Menu Utama

July, 2012

 

Lajim Memang Tunggu Kena Pecat

POLITIK lanun macam Lajim Ukin bukan susah sangat nak dibaca.  Dia letak semua jawatan dalam UMNO tapi kekal jawatan ahli dan Timbalan Menteri kerana menunggu untuk dipecat.  Nanti adalah alasan untuk dia mencaci Perdana Menteri semahu-mahunya. Hakikatnya, tidak ada Perdana Menteri dalam dunia yang akan kekalkan jawatan ahli kabinetnya yang menyokong pembangkang.  Kalau Anwar jadi Perdana Menteri pun dia tidak akan lantik Ibrahim Ali sebagai Timbalan Menteri, umpamanyalah. Ini logik yang budak darjah 6 pun boleh fikir. Kita penyokong UMNO tidak ada masalah kalau Lajim keluar macam cara orang ada otak.  KitaBaca Lagi


Bila Artis PKR Berbicara Mengenai Ekonomi Johor

Memang payah bila berbicara dengan artis “tak sekolah” tapi dinobatkan bagaikan “ustazah”. Apatah lagi dia baru kenal politik 2 – 3 hari, tapi kata-kata politik dan faktanya cukup lemah untuk digunakan sebagai hujah. Namun, kata-kata dan hujah bodoh itulah yang diangkat oleh Harakahdaily untuk menipu rakyat, khususnya di Johor. Baru-baru ini, Dayangku Intan berkunjung ke Johor bersama rombongan PKR membawa mesej politik yang diselindungkan di dalam projek amal dan ibadah agama di bulan Ramadhan. Mungkin PKR kini sedang mencuba modus operandi PAS, jual agama untuk politik. Ketika di Johor, DayangkuBaca Lagi


PAS Memang Muka Tak Malu, Dibuli DAP Pun Tak Sedar Diri…

Saya ketawa besar membaca kenyataan Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Nor Harun, mengenai “boss”nya Salleh Man yang baru dilantik menjadi Yang DiPertua MAIPP, kononnya UMNO/BN tidak lagi punya peluru untuk menembak PAS di negeri itu. Katanya, UMNO “gigit jari” memandangkan “Khalifah”nya telah menunaikan janjinya untuk melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu untuk menjawat jawatan tersebut, sambil bersungguh-sungguh dia membodek Salleh Man di Harakahdaily. Mohd Nor menyatakan bahawa perlantikan itu akan menutup mulut UMNO yang sebelum ini mendakwa PAS diperkotak-katikkan oleh DAP di Pulau Pinang. Untuk pengetahuan para pembaca, pertamaBaca Lagi


Bila PKR Pun Agih Beras & Kain Pelikat

UMNO secara tradisi akan bersedekah setiap kali datang Ramadhan kepada fakir miskin dengan menyumbangkan beras dan beberapa barang keperluan lain, antaranya kain pelikat.  Ini memang tradisi zaman berzaman yang dicemburui parti lawan. Maka itu PAS dan kemudiannya PKR, seringkali menjadikan soal beras dan kain pelikat sebagai bahan ketawa, kononnya murah benar maruah rakyat diperlakukan UMNO dengan pemberian beras dan kain pelikat sahaja. Malah ada juga kata sumbangan itu rasuah!! Tapi yang bodoh-bodoh ini terlupa, sumbangan itu untuk orang miskin sempena bulan Ramadhan, tambahan kepada begitu banyak subsidi yang diberikan kerajaanBaca Lagi


UMNO ada hubungan dengan komunis?

Untuk mengaitkan ideologi sesuatu negara dan hubungan diplomatik antarabangsa adalah sesuatu yang teramat berbeza. Mungkin juga penyokong tegar pakatan tidak diajarkan oleh pemimpin mereka tentang apa itu ideologi dan apa itu diplomasi. Sekaligus mengakibatkan kerencatan pemikiran dan menghalang mereka untuk berfikir dan berdiskusi secara rasional. Mungkin juga penyokong tegar pakatan sudah terlalu laparkan isu sensasi yang boleh dibuat cerita sehinggakan isu yang ditulis oleh mereka adalah umpama novel yang kadar imaginasi penulisnya begitu tinggi, hingga kadang kala ia menjadi sangat kelakar.


Setiausaha Politik Azizan Razak Dipaksa Nafikan Kemelut PAS Di Kedah?

Marah benar Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mengenai dakwaan bahawa terdapat usaha mencantas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, untuk bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 kali ini. Dengan bersemangat, dia menulis di blognya menafikan segala dakwaan sumber dalaman PAS Pendang mengenai insiden mencantas Mat Sabu dari bertanding di parlimen itu. Katanya, PAS di negeri itu tidak punya masalah untuk Mat Sabu bertanding di Kedah. Namun, dia kemudiannya menyatakan dakwaan dari sumber akar umbi di Pendang itu hanya membuka pekung keaiban PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang,Baca Lagi


Bersyukurlah Atas Pemergian Pengkhianat Di Dalam Perjuangan

Baru-baru ini dunia politik negara sekali lagi digegarkan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melepaskan semua jawatannya di dalam UMNO, tapi sengaja tidak meletak jawatan di dalam kabinet Malaysia. Selain itu, dia juga bersama 2 – 3 orang pemimpin BN Sabah juga dikatakan bakal menganjurkan sebuah majlis yang dikatakan menyokong Pakatan Haram di negeri bumi kenyalang itu dan menjemput Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormatnya. Tindakan tersebut disambut riang gembira oleh ramai pemimpin Pakatan Haram, khususnya Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Tian Chua dan ramai lagi.Baca Lagi


PAS JANGAN TERKENCING PULAK BILA DICABAR!!!

Kemana hala tuju PAS hari ini? Itu soalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan PAS yang ada pada hari ini. Terutamanya oleh Mat Syabun, Mahfuz Bean dan Si Khalid Gereja tu. Muktahir, kita menyaksikan Parti Angguk Saja tu kian terpinggir oleh ahli – ahlinya sendiri kerana mereka semakin tunduk dengan DAPigs dan dan PKR. Tapi apa boleh buat. Demi nak mendapat kuasa untuk memerintah, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Macam cogankata dalam gambar diatas tu la. 100% HALAL!!! Untuk itu, PAS sanggup korbankan apa sahaja. Maruah artis, agama Islam, dasar perjuanganBaca Lagi


Pulau Pinang: Pelabuhan Tak Boleh, Ketua Menteri Boleh

MUNGKIN ramai tak sedar tapi khabarnya ada gerakan besar-besaran di Pulau Pinang sekarang yang mahu pengurusan pelabuhan di negeri tersebut kekal di uruskan oleh orang yang berasal dari negeri itu juga. Kalau tak silap penulis, kempen itu berbunyi lebih kurang begini ‘Pelabuhan Pulau Pinang Untuk Orang Pulau Pinang’. Ini berikutan kejayaan syarikat yang ada kaitan dengan hartawan melayu terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari (orang Kedah) memenangi bidaan untuk menguruskan pelabuhan tersebut dari kerajaan pusat. Malangnya, memandangkan yang menang itu orang Melayu, maka DAP dan parti komponen BN, Gerakan sendiri berganding bahuBaca Lagi


Cara-Cara Pakatan Haram Menipu Rakyat Malaysia

Kalau benar-benar mahu memenangi hati rakyat, kononnya sesebuah kerajaan perlu menurunkan semua cukai, harga barangan dan segala keperluan atau kehendak rakyatnya. Mungkin itulah doktrin ekonomi negara Pakatan Haram. Sekiranya mahu mendapatkan undi rakyat, sesebuah kerajaan juga perlu memberikan segala keperluan hidup kepada rakyat secara percuma dan menurunkan cukai kepada semua kehendak kepada paras seminimum mungkin. Dalam ertikata lain, keperluan seperti pelajaran, makanan ruji, bekalan air, elektrik dan sebagainya perlu diberikan secara percuma. Manakala kehendak rakyat seperti kereta, harga barangan runcit, petrol dan sebagainya perlu diturunkan harga dan cukainya sehingga diBaca Lagi