|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 22 July 2012| Kategori: Adamyan,Utama | 28 Comments »

Tema Kemerdekaan Janji Ditepati, Apa Yang Masalah Sangat?

MAJORITI blog-blog pembangkang begitu sakit hati dengan keputusan kerajaan menjadikan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema hari kemerdekaan pada tahun ini.  Tak tahu apa masalahnya disitu tapi memang kebelakangan ini pakatan haram pembangkang cukup-cukup fobia dengan slogan ‘Janji Ditepati’ ini.

Soal nak meletakkan tema apa untuk sambutan hari kemerdekaan adalah hak kerajaan, siapa Pakatan haram nak bangkang?  Kalau depa jadi kerajaan dan Anwar jadi Perdana Menteri (minta jauh), nak letak tema hari kemerdekaan ‘Sodom Itu Boleh’, kita pun tak boleh nak kata apa.

Maklumlahkan.

Itu yang pertama, yang kedua, adakah sebab kerajaan BN menepati janji kepada rakyat selama memerintah berbanding kerajaan Pakatan haram yang sehingga sekarang masih terkial-kial nak melaksanakan janji pilihanraya lepas, maka itu dijadikan alasan untuk sakit hati?

Apa nak sakit hati pulak, itu masalah masing-masinglah, kenapa taknak tunai janji bila dah berkuasa?  Sementara belum dapat bukan main lagi menabur kata, bila dah dapat, apa haram pun takde.

Dah memang kerajaan BN menunaikan janji, kita sebutlah, kalau tak sebut kang, orang terlupa pulak.  Maklum sajalah orang Malaysia, mudah lupa, terutama yang macai pembangkang tu.  Jadi nak dimudahkan semuanya, maka dijadikan soal itu (Janji Ditepati) sebagai tema.

Senang sikit rakyat nak membandingkan dengan ‘Janji Ditaburi’ yang giat dibuat Pakatan haram pembangkang, terutama sekali Anwar Ibrahim.

Senang ceritalah, yang dalam tangan pun janji tak bertunai, yang bayang-bayang itu pulak nak dilebihkan dengan macam-macam ayat untuk mengumpan undi.

Sememangnya kerajaan BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib, melaksakanakan semua janji yang telah dibuat kepada rakyat.  Kata nak bagi bantuan persekolahan, dah bagi, kata nak bagi BR1M, dah bagi, banyaklah kalau nak diulas satu-satu disini.  Jadi apa salahnya mengatakan yang betul.

Lainlah kalau kerajaan BN tidak melaksanakan janji yang telah dibuat, kemudiannya diletakkan tema Hari Kemerdekaan ‘Janji Ditepati’, itu mungkin ada alasan untuk sakit hati dan membantah.  Selain dari itu, biarkanlah, nak dibisingkan sangat kenapa?

Sepatutnya, tema hari Kemerdekaan itu dijadikan pembakar semangat untuk kerajaan Pakatan haram melaksanakan janji kepada rakyat yang masih berbaki, bukan sebab untuk sakit hati.

Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, semua kerajaan ini masih banyak lagi janji manifesto 2008 lepas yang masih tidak tertunai.  Sebaliknya, yang tidak dijanjikan itu pula yang lebih diberi perhatian.  Contoh macam di Pulau Pinang, pengusiran orang Melayu dari bahagian pulau negeri tersebut tak pernah ditulis dimana-mana, tapi itulah yang sedang rancak berlaku pun.

Di Selangor, Kedah, Kelantan pun sama – banyak janji tak bertunai.

Kesimpulannya disini, tak usahlah nak sakit hati dengan tema hari kemerdekaan yang tidak memberi kelebihan kepada Pakatan haram.  Penulis rasa, apa pun tujuan tema itu, ia tidak ada kaitan dengan nak menyindir pembangkang, tapi kalau terasa jugak, memang dah patutlah pun, nak dibuat macam mana lagi?

Ada 28 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    July 22nd, 2012 at 3:40 PM

    Pakatan haram menjanjikan rakyat bukan setakat bulan dan bintang, malah langit bumi, sungai, kolam, tasik, air terjun dan SYUrga. Mereka tak boleh nak nafikan mereka menjanjikan SYUrga pada penyokong mereka kerana janji itu dalah benar belaka yang pernah mereka buat.

    Sepatah kata Tun M mereka berani berjanji itu semua kerana meraka tahu mereka tak payah tunaikan. Maksudnya mereka tahu mereka tak akan dapat capai angan2 mereka untuk memegang tampuk pemerintahan pun, sebab itu mereka berani menabur janji.

    Sementara BN yang berjanji lalu tunaikan apa yang dijanjikan (apa yang mereka tak boleh tunai mereka tak berjanji) maka JANji diTepati dikiran menepati scenerio
    ini lantas dijadi kan tema hari nasional.

    Sebagaimana kata penulis BN adalah pemerintah , suka hati mereka nak bertemakan apa pun. Mereka arif apa yang patut apa yang tidak bukan main semberono saja.

    Demikian halnya jika mereka yang memerintah tak akan ada siapa yang boleh cakap apa2 mengenai tema mereka.

    Resah gelisah, bengang dan fed-up semua itu memang bersebab. Apa tidaknya, mereka terasa tema yang hanya 2 perkataan itu tepat menjolok lubang hidung mereka.

  • Meow Bergaya
    July 22nd, 2012 at 4:03 PM

    PR patut sokong slogan tu kerana parti dlm PR sendiri TELAH BERJAYA MENUNAIKAN JANJI piliharaya mereka dgn begitu PASTI sekali – undi PR bermakna sama dgn mengundi PAS, dan dgn sendirinya telah menghasilkan BALASAN SORGA, ciptaan PAS. Takebeer ….

  • tengkudin
    July 22nd, 2012 at 6:02 PM

    sebab dalam PR janji mereka janji kosong belaka…janji manismu..hehehe

  • putera
    July 22nd, 2012 at 6:58 PM

    Memang tepat, kebanyakan apa yg BN bawah DS Najib buat spt manifesto membuat hampir kesemua, malah ada tambahan yg tak disedari rakyat dapat KR1M , BRIM, ttg 1M dah ada 12 yg dibuat oleh DSN, pembankang takut apa lagi yg DSN nak buat. Meraka hanya janji ditepi gigi.

  • Kajang pak malau
    July 22nd, 2012 at 7:11 PM

    Dah 54 tahun memerintah, kalau janji tak ditepati pasti dah lama rakyat tolak UMNO ke laut.

    Yang jadi masalah sekarang bukannya janji tak ditepati tapi kerja penuhi tembolok UMNO ynag dibenci rakyat. Rakyat dapat Rm 100 tapi Peminpim UMNO dapat RM 100 juta… Rasuah , kroni yang makin parah… NFC dah senyap dah… Senyum Kak Izat. Kita dengar dulu peguam negara kata ramai lagi yang akan didakwa tapi sampai sekarang habuk pun tadak..

  • jebat
    July 22nd, 2012 at 8:54 PM

    dari kepala sampai ekor semuanya busuk pakatan haram jadah ni.. rasuah..kroni..NFC..dan apa saja akan diputar2 sampai sendiri bengong..cakap boleh la brok..buktikan..itu pun kalau ko islam la..

  • raplahjingaa
    July 22nd, 2012 at 9:36 PM

    Alaaaa..pak maun, aku serta berjuta-juta yang lain jugak rakyaat Malaysia…dan kami menyokong UMNO / BN, Alhamdulillah atas sokongan kami, orang melayu masih memerintah negara ni.

    Biasa laa pak maun….macam hang, ada yang sakit hati, ada yang benci tu dah lumrah, kalau nak cakap pasal kroni, pasal rasuah, pasal liwat, pasal 3 billion, pasal beli tanah dalam air….sampai esok pagi pun tak habih

    yang pasti sekarang ni pak maun…orang melayu memerintah negara ni..ketua polis negara orang melayu, panglima angkatan tentera orang melayu…

    hang tak puas hati, hang sakit hati….hmmm ada aku kesah ?

  • tengkudin
    July 22nd, 2012 at 10:12 PM

    Geran rm 300juta pun kalid kebas…hasil jual aset yayasan selangor dan talam..hjeheheh

  • sayang rosmah
    July 22nd, 2012 at 10:58 PM

    tak masalah apa pun …

    janji buat lah …

    ni masih banyak yg tak buat lagi

  • sayang rosmah
    July 22nd, 2012 at 11:00 PM

    buat report SPRM ….kalau dia kebas..

    jangan cakap jea….

  • sayang rosmah
    July 22nd, 2012 at 11:03 PM

    itu pun masih mengakui diri nya hebat …

    bila kah agak nya nak PRU 13 ni …

    kata SB kalau buat sekarang UMNO/BN hanya menang 10 kerusi sahaja kat Selangor…

    betul ke?

  • jebat
    July 22nd, 2012 at 11:44 PM

    boleh “pakai” ke SPRM… kalau dah nama barua pakatan haram semua agensi kerajaan pun dia tak percaya..

  • jebat
    July 22nd, 2012 at 11:45 PM

    he..he..SB yg mana pulak..setel masalah air dulu baru buat PRU..PRU tak penting..air lebih penting..

  • jebat
    July 22nd, 2012 at 11:48 PM

    betul2…teruk betul khalid gagap ni..kesian warga emas,budak2 tadika,janda2 tak terbela..yg terbela abby abadi je..

  • StinGray
    July 23rd, 2012 at 12:27 AM

    Pak Malaun komen ikut topik boleh tak??…jgn melampau-lampau bengong sgt…

  • bujuk
    July 23rd, 2012 at 12:31 AM

    Tak ‘TERUJA’ la…
    cari benda lain la buat tajuk. Aku akui la.. PR tak perlu kecoh pun dengan tema BN ni. Tak tergugat pun… tapi aku taktau la strategi PR.

  • pasdaplaknat
    July 23rd, 2012 at 1:40 AM

    Strategi PR = BOHONG + FITNAH + PUTAR BELIT!

    Kita teruja dgn kes Rainbow Girl, Assimin, Nuar, sbb smpai skrg PR xde strategi nk bersihkan nama2 org besar mereka.. ya ke tidak?

  • tengkudin
    July 23rd, 2012 at 7:17 AM

    abby abadi kan lawo walaupun suam suam kuku..ramai pak lebai dah mula mintak borang tambah bini tak lama tu..

    maklum la abby abadi tu kan janda…ibu tunggal..jadi ibu tunggal kat selangor yang miskin..buat apa kalid nak bela..baik bela yang dah ada nama..tak gitu nick sayangrosmah?? heheh

  • tengkudin
    July 23rd, 2012 at 7:18 AM

    betul betul!! nak besih camne..depa tu memang dah kotoq habis la…sental dengan clorox..depa pemimpin PR ni tak akan bersih punya la..heheh

  • tengkudin
    July 23rd, 2012 at 7:20 AM

    ooo sb dia…dari unit amal PAS la…hehehe…paling terer pun mahposs la..heheh

  • Anak_Nogori
    July 23rd, 2012 at 12:05 PM

    PR tak ada masa nak buat strategi lah bujuk, asik duk pertahankan diri dgn berbagai2 isu penyelewengan, salahguna kuasa dsb..isu air, talam, 3 bilion, 300 juta, liwat, langgan pelacur dan makan ais krim dsbnya tu pun membuatkan pemimpin PR tak tidor malam..

    Pasal tema pun nak kecoh.

  • jebat
    July 23rd, 2012 at 12:21 PM

    PR tu menatang apa?

  • PASpartyNGOK
    July 23rd, 2012 at 12:24 PM

    Rasuah yang kita dengar ialah masa Anwar dalam kerajaan sahaja. Selepas itu kita tak dengar sesiapa menmteri terlibat dengan rasuah lagi. Selebihnya adalah persepsi semata. PM dituduh rasuah, Rafidah Aziz dituduh rasuah berserta bukti dalam 6 peti besar disimpan Ezam. Kesudahan nya peti kemana orang kemana. Pak Lah dizaman nya didalam ofis menyeru kepada semua penuduh itu tampil kedepan dengan berkata ” orang senang menuduh tetapi tuduhan tanpa bukti tak mendatangkan apa apa kerana kerajaan tak boleh mengambil tindakan keatas orang yang dituduh tanpa bukti kukuh. Jadi pada sesiapa yang menuduh tolong tampil kedepan dengan bukti bukan dengan cakap cakap saja.

    Kes Syahrizat tak boleh dikelaskan sebagai rasuah kerana duit yang diberi adalah sebagai pinjaman. Pinjaman diperlukan bayaran balik. Macam mana sipeminjam guna duit yang dipinjam itu soal lain.Jika berlaku penyelewengan syarikat yang meminjam boleh mengambil tindakan keatas individu yang salahlaku dan ini apa yang sedang berlaku sekarang.

    Ada duit 3B dalam akaun selepas berkhidmat beberapa tahun , ini yang dipanggil rasuah dan semua perlu sedar siapa yang membuat siapa yang asyik menuduh.

  • baba
    July 23rd, 2012 at 1:13 PM

    bukan apa, pembangkang dah jadi fobia dgn iklan janji ditepati tu kerana mereka masih byk janji yg tak ditepati lagi tu

  • yon76er
    July 24th, 2012 at 9:02 PM

    Bro, yg pasti Selangor negeri yg begitu MEROYAN sangat atas pilihan “Janji Ditetapi”..mana tak Banyak Janji “KOSONG” telah ditepati kepada raayatnya…..Syabas MB Selangor…..kah..kah..kah…kah…

  • Penyokong Setia
    August 4th, 2012 at 4:10 AM

    aku penyokong bn-umno, tapi brasa mmg ada sdikit x kna ngan tema tu. cuba kita fikir scara terbuka, mmg bsifat politik smata2. nampak tiada yg patriotiknya atau kaitan dgn kemerdekaan.aku tau mmg hak krajaan kalau nk buat tema, tp sbolehnya biarlah berkaitan dgn kemerdekaan negara. lagu ngan tema spt itu cuma layak dgunakan utk kempen pru13. sesiapa yg baca pn mmg akan bfikir yg krajaan pemerintah ketandusan modal, mcm dah xda cara lain lg nak
    bagi album laku dan laris. apapn itu cuma pndapat aku sbagai rakyat Malaysia yg tlh merdeka la…

  • Apa-Apa
    August 4th, 2012 at 4:16 AM

    ko cakap PR buat janji kosong. BN pon apa kurangnya. Hahaha, kesian ngan individu hipokrit cam anda.

  • krolly
    August 11th, 2012 at 5:03 PM

    Tepuk dada tanya iman pasti sokong PAKATAN RAKYAT.Tepuk dada tanya selera confirm sokong Be….End.Kat kg gua ni ada satu crta nak dikongsi,nak di jadikan crta la ni kat kg gua yg sokong BN,yg jadi ketua pemuda,ketua cawangan & yg lain2 sewktu dgn nya semuanya masa sekolah adalah pelajar yg paling cemerlang hingga masa tingkat tiga nak abik SRP masih tak tau baca.Takkan dulu lembab la bleh jd bijak & satu lg kalu p pasar Sama Gagah,PERMATAMG PAUH ada sorang tu ckp marah ngan Nik Aziz & Annuar Ibrahim tapi masalahnya dia tu gila.Jadi yg sokong Be….End mcm dok kata yg kurang cerdikkan & org tak waras,itu lah gua nampak kat tempat gua.So skali lg nak kasi tau tepuk dada tya iman anugerah dr ALLAH.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.