Menu Utama

Skandal Azmin: Dewan Pemuda PAS Tidak Wajar Salahkan Pihak Yang Bertanya

Saya memandang sinis kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, yang mempersoalkan reaksi “ulama UMNO” yang dikatakan membisu mengenai laporan beberapa keping gambar “panas” yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Dalam kenyataannya di lidah rasmi PAS, Harakahdaily, Riduan marah kepada “ulama UMNO” kerana membiarkan gambar-gambar berunsur lucah lelaki mirip Azmin dipaparkan di beberapa laman blog pro-kerajaan sejak kebelakangan ini.

Persoalannya, wujudkah “ulama UMNO” di negara ini? Dan mengapakah mereka perlu bersuara mengenai pertanyaan-pertanyaan para bloggers pro-kerajaan tersebut kepada suami Shamsidar Taharin itu? Dan salahkah pertanyaan-pertanyaan itu dikemukakan dengan bukti bergambar?

Pertamanya, untuk kesekian kalinya saya ingatkan kepada Dewan Pemuda PAS bahawa tidak wujud sama sekali istilah “ulama UMNO” di negara ini. Yang ada hanyalah “ulama Islam”. Saya ulangi, “ulama Islam” dan kepada ulama Islam itulah UMNO rujuk mengenai sebarang permasalahan agama.

UMNO adalah sebuah parti dan bukannya sebuah agama. Dan kami menganggap Islam adalad sebuah agama. Dan sebab itulah UMNO tidak menggunakan istilah “ulama UMNO” sebagaimana PAS yang menggunakan istilah “ulama PAS”. Contohnya, Pas menggunakan istilah Dewan Ulama PAS dan bukannya Dewan Ulama Islam! Mengerti?

Keduanya, sekiranya Dewan Pemuda PAS membaca dengan teliti setiap dakwaan yang dibuat oleh laman-laman blog dan portal pro-kerajaan tersebut, ia tidak langsung menuduh lelaki yang terpamer di dalam gambar itu disahkan sebagai Azmin.

Mereka hanya menyatakan bahawa lelaki ‘misteri’ itu kelihatan mirip kepada Azmin Ali, itu saja. Selebihnya, laman-laman web itu bertanyakan mengenai kesahihan identiti lelaki tersebut kepada Azmin.

Memandangkan Azmin sudah menyatakan bahawa lelaki itu bukan dirinya, maka timbul pula desakan yang bertanya tentang dua helai baju yang dipakai oleh lelaki di dalam gambar tersebut sangat menyerupai kemeja yang dipakai Azmin di beberapa lokasi dan majlis yang pernah dirakamkan.

Salahkah kami bertanyakan soalan-soalan seperti itu setelah mendapat jawapan yang meragukan dari “anak murid Anwar Ibrahim” itu?

Dewan Pemuda PAS tidak wajar menyalahkan kami sekiranya kami memaparkan gambar-gambar “panas” tersebut kerana lelaki di dalam gambar itu belum disahkan sebagai Azmin. Jadi, kenapa takut sangat sekiranya gambar itu didedahkan begitu?

Jadi? Gambar bagaimana yang sepatutnya kami pamerkan untuk bertanyakan kepada Azmin mengenai skandal tersebut? Takkanlah kami perlu mempamerkan gambar kucing, ikan laga, kuda terbang atau lalat mengawan untuk bertanyakan tentang aksi lelaki mirip Azmin bersama seorang wanita di dalam tandas tersebut?

Apa kaitan gambar kuda terbang dengan Azmin? Dewan Pemuda PAS ada akal atau tidak?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata kepada media di dalam satu sesi wawancara dan menjelaskan bahawa mendedahkan aib seseorang pemimpin itu harus dilakukan kerana ia melibatkan individu yang akan memimpin rakyat, khususnya umat Islam.

Katanya, keperibadian pemimpin itu perlu diperhalusi secara teliti, termasuk keaibannya, memandangkan ia akan menentukan masa depan rakyat. Justeru katanya, mendedahkan keaiban pemimpin dibolehkan di dalam PAS!

Malangnya pemimpin pembangkang, khususnya PKR memang terkenal dengan keaiban yang berunsur lucah. Dalam ertikata lain, mereka dikatakan sering terjebak dengan masalah moral yang melibatkan aktiviti seksual terlarang.

Contohnya, Ketua Umum mereka sendiri, Anwar Ibrahim, disahkan sebagai peliwat pada kes liwat I dahulu, DNA spermanya pula ditemui di dalam saluran dubur Saiful Bukhari Azlan, dikait pula dengan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin, dan terbit pula rakaman cctv 4 dimensi beraksi bersama “China Doll”!

Apakah kerana keaiban itu berunsur lucah tahap melampau begitu maka artikel-artikel yang ditulis mengenainya perlu disertakan dengan gambar-gambar yang tidak releven dengan topik? Tajuk dan isinya mengenai skandal seks Anwar dengan “China Doll”, tapi gambarnya pula gambar Nik Aziz tengah tembak tupai, sesuaikah begitu?

Justeru, saya berharap agar Dewan Pemuda PAS menggunakan akal yang waras sebelum berhujah atau menyelar mana-mana pihak, khususnya para ulama di Malaysia. Jangan ingat Dewan Pemuda PAS memakai serban sebakul maka akan dibenarkan masuk syurga dengan mudah. Ingatlah, Abu Lahab pun dikatakan memakai serban sebakul juga!






5 Komen to Skandal Azmin: Dewan Pemuda PAS Tidak Wajar Salahkan Pihak Yang Bertanya

  1. Zul says:

    Apa ke biolnya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, nak mintak orang lain komen..kalau si azmn tu dah buat hal, lantak azmin lah nak berhadapan dengan orang ramai, hukum Allah..tak perlu mintak pandangan dan pendapat. Sepatut nya minta pandangan dan pendapat SEBELUM membuatnya. Nasi dah jadi bubur lah

    Sah PAS tak boleh harap.. PKR tu lagi teruk daa

  2. Jeffry says:

    LBEY BYK ABU PELAHAP DLM PARTI PALING HAMPAS TUH BEB..CUME DIORANG DAH MALU SBB TAK DE IDEA NK TANGKIS LG HUHUHUHU

  3. tengkudin says:

    PAS kalau bab seks..memang laju jadi tukang cuci berak moral PGAYR…depa PAS pun banyak skandal jugak….mat sabun salah satunya..hehehehe

    patutla Hassan Ali kata moral pemimpin pembangkang dalam PR memang teruk sesangat..

    kalau aku pulak..moral seks pembangkang PR ni lebih teruk dari binatang..

    • siamang gagap says:

      sebab tu sdra asmin berani dan sering merasa nikmat makan luar, ada tukang bersihkan dosa serta menghalalkan kerja kotor.

      Kalaulah arwah Fadzhil Noor masih ada, rasanya beliulah manusia paling kecewa dengan tindakan serta dasar perjuangan pas hari ini.

      pas sekarang boleh diibaratkan seperti paderi yang berkuasa untuk mengampuni segala maksiat oleh pimpinan pkr.

      Dalam hal ini saya tak merasa hairan kerana dalam pas, seorang yang boleh dipertikai moral serta kehidupan peribadinya pun boleh diangakt sebagai pemimpin no 2 dalam pas, parti yang kononnya berjuang atas dasar islam.

      Rasanhya selepas iini pas perlu lah pula berfikiran lebih terbuka dan bebas dalam menghalalkan aktiviti seks dikalangan ahlinya pula.

  4. Anonymous says:

    Fuh, mantap sekali. Hantar artikel ni ke Utusan, Berita Harian, Metro, Kosmo, Sinar, Haprakahdaily, Meloyakini. Gerenti akan ada yang terima punye….

    Syabas bro.

Leave a Reply

Threesome