang diaorang gak. Melayu tulen kita ni..sapa nak tolong? Zaman sekarang masih lagi la ada yang tolong..esok lusa mcm mana?

    Tu yang india dan hindraf dok bising kata orang india keturunan dia dan 4-5th generation duk tgh fight kerakyataan IC biru tu, kalau diberi gak ntah nisbah melayu dengan non malay 50-50 jer..

    kita kena ingat, bumiputra 60% ni merangkumi Sabah dan Sarawak, bukan 100% melayu. Sorry la..aku tak setuju kalau Kerajaan kita nak besusah payah bagi sekolah lah, lesen berniaga lah, pekerjaan la..

    Korang kena ingat, depa ni susah, dan depa akan usaha lebih untuk senang tau. Orang melayu lak, dah comfortable walaupun tak kaya tu yang usaha agak slow skit. Yang ni aku betul-betul tak setuju. Korang nak maki ke nak kutuk ke, itu tepulang pada korang laa..

    Aku tulis panjang berjela pasal ni buat aku panas..aku sayang kan keturun melayu aku. Memang aku ada darah bugis, tapi tu 4-5 generasi. Maaf la kalo sapa terasa..

  • pasdaplaknat
    August 3rd, 2012 at 3:33 AM

    Tolong banyak2 nnt puak PR sangka buruk lg.. UMNO upah pelarian Rohinga pulak jd pengundi hantu.. ic palsu bla..bla.. haha
    Pendek kata apa2 kena rujuk isu dulu..
    inilah ‘bala’ selepas 2008..

  • idris
    August 3rd, 2012 at 5:21 AM

    Aku pun rasa mcm tuh jugak…

  • bujuk
    August 3rd, 2012 at 7:37 AM

    Sutuju pendapat tuan… sampai bila kita perlu menerima pendatang asing yg. sering pula mengganggu sosial masyarakat m’sia. M’sia melalui ASEAN dan PBB serta NAM dan OIC patut bertindak. Tekanan POLITIK dan Ekonomi perlu d ambil supaya nagara tidak jadi tempat buangan. Memang kita kena sayang saudara agama kita, tapi membawa mereka ke m’sia tak selesaikan masalah. Seperti kata penulis sejak tahun 80’an mereka datang… apakah bilangan mereka makin berkurang?

  • bujuk
    August 3rd, 2012 at 7:39 AM

    PAS dah suarakan pada k’jaan untuk ambil tindakan politik dan hubungan negara untuk selesaikan masalah saudara islam kita d sana.

  • Che_Yan
    August 3rd, 2012 at 8:20 PM

    Pelarian ROhingya ni memang masalah besar. Tapi kalau Malaysia sahaja yang main peranan, akan membebankan negara. Kalau kite check balik semua fail kes Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Imigresen, banyak kes-kes berkenaan orang Rohongya..

    Buat masa sekarang ni Malaysia susah sikit nak melibatkan diri dalam hal-hal serantau.. Mungkin lepas PRu13 boleh lah buat…

  • feeder_killer
    August 30th, 2012 at 1:36 PM

    Yap… siapa kata depa ni tak bekerja? Cuba pergi ke bandar utara selayang tengok, la ni dah jadi mini burma yg penuh dgn kedai2 runcit yg lebih besar dari kedai malay or chinese. Air ludahan sireh toksah cakap la, penuh sepanjang jalan!

    Ramai peniaga local mahu ambik depa ni kerja tapi they prefer bukak bisnes sendiri even recycle sayur from tong sampah pun depa tak kisah. Pastu maki MPS bilamana ada operasi sita.

    Sikap depa ni buat penduduk selayang rimas. Belum lg kes burma ni kacau bini org,sip tunjuk anu lg! Bergaduh& BERTUMBUK memang jadi makanan depa.

    Bukan aku tak sokong pelarian rohingya ni tp sikap samseng depa ni buat aku meluat! Smpkan solat pun takmau campur dgn org kita ni apahal??!!

  • Mel
    December 30th, 2012 at 5:07 AM

    Aku sokong, melayu patut lebih pentingkan Kaum Melayu. Dok sibuk nak buat baik dgn orang sedangkan kaum melayu masih byk lagi yg perlu ditolong, apa cerita?

    Kata banyak golongan bijak pandai kat Malaysia nie jadi Cuba la fikirkan alternatif lain utk Bantu mereka.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.