Menu Utama

August, 2012

 

Bendera Baru Malaysia: Pakatan Mula Spin

PUAK-puak Pakatan sekarang ini yang malu besar dengan terbocornya rahsia bahawa mereka memang nak tukar bendera negara ini (seperti diakui seorang ADUN DAP sebelum ini) setelah memerintah besok, cuba menutup kemaluan tersebut dengan mengatakan bendera itu adalah bendera Malaya yang lama. Penulis tidak sempat nak menyelidik betul ke tidak itu bendera Malaya yang lama sebab kalau benar sekalipun, apa kaitannya? Yang penting sekarang, apa justifikasinya dibawa bendera itu semalam?  Sempena hari kemerdekaan pulak tu.  Apa tujuannya?  Adakah sebab nak tukar bendera setelah berkuasa besok seperti yang diucapkan Manoharan dulu? Penulis jugaBaca Lagi


Politik Kebencian Pakatan Dah Nampak Hasil

KALAU inilah jenis pembaharuan politik yang diharapkan Pakatan haram, maka penulis ucap ‘good luck’lah kepada para pengundi mereka.  Kalau inilah ‘nilai-nilai Islam’ yang diharapkan dibawah pemerintahan Pakatan, penulis ucap ‘selamat masuk syurga” dengan nilai yang macam itu. Persoalannya sekarang, macam mana perkara serupa ini boleh berlaku?  Tidakkah puak-puak ini hebat bercakap pasal Islam, Islam apakah yang menganjur politik kebencian sehingga membawa kepada perbuataan seumpana gambar diatas itu? Puak-puak ini tidak ada modal, melainkan reka cipta pelbagai berita palsu untuk membuatkan rakyat benci pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  FitnahBaca Lagi


SAH DIORANG NAK MALAYSIA JADI MACAM SINGAPORE!!!

Nah!!! Bukti apa lagi yang korang nak? Memang tak syak lagi, diorang ni ada agenda nak menjadikan Malaysia sebahagian dari Singapura. Ini buktinya. Bukan ke bendera yang diorang cadangkan tu sama dengan bendera Singapura? Lagi kita nak percaya dengan puak – puak Haramjadah ni ke? Wei Melayu!!! Jangan la jadi kayu sangat. Pikir la, orang Melayu Singapura tu tinggal nama je. Agama, Bangsa dan Negara semua dah kena lacur. Lagi kita nak ikut diorang ke? Jangan la jadi buta sangat!!! http://semuthitam80.blogspot.com/2012/08/sah-diorang-nak-malaysia-jadi-macam.html LIVE DARI DATARAN MERDEKA !! VIDEO BABI HUTAN PIJAKBaca Lagi


“Manifesto Bukan Perjanjian”, Alasan Nak Belitlah Tu

KEPADA sesiapa yang habis percaya Pakatan haram ini akan melaksanakan semua janji-janji bulan bintang pilihanraya umum ke-13 mereka, sila ambil perhatian dengan perkembangan terbaru ini. Kerajaan Pakatan haram Selangor yang terperangkap dengan janji-janji tidak masuk akal pada 2008, kini cuba menyelamatkan diri dari satu-satunya janji manifesto 2008 yang dilaksanakan – air percuma 20m3, dengan mengatakan Manifesto Bukan Perjanjian. Kalau dah Manifesto pilihanraya bukan ‘janji’, apa kita nak panggil tu? Perkara ini disebut Menteri Besar Khalid semalam, ketika menolak untuk menyelesaikan tunggakan air beratus ribu pemilik rumah pangsa, flat dan kondominium yangBaca Lagi


Azizan Razak Bakal Tergolek, Amiruddin Hamzah Pula Mangsa Seterusnya?

Mungkin ramai terfikir bahawa isu ketiadaan Azizan Razak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu di Sri Mentalon pada 25 Ogos lalu adalah merupakan isu hangat di negeri Jelapang Padi itu. Sebagaimana maklum, banyak media menyiarkan laporan tentang Azizan yang tidak dapat hadir ke majlis sambutan tahunan tersebut ekoran keadaan kesihatannya yang uzur dan tidak mengizinkan Persuruhjaya PAS itu bersama rakyat di hari lebaran itu. Bagaimanapun, topik utama yang paling hangat diperbualkan oleh pak-pak lebai PAS mengenai insiden pada hari tersebut bukanlah tentang ketiadaan MenteriBaca Lagi


Harakahdaily Cuba Lagakan Pemimpin UMNO/BN Di Pulau Pinang

Sekiranya dikatakan PAS suka menabur fitnah, syubhah fitnah, spekulasi tidak berasas dan syak wasangka buruk, saya yakin ramai pak-pak lebai berdarah “hijau” itu akan melenting panas, marah dengan kenyataan itu. Namun sekiranya dilihat pada hobi PAS yang suka berceramah politik setiap hari, di setiap lokasi mereka berada dan di setiap medium yang ada, rasanya merekalah juara propaganda politik di kalangan orang Melayu. Baru-baru ini lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, menyiarkan satu laporan berita bertajuk “Adun UMNO sertai rumah terbuka Saleh Man” yang dikarang oleh wartawannya, Mohd Sabri Said, yang sudahBaca Lagi


Nasib Guan Eng: PKR Kata Tokong, PAS Kata Khalifah

NASIBLAH Ketua Menteri terbuang ini.  Sejak berjaya mengemudi DAP menang di Pulau Pinang, dah macam-macam gelaran diberi kawan dan lawan.  Dari yang sebaik-baik gelaran sehinggalah yang sinis-sinis dan berbaur kutukan (sebelum ditukar menjadi ‘penghargaan’). Mana-mana satu pun, tetap PAS yang bodoh.  Kerana nak menjamin jawatan Mat Sabu dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang dan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang kepada parti tersebut., PAS sanggup gelar menatang haram jadah ini sebagai Khalifah Umar. Nik Aziz terconggok 22 tahun sebagai MB di Kelantan tak pernah diberi gelaran yangBaca Lagi


Berkawan Dengan Syaitan: PAS Terperangkap Dalam Mainan Perkataan Tun M

Memang menarik cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik perhatian pihak pembangkang, khususnya PAS, apabila cetusan penulisannya telah berjaya membuat mereka melatah tak tentu hala. Dalam kenyataannya melalui blog, Tun Dr. Mahathir seolah-olah sengaja menyatakan bahawa lebih baik Barisan Nasional (BN) sebagai “pihak jahat” yang dikenali berbanding pembangkang sebagai “pihak baik” yang tidak dikenali. Tiba-tiba saja puak-puak pembangkang yang memang rendah IQ dan cepat melatah mengibaratkan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu menyifatkan BN sebagai “devil” atau syaitan yang dikenali, manakala pembangkang pula adalah “angel” atau malaikat. MakaBaca Lagi


Sumbang Mahram Lahir Anak Luar Nikah… ish..ish..

Gempar… memang gempar apabila kebanyakan media massa menyiarkan berita penahanan seorang lelaki dewasa yang juga  adalah pemimpin sebuah parti politik dan anak lelakinya, berikutan seorang anak perempuan lelaki terbabit yang baru berusia 15 tahun telah melahirkan bayi lelaki. Si anak perempuan baru sahaja berusia 15 tahun, panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuhi, malangnya diusia sebegitu muda dah menjadi ibu muda tanpa suami. Mengikut laporan berita yang disiarkan, lelaki tersebut adalah pemimpin sebuah parti pembangkang dan pernah bertanding dalam pilihanraya lepas menentang calon BN di salah satu kawasan DUN di Pahang.Baca Lagi


‘Tokong’ Punya Pasal Mansor Dipaksa Ucap Selamat Tinggal

Sah lagi sahih Dr Mansor Othman yang sekarang ini adalah Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) Pulau Pinang kini terpaksa melalui hari-hari gelap dek kerana sikap derhakanya terhadap ‘tokong’ DAP yang sekarang ini adalah bos besarnya di negeri itu. Impak dari keceluparannya menghentam dan mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan pelbagai gelaran sinis dan penuh sindiran semasa pertemuan bersama beberapa pemimpin PKR negeri, nampak gayanya kini DAP sudah meminta ‘korban’ sebagai jalan penyelesaian. Pantang sungguh bagi DAP bilamana pemimpin utama mereka diperlekehkan dan dikritik sedemikian rupaBaca Lagi