Menu Utama

Nama Partinya Lebih Penting Bagi Nik Aziz Berbanding Perpaduan Umat Islam

Konsep dan tujuan “muzakarah” yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, di antara partinya dengan mana-mana pihak, sama ada UMNO atau Majlis Fatwa Kebangsaan, sebelum ini terjawab apabila penjelasan mengenainya dibuat semalam.

Dalam kenyataan terbaru Nik Aziz semalam, dia menjelaskan bahawa “muzakarah” tersebut adalah untuk menjelaskan tentang kewajaran PAS menggunakan perkataan “Islam” pada nama partinya, dan BUKAN SEKALI-KALI UNTUK BEKERJASAMA UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

Pada Nik Aziz, dia menyatakan bahawa tiada akan timbul lagi sebarang muzakarah untuk melakukan kerjasama dengan UMNO meskipun tindakan itu dilihat mampu menyatukan kembali umat Islam yang terpisah di negara ini hanya kerana POLITIK.

Sebenarnya, saya agak kecewa dengan kenyataan Nik Aziz itu. Masih belum berubah lagi Mursyidul Am ini walaupun sudah beberapa kali dikejarkan ke ICU. Meskipun hampir hilang nyawa, dia masih kekal degil enggan melihat perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.

Astaghfirullahil’azim. Saya mengeluh panjang. Namun selepas berfikir panjang, saya berpendapat bahawa mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mungkin Nik Aziz cuba mengekalkan dirinya sebagai “ulama us-suuuk” di mata umat Islam di Malaysia sehingga ke akhir hayatnya.

Malah, apa yang lebih saya kesali ialah beberapa kenyataan dari para pemimpin PAS seperti Mustapha Ali yang menyindir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima baik sekiranya PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO.

Mustapha Ali kata Muhyiddin salah faham atau berpura-pura tidak faham. Dan lebih sadis, dia menyatakan bahawa sebarang usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO di bawah satu bumbung sudah “mati”.

Maknanya, para pemimpin PAS menjatuhkan hukum tidak mungkin ada tali persaudaraan yang akan menyatukan umat Islam di negara ini lagi.

Saya tertanya-tanya, apakah perkataan “Islam” pada nama PAS itu lebih penting, lebih afdhal dan lebih mendapat keredhaan Allah SWT berbanding perpaduan umat Islam di Malaysia yang sudah dipisahkan PAS lebih 50 tahun yang lalu?

Penting sangatkan nama itu sehingga menafikan tali silaturrahim sesama saudara seagama sendiri?

Susah dan haramkah hukumnya duduk semeja berbincang dan bermuzakarah bersama saudara seagama demi memikirkan tentang perpaduan umat Islam yang bernaung di bawah PAS bersama UMNO?

Lebih pelik lagi ialah pendirian PAS dan Nik Aziz apabila mereka tidak perlu pun bermuzakarah pun untuk bersatu dengan DAP yang menjadi musuh ketat yang pernah digelar “SETAN” oleh Nik Aziz sebelum mereka bersekutu dahulu.

Meskipun PAS menganggap DAP sebagai parti “kafir harbi” yang perlu ditentang suatu masa dahulu, mereka lebih suka berpeluk dengan parti yang menolak Islam secara total itu berbanding bersama UMNO di bawah payung BN.

Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah di sebalik insiden “gimik” murahan yang mengecewakan ini. Namun saya parti bahawa Allah SWT lebih arif untuk membalas “loyar buruk” PAS yang mempermainkan tali silaturrahim di kalangan umat Islam di negara ini.

Apapun, insyaAllah, UMNO akan terus gagah menjamin dan mengotakan segala kemampuannya sebagai tunjang kuasa untuk mentadbir negara ini dengan baik, adil dan berpaksikan Islam secara wasatiah di dalam mencari keredhaan Allah.

Nak harapkan PAS? Biarlah dia “mati” bersama DAP dan mungkin Lim Kit Siang nanti boleh tolong talkinkan mereka di pusara masing-masing! Atau mungkin Allah akan berikan hidayahNya untuk berubah untuk bersama BN suatu hari nanti…?






32 Komen to Nama Partinya Lebih Penting Bagi Nik Aziz Berbanding Perpaduan Umat Islam

  1. pasdaplaknat says:

    Masya Allahhh..keras sungguh hati manusia bernama nik abdul aziz nik mat ini. Hanyak Engkaulah Ya Allah selayaknya membetulkan hatinya atau mengazabnya dgn perbuatannya yang telah banyak merosakkan umat Islam.

  2. randomsee says:

    selagi firaun tua ini x mati selagi itulah umat islam di Malaysia berpecah…angkara dia…kerajaan perpaduan pun terbengkalai…angkara dia jugak hudud Pas pun dibakul sampahkan…

    tapi penyokong laknatullah ini tak jugak sedar2….bukan ke islam mengajara bahawa semua yang islam itu bersaudara dan bersatu….si firaun tua ini benar2 iblis jadian

  3. kudabelang says:

    PAS akan berkubur di PRU13…..ditanam hidup2 oleh kit siang and guan eng lahanat…..bodoh punya pak lebai….rela di perkuda oleh DAP haramjadah…..bodoh sebodoh bodohnya….

    • sungai_siput says:

      betul tu bro kuda belang

      kadang2 aku fikir kenapa sesama islam ni suka sangat bergaduh…??

      jadi, ada satu malam aku dok lepak luar umah, aku terfikir pasal hadith nabi

      umat ku pada akhir zaman ramai, tapi seperti buih2 di lautan

      maksud nya,lemah walaupun ramai…

      jadi, mesej yg sampai sebenarnya, menunjuk kan bertapa benar nya kata2 nabi muhammad saw 1400 tahun yg lampau

      semua kata2 dia benar mengenai umat dia di akhir zaman dan itu lah bukti Nabi Muhammad seorang rasul utusan Allah yg benar

      bukan untuk kita orang islam sahaja tapi kebenaran untuk orang yg bukan islam juga di dunia ini supaya mengakui Nabi Muhammad SAW utusan tuhan

      Nabi Muhammad kata orang islam(mengucap 2 kalimah syahadah) mesti bersatu

      jadi kepada yg tak mau bersatu atas apa sahaja alasan, bagi aku depa ingkar akan perintah Nabi MUhammad SAW

      barang siapa yg taat kepada rasul bermakna taat kepada Allah swt

      apa hukum kepada orang yg ingkar kepada perintah rasul???

  4. StinGray says:

    Nama cari makan…senang la nak menipu macai2 yang nak pi syurga ikut jalan pintas….

  5. Santrang says:

    Yang dirisaukan jika pas benar-benar hendak bermuzakarah dengan UMNO, pasti ada pro dan kontra dalam UMNO, tapi kini telah lepas kerisauan dengan penjelasan terbaru nik aziz,moga-moga pas akan terus hanyut tanpa haluan jelas.

  6. paklang says:

    Tak terfikir aku ada manusia macam nik aziz ni

  7. mRsTURDY says:

    InsyaALLAH! UMNO mampu memartabatkan Islam dan mampu menegakkan hudud jika mahu..Anggaplah ini sebagai positif dimana ALLAH TAALA memberi peluang kpd UMNO berjuang ke jalan yg diredhainya.

  8. Jack says:

    Ala….memang telah di duga. Tapi jangan salahkan nick ages seorang. Macai2 pas yang lain tu pun semuanya dungu macam keldai juga. Memang Allah nak jauh kan parti umno dari dicemari oleh kaum munafik….

  9. tengkudin says:

    nik ajis tua kutuk nak cover karier politik dia sebenarnya…maklum la PRU 13 dia bakal jadi korban kambing husam musa..dah tak bernilai dah…

    jadi dia nak jaga tengkuk dia ..jadi berlakon nak muzakarah pulak..sapa ingat apa dia kata bila UMNO ajak muzakarah?? JAHANAM dengan UMNO!!

  10. iPas says:

    kotornya mulut ‘cow’ orang semua… mulut ‘Iblis’ dok kotor gitu …

  11. kajol says:

    apa nak heran nabi saw yg maksum kaum kerabatnya kata gila sampai nak bunoh pulak tu…apa beza dengan zaman skrg ni..2×5 macam mykmu

  12. Adi Kencana says:

    Semua ni sandiwara PAS.

    HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  13. tengkudin says:

    tua kutuk nik ajis tu bukan ikhlas pun..nak jaga tengkuk dia..takut terlepas kerusi MB EMpuk dia tu..sebab lepas tu dia kene la minum air tah tarik kat rumah lama dia..itu yang baru terhegeh2 nak muzakarah…ada udang balik mee tu tua kutuk nik ajis ni…kubur kata mari..rumah kata pergi..

  14. Delta Source says:

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka, ‘Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).\'” [Terjemahan Hadis Riwayat at-Tirmidhī]

  15. botak says:

    doa nik aziz mula dimakbulkan tuhan..majoriti orang melayu dah jelak dengan nama pas..sebab bau mulut nik aziz busuk bebenor.sebut saja pas,orang akan kata penipu beso.. kecuali orang kelantan (pas tegar) yg sejak kecil asyik menjilat kahak ijau nik aziz siang dan malam selama 22 tahun. doa nik aziz akan dimakbulkan tuhan..tak lama lagi, selepas pru13 nik aziz akan berkubur bersama parti pas kesayangan nya..

  16. siamang gagap says:

    Sebenarnya bukan muzakarah yang pas nak, tapi ma zakar kah… paling sesuai

  17. pandipory says:

    heheheee..satu malaya dah taw niz aziz tu memang kaki kencing..nape layan gak.. kasi belantan jer..

    • tengkudin says:

      tak yah belantan…siramkan je dengan air karat dengan terompah kayu je..kan dia wali terompah bak kata anugay tu..heheh

  18. akmal says:

    muzakarah atas nama pas ni lah jadi nya klu nak muzakarah atas atas nama islam tak kan jadi mcm ni.pas didahulukan islam no 2

  19. Mat Ajeez says:

    Y=(f) X ..X1 X2 X3 X
    NAjis is equal to …Penipu /Pembelit/Ular/ pembohong/Bermuka muka/ cakap depan lain belakang lain/ Gila Kuasa/ Penyesat Ummah/ penghalang perpaduan Ummah/Riak/ Sombong/ Perasaan bagus/Ujub/Takut Hilang Kerusi MB/ Pelakon Drama depan Kamera/Berpura Pura alim/ Sapu bila orang bagi / Salahkan Orang lain/ Tak reti mentadbir/ tak tahu merancang pembangunan / Bodoh Sombong ………….Infinity…..

  20. islam didahulukan says:

    undi amno dapat dosa, sbb luluskan permis judi dan arak serta menentang hukum hudud.

Leave a Reply

Threesome