Menu Utama

Yuran KUIN: Azizan Sabotaj Anwar Ibrahim

KAMI orang-orang UMNO sudah lama jelaskan kepada sibodoh-bodoh yang menyokong Pakatan haram ini, Anwar Ibrahim tidak mengawal Pakatan haram, kelihatan sahaja begitu tapi hakikat sebenarnya tidak sama sekali.

Sebab itu, tidak ada satu persamaan pun diantara negeri-negeri yang diperintah so called ‘Pakatan Rakyat’ ini, walaupun gebangnya bergabung.

Hari ini, saat ini satu lagi pembohongan terang-terangan dilakukan kerajaan Pakatan haram Kedah dibawah pimpinan Azizan Razak, apabila menaikkan yuran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) milik penuh kerajaan negeri (diwarisi dari kerajaan BN dulu).

Dari RM 60 satu jam, sekarang sudah jadi RM 200 satu jam, itu sama dengan 3 kali ganda lebih mahal!!

Dan dalam masa yang sama, sebilangan bodoh-bodoh budak Universiti ini diarahkan untuk berkhemah di Dataran Merdeka menuntut kerajaan BN melaksanakan janji Anwar untuk memberikan pendidikan percuma – sambil mengadakan pesta sosial muda mudi dalam masa yang sama.

Anwar yang janji, kerajaan BN pulak yang kena laksana?  Situ pun dah nampak bodoh macam keldai.

Tapi itulah dia, gebang nak rak untuk beri pendidikan percuma, kerajaan Pakatan haram di Kedah pulak memutuskan untuk naikkan yuran pengajian sebanyak 3 kali ganda.

Penulis tidak pertikai soal naik sebab apa, walaupun kalau nak dihujahkan, ada banyak benda yang kita boleh persoal.  Yang kita persoalkan ialah, kenapa dalam memberikan komitmen untuk pendidikan percuma, PAS di Kedah naikkan yuran pulak?

Ini cakap pasal KUIN sahaja, satu Universiti daripada beratus-ratus Universiti di Malaysia.

Kalau 1 Universiti pun tak boleh nak tanggung kenaikan kos (yang membawa kepada kenaikan yuran), toksah gebang pasal nak beri pendidikan percuma, hapus PTPTN yang memakan belanja beratus billion duit rakyat setahun tu.

Kenaikan yuran KUIN ini adalah kontroversi kedua yang berkaitan rapat dengan Azizan.  Yang pertama bila KUIN menggunakan peruntukkan dibawah Akta Universiti & KolejUniversiti (AUKU) yang kuat dibantah Anwar, dalam soal penggantungan 5 pelajarnya.

Dari sudut yang lain pula, kelihatannya Azizan sengaja mensabotaj idea gila Anwar ibrahim itu dengan pengumuman kenaikan ini.  Digabungkan isu AUKU beberapa bulan yang lepas, ringkasnya, asal Anwar punya idea Azizan akan sabo.

Semuanya dilakukan ketika desas-desus pilihanraya umum makin hampir.

Hubungan panas dingin Azizan dengan Anwar memang sudah bermula sejak Anwar cuba mensabotaj kerajaan Kedah pimpinannya melalui 2 Exco pemberontak yang ditajanya, Phahrolrazi dan Ismail Salleh.

Azizan kelihatannya menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam kepada Anwar, dan tidak ada masa lain yang lebih sesuai melainkan sekarang, kerana pengambilan baru KUIN akan berlaku Julai nanti.

Adakah Anwar akan cuba mempengaruhi Nik Aziz untuk menyingkirkan Azizan selepas ini seperti mana yang dilakuknnya ke atas Hasan Ali?

Penulis yakin itu akan berlaku kerana Anwar adalah diktator dalam pembikinan.  Lantik sahaja dia jadi Perdana Menteri Malaysia, acara balas membalas dendam akan giat berlaku.

Itu memang style dan gaya rasmi Anwar.






10 Komen to Yuran KUIN: Azizan Sabotaj Anwar Ibrahim

  1. Bulan Empat says:

    Dalam soal sumpah laknat, bayangkan jika Anwar dipihak yang bertentangan. Mengenali dia dengan stail dia, dialah orang yang bakal ‘menyeret’ mangsanya sebolih bolih untuk bersumpah laknat atas alasan jika kamu benar, bersumpah, bukan susah untuk bersumpah bagi membersihkan diri menidakkan tuduhan.

    Tetapi apa yang berlaku dia yang perlu diseret untuk bersumpah dan kita tahu dia tak akan berani bersumpah kerana dosa laknat amalan hidupnya. Walau kesandarannya kepada yang Esa nampak longgar dari cara tindak tanduknya, caranya dan kegemarannya. TEtapi dia tetap tahu akibat dari bersumpah sedangkan dia berterusan dengan noda nya.

    Cacainya harus ambil isu ini untuk mengenali siapa Anwar. Dunia akan jadi aman tanpa manusia ini, gua cakap lu.

  2. Mooohyideen says:

    Berita spin umno… sendiri reka, sendiri kecoh…

  3. AkuAnakMalaysia says:

    Setuju Moo…mereka adalah raja spin..tak takut dengan neraka.

  4. randomsee says:

    hah hah hah hah…..sapa kata PR perintah harga boleh turun….

    200% naik…gila babi punya….rm60 sejam mata kredit di naikkan kepada rm200 sejam mata kredit..gilaaaaaaaaaa…kena satu semester itu ada 20 mata kredit…tak ke cecah rm 4000 satu semester….fuyooooooooo

  5. StinGray says:

    Alhamdulillah aku bkn penyokong pembangang…kalau tidak berserabut fikiran utk membuat pilihan diantara realiti dan fantasi…

  6. Ikhlas Menjawab says:

    Baru tahu bukan mudah dan murah nak uruskan universiti / kolej / pusat pengajian tinggi waima sekolah mahupun tadika!

  7. syaa says:

    bodoh punya puak pembangkang.ngata orang dia yg lebih.kaki penipu punya pakatan haram laknatullah.

Leave a Reply