Menu Utama

Nik Aziz – Hadi Berbalah, Ahli PAS Lari, PAS Makin Kucar Kacir, Apa Puncanya?

Nampaknya PAS sekali lagi membuktikan bahawa parti itu tidak mencerminkan akhlak dan keperibadian Islam sebenar apabila menipu serta tidak mempunyai pendirian yang konsisten di kalangan para pemimpinnya.

Pada 16 Mei lalu, pemimpin tertinggi PAS berjawatan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dengan bongkak menyatakan bahawa bahawa parti pimpinannya itu bersedia untuk bermuzakarah dengan mana-mana pihak, termasuk UMNO.

“Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno,” katanya yang dipetik dari lidah rasmi PAS yang selalu “kantoi” berbohong, Harakahdaily.

(Bagaimanapun, laporan berita yang melaporkan Nik Aziz berkata sedemikian dipercayai telah “dighaibkan” dari arkib berita Harakahdaily bagi menyembunyikan penipuan pemimpin PAS. Jika diklik pada link berkenaan, akan keluar mesej “An Error Was Encountered”).

Namun semalam, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan selamba “menasakh mansukh”kan fatwa Mursyidul Am itu dengan menyatakan bahawa PAS tidak akan bermuzakarah dengan UMNO dan hanya bersedia menghadapi NGO sahaja.

“Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno…” kataya yang dipetik dari sebuah lagi media pro-pembangkang, Malaysiakini.

Mursyidul Am kata “ya”, Presiden pula berkata “tidak”. Mana satukah yang betul dan boleh digunapakai?

Apakah kuasa dan fatwa seorang Presiden parti adalah lebih tinggi darjatnya dan boleh membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang yang dianggap “nabi” oleh para penyokong PAS?

Sebenarnya, isu “muzakarah” ini bukanlah perkara baru. Dah lama dahhh…! Tapi menjelang pilihanraya kali ini, PAS sengaja membangkitkan isu tersebut. Itu pun PAS terpaksa putar belit dari kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Tan Sri Harussani menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan wajar bermuzakarah untuk membincancakn kewajaran PAS meletakkan perkataan “Islam” pada nama partinya dan mencadangkan agar ia dibuang dari terus memanipulasi minda ummah.

Menurut Mufti Perak itu, PAS sudah menyeleweng jauh dari matlamat dan dasar undang-undang tubuh parti itu setelah bersekutu dengan DAP dan PKR demi mengejar kuasa politik. Tak disebut langsung nama UMNO.

Tapi tiba-tiba pula Nik Aziz menjawab dan mengaitkannya dengan muzakarah dengan UMNO! Nampak sangat Menteri Besar Kelantan ini celaru, keliru dan haru biru mahu sangat bermuzakarah dengan UMNO. Maklumlah…para penyokongnya ramai yang sudah lari tinggalkan PAS!

Presiden PAS yang melihat kenyataan Nik Aziz yang difahamkan sudah “nyanyuk” itu, terpaksa “cover line” dan berpura-pura jual mahal! Kononnya, muzakarah dengan UMNO sudah mati! Betul ke sudah mati atau dalam hati sudah menyesal bersekutu dengan DAP dan PKR?

Sebetulnya PAS kini berada di dalam keadaan huru-hara yang amat dahsyat! Kepimpinan utamanya di peringkat pusat dikatakan pergolak teruk akibat percaturan luar dari golongan “Anwarinas”.

Manakala di peringkat negeri pula, para pemimpin PAS mula bercakaran dan tikam menikam ekoran berebut mahu menjadi calon PRU ke-13 nanti.

Di Kedah, hubungan Azizan – Phahrolazi dan konco-konconya tidak dapat diselamatkan lagi, manakala di Kelantan, para pemimpin di negeri itu sedang beriya-iya mengharapkan agar Nik Aziz dibersarakan dari persada politik – mereka berebut mahu jadi Menteri Besar rupanya!

Itupun, PAS masih mengharapkan untuk mengumpul seramai 100,000 orang peserta pada majlis ijtimak dan munajat mereka di Kedah pada 1 Jun ini. Saya khuatir, apakah PAS mampu mencapai sasaran tersebut atau mereka akan menangis tidak berlagu lagi selepas ini…

Apa puncanya? Apa puncanya PAS jadi kucar kacir begini? Sebelum bersekutu dengan DAP dan PKR, PAS tak pernah jadi begini. Namun selepas 4 tahun tidur sekatil dengan PKR dan DAP, PAS yang dulunya kuat, semakin rebah ke bumi. Apa “punca” sebenarnya, yer..?






27 Komen to Nik Aziz – Hadi Berbalah, Ahli PAS Lari, PAS Makin Kucar Kacir, Apa Puncanya?

  1. sungai_siput says:

    PAS kehilangan penyokong yg hebat2

    para penyokong telah tersedar akan penipuan duniawi PAS memperalatkan nama islam

  2. Anak Lenggong says:

    Cakap nike ajis si Musang berjanggut yang daj nyanyuk mana boleh pakai..dok sibuk mengutuk orang padahal negeri sendiri tak terjaga..Serambi Mekah la konon..:-

    TUMPAT – Kebanjiran gadis Thailand untuk menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di restoran atau pusat hiburan kecil-kecilan di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tidak pernah reda.
    Restoran atau pusat hiburan yang berasaskan lampu malap yang banyak tumbuh di kawasan bersempadan dengan Thailand akan menyediakan GRO untuk menarik pelanggan.
    Kehadiran GRO di restoran-restoran tersebut didakwa mampu menarik pelanggan terutamanya pelanggan lelaki dan secara tidak langsung memberi keuntungan lumayan kepada pengusaha restoran atau restoran ala-ala pusat karaoke.
    Justeru itu, tidak ada yang pelik apabila restoran ala pusat karaoke yang menyediakan GRO diserbu pihak berkuasa berulang kali mampu mengoperasikan semula restoran tersebut dalam tempoh yang singkat.
    Ini disebabkan pemilik premis tersebut kebiasaannya bebas daripada tindakan undang-undang kerana pihak berkuasa kekurangan bukti bagi membuktikan mereka menggaji GRO.
    Bagi GRO itu pula mereka akan kembali bekerja di premis sama tidak sampai sebulan selepas ditahan kerana mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

  3. selamber says:

    elok la..lari la sekuat hati anda wahai pengikut2 PAS dari ketua2 kamu yang mengelirukan..tegakkan la kebenaran demi agama, bangsa & negara..!

    • melayu_islam says:

      kalau lari pon…x kan skali2 sokong amno…amno apa ada???

      juang agama???
      mne hukum Allah…bkn stakat buat masjid tau..

      juang bangsa?????
      bangsa apa paling merempat di Malaysia…nabi pon x suh berjuang atas tiket bangsa….yg ptg ISLAM..melayu tanpa ISLAM…x de ape2 makne…

      Juang negara????
      bagus..patriotik..harus jaga negara kite yg harmoni dn aman nih…masalahnye ade org nk hancurkan negara dgn menjahamkan ekonomi negara…dgn melakukan RASUAH besar besaran…berjuta..berbilion2… menjahanamkan negara dgn bg IC pd pendatang hanya tuk mgekalkan kuasa…apa nk jd malaysia nti…jd mcm amerika…mcm2 bangsa ada…nepal, bangla, filipina, indon, nyanmar..

      jd apa lg ada pada amno???x ada ape2…sekadar megekalkan kuasa dan megkayakan puak2 elit pemerintah…

      ABU…tingalkanlah amno demi kebaikan agama..baru sejahtera bangsa dan negara…

      • StinGray says:

        Juang Agama bkn setakat offer tiket syurga….tu jual agama….bodoh…

        Melayu tanpa Islam tu hang la….baguih2….sedar pun diri….

        baru pandai bertakbir dah kira islamik sgt le tu……sudah la…dgn org tua kapiaq OKU pun hang kecut teloq….pejuang islam konon…pirahhhh….hang ni khawarij jea….

        • melayu_islam says:

          stingray..bile ko nk berubah…ckp ikut sedap mulut je…ko tengok tok guru yg ngajar tu ade ke lepas kuliah jaja borang masuk syurga…

          ust azhar kte…org yg jual agama tu adalah org yg mengharapkan akan keuntungan bile die menyembunyi sesuatu… contohnya…dia nampak maksiat berlaku..
          tp xtegur sbb sayang jawtan…
          harap dpt untung bile x tegur..

          sape OKU???karpal…oku x pe lg…skrg ni.. amno takut pd org ug sihat..segar bugar lg…siap bleh blakon dvd blue…saip kne ugut tingalkan amno jika buat hudud…ape cite…sape karpal…ape kuase dia nk halang???byk sgt ke krusi Dap dpt..

      • zumazore says:

        melayu_islam says:tingalkanlah amno demi kebaikan agama..baru sejahtera bangsa dan negara…wakkkaaaahhhh.. macam KELANTAN ker?.. woiii BONGOK fakta cantik laaa sikit .. nak pecah perut aku di buat si bongok beruk pemetik buah kelapa KELANTAN ni….
        LAWAK TERLAWAK UNTUK AKU ARI NI…

      • Selamatkan Ummah says:

        Sedarlah kamu melayu, kalau kau kutuk UMNO ertinya kau kutuk org melayu Islam dan org yg yg kutuk saudaranya sendiri ertinya meningalkan sunnah nabi kerana
        Dalam hadis Nabi SAW,
        Sabdanya yang bermaksud: “Apakah kamu sekelian tahu apa itu ghibah? Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Lalu Nabi bersabda: “Kamu menceritakan sesuatu tentang diri saudara kamu yang ia tidak sukai.” Salah seorang sahabat bertanya: “Bagaimana pendapat tuan hamba, jika apa yang saya perkatakan itu memang ada pada diri saudara saya. Baginda menjawab: “Walaupun apa yang kamu perkatakan itu memang ada pada diri saudara kamu, ia tetap ghibah terhadapnya. Dan sekiranya tidak ada maka engkau telah melakukan dusta terhadap dirinya.” (Riwayat Muslim).

        Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
        “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” (Surah Al-Humazah ayat 1).

        Keji
        Justeru larangan mengumpat sangat keras (dosa besar dan keji), maka Allah menyerupakan perbuatan ghibah (mengumpat) dengan memakan daging manusia yang sudah menjadi bangkai.
        Ingatlah hai Melayu Islam..fitnah itu lebih keji dan bahaya dari membunuh orang..bertaubatlah..

        • pasdaplaknat says:

          puak2 buta hati mcm macai kt atas tu bukan dia faham pun soal agama.
          Tapi main taqlid BUTA melalui ceramah2 PAS yg sgt jauh dr ruh Islam.

          Mereka2 ini benih2 MUNAFIQ yg skripnya dikeluarkan oleh pimpinan2 Toghut PAS untuk lahirkan jundi2 MUNAFIQ.

          Mereka menuduh benda yg mereka sendiri lakukan. Mereka lupa hisab Allah tidak mengira parti atau kabilah mana, yg dikira Allah siapa yg benar dan beramal dengan kebaikan dlm agama.

        • melayu_islam says:

          kutuk amno x belh????geng korang siap ktuk alim ulama mcm ner???talam dua muke…

          benci keburukan yg dilakukan(fitnah, keji mengeji, rasuah, maksiat dll) x bermakne membenci btg tubuh org yg mlakukan…ia tetap sedare seislam… slaing mensihati spy si pelaku itu kembali ke pangkal jln..

          keji mengeji..spjg aku msuk sni…x ada lg aku mencarut pd sesape…cube check balik…sape yg byk memaki/carut org dlm blog mymaki memaki ni…baru btl nk nasihat…

          fitnah???amboi..aku ni jaguh fitnah ka…apa yg aku fitnah…aku kata rosmah bermewah sakan fitnah ka…beg birkin dia tu bukan bukti mewah sakan ka..mewah klau mampu xpa la…org bimbang kalau dia guna wang rkyat sja…aku fitnah kluarag kat ijat baham wang lembu ka…
          statement akaun bank kta kluarga dia guna wang NFcorp beli harta utk peribadi bkn slah guna ka…

          ape pulak hukum yg ko nk bagi kat depa yg guan wang rkyt tu..ke lepas je sbb depa org ko…dlm islam apa hukum bg pemakan harta org lain nih…

      • pasdaplaknat says:

        melayu_isle

        kasihan ko kena penyakit taksub PAS..
        tk rugi apa pun org mcm ko ni pd UMNO..cuma aku kasihan sbb ijtihad ko membenci UMNO adalah atas ijtihad PALSU dan FITNAH. xde pahala apa ko buat atas ijtihad yg kotor mcm tu

        Point2 ko itulah adalah skrip stereo-taip yg aku juga terima dlu dr ceramah2 Munafiqun PAS

        Skrg ni cuba ko patah balikkan soalan itu pada PAS dan jemaah sesat ko tu..

        Juang Isle? Perlebagaan Al-Quran? As-Sunnah? Qias? Ijmak”

        -Tolong bgtau kt aku mana dia pulak salah satu dr yg di atas yg diPAKUkan pada perlembagaan PAS yg puak ko dh buat? 22 tahun Kelantan diperintah oleh ‘mahaguru’ besar yg kononnya hebat sgt dgn gelaran TOK GURU.. hebat sangat memaki hamun hamba Allah lain.. jadi mana dia model Islamnya?

        HUDUD? bayang HUDUD mana? Ko nafikan BN buat masjid, sekurang2nya UMNO masih dlm jejak langkah Nabi, Masjid syiar dan ruh pertama yg Nabi bina, PAS? bina apa? Patung Buddah terbesar?
        Terlalu banyak pembinaan Islam yg UMNO telah buat wpun belum sempurna, tapi sekurang2nya UMNO sudah buat banyak apa yg disyariatkan..

        PAS buat apa? PAS menipu agama, siang malam ckp politik, xpduli soal Fardhu Ain, soal Tassawur, Soal Akhlak, Soal Munakahat, Soal Tauhid.. muka 1 sehinnga muka 36 paper Haprakah cerita apa? mana dia agama??? melainkan benihkan fitnah dn kebencian yg dilarang ALLAH!

        Jual kalimah Allah sekutukan Allah dibenarkan oleh PAS?? itu kesesatan dan syirik yg amat dahsyat jika semua org tahu dan kenal ILMU TAUHID!! betapa rosak dan teruknya hati seseorang Muslim itu jika benarkan di hati dan mulutnya melihat Allah itu diletakkan sepertu ‘makhluk’..dan itulah PAS telah buat!

        bagaimana boleh percaya soal syariat lian jika bab TAUHID Ketuhanan pun FAILED!!

        Juang negara? sejak bila PAS bantu juang negara?
        sejak akhir2nya Kepala kebas bini org-Bang Mat Sabu sudah mengiktiraf musuh negara-komunis, satu lagi bodohnya PAS dlm mengemis undi! UMNO tidak pernah kompromi dlm hal2 sensitif mcm tu wpun rayuan dr dalaman parti komponen supaya Chin Peng laknatullah itu dibenarkan kembali ke sini!!

        aku nk tunggu apa jwpn ko ngok..setakat buti tuli jdi pencacai PAS, usah lagak mcm org alim lah.. entah ko sndiri kalau buat checklist banyak mana amalan Islam ko?

        • melayu_islam says:

          Bab hudud..hang fitnah mcmne pon konon hudud pas….bkn dr quran..kompang mcm mne pon kalau pas x mng pusat ttp x kan berlaku hudud..kecuali amno brubah nk buat hudud…sbb suma yg berkaitan dgn hudud berkaitan dgn pentadbiran negara…

          cth..boleh buat hudud kalau x de dlm perlembagaan..peruntukan utk pelaksanaan hudud bkn dr krjaan kah…kome cite bende yg mmg x leh buat sbb x de kuase lg sbb ape…lain la kalu korang ckp mse pas mng tp x buat hudud…ade la sket hujah nk hentam pas…

          masjid???ada aku marah krjaan amno buat masjid…syukur lg ade tmpt ibadah..yg aku persoalkan knpe amno bising pas x buat masjid…kelantan x de msjid lansgung ke???korang nk persoalkan wang derma rakyat kelantan utk buat msjid knpe???..ape hak org nk persoalkan amal org nk derma…pd aku sng…org nk derme x de mslh..krjaan nk buat pon x salah…dua2 niat yg betol…cuma jangan bialang aku jaguh bina masjid…malu kat nabi…ada hadis nabi yg bunyinye lbeh kurang…baginda diutuskan bkn membina masjid..tp menyebarkan islam…

          jgn jd mcm golongan dlm hadis ni…

          BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
          Ertinya:
          Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.

          H.R Abu Daud

          isu akhbar..main hentam je…mmg x pernah bce harakah agaknye…ilmu agama yg tok2 guru yg ade dlm tu ko nk letak mne???aku nasuhatkan…beli harakah…bace semua mksurat…bru boleh ko nk hentam ape yg x betol dlm harakah tu…jgn duk bce utusex je…nnti otak ko po brbaur sex…

          ptg2 ramai ustaz2 ustazah yg mengajar fardu ain kt surau, masjid kt kmpung2 tu ngaja politik ke???aku nasihtkan…tgglkan amno…sbb perjuangan amno x btl.. sbb tu ramai gol celik agama x plih amno sbg wadah perjuangan…ape sbb??ape ko nk kte suma gol2 ni sesat..kafir..sbb x ikut amno..sdgkan ilmu2 mereka tinggi…blajar agama luar negeri..ape sgt ilmu agama kite berbanding mereka…
          kitekan tau..gol ulama adalah pewaris nabi..gol yang hampir dgn nabi…

          isu kalimah ALLAH???? fatwa Dr yusuf Qardawi ko nk letak mne…ilmu ape ko de berbanding ulama besar ni…atau ko nk kte Dr Yusuf ni juga sesat sbb x senada dgn amno…bg aku terserah…nk ikut ke x..org kristian,jew..mmg dr dulu mereka menggunakan kalimah Allah…ape hak kite nk menghalang…tp x bermkne kite terima akidah sesat mereka….siapa yg letak taraf AlLAH sbg mahkluk ni…tok guru yg mne ajar…ko jgn sbrg tuduh…bg sket tok guru mne yg laknat mengajar ajaran sesat tu..

          juang negara…kalau ikut sjarah amno bn ajar…mmg ke amno korang yg sumbat gol merdeka…korang lupa…sape yg bermandi darah menuntut kebebasan dr penjajah british…gol ulama terdahulu…org alim terdahulu..jd jgn berbanggga bila bce ayt buku teks…TAR tuntut merdeka dr britsh…merdeka dlam kandang emas’tp masih terkurung jiwa…x de mkne utk generasi muda…sbb tu ramai rosak akhlak…komunis tu bior die le…same2 menentang penjajah ingeris…ape ko igt inggeris tu betol sgt ko duk pertahankan dier..

          amal aku x byk…tp berusaha menambah amal..buat bekalan utk akhirat..

          ko???

  4. StinGray says:

    Patut la parti depa ni popular dgn nama manjanya ‘Parti Ajaran Sesat’…..tunggang langgang kacau bilau huru hara dari cai2 sampai le ke presiden dan mursamdol depa….

    Terima lah balasan Allah….dari muda sampai le jadi tua bangka kutuk nak mampus tak sedar diri , dua ekoq musibat ni asik menipu jea keje nya…..

  5. ku2 says:

    aku dah kata..nik ajis tu dah boleh di masukkan kat kedai kitar semula..hehehe..dah abis tempoh tu..otak dia dah mereng..

  6. mustaqim says:

    anwar ibrahim pernah mengucar ngacirkan umno seteruk2nya sehingga lahir pelbagai parti serpihan merajuk bunuh diri dsb….

    kini beliau berada diantara pemimpin PAS…nak tuduh beliau sbg punca beratlah kerna kita orang islam xda bukti dak leh tuduh sebarang….

    hmmm…

  7. tukul says:

    tugas umno untuk kembalikan ahli pas kejalan yg benar lagi lurus

  8. chephang says:

    ishhhh PM dok tunggu apa lagi tak bubar parlimen, PAS tengah parah skrg ni.

  9. akmal says:

    pemimpin pas nanti kena jawab perpecahan yg dah berlaku dlm masyarakat mcm yg di ceritakan oleh harussani.ini kisah benar dan banyak lagi kisah perpecahan yg berlaku dlm masyarakat.anak bergaduh dgn ibu bapa sebab anak panganut pas ibubapa sokong umno,adik beradik bergaduh sesama sendiri. dan mcm mcm lagi. ni semua berlaku akibat dakyah pas.sebab apa sebab pemimpin pas kata pas lebih islam dari islam yang lain,sebab pas kata berkawan dgn syaitan boleh,sebab pas kata hanya pas saja yg perjuangkan islam manakala yg islam yg lain hanya merosakkan islam.sebab pas kata sokong pas masyuk surga sokong umno masuk neraka.perpecahan dah berlaku dlm masyarakat,siapa yg bertanggung jawab PAS.

    • melayu_islam says:

      zaman nabi lagi parah…sanggup x ngaku anak kalau peluk islam???keluarga niabi lg berpecah krana ada yg x trima islam…Abu Jahal..lupakah..bukan mereka tu saudara2 nabi???
      islam itu x mengenal saudara???iman x blh diwarisi..hanya iman dihati menjamin tempat abadi di akhirat…cukup skdr menasihati saudara spy brpegang dgn kitab Allah…itulah panduan manusia menuju Allah..utk mengelak dr tersesat..

      • StinGray says:

        ustaz mana yg ngajor hang yg islam itu tak mengenal saudara….

        walaupun seseorang itu telah memeluk agama islam beliau wajib menghormati ibubapa dia yg masih kafir lagi…..dan harus berusaha membawa ibubapa dan keluarga beliau ke jalan yg benar….

        Bukan keluarga Rasullullah yg membenci & memulau depa, tapi depa yg TAK masuk islam tu yg membenci keluarga Rasullullah yg memeluk islam…..jgn bg citer tak lengkap la ngok….

        Di Malaysia ni, puak mana yg mengharamkan sembelihan org islam lain….puak mana yg tidak menerima imam yg bkn dari puak depa…..puak mana yang menghalalkan darah sesama Islam…

        Islam bkn agama permusuhan….islam agama yg suci dan cintakan kedamaian….islam bkn agama perusuh….kalau tak reti nak tafsir bab agama, hang ambik job pasang bendera Pakatan Haram dah la….

        konon nak sembang bab agama, tapi sesama islam hangpa musuhi…dgn kapiaq karpal DAP tu hangpa patuh….hang citer ape ni???? melayu yg tak berapa Islam la hang ni…

        p/s..keluarga niabi tu keluarga sapa…nenek hang ke?????

        • raplahjingaa says:

          hehe…kena sebiji !! melayu islam…mana hang belajar agama ?? cetek sungguh pengetahuan agama hang…typical cai PAS !

        • melayu_islam says:

          1 sje..x pernah pon tuduh amno kafir…terase knpe??? cek balik knpe org kte cmtu????…sbb stuju dgn pol suku agama suku ka…patut la korang x takut dosa…sembang politik kecuali dr hukuman Allah…x ade agama dlm politik..

          sembang pasai islam dgn kapir buat pa…melopong la depa x paham…yg amno ni…ngaku islam..tp ajak laksana hukum x mau…trpaksala cri kawan lain…

      • pasdaplaknat says:

        dhoifnya hujah budak PAS hingus ni..

        Apa bnda yg dia nk ckp sbnrya? ko jangan terbalikkan agama kerana gila politik..nanti rosak Akidha ko bro..

        jadi ko sokonglah permusuhan?
        persaudaraan dlm Islam ialah sesama umat, apehal yg ko bandingkan dgn Abu Jahal???

        Ko ni sesat dan jahil..tolong jgn masuk sini berhujah kalau ilmu tu main cedok tepi longkang di kuil PAS ok.. memalukan dn boleh rosakkan diri ko!!

        – Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:
        “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya”
        (riwayat Bukhari dan Muslim).

        dan Firman Allah :

        “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”…
        (Surah Al-Hujurat; ayat 10)

  10. apanama says:

    negara Islam pun boleh masuk tong taik, perkataan ‘Islam’ pun masukkanlah ke dlm sekali, bukan luak pun hehe

  11. djray says:

    kesiannyer PAS.. apakan daya, they have very limited brain.. perkataan ‘muzakarah’ tu antara yg terhebat boleh dilafazkan agaknya.. itu pun macam meroyan sendiri ajak sendiri tolak sebab dah malu.. patut la mundur.. tengok antara perkataan BN ‘transformasi ekonomi negara’.. terbeliak mata depa x faham!

  12. Adam Abdullah says:

    Yang menjadi sudah kepada PAS ialah matlamat PAS yang sebenarnya.

    Perlembagaan Malaysia kata Islam ialah agama resmi Kita dan lain-lain agama bebas diamalkan oleh Rakyat yang beragama lain dari Islam.

    Tetapi matlamat PAS ialah Islam Semalaysia yang ditentang oleh DAP.

    Sekarang PAS sudah jadi macam “Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu. Hadi panggil Nik Aziz makan tapioca Karpal dan Lim tak mahu.”

  13. Adam Abdullah says:

    PAS patut duduk sama semeja dengan UMNO dan bincang cara yang terbaik untuk menyatupadukan orang Melayu, umat Islam dan rakyat Malaysia smua bangsa seperti kata Mufti Negeri Johor ikut Quran dan Sunah Nabi s.a.w – cara terbaik untuk mentadbir dan memerintah negara demi anak cucu, cicit dan generasi akan datang. Tuduh menuduh buat apa? Demonstrasi sana sini buat apa? Membuang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja.Bukankah kita semua anak cucu Adam dan Hawa?

Leave a Reply

Threesome