Menu Utama

Sorang lagi kecewa projek masuk PAS

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam tadi dengan rasminya menyertai Pas.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping, Perak.

Dato’ Fauzi adalah anak jati Pantai Besar Batu kurau Perak.

Dengan PAS mengambil seorang bekas pegawai tinggi polis, dia ingat nama PAS dikalangan polis naik kembali ekoran kekasaran terhadap polis oleh perusuh Bersih 3.0.

Ternyata salah kerana Dato Fauzi dikatakan bertindak masuk PAS selepas dia tak dapat satu projek. Tak tahulah ada orang sailang dia atau proposal lain lebih baik.

Yang jadi tanya kami, apa perlu seorang bekas polis jawatan tinggi sibuk-sibuk nak berniaga lepas pencen. Dahlah tu, berniaga yang melibatkan kontrak dan projek.

Kepakaran dalam kepolisan bukan ciri utama untuk berjaya dalam dunia projek dan kontrak. Permainan dunia kontrak dan projek banyak melibatkan rasuah atau manipulasi tender atau pakai connection dalam untuk dapatkan kontrak.

Adakah bekas Pengarah Siasatan Jenayah cekap dalam hal ini?

Antara jawatan yang Dato Fauzi pernah pegang ketika dalam polis adalah:

  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (CID)
  • Timbalan Pengarah Logistik PDRM
  • Ketua Polis Selangor.
  • Ketua Polis Sarawak.
  • Timbalan Ketua Polis Selangor.
  • Ketua Polis daerah Pasir Putih Kelantan.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam.
  • Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Apa makna portfolio yang dia pegang, kena tanya seorang polis. Tahulah apa maknanya.

Malah pada tahun 2007, setahun lepas dia pencen pada tahun 2006, ada sesuatu berlaku pada Dato Fauzi di rumahnya di Shah Alam:

 

The Sun 13 Feb 2007:

Burglars targeting homes of retired top cops?

SHAH ALAM (Feb 13, 2007): Criminals have become bolder day by day.Apart from hitting the common man’s house, they have also struck more secure homes of VIP’s, ministers and prominent businessmen.But of late, the houses of ex-top police officers have become their targets.

In the latest case today, former federal CID director Datuk Fauzi Saari’s double-storey link house in Shah Alam was broken into by burglars who escaped with more tha RM10,000 in jewellery and valuables.

When contacted, Fauzi, said he had left his house with his wife in the morning to run some errands and visit friends. They returned home at 11pm.

He said the robbers had ransacked his house and taken gold jewellery, branded watches and other items after gaining entry through the ceiling of the upper floor.

Fauzi, who retired as a commissioner last year after handing over his duties to the current CID director Datuk Christopher Wan, is currently an adviser to a corporate company.

The break-in at Fauzi’s comes barely four days after Datuk Albert Mah, 82, a retired Penang CPO cum MP’s bungalow on Jalan Gasing, Petaling Jaya, was intruded by a gang of five robbers on Friday (Feb 9).

Mah, who put up a fight with the men, died of serious head injuries without regaining conciousness at the intensive care unit of Universiti Malaya Medical Centre yesterday.

Federal CID director Datuk Christopher Wan said a task force comprising Selangor, Kuala Lumpur and federal police has been formed to put an end to the gang’s activities.

 

 

 

 

Dia pun pernah terlibat dalam penahanan ISA seperti berikut pada tahun 2002:

 

Polis Tahan Semula Pemimpin Keadilan Dr Badrul Amin Baharom

SHAH ALAM, 31 Jan (Bernama) — Polis pada Khamis menahan semula anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Dr Badrul Amin Baharom di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Fauzi Saari berkata, Dr Badrul diarah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sebelum ditahan semula pada 10.30 pagi.

“Selepas ditahan semula, kami menghantar beliau ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak pada 11.30 pagi,” kata Fauzi kepada pemberita dalam persidangan berita di ibu pejabat Kontingen Polis Selangor, di sini.

Dr Badrul Amin pertama kali ditahan pada 20 April tahun lepas kerana didakwa terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi-demonstrasi militan di bawah Seksyen 73(1) Akta itu.

Beliau ditahan di kem itu di bawah Sekysen 8(1) akta itu tetapi ekoran rayuannya perintah penggantungan penahanan dikeluarkan di bawah Seksyen 10 (1) dan beliau dibebaskan dan ditempatkan di bawah perintah kediaman terhad pada 3 Nov lepas.

Pada 7 Dis lepas, beliau sekali lagi ditahan kerana melanggar syarat-syarat perintah kediaman terhadnya dan dibebaskan atas ikat jamin polis.

Semalam polis melanjutkan ikat jamin itu hingga 5 Mac.

— BERNAMA

Dia juga yang menangkap balik jutawan gangster Koo Tee Yam yang kemudian dilepaskan kerana dapat court order. Ada kata dia diarah tangkap balik Koo Tee Yam.

Cerita Koo Tee Yam pun panjang.

Bagus juga Dato Fauzi masuk PAS kerana ia membuktikan bahawa tidak semua polis adalah penyokong BN seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang.

 

Dibuatnya dia seorang polis yang perasuah, eloklah tu dia masuk PAS. Hari itu Salahuddin Ayub umumkan Dato Ramli Yusoff nak masuk PAS dan tanding di Pasir MAS.

Cuma ada syarat perlu selesaikan beberapa masaalah dahulu katanya. Rasanya dia ni masaalah pun tak habis. Baik dulu sekarang, sekarang dan akan datang.

Dato Ramli Yusof pun bekas Pengarah Siasatan Jenayah tetapi untuk Bahagian baru iaitu siasatan Jenayah Komersial.

Akhir ini yang masuk PAS nampaknya semua orang bermasaalah pun. Semua artis bermasaaalah yang diambil.

Ahli PAS yang tinggalkan PAS pun banyak, diam aje mereka …

http://theunspinners.blogspot.com/2012/05/sorang-lagi-kecewa-projek-masuk-pas.html






Satu Komen to Sorang lagi kecewa projek masuk PAS

  1. bangKano says:

    Setau aku Fauzi Shaari ada la sorang waraq dan pernah begitu akrab ngan mantan MB Selangor Khir Toyo semasa dia jadi Ketua Polis Selangor. Semasa dia jadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi pernah bikin satu kontroversi kerana dia begitu aktif membenteras kegiatan maksiat di kawasan Bukit Bintang – Jalan Alor yang bercambah sarang pelacuran & judi. Dia bertindak begitu bijak ngan membawa anggota polis dari cawangan pengangkutan & petugas di pejabat.Anggota angota jenayah,& tugas am langsung tak leh di percayai untuk ikut serta dalam operasi pembersihan maksiat tu.Tindakan beliau telah menyebab kan keresahan pada pemimpin tertinggi polis di Bukit Aman kerana telah mengganggui kepentingan mereka ngan pihak pengusaha aktivivti maksiat. Lalu pihak atasan PDRM telah membeku kan semua tindakan agresif Fauzi ngan menghantak dia berkursus selama setahun di Jepun.

    Di sini la punca Fauzi begitu benci & meluat terhadap peghangai segelintiaq pegawai tinggi polis yang rasuah & menyalah guna kuasa. Kerana ingin menghapus kan rasuah maka dia sanggup masuk PAS untuk menerus kan perjuangan islami nya kot…..

Leave a Reply

Threesome