Selangor pusat sehenti urut?

Oleh: tengkudin (August 1st, 2012) [Blog Pilihan][2 Comments »]

URUT

 

KUALA LUMPUR 31 Julai – Dakwaan bahawa Selangor kini dilanda kebanjiran pusat urut dan hiburan berkemungkinan besar merupakan satu kejayaan untuk DAP.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini, DAP dipercayai berazam mahu menjadikan negeri itu seperti Macau di China, justeru sudah pasti menerusi laporan itu ia tidak memberi kesan langsung kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

”Pemerintahan pakatan pembangkang telah berjaya menjadikan negeri itu sebagai syurga dunia untuk negara ini. Kita tidak perlu lagi pergi ke Hatyai atau Phuket untuk mendapatkan khidmat ‘mengurut’ kerana di Selangor semua ada.

”Lebih mengelirukan, proses menukar Selangor menjadi seperti syurga dunia itu disokong oleh tiga Exco dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas. Jika dahulu mereka ini menentang maksiat tetapi kini sama-sama bersekongkol,” katanya kepada¬†Utusan Malaysia¬†di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan beberapa persatuan pengguna mengenai kebanjiran pusat urut dan hiburan di Selangor pada masa ini dan gejala tersebut seolah-olah bukti kerajaan negeri tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Hamidzun yang sememangnya bersetuju dengan dakwaan itu berkata, kebanjiran pusat urut yang berleluasa di negeri itu kebanyakannya berselindung di bawah pusat-pusat refleksologi dan hotel-hotel murah.

Pengerusi Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pula menggesa Kerajaan Selangor mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti semula kegiatan pusat-pusat urut yang didakwa beroperasi di kawasan-kawasan komersial berhampiran kediaman penduduk.

Kata beliau, di pihak Kerajaan Persekutuan pula, satu pemantauan dan pemeriksaan harus dilakukan ke atas setiap pusat urut yang diwujudkan bagi memastikan ia beroperasi secara sah atau tidak.

”Setakat ini, saya sebagai wakil pengguna di Selangor masih merasakan kegiatan tersebut belum di tahap yang bahaya. Bagaimanapun sebelum ia menjadi lebih teruk, diharap pihak yang bertanggungjawab perlu bertindak segera.

”Selain itu, daripada pemerhatian saya, pusat-pusat seperti itu kini bukan sahaja bertumpu di Selangor tetapi ia juga semakin hebat di Perak dan Pulau Pinang,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120801/dn_08/Selangor-pusat-sehenti-urut

Ada 2 Comments setakat ini.

  • korokstabang
    August 2nd, 2012 at 6:13 AM

    agama pas menghalalkan urut kalau dalam bulan posa urut bagi agama pas ianya perkara sunat.

    hidup pas hidup maksiat

    muehhhhahahahahahaha

  • mRsTURDY
    August 2nd, 2012 at 8:39 AM

    Aku hairan btul mereka yg suka urut-urut nih? Tak malukah bila Ah Moy pegang, picit dan urut telur? maruah..maruah di mana maruah??

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.