Menu Utama

Muzakarah PAS UMNO Batal Dek Kerana Nik Aziz – Part 2

Sambungan dari artikel sebelum ini

Nawaitu Nik Aziz kini ialah mengejar kuasa duniawi dengan berpaksikan kebencian sesama Islam, mencurigai sesama saudara seagama tetapi mesra dengan DAP yang diketahui agak keras dan tidak toleransi dengan hak agama Islam dan umatnya.

Bukan soal hudud atau negara Islam yang menghalang Nik Aziz menyambut salam perdamaian Hadi Awang kepada UMNO kerana realiti pakatan pembangkang hari ini membuktikan isu hudud dan negara Islam sikitpun tidak termasuk dalam agenda pakatan pembangkang.

Peel perangai Nik Aziz akan kekal hingga akhir hayat dia – memusuhi jemaah yang lebih besar dan berjasa kepada ummah (UMNO) di masa yang sama redha memperkudakan diri dan puaknya kepada pihak lain hanya kerana merasakan dirinya pernah dianiaya.

Acapkali isu kerajaan campuran BN-PAS dalam tahun 70-an sering dijadikan alasan oleh Nik Aziz untuk menolak kerjasama dengan UMNO & BN kononnya serik melihat PAS teraniaya. Realiti sebenarnya, pemecatan PAS dari BN semuanya berpunca dari kegelojohan PAS sendiri yang gemar menikam belakang kawan.

Mana tidaknya, mengikut persetujuan bersama sepatutnya PAS tidak mengacau kawasan yang telah memiliki cawangan UMNO, tapi dek kerana degil mahu mengambil kesempatan sengaja PAS menubuhkan cawangan di kawasan tersebut hingga menimbulkan suasana tidak harmoni.

Begitu juga waktu itu Menteri Tanah (Asri Muda) yang dikuasai oleh PAS (ehsan oleh BN) telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS untuk membawa masuk jentera dan penyokongnya ke kawasan rancangan FELDA di hampir seluruh negara kemudian ditubuhkan segera cawangan PAS walaupun diketahui langkah tersebut menyalahi perjanjian damai UMNO & PAS.

Sebab itu, di kebanyakkan kawasan FELDA hingga sekarang kita akan lihat masih ramai totok PAS yang sebahagian besarnya dari Kelantan – semuanya saki baki yang dibawa masuk oleh arwah Asri Muda yang ketika itu adalah Yang Di Pertua (Presiden) PAS.

Sampai sekarang Nik Aziz tetap mengungkit cerita ditendang dari BN walhal salah puaknya sendiri suka menikam belakang kawan disembunyikan.

Samalah juga perangainya waktu peristiwa pergolakan kerajaan Kelantan (PAS-BN) yang menyaksikan Mohammad Nasir, MB Kelantan ketika itu dipecat dari PAS hanya kerana arwah Mat Nasir rapat dengan pimpinan BN dan banyak menyekat permohonan kawasan balak dari pemimpin PAS, Nik Aziz tika itu memihak kepada Asri Muda.

Bila Mat Nasir menubuhkan BERJASA dan bekerjasama dengan BN hingga menguasai semula Kelantan, Nik Aziz masih setia bersama Asri Muda namun bila revolusi Iran berlaku, Nik Aziz adalah antara kepala PAS (Dewan Ulama) ketika itu yang menikam belakang Asri Muda seterusnya menghumban keluar Asri dengan penuh hina.

Padahal guru politik yang membawa Nik Aziz terjun ke dunia politik ialah Asri Muda, arwah Asri lah yang bertanggungjawab membawa Nik Aziz dan menawarkan peluang menjadi calon di Parlimen Pengkalan Chepa.

Tapi apa jadi akhirnya? Nik Aziz khianat kawan dan gurunya sendiri hanya semata-mata takjud dengan semangat revolusi Iran.

Mula saat itu semangat kebangsaan Melayu Islam yang jadi intipati perjuangan PAS sejak zaman Burhanuddin Helmi dan Asri Muda lebur begitu saja.

Begitu juga sejarah PAS dengan S46, sewaktu Tengku Razaleigh bertemu muka dan mengadakan muzakarah untuk mencari titik temu antara S46 dan UMNO.

Belumpun rasmi sebarang keputusan, Nik Aziz bersekongkol membenarkan PAS mencuri ahli-ahli S46 dan mengkhianati persefahaman walau sebenarnya tika itu PAS, S46, HAMIM dan BERJASA masih secara rasminya adalah rakan seperjuangan dalam APU.

Itu ringkasan sejarah hitam tikam belakang yang pernah menghantui latarbelakang Nik Aziz & PAS

Berbalik pada topik asal, usahlah pelik bila timbul saja isu muzakarah, akan muncul watak munafik bernama Nik Aziz yang bertopengkan gelaran tok guru politik kepartian jumud yang datang tiba-tiba dengan suara nyaring bersama pelbagai syarat – nawaitunya supaya muzakarah itu dibatalkan saja.

Isu muzakarah hanya akan bermanfaat bagi Nik Aziz dan PAS hanya bilamana UMNO mengatakan TDAK. Tika itu kita akan tengok PAS dan Nik Aziz tiba-tiba cergas keliling kampung ke pelusuk negara menuduh UMNO sengaja menolak perpaduan sesama Islam.

Percayalah, selagi Nik Aziz masih hanyut dalam dunia angkuh dan egonya sendiri, terus takjud dan ujub dengan pemujaan penyokong PAS terhadap dirinya maka selama itulah PAS dan UMNO akan kekal bermusuhan.

Kecuali bilamana semakin ramai penyokong PAS beralih sikap menjadi sederhana dan pandai menggunakan akal sendiri serta berani mengkritik tiap butir kata Nik Aziz, tika itu mungkin baru ada sinar perubahan sikap PAS.

Soalnya bila? Tak payah tunggu perubahan sikap penyokong PAS. Masanya dah tak lama pun untuk Nik Aziz mahupun Hadi Awang terus menguasai PAS. Sampai masanya nanti rakan-rakannya sendiri yang akan mengulangi peel perangai Nik Aziz yang suka khianat kawan. Tunggu je.

Tiba saatnya nanti barulah kita boleh tengok Nik Aziz menangis tak berlagu menyesali halangan yang dia lakukan terhadap idea muzakarah terbaru Hadi itu.



« (Previous News)



21 Komen to Muzakarah PAS UMNO Batal Dek Kerana Nik Aziz – Part 2

  1. Bujang Senang says:

    Hidup Tok Guru Nik Aziz, semoga panjang umur!!

    • sungai_siput says:

      Dunya akhir Zaman….

      Benar janji Allah dan Rasul nya….

      tiada undi lagi bagi PAS

      • StinGray says:

        TokGaru hang tu dah nyanyuk….hidup pun jadi wakil lidah iblis jea…..kalau aku jadi penyokong PAS, dah lama aku simpan si tua kutuk paling sial dlm sejarah ni….biar dia tau sebenarnya syurga dan neraka tu sapa punya HAQ….

    • Pasdaplaknat says:

      Ko doakan Pork Nik lg pnjng umur supaya lg banyak dia kumpulkan dosa? Dosa2 dia memecahkan persaudaraan umat, menghina Nabi, mengubah hukum ikut selera politiknya..gila pangkat dan jawatan sehingga tidak rasa lagi untuk brsara.. Korang tak kasihan dia..bg dia rosak dgn mengampu kedangkalannya..

    • selamber says:

      Umur makin panjang..tapi makin jauh dari kebenaran..nak wat ape!!

    • mudimkg says:

      panjang??? kecut dah yop..tinggal 1 inci jer.. hati dan mulutnya dah busuk, badan dah bongkok, akal dah nyanyok, penyokong dah cabut,tunggu masa yg suai jer. rumah kata nik aziz gi, lobang kubor kata pas meh sini..

  2. Anak Lenggong says:

    Bangang punya orang tua…kalau nak bersatu dengan puak PR (PAS,DAP & PKR) tak payah buat pilihanraya laa sebab didalam satu kumpulan..

    Cakap Pak Lobai PAS mana boleh pakai..adeke dia yang ajak bila orang yang diajak tu bersetuju tampa syarat serta dengan ikhlas..tetiba dia pulak buat syarat seolah-olah orang yang diajak tu buat cadangan..kah kah kah..pa hal moon..C5 dan bujuk..banyak pakar laa lu olang punya ketua..itu pun korang dok mengangguk supe burung belatuk tua..

  3. Pasdaplaknat says:

    Itu kata Pork Nik sudah meroyan. KENAPA BELIAU TAK LETAK SYARAT TERIMA ISLAM DULU BARU BERPAKAT DGN DAP? DGN PKR? DGN AMBIGA? DGN KELAB DEWAN HAIRAN CINA PAS???
    KENAPA DGN UMNO UGUT DGN MCM2 SYARAT PENUH MUSLIHAT??

    PAS LAKNATULLAH…MOGA PAS DIHUKUM ALLAH DGN PENIPUAN PD UMAT!!

    • melayu_islam says:

      sbb amno tu mmg dah islam…kafir tu mne bleh pakse masuk Islam..ke korang x tau..asal jgn tentang islam sudah…kalau korang nk buruk2 kan dap konon harbi…MCA yg berketuakan aktor dvd lucah tu cmne..x sme ke???samapai sggup kuar amno klau buat hudud..

      sbb ape letak syarat???sbb tau..amno ni mgg xleh bwak berbincang…akhirnye..
      kene tendang juge???lupa sejarah ke???
      berkawan dgn org kafir yg x menetang islam lg baik drpd berteman dgn org yg mengaku islam..umat Rasullulah..tp habuk..ade kuase x nk laksanakan apa yg Rasullulah suruh…bkn susah sgt..Berpegang pd Al-quran je…kembali pd kitab Allah dlm kehidupan…tu je penyelesaian pd segala masalah dunia sekarang…

      • Crk says:

        karpal cakap, langkah mayat dia dulu kalo nak buat hudud,..apa kes???

      • StinGray says:

        Alahai cai PAS sekoq ni….benda mudah yg Rasullullah suruh buat pun hangpa fail….lg mau gebang khawaruj kat sini…

        Hang kata berkawan dgn kafir yg x menentang islam (tapi hakikatnya ckp langkah mayat dia dulu kalau nk tubuh negara islam) lg baik dari drpd berteman dgn org yg mengaku islam…..hang renung2 sikit hadith kat bawah ni yea…jgn main temberang jea kat sini…

        Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah S.A.W. bersabda:

        “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)

        Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:

        “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya”(riwayat Bukhari dan Muslim).

        Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

        “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” (riwayat Bukhari dan Muslim).

        • melayu_islam says:

          tahu pon agame…dalil2 kne ikut perintah Allah yg ade dlm quran tu x nk tempel sni skali…senang sket org amno lain nk thu laksana perintah Allah tu wajib…

          lupakah kau…

          saudara seislam yg mne yg layak dicintai kerana Allah…taik judi ke gol ulama… kaki rasuah ke kaki masjid…bkn nk hins gol yg berdosa nih…bg nasihat..ajak kpd islam…nk suh depa sedar spye x lagi melakukan dosa…

          lagikan isteri yg x taat pada suami Allah suh jauhi/paling muka dr mereka utk bagi pegajaran…inikan org yg x taat pd suruhan Allah…bkn nk suh terus berbalah…ikatan prsaudaraa xkan putus…sbb kongsi drh yg sama..yg lebih ptg dr tu..cari jln kearah kebenaran…

          • StinGray says:

            Tinggi sungguh ilmu makrifat mata kasyaf hang sehingga tau dgn tepat siapa kaki judi, siapa kaki masjid…..ada jugak org yg pi masjid baca khutbah, tapi lepas main tenis tibai bini org…..hak yg tu mata kasyaf hang tak boleh detect ke???

          • truthseeker says:

            ni la standard si celako PAS jawap. pegi mana2 tu jer jawapan dia. Hoi MCA tu pun sama ngan DAP, tapi dia takut kat Umno sebab umno jadi ketua, tak der nak lawan umno asal hukum Islam ni, si DAP tu ketua pada PAS taik, Hasan Ali rampas arak, DAP suruh hantar balik, Hasan Ali cuba cegah murtad, DAP suruh PAS pecat hasan ali, tu pun tak leh nak paham ker wahai kaum khawarij.

          • pasdaplaknat says:

            Melayu_isle..ko ni jantan ke betina?
            ‘lembut’ benor ayat ko terhoyang hayang..sebenarnye ko nk ckp ape ni ngok?
            Kalau dah yg lain tu kafir buat apa berpakat dgn mereka??

            Anwar tu kafir ke? Azmin tu agama ape? Mat Sabu tu Islamik tera mana sampai goda bini orang?

            Ko ckp ko menipu diri sndiri.. MCA bukan Islam tp adakah MCA level mcm DAP?

            Adakah MCA boleh arahkan PM UMNO runtuhkan Madrasah? Adakah MCA kat alangkah mayat CSL dulu baru boleh buat HUDUD?Adakah MCA minta jual tanah masjid untuk buat kondo Mewah Bayan Mutiara dengan penyelewengan RM 1.1 billion???

            Ko ni penipu besar.. cedok sikit sana sini tapi punyalah tempang hujah..terhoyang hayang ape bende yg ko nk ckp sbnrya??

            Kalau PAS tu ikhlas letak Islam sbg ADDIN, sudah lama UMNO ‘bungkus’ krn terpesona dgn kehebatan Islam..sbb Islam itu Mukjizat, buat mcm mana pn Allah akan protect, apatah lagi sesama Muslim, pasti akan terkesan..

            tp cubalah tgk tingkah laku keras Nik Wally Maki Hamun tu? Agama mana dia pakai utk dakwah org UMNO?

            Agama Abu Lahab ke agama Abu Jahal? busuk hati dan dendam mengalahkan KABILAH ARAB Jahiliyyah! watch out ur words la akak oii.. hujah yg mempamerkan diri sendiri jahil!

          • pasdaplaknat says:

            lagi satu melayu_isle..

            ko nk suruh tempel2 utk ape? xckup lg ke korang tempelkan maruah Islam tu merata2 satupun tk buat..
            dlm ayat bro StinGray bg tu ayat PERINTAH ALLAH lah.. tp itupun FAIL!!

            kalau yg kecil pun FAIL..menipu cilok sana sini..mcm mana nk buat yg lebih besar??
            PAS pilih perintah Allah ikut selera Pok Nik je?

  4. tukul says:

    harap umno jgn give up teruskan usaha membawa pas ke jalan yg benar.

  5. akmal says:

    berniat baik tapi dgn tujuan yg jahat.angkuh,sombong,riak. sebab apa letak syarat.sebab dah tahu umno mmg tak boleh bawak berbincang.tapi masih beritahu satu malaysia nak bermuzakarah.

    • pasdaplaknat says:

      ko pun subahat sama dgn perang saraf Yahudi yg diagendakan oleh Pok Nik dan PAS?

      siapa yg tolak Muzakarah? atau wayang Rejim PAS untuk membelitkan rakyat dan UMNO, supaya PRU nnt ade isu boleh main??

      Pemimpin tertinggi UMNO sgt berkehendak untuk duduk semeja bincang mslh umat..bincang soal titik pertemuan dlm bab umat Islam dn Melayu..

      tp belum berjumpa lagi pemimpin PAS dan ‘tibai’ UMNO, ugut UMNO mcm2.. siapa PAS yg lagak sombong sangat? parti melukut ditepi jamban yg tk sedar diri.. hanya jd kuda balaci je dlm PAKATAN.. itupun Pok Nik ckp bukan nk Muzakarah pasal Islam..tp nk ckp soal survival politik PAS…nk mintak ‘lesen’ untj perkudakan nama Islam!

      Bagi tau satu malaysia, dengan penuh bohong konon UMNO tolak? mmg PAS Laknatullah.. penipu besar..

  6. Selamatkan Ummah says:

    Alhamdulilah dalam perbalahan ini, Al-Quran dan Al-Hadis panduan kita, apa pun kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan, jadi banyaklah bertaubat baik UMNO mahupun PAS. Sepatutnya kita bersatu buangkan yg keroh ambil yg jernih. Kalau diadakan muzakarah kita cuba mencari apa kekurangan yg boleh diperbaiki agar perpaduan ummah dapat disatukan seperti Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan (Ya). Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” – Riwayat Abu Daud.
    Hadis lain Rasulullah saw bersabda “Apabila seorang lelaki dipukul dan kamu berada di antara sekumpulan orang (yang memukulnya), jadilah kamu sebagai penolong lelaki itu dan cegahlah mereka (yang memukulnya), selepas itu tinggalkanlah mereka (Riwayat Ibnu Dunya dari Anas r.a.)PERLUNYA KITA MENJAGA SILATURAHIM ANTARA SESAMA KITA WALAUPUN BERBEZA PEGANGAN POLITIK.

Leave a Reply