HRW Mengecam Anwar: Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya

Oleh: tengkudin (July 28th, 2012) [RENCANA][8 Comments »]

anwar israel-1

 

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”. “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.”

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam. “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”

Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.

Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.

Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.

Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village. Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.

Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM. Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.

Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.

Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya. Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam.

Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri. Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.

Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.

Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka barat’ yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.

Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.

Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan: bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.

Beruang Biru

Ada 8 Comments setakat ini.

  • Azman Fi
    July 28th, 2012 at 10:41 PM

    Wahai Anunuar Brahim sedarlah kamu …
    Bahawasanya “KAYU YG BENGKOK,BAYANGNYA TIDAK AKAN LURUS”

  • djray
    July 29th, 2012 at 11:51 AM

    Boleh jugak klu nak tukar imej dari ‘real islam’… syarat kena mandi dengan air taik BABI dulu la anwar bangsat!! Kalau dah jenis bangsat, mmg bangsat sepanjang hayat!

  • PASpartyNGOK
    July 29th, 2012 at 12:50 PM

    Kita semua sedar dengan hanya memberi kenyataan begitu yang memberi bayangan pendirian barunya tidak akan sesekali dapat merobah imej Anwar yang semua orang kenal.

    Kita percaya kenyataan begitu akan hanya menaikkan skala taraf sesumpah Anwar dari skala terok ke skala bertambah terok.

    Kita akui Anwar penjuang kental paling licik. Dengan imej rendah begini orang lain tentunya sudah lama berundur tapi kita tetap tengok Anwar masih disitu melayan angan angan kerana support nya ada walau makin terhakis.

    Anwar perlu ‘didudukkan’ sampai terduduk. Dia pernah terduduk tapi kembali bangun dengan lebih bersemangat. Jadi formula tepat perundangan perlu ambik tempat kerana Anwar banyak berhutang dengan undang undang yang perlu dia jelaskan. Buatkan Anwar jelaskan hutang hutang ini dan pasti dia akan terduduk selepas itu.

    Terduduknya Anwar kali ini, kalau pun bangun kembali selepas itu yang pasti Anwar tidak akan mampu berdiri tegap saperti sekarang lagi dek faktor usia. Semua kita ingat untuk lakukan yang 5 sebelum datang yang 5. Tapi Anwar dilihat lupa akan yang 5 sebelum datang yang 5 itu.

  • Che_Yan
    August 7th, 2012 at 5:20 AM

    Aku rasa Anwar ni bukan ejen Yahudi…Tapi ejen diri sendiri.. Percayalah, lepas 2 tahun dia mati nanti, orang dah tak ingat dah siapa dia Anwar Ibrahim…

    Kah…Kah…Kah…

  • mRsTURDY
    August 7th, 2012 at 8:26 AM

    “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual”kata dia..Bagaimana pula dgn Biseksual, depan blkg pon boleh? Cakap2 org tua nie kena dipaham btul2..muahaaaaaaa!!

  • saman
    August 8th, 2012 at 1:31 PM

    kamu ni kalau tak melaknat/mengutuk orang ,aku ingat kamu ni terus mampus agak nya

  • saman
    August 8th, 2012 at 1:34 PM

    bila dah terbiasa hidup sebagai hamba abdi ini lah buktinya perangai pun macam hamba abdi, asyik mengutuk orang je ,kerjanya antah pasal apa panyangak ni,tak habis habis

  • matp
    August 26th, 2012 at 1:57 AM

    eh eh saman bangang nya kau

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.