Menu Utama

Najib Pilihan Utama Rakyat

 

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang secara terbuka menyokong program transformasi Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh kebanyakkan media massa nyata mengundang perasaan kurang selesa dari kem pakatan pembangkang.

Menurut Tunku Aziz, “apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat, kita perlu memberikan sokongan kepadanya”. Satu kenyataan yang ringkas dan padat namun ianya pedas untuk diterima oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.

Sebelum ini, Tunku Aziz juga pernah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin pembangkang terutama dari DAP apabila mengecam perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tindakan yang sengaja mahu mencabar undang-undang dan sukar untuk berlangsung dengan aman.

Tidak sedikit respon negatif diterima dari kalangan penyokong tegar pembangkang yang mengganyang kenyataan Tunku Aziz itu. Rata-ratanya menyifatkan Tunku Aziz sebagai pengkhianat dan tidak berpendirian teguh.

Pun begitu, respon negatif pembangkang tidak sukar dimengertikan kerana hampir kebanyakkan penyokong pembangkang memahami peranan sebagai pembangkang hanyalah dalam konteks sentiasa bangkang apa saja tanpa mengira baik atau buruk sesuatu perkara.

Namun telahan Tunku Aziz terbukti betul apabila di saat-saat akhir perhimpunan Bersih 3.0 telah berlaku perlanggaran undang-undang setelah peserta-peserta di barisan depan yang diketuai oleh Unit Amal PAS dan beberapa kelompok lain terlibat secara langsung menceroboh masuk ke Dataran Merdeka sehingga memaksa FRU bertindakbalas menyuraikan mereka.

Dalam hal sokongan Tunku Aziz menyanjung agenda transformasi yang diterajui oleh Najib sebenarnya menunjukkan kematangannya sebagai pembangkang yang rasional dan bukannya dari jenis bangkang dari longkang.

Perbezaan nyata seorang yang rasional dan berakal berbanding dengan golongan bangkang dari longkang. Sokongan beliau adalah satu pengiktirafan atas usaha penat lelah PM menerajui kerajaan dan ia tentu saja memberi makna besar kepada kerajaan BN.

Dari satu sudut, kenyataan Tunku Aziz juga merupakan satu manifestasi betapa urus tadbir kerajaan BN sudah berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara selain tanda aras penting yang membuktikan kemampuan Najib sebagai pemimpin negara.

Jika kita fahami secara tersirat kenyataan Tunku Aziz itu, mungkin bertepatan kalau kita tafsirkannya sebagai pengiktirafan rasmi dari beliau terhadap kemampuan Najib untuk terus memimpin negara selain menepati kriteria sebagai pilihan utama rakyat berbanding pemimpin politik berjiwa retorik seperti Anwar Ibrahim.

Beruang Biru






5 Komen to Najib Pilihan Utama Rakyat

  1. Bujang Senang says:

    Haha..geli aku baca artikel ini.. Semasa Tunku Aziz masuk DAP, UMNO bukan main kutuk habis berhabisan sama Tunku… Kutuk Tunku mengkhianati melayulah, bodohlah, anti Islam la…Dan banyak lagi. Sekarang Tunku keluar DAP, bukan main sanjung pulak sama Tunku. Cakap serupa iblis..pushing sini pusing sana..360 darjah.. Macam apa yang terjadi pada samhuri itu.

  2. Adi Kencana says:

    Baguslah Tunku Aziz dah sedar..

    RAJA NONG CHIK GUNA PENGARUH DALAM UMNO UNTUK BAGI KONTRAK KEPADA ANAK SENDIRI? Baca di sini…

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  3. Ma'thur Al Fijar says:

    Inilah bahana DEMOKRASI.

    Inilah bencana daripada sistem DEMOKRASI.

    Lihatlah kesan SISTEM NEGARA DEMOKRASI yang kalian sanjung!

    Kalian saling fitnah memfitnah. Saling mencaci maki. Saling tuduh menuduh. beristighfarlah. Bertenang. Sabar. Bertaubatlah. Sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat hamba2nya.

    Sistem negara DEMOKRASI adalah termasuk dalam sistem2 buatan manusia dimana manusia ( muslim dan non muslim ) sebagai penentu dan pembuat undang-undang mahupun hukum tanpa menarik hukum dari hukum syara’. PERLEMBAGAAN adalah datangnya dari manusia juga..yang dibawa oleh LORD REID..dan digunapakai sebagai sumber rujukan untuk menggubal undang2.

    Sistem negara islam ( KHILAFAH ) adalah hasil dari kesepakatan sahabat2 Rasulullah S.A.W..yang mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W membina sebuah pemerintahan islam yang menggunakan HUKUM SYARA’ ( dari AL QURAN dan HADIS ) sebagai sumber hukum tanpa melibatkan non muslim sebagai pembesar/penguasa/pemerintah. Non muslim ( kafir zimmiy sahaja ) dibenarkan tinggal malah dilindungi di dalam negara islam ( DAULAH KHILAFAH ) oleh Khalifah.

    SEDARKANLAH DIRI KALIAN BAHAWA KITA TIADA KHALIFAH MAHUPUN SEBUAH NEGARA ISLAM SETELAH TUMBANGNYA KERAJAAN ISLAM PADA 1924 LALU. Negara kononnya islam sekarang ini hanyalah PEMIMPIN YANG BERAGAMA ISLAM tanpa menggunakan Al Quran – Hadis – Ijmak sahabat, malah menggunakan perlembagaan yang dibawa oleh si Lord Reid ( kafir harbi – patut ditentang )sebagai sumber hukum. ASTAGHFIRULLAH !

    Itulah antara punca2 yang menyebabkan UMAT ISLAM tidak lagi menganggap sesama mereka adalah SAUDARA. caci maki, bunuh membunuh, fitnah memfitnah, bergaduh sesama sendiri.

    kajilah kalian sendiri apa itu SEKULAR? LIBERAL? PLURALISME? ASABIYYAH atau NASIONALIS? itulah sedikit antara senjata2 kafir Harbi memusnahkan kita YAAA MUSLIMIN!! BANGKIT! BERSATULAH! BERUSAHALAH! bantulah diri kalian supaya Allah membantu kita semua..
    HAI YA’ALAL FALAHH !!!

    http://www.mykhilafah.com/

  4. Ma'thur Al Fijar says:

    Dipetik daripada terjemahan surah AL MA’IDAH –

    Bismillahirrahmanirrahim

    ” Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. ” (48).

    ” Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. ” (49)

    ” Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. ” (50)

Leave a Reply

Threesome