Kubah Masjid Runtuh Di Kelantan… Bala Atau Dugaan? Ghoyak La Weiii…!!!

Oleh: tengkudin (July 26th, 2012) [Blog Pilihan][6 Comments »]

PAS+DAP[1]
 
Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera ‘memfatwakan’ kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.
 
Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?
 
Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?
 
Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.
 
Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.
 
Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.
 
Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.
 
Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.
 
Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.
 
Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.
 

Ada 6 Comments setakat ini.

  • mat kola
    July 26th, 2012 at 2:22 PM

    Kubah roboh d kelantan bloger umno satu msia jd sesat

  • korokstabang
    July 27th, 2012 at 3:36 AM

    Allah bayar hard cash atas dunia pada munafikun pas yang memerintah kelantan kerana bersifat pembohong, penfitnah, gebang putar alam serta pemecah belah sesama islam.

    Cash pok nik wehh cash

    Muehhhhahahahahahaha

  • tengkudin
    July 27th, 2012 at 7:52 AM

    ini pun bala sebab bagi kapir harbi xavier pijak mimbar masjid..

    http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/07/tazkirah-ramadhan-khas-buat-ahlol-ahlol.html

  • nik aziz pukimak
    July 27th, 2012 at 7:53 AM

    dah memang PAS pukimak, nak buat camne

  • PASpartyNGOK
    August 11th, 2012 at 12:18 PM

    Umno walau dianggap bersengkongkol dengan MCA & MIC sejak 5.5 abad tak pernah kita nampak seekor kafir pun menceroboh masjid bertazkirah politik. Aleh aleh kafir ini menjengok dan menceroboh rumah ibadah islam dengan lampu hijau yang diberi puak pas selepas mereka rasa bertenaga sedikit. Tenaga dari mana datang kita tak tahu.

    Sampai hari ini pun kita tak pernah dengar apakah rasional nya pencerebohan kafir harbi itu dari mereka yang bertanggong jawab.

    Kita rasa pelik, heran, marah dan menyinga terhadap orang yang memberi laluan pada kafir itu. Kafir tetap kafir dia memang tak reti bahasa, tak boleh marah dia.

    Nik ajis, hadi dan lain lain menjadi sebisunya selepas mereka merestui kejadian itu.

    Mazhab jenis apa yang dianut Nik ajis dan hadi.

    Ada kafir dari pas yang boleh tolong jawab. Jawap mesti mahu elok jangan sekadar jawab macam pukimak.

  • vader
    November 8th, 2012 at 10:24 PM

    mcm xpercaya jer tgk org kafir jd “imam” dlm masjid bila die bercakap dn dikelilingi oleh org islam sbg penonton. inilah tanda2 kesesatan. di manakah maruah sebuah masjid sbg institusi agama islam bila org kafir boleh brdiri sbg ketua dlm sebuah majlis???

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.