Menu Utama

Selagi Azmin Dalam Genggaman Anwar, Jangan Harap Dia Akan Kembali Ke Pangkuan Mak Tom

Apabila saya menulis mengenai luahan hati ibu kepada Azmin Ali, Hajah Che Tom, tentang sikap derhaka dan kurang ajarnya Timbalan Presiden PKR itu terhadapnya, ramai yang memperkecilkan tulisan itu serta menganggapnya sebagai satu hikayat rekaan semata-mata.

Namun hari ini, Che Tom yang lebih mesra untuk saya panggil sebagai Mak Tom mendedahkan sendiri dari bibirnya bahawa anaknya Azmin sememangnya seorang anak derhaka dan telah menghancurkan hatinya.

Sila rujuk di sini untuk luahan hati ibu malang itu.

Sayu benar apabila mendengar keluhan dan luahan hati seorang ibu mengenai anaknya yang telah mengguris, melukakan dan menghancurkan hati. Jika Azmin berada di depan mata saya ketika itu, tidak mustahil saya akan pijak kepalanya di depan Mak Tom.

Sebagaimana kita tahu, Islam meletakkan kedudukan seorang ibu adalah merupakan individu pertama, kedua dan ketiga paling penting di dalam hidup setiap umat Islam di dalam dunia ini. Kemudian barulah hadir, bapa, suami, isteri dan sebagainya.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW dilaporkan sangat terseksa di saat menghadapi sakaratulmaut, hanya kerana melebihkan sedikit kepentingan isteri melebihi ibunya dan menyebabkan ibunya itu sedikit berkecil hati.

Setelah ibunya memaafkan sahabat tersebut, barulah roh beliau pergi dengan aman bertemu dengan Allah Azza Wajalla. Dan begitulah besar dan tingginya kedudukan seorang ibu kepada setiap muslim di dunia ini.

Namun saya terfikir, apakah dengan luahan, rintihan dan rayuan hati itu akan menyebabkan Azmin insaf dan menuruti nasihat ibu tua berusia 78 tahun tersebut? Adalah dia akan menurut kata Mak Tom? Apakah dia akan taat pada ibunya?

Saya tidak fikir Azmin akan berbuat begitu. Hatinya pada Anwar sahaja…

Mak Tom memberitahu bahawa kali terakhir Azmin bertemu dengannya ialah pada beberapa hari selepas hari raya pertama tahun lalu, sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini.

Dan beliau mengesahkan kisah derhaka Azmin yang menganggap segala peralatan rumah dan makanan di dalam rumah Mak Tom sebagai najis dan haram, serta perlu disamak. Ceritanya sama saja dengan apa yang saya tuliskan beberapa bulan yang lalu.

Dan setelah berbulan menghancurkan hati dan menyebabkan ibunya mengalirkan air mata, apakah Azmin akan pulang esok untuk memohon ampun dan bertaubat dari segala kesalahannya itu?

Saya tidak fikir begitu. Maaf dan taubatnya untuk Anwar sahaja…

Memang benar Mak Tom sering berdoa agar Azmin berubah kembali ke pangkal jalan dan memohon agar Allah membebaskan Azmin dari Anwar. Memang benar doa ibu itu sangat mustajab untuk dimakbulkan Allah SWT.

Namun, Allah juga pernah berfirman yang mafhumnya bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum atau seseorang itu selagi mereka atau dia tidak mengubah dirinya sendiri. Jadi, apakah kita fikir Azmin mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan?

Saya berpendapat, selagi Azmin dilimpahi dengan kemewahan, kuasa dan pengaruh yang diberikan Anwar kepadanya, dia tidak akan berubah dan takkan kembali ke pangkuan Mak Tom.

Dan apakah kita fikir bahawa Anwar akan menasihati Azmin untuk meninggalkan dirinya dan kembali ke jalan yang benar bersama keluarga serta darah dagingnya? Anwar nak buat begitu? Jangan haraplah. Silap-silap Anwar akan kata “pergi mampos la dengan Mak Tom!”.

Mungkin Anwar akan memberitahu pada Azmin bahawa semua luahan hati Mak Tom itu ialah “skrip ciptaan UMNO” yang digunakan untuk melemahkan dan memisahkan Azmin dari Anwar. Anwar mungkin menabur fitnah bahawa Mak Tom telah “dibayar UMNO”.

Mungkin Anwar akan menuduh luahan hati Mak Tom itu sebagai palsu dan dipaksa oleh Umi Hafilda untuk memburuk-burukkan Azmin dan Anwar. Dan mungkin juga Anwar akan bertanya pada Azmin, “Mak you tu boleh berikan apa yang I dah beri pada you selama ini?”.

Justeru itu, apakah kita fikir bahawa anak derhaka itu akan kembali ke pangkuan ibu dan keluarganya? Apakah kita fikir Azmin akan bertaubat dan tinggalkan Anwar? Apakah Azmin sanggup tinggalkan segala pemberian Anwar kepadanya demi Mak Tom dan darah dagingnya?

Rasanya, Azmin tidak akan berbuat demikian…






29 Komen to Selagi Azmin Dalam Genggaman Anwar, Jangan Harap Dia Akan Kembali Ke Pangkuan Mak Tom

  1. tukul says:

    bila hidup dh susah dah nazak barulah dia teringatkan ibunya.

    • ex-umno says:

      Azmin mmg tak patut..sejarah ummi hafilda mmg menarik. Kisahnya bagi siapa yang mengikuti sejak kes 1998

      http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=2351

      • Kublai Khan says:

        memang menarik…seorang bapa/ayah tidak akan menulis sedemikian terhadap anak perempuan nya….ingat allah bayar cash..jangan terlalu taksub sehingga sanggup melakukan fitnah.

      • penyokongketuanan says:

        Tulisan tu tak boleh nak disahkan. Let’s keep an open mind. Itu dari sebelah pihak aje. Banyak juga tersebar kisah-kisah bapa yang kena buang dengan anak. Tapi kebanyakannya bila diselidik, bapa tu sendiri pun memang perangai macam iblis, pukul keluarga, cabul anak, kaki judi dan macam-macam lagi. We should withhold judgement until we know more.

        Apa yang jelas sekarang adalah emak dia Ummi yang bela masa tua ni. Orang yang bela ibu ni orang baik. Aku nampak dia berusaha berbaik dan menyambung silaturrahim dengan Azwan, walau terpaksa dengan cara kasar (saman) sekalipun. Itu perangai orang jahat ke?

        Dia diserang, dilokap, dan dimalukan oleh Orang Tu waktu mula-mula bawa cerita salah laku. Tapi sampai sekarang, masih pegang dengan cerita yang sama. Dah berbelas tahun dah, ceritanya tak berubah.

        Aku lebih percaya pada Ummi Hafilda berbanding dari bapanya (dakwaan Tranung). Aku percaya pada mak dia. Mak Tom memang kecil hati pada Azmin.

        Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

        • ex-umno says:

          Tapi saya lagi percaya kat arwah bapa dia sebab jelas dari pandangan fizikal mak dia dah nak 80 tahun pun tak tahu tutup aurat lagi…jam tangan dengan cincin pun macam selera orang muda. Satu selera dengan Ummi Hafilda kut.
          Dalam islam pun jelas kalau perbuatan suami kita pun bertentangan dengan islam…kita wajib memberitahunya sehingga boleh mencapai tahap menentang.
          So, you all know the answer.

        • penyokongketuanan says:

          Jangan kalih isu dengan aurat dan jam tangan. Mak Tom kecik hati tu dengan anak dia. Apa pun dia tetap ibu yang wajib ditatang. Kalau ditakdirkan dia bertukar jadi babi sekalipun, wajib tu tetap tak gugur.

          Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  2. raplahjingaa says:

    Orang macam ni yang cai-cai pakatan haram nak angkat sangat jadi ketua !!

    Allah swt tunjukan kebenaran satu demi satu demi satu…..still mereka tak dapat melihat….aku tersangat hairan apa yang ada dalam kepala otak mereka….

    Apa pun mak tom sabar jelah…nak buat macam mana, sekurang-kurangnya mak tom mengharapkan anak nya kembali ke pangkal jalan.

    Tak macam kak jijah…dah tau laki menyeleweng tahap dewa….masih nak bergulumang dengan dosa !

  3. randomsee says:

    anak yang gila….seeloknya masuk terus neraka…sampai buat ibunya menangis…

  4. dugo says:

    Nanti moo dan bujuk akan melalut menuduh ibu assmin telah dibeli oleh umno.

    Hj Hadi oarti sesat pula akan kata video ibu assmin tu adalah besi.

  5. duluPas says:

    Wahai pencacai2 PKR, tolonglah selamatkan Azmin Ali daripada fitnah oleh ibu nya.

    Tolonglah Azmin, tolooooooong!!!

    Oh ibu, katakanlah kepada kami bahawa kamu hanya berlakon dan dibayar oleh Najib. Katakan laaaaah, tolonglah.

  6. Bulan Empat says:

    Seorang anak akan kembali pada ibunya. Azmin akan kembali pada ibunya, memohon maaf diatas segala kesalahan, keceluparan dan kependerhakaan yang lampau. Tapi bukan sekarang.

    Seorang anak hanya akan mengingati keluarganya, terutama ibunya apabila musibah menimpa diri. Sakit yang hampir mencabut nyawa. Lumpuh yang tak memungkinkan dia bergerak. Ketika itu anak tidak akan mengingati orang lain selain dari ibunya, jika dimasa itu ibunya masih ada .

    Jika Allah mahu tunjukkan kepada hambaNya itu, maka dilanjutkan usia nyawa ibu Azmin. Dikembalikan Azmin pada ibunya dalam keadaan yang dinyatakan itu.

    Sama sama kita tunggu.

  7. StinGray says:

    Apa ada hal dia derhaka pada ibu…pok nik kan ada…..assmin mintak 1 tiket syurga 10 pok nik bagi…

    kurang ajor punye anak….

  8. syaa says:

    maknya sampai menangis mengenangkan anaknya derhaka.mudah mudahan doa makcik ni terhadap anaknya yang derhaka tu akan terus makbul.amin..

    • wong mending says:

      saya rasa x perlulah kita mencampuri urusan peribadi keluarga mereka! konflik melibatkan anak beranak perlulah ditangani dan diselesaikan sendiri.Orang luar x berhak masuk campur.buat apa nak buka pekung keluarga sendiri!

  9. Gullit says:

    Binatang pun kasih nilai ibu…. Ni bukan binatang nie…. Azmin harus bertaubat..

  10. baba says:

    tak berkat kehidupan anak yg derhaka kpd ibu dia.bukan saja di akhirat dia kena tapi di dunia pun. azmin ali eloklah bertaubat sebelum terlambat.kalau dah meninggal ibu dia, dia nak minta maaf mcm mana lagi?????? takutlah akan balasan Allah SWT.

  11. Tubir says:

    Apa nak jadi dengan keluarga ini diaibkan sedemikian rupa ……Yang menjadi kenyataan kedua kedua pihak untung ….lepas ni bungkus baju pindah luar negara tak siapa tahu ……yang tak dapat untung pihak yang menaja dia orang ….biasala beb

  12. mane bebudak penjilat anwar dan PR?.. xnak komen ape2 ke?..

  13. mRsTURDY says:

    siTANGGANG zaman moden

  14. bobman says:

    tangisan mak TANGGANG
    http://www.youtube.com/watch?v=N3Oeyn7rSv8&feature=player_embedded

    komen SITANGGANG

  15. Talkwithhand says:

    aku tunggu jer …. mana prajurit PR … bila terbogkarnya rahsia sebenar perangi pemimpin N0.2 Parti Keadilan Rakyat yang tidak berlaku adil dalam keluarganya sendiri ni. Sibuk mencari keadilan orang lain … tapi KEADILAN anak KEPADA IBUNYA terabai… maka NERAKA lah tempat ko … jauh sekali la kot mati Syahid ketika dalam perjuangan PKR …ahaha kelakau la lu orang ….

  16. syaa says:

    patutlah dia ni penderhaka pada negara.pada mak kandung pun dia sanggup derhaka.gila.jangan pilih dia jadi pemimpin rakyat,dia punya pasal rakyat dapat cilaka nanti.jahanam.

  17. bujuk says:

    Aku taktau la… sampai tahap camni UMNO pergunakan mak Azmin. Bila cakap Umi Hafilda orang dah tak caya, sekarang korang tarik mak dia pulak dan rosakkan reputasi mak dia. Iklas, tanyalah diri sendiri.. sanggup tak kalau mak korang d heret ke media untuk hakimi kesalahan yg. korang tak buat. Jadilah orang yg. menyatukan dua saudara yg. bergaduh, tapi bukan jadi batu api supaya dua saudara bermusuh. Laknat Allah pada mereka yg. berusaha memutuskan silaturahim antara ibu dan anaknya.

    • StinGray says:

      anak yg derhaka Allah tak laknat ke???…mengfitnah pihak lain menghasut ibu assmin, Allah tak laknat ke???…bujuk kalau nak nasihat org, jgn nasihat sekerat2…org mcm hang ni la yg Allah paling laknat…hang pahamkan..

    • raplahjingaa says:

      Anwar yang mempergunakan azmin sampai dia menderhaka kepada ibunya sendiri…dan betul la kata hang bujuk…Laknat Allah menanti siapa yang menderhaka kepada ibunya…serta memutuskan silatulrahim antara ibu dan anak..

      dan orang itu adalah imam hang…Anwar Ibrahim !!

      • bujuk says:

        Azmin ikut Anwar lebih duapuluh tahun, dia tak jenguk Mak Tom baru 9 bulan. Itu pun sebab Mak Tom tak izinkan dia balik selagi bersama KEADILAN, bukan dia sengaja taknak balik.
        Ini adalah ujian besar buat Azmin kerana Mak Tom bagi pilihan IBU atau KEADILAN, tak boleh dua2. Apa dosa menjadi pemimpin keadilan..

  18. aza aziz says:

    Seorang sahabat pernah bertanya kpd rasullah s.a.w ” wahai rasullah siapakah wanita yang mandul? ” Maka jawab baginda Rasullah s.a.w ‘ Wanita yang mandul adalah wanita yang mempunyai anak tetapi anak-anaknya tidak bertanggungjawab terhadap ibunya.” Semoga Hajjah Che Tom tidak termasuk dalam golongan wanita yang malang ini.

  19. berahim anwa says:

    Betul tu selagi “telur” assmin dalam gengaman anwa maka selama itulah azmin akan terus durhaka kepada Ibu yg melahirkannya.

    Hanya kalau anwa sudah melepaskan genggamannya keatas “telur” azmin barulah azmin akan kembali “rasional” dan berfikir waras -serta kembali ke pangkuan Ibu tercinta.

    Soalnya siapakah yang mampu melepaskan Genggaman anwa keatas Telur Azmin ?? Fikir Fikirkan….

Leave a Reply

Threesome